March 28, 2012

Cerita 153... Ye ke?

Dalam syok-syok print barang panas* ni, terasa nak baca tajuk projek dia... haa Papua New Guinea. Betol ke? Kata tak nak amik projek luar pas Cambodia ari tu. Hmm... layan je la. Lagi pon baru nak masuk tender.... lagipun bukannya aku yang turun site. Apa yang aku sebok. Cam ler aku yang kuar duit untuk buat keje ni. Heheh. Cuma nanti berasap bikin drawingnyer la nanti.



*barang panas: Job yang baru diterima

Cerita 152...

Alhamdulilah... cuaca redup hari ni. pagi yang tenang.


Perjalanan ke ofis yang agak sikit sesak. Lewat 7 minit. Hehehhh. Kerja  tak ada yang urgent pagi ni.

March 27, 2012

cerita 151... hari yang 'sakit'

Hari yang 'sakit'... maknanya, hari ni cuaca mendung. Alhamdulilah, cuaca ada panas... ada sejuk. Semoga perjalanan hari ni dipermudahkanNya. Sejak semalam, keje saya dah mula menyusut. Yang urgent dah kasi settle minggu lepas. Memang sebok giler minggu lepas. Macam-macam orang yang mintak. Muka Wanted. Heheheh.

Semalam, bertungkus lumus lagi kejar masa untuk sampai KL lepas ofis. Sampai lebih kurang 6:05pm. Nasib baik kedai belum tutup. Perghhh... berpeluh-peluh berjalan laju turun naik bas, LRT dari Tynton View ke bangunan GM. Mencabar sungguh petang semalam untuk stok batch 003. Oleh kerana terlupa troli, terpaksa la tangan ni menanggung bawak beban 25 helai seluar panjang aladin & palazo. Harus tahan peritnyer. Hahaha. Pagi ni, Laling dah settlekan pos Lahad Datu & Pontian.

Sekarang LRT dah pakai sistem tiket baru. Token. Tiada lagi beli kaunter. Aiyaaaa.... slalu tukar-tukar. Menyirap jap sebab saya nak cepat. Tak de pon di iklankan kat tv atau media lain pertukaran sistem. Patot juga diiklankan sebab ramai yang tak tau. Satu lagi, slalu tukar sistem tiket. Cam rapidkl. Bagi pelanggan yang jarang-jarang guna, merugikan juga dari segi masa & duit. Kejap kena kad sahaja boleh naik bas, kejap leh campur guna duit kertas/ syiling. Tambah lagi dapat driver yang cengil. Tak duit kecik, sepoloh hengget ler kena telan dalam tabung duit. Ni citer pengalaman sendiri. Harap-harap sistem yang ada sekarang terus kekal dalam beberapa tahun.

Status: Serabai. Dalam proses penyolekkan
Malam tadi operasi pindah meja jahit dari bilik puncak ke bilik kecik belakang. Tak sampai sejam, dah siap. Pas ni, insyallah lagi rajin ler nampaknyer jahit menjahit sebab dah makin dekat. Tak de lagi bercinta turun naik tangga untuk menjahit. Tinggal upacara mengemas lagi detail. Mungkin desktop pon jadi roomate meja jahit. Masa je lom ada nak atur semula.

March 26, 2012

cerita 150... bisnes online @sinarfm

Topik pagi ni. Banyak cerita, ragam jual beli online. Saya juga salah seorang dari penjual dan pembeli online. Pendapat saya sebagai seorang pembeli.... memang tak dapat dinafikan, perkara yang sangat penting ialah kepercayaan. Setakat ni, Alhamdulilah, belum pernah ditipu, tertipu. Sebagai seorang pembeli, saya akan kenalpasti latar belakang penjual. Dan sebagai penjual secara sambilan, saya sedaya upaya memberi info yang betul tentang barang & diri. Sistem cash on delivery diberi pilihan bagi pelanggan yang ada keraguan dalam membeli.


March 20, 2012

cerita 149... sian Mak

Yer, hari ni saya keje separuh hari. Masuk petang. Kenapa?.... citernyer cam ni:

Pagi tadi kitorang kesiangan sebab ayam Lalingku tak berkokok. Mungkin sebab tuannya lupa bagi makan (cas). Bila selak langsir, dah terang benderang kat luar. Langsir baru, warna coklat gelap... penambah perisa nyenyak tido sekarang ni. Heheheh.
Cam biasa, pas bangun.. saya kuar bilik untuk seisi ngemas. Suasana senyap. Pintu bilik Mak terbuka, Teh lepak kat dalam bilik. Mana Mak ni? Panggil tak jawap. Grill depan... belakang berkunci. Kebetulan capai handphone, Abang call. Dia bawak Mak gi klinik. Tak ada lengah masa, aku & Lalingku siap ke klinik. Saya amik tugas Abang teman Mak. Doktor cakap, tekanan darah Mak naik sikit. Lima hari lagi ada follow up.

Sekian.

Kesimpulannya... sakit Mak ni sakit cam selalu. Lenguh. Mak perlu perhatian kitorang sebenarnya. Sian Mak. Hari keje, pagi keje petang balik. Malam baru kitorang ada rumah, kalau tak ke mana-mana.  Pas makan malam, kitorang lepak tengok tv jap. Pas tu buat hal sendiri lepak tido baring dalam bilik. Letih keje lebih kurang 10 jam. Abang, pon sama. Sebok ngan assignment dia kalau ada kat umah. Selalu, Mak tido awal. Pas maghrib. Isyak, sambung balik. Mana ada nak borak-borak sangat juga. Time semua orang keje, Mak tinggal ngan anak-anak dia (Teh, Ecot, Oted & Oled). Borak ngan anak-anak kecik dia tu. Masak. Kemas sikit-sikit... ikut larat dia. Tengok tv sorang. Tido. Cam tu la rutin siang dia. Jalan-jalan.... jarang sebab kitorang bukan kaki jalan saja-saja. Ada hal je. Bila ada yang cuti, ceria la dia sikit sebab ada geng kat umah. Sian Mak. Wa  minta maaf sebab terabaikan Mak

March 19, 2012

cerita 148... Isnin kembali

Hari ni hari lahir Seow Ling, officemate. Minggu lepas, Frances. Dalam perjalanan ke ofis tadi, dapat call dari Weng. Apa hal lak pepagi mimpi tepon. Nak drawing la ni. Suara Frances lak. Jura.. ada mana? Heheheh. Rupanyer suruh datang cepat-cepat, birthday Seow Ling.

Birthday Frances Mac, 13

March 17, 2012

cerita 147... jiwa usahawan

Selamat pagi Sabtu ;)


Malam tadi aku berusaha menyiapkan sampel uncang untuk seorang pelanggan. Walaupun sekadar untuk bertanya harga & detail, aku tetap berusaha melayan citarasa pelanggan. Tak jadi tempah pun tak apa. Jangan risau. Saya tak rasa apa pon. Saya cuma ingin pengalaman. Tima kasih, Kak kerana sudi 'menjengah' kerja saya. Sebagai seorang yang menjual barang, saya tak boleh mengeluh kalau pelanggan tak teruskan hasrat membeli barang. Saya hanya perlu berusaha untuk menarik minat pelanggan. Kalau tak berjaya, bukan rezeki saya dengan anda.

March 16, 2012

cerita 146... saya mau tukar tempat kerja

Yer... proses pencarian bermula :)

*****

Patotler tak nak jawap sms... rupanyer dah keje baru. Apa pon tak nak bagitau. Begitu ler bila dah senang. Time tersepit, terkedip-kedip mandang... 

March 12, 2012

Cerita 145... selamat menyambut hari ulangtahun perkahwinan

Hari ni bangun dah lewat. Cepat-cepat solat subuh. Lepas tu aku terus tengok Oted & Oled sebab malam tadi diorang tido dalam umah. Bersih. Pandai korang jaga diri. Aku lepaskan diorang untuk membuang besar & kecik kat luar. Aku risau sebab Oted dah 2 hari tak makan ubat cacing. Lepas membersihkan 'peninggalan' si kakak, Teh, aku masuk bilik untuk kemas yang patut. Lalingku panggil dekat kat dia & ucap selamat hari ulangtahun perkahwinan kitorang. Yerrr... aku lupa hari ni.  

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Patutlah lepas semayang tadi dia terkelip-kelip pikirkan sesuatu. Biasanyer dia tidor balik. Rupanyer dia tunggu aku ingatkan dia. Heheh, kali ni dia ingatkan aku. Dan pagi ni, rancangan untuk sarapan sama-sama kat luar terpaksa ditunda sebab berlaku kelewatan disebabkan kelewatan keluar umah. Malam ni laaa...

March 10, 2012

cerita 144... aturcara hari ni

Sabtu kembali lagi... dan hari ni punya jadual:


6:30am: Bangun pagi. 7:00am: Mop lantai, kemas Oted & Ole 8:00am: Gerak ke ofis & sarapan. 8:30-1:00pm: Kije.2:00pm: Makan nasi minyak kenduri kawin.3:00pm: Gerak ke Chow Kit.6:00pm: Balik dari Chow Kit. 8:00pm-0:00am: Pra-tido.0:30-4:00am: Siapkan baju kurung. 4:00-6:30am: Tido

Sekian....

March 8, 2012

cerita 143... saya kagum dengan anda

Dato’ Ir. Dr. Radin Umar Radin Sohadi, VC of UPM

Dah lama tak tengok wajah cikgu saya ini. Moh kite ke Chemor!. Dah naik pangkat & status... naik haji, saya tak pasti. Uban dah bertambah yer Dato'. Heheheh. Ye laaa... dah 9 tahun saya tak jumpa Dato'. Seorang yang bijak, aktif, punya target dalam hidup, berwawasan, peka, baik hati, ceria & comel... hahaha. Kira idola ni. Teringat zaman sekolah dulu, saya misti hadir ke kelas Dato'. Tak bosan & tak tido. Tima kasih Dato'. Ilmu yang Dato' bagi, masih disini... hati saya. Saya doakan Dato' semakin cemerlang dan ceria.

cerita 142...

Hujan tak berhenti sejak petang semalam. Pagi ni, berita banjir sekitar Lembah Klang.. 900 orang dipindahkan dan seorang maut tertimbus. Jalan sesak situ sana sini. Aku lewat masuk ofis 30 minit.
Kini, ahli keluarga kitorang bertambah lagi dengan dua ekor anak kucing sejak Ahad lepas. Sekarang, ati aku ada mungger-mungger bila teringat telatah diorang. Tima kasih Laling & Kak As!

Ole

Oted

Oted

Ole & Oted

March 2, 2012

cerita 141... proses pemulihan

Jumaat kembali. Alhamdulilah.

Malam tadi aku ada seisi ke-2 berurut. Tiada lagi seisi ke-3. Pagi ni sungguh selesa. Kurang sengal. Tida malam yang lena. Mula hari ni aku berpantang makan makanan `panas' macam nenas, jeruk. Pendek kata, aku kena slow down dari kebiasaan. Manjakan diri. Eiii jadi gedikss. Tiada jogging, jalan laju-laju, angkat barang berat dan lain-lain. Mungkin minggu depan aku nak buat seisi sauna. Insyallah.

28 Oktober 2023

 Hari ni hari lahir Abang yang ke 51.. semoga roh mu di RahmatiNya. Bercekau & ketawa dah jadi kenangan. Dia lah idola. Abg borek adik r...