June 30, 2014

Cerita puasa pertama

Macam dia yang puasa
Alhamdulilah.. permulaan puasa yang baik semalam. Jadual pagi Ahad macam minggu lepas dengan mengambil alih tugas membersih kandang kambing, ayam, itik, angsa dan puyuh. Mencabar sikit sebab cuci seminggu punya bahan sisa perut rakyat jelata. "Ayah kamu sibuk, apa boleh buat. Nasib korang ler dok kotor yer. Korang gak yang buat. Situ tidor, situ la kamu buang. Yer tak yer gak.... Ayah kamu tak buat tandas. Kalau buat pon, bukannya korang pandai guna. Tabur sana sini gak".
Tak ada menu istimewa berbuka puasa. Air sirap, kurma, kuih 2 jenis dan nasi ambeng. Yang penting amal ibadah. Semalam, dapur kedai nasi ambeng yang berasap. Ahli-ahli rumah yang lain tu mengidam makan nasi ambeng. Layan kan aje. Insyallah, hari ni pon nasi ambeng tapi versi dapur gerai lain. Hmmm... nampaknya, kena belajar masak nasi ambeng. Cam senang je cuma banyak keje sikit nak buat lauk pauknya.
Solat sunat tarawikh... hmm rasa nak turut serta En. Suami ke surau. Saya maluuuu (... uwekss). Awas! Jangan ikut perangai cam saya. Sementara hati ni dan keadaan reda dan tenang, buat kat rumah sendirian. Tinggal dikawasan kampung agak meriah sambutan ramadhan. Rumah kami dekat dengan surau. Jadi meriah dengan suara budak-budak dan orang dewasa pergi -balik surau.. laungan suara iman. Bagi saya inilah kemeriahan ramadhan....



June 27, 2014

Nyiausss

Oyed (2013)

Dah seminggu Oyed tak balik. Mana Oyed dah rayau. Jauh sangat kot. Mungkin dia dah meninggal. Sedih sangat kalau dia mati depan mata. Saya perlu faham, setiap ciptaan Allah akan kembali kepadaNya. Kehidupan dunia hanya sementara. Sedikit sebanyak saya ada jalankan tanggungjawap menyelamatkan dia dari terabai. Tuan dia dulu terpaksa tinggalkan dia kerana berpindah jauh. Masa tu dia belum putus susu. Kesian tengok kucing-kucing terbiar terutama anak kucing.
Ecot (2013)
Dari dulu saya suka jaga kucing biasa dan terbiar. Alasannya.... lebih mudah jaga dan lebih baik membela nasib kucing-kucing jalanan. Sederhana memelihara haiwan. Prinsip saya, beri makan dan perlindungan jika tetamu ini singgah rumah kami atau pinjam sekejap dari jalanan. Bila dah pulih atau kenyang mereka boleh bermain dan bebas ke mana sahaja atau tinggal terus dengan kami. Tiada kurungan. Salah satu sifat semulajadi yang bernyawa ialah bebas. Biar mereka dengan sifat semulajadi. Saya hanya pemilik sementara. Dah tak terkira bilangannya hampir 20 tahun pelihara kucing. Silih ganti. Alhamdulilah, suami saya tak alergik dengan kucing malah kami sekatil dengan mereka. Kami menumpang kasih sayang mereka.
Kakak/ Teh (2012)
Kini kami ada 4 ekor penghuni tetap rumah kami. Kakak, Kechik, Amoy dan Gebu. Kakak dah lebih 5 tahun umur dia. Punya penyakit. Saya jaga sejak dia lahir. Sejak sakit beberapa tahun lepas, Kakak
Kechik (2014)
banyak tidur dan menyendiri. Kawan baik Ecot. Ecot dah mati sebab sakit tua, tahun lepas. Kechik pula kucing angkat dari Kakak saya. Aktif. Pemburu yang handal. Amoy, saya jumpa di tepi jalan yang merupakan laluan lori besar. Kecik-kecik dah pandai bersidai tepi jalan. Amoy tak seaktif  Kechik. Mungkin dia sakit. Saya harap suasana hijau dan persekitaran agak bersih dapat pulihkan Amoy. Gebu pula saya jumpa tepi jalan depan rumah. Mungkin dia ada pemilik sebelum ni. Badan gebu dan bersih. Setakat ni, tiada tuntutan dibuat. Jadi, Gebu, saya yang punyaaaa!
Gebu (2014)


June 26, 2014

Kerja-ya 3: Skop kerja

Setiap pekerjaan ada skopnya. Dengan kata lain, bidang tugas. Terlebih rajin buat kerja lain, bagi saya baik sebab tu semua ilmu dan pengalaman. Kita jadi serba boleh sebab ada pelbagai kemahiran secara tak langsung. Selalu bantu kerja orang lain secara umumnya nampak macam rugi tapi banyak untung. Selain tambah kemahiran, kita dapat pahala meringankan beban kawan. Jadi rugi kalau tak tolong.
Bidang tugas sebagai pelukis pelan paip bekalan air dan paip kumbahan. Kalau omputih cakapnya, cold water and sanitary services. Ada dua bidang, samada perkhidmatan di dalam bangunan (internal piping) atau luar bangunan (external piping). Kadang-kadang subkontraktor dapat dua-dua dan kadang-kadang salah satu.
Kebiasaanya saiz paip dalam bangunan 150mm diameter ke bawah manakala luar bangunan melibatkan 100mm diameter ke atas. Kedua-dua menggunakan pelbagai jenis paip mengikut profile bahan yang melalui paip, rintangan luaran paip (dalam dinding, di bawah jalan atau tanah dan sebagainya), kos dan lain-lain. Kalau dalam bangunan, kadang-kadang ada tambahan satu lagi paip iaitu bekalan air panas. Umumnya nampak macam senang lukis paip lurus dan kalau bengkok pon takat 30, 45, 60 atau 90 darjah. Bukan lukisan pandangan atas sahaja yang diperlukan tapi lazimnya perlu juga pandangan sisi, lukisan perincian dan skematik. Semuanya penting untuk mendapatkan gambaran keseluruhan perjalanan setiap paip.
Arahan ubah Jurutera Perunding
Koordinasi antara paip bekalan air dan kumbahan juga perlu dibuat untuk elak pelanggaran paip-paip. Jadi sebagai pelukis pelan paip, saya perlu selalu dan berangan dan pandai mengatur paip-paip supaya tak langgar situ sana sini. Untuk jadi pakar berangan, saya peka kena dengan sekeliling benda-benda yang ada kaitan dengan paip kemana saja berada terutama kawasan tandas dan bawah lantai bangunan bertingkat kerana situ terletaknya pelbagai paip. Selain tu rajin-rajin mengoogle... gunakan kemudahan teknologi terkini. Jadi pelukis ni juga kena tolong bos jimatkan kos paip. Contohnya laluan paip yang tak terlalu panjang dan penggunaan aksesori paip seperti tee dan bend.
Jika tak boleh selesai atau ada sebarang kekurangan bahan kerja dari pihak luar, saya perlu majukan kepada penyelia/ bos. Info dari saya juga penting. Setiap lukisan yang siap, perlu disemak oleh diri sendiri dan diserah kepada orang atas selepas berpuas hati. Hamba Allah pasti ada kesilapan yang terlepas pandang. Koordinasi dengan struktur bangunan dan servis-servis lain yang ada dalam suatu bangunan juga perlu dibuat. Peringkat ini, muafakat pelbagai pihak yang terlibat. Setiap persetujuan dan penyelesaian akan dihebahkan. Pihak berkenaan akan mengeluarkan lukisan perubahan bagi tindakan pihak-pihak lain yang terlibat. Itu pun selepas mendapat pengesahan samada daripada pihak pemaju, arkitek atau jurutera perunding.
Interaksi saya-penyelia tapak
Setiap kerja perlu ada prosedur yang perlu diikut. Maksud saya, tak boleh suka-suka cakap kat semua pihak atau tuan tanah secara terus. Perlu guna email rasmi projek atau syarikat; atau surat (versi zaman dulu). Contoh, subkontraktor perlu melalui kontraktor utama. Prosedurnya lebih kurang macam kat bawah ni....

Pelukis >> Penyelia/ Bos >> Kontraktor Utama >> Jurutera Perunding Mekanikal & Elektrikal >> Arkitek >> Pemaju >> Pemilik

Cerita arah tuju lukisan saya buat pula. Mula-mula bos cuba nasib tender yang di keluarkan. Kira-kira bajet bos kira ikut lukisan tender. Masa ni saya tak tahu atau buat-buat tak tau. Bila dapat, bos akan bagitau ada projek baru. Kerja bos/ penyelia dapatkan softcopy  lukisan paip format autocad dari kontraktor utama/ jurutera serta beberapa info. Set softcopy ini ialah lukisan pembinaan (construction drawing). Bila dapat, saya akan tukar dan kemaskan lukisan tanpa ubah mana-mana paip mengikut format syarikat. Dah siap, syarikat submit lukisan projek sebagai shop drawing. Maka penyelia (arah pekerja tapak) buat kerja mengikut lukisan ini. Semasa pembinaan, wajib ada perubahan laluan dan aksesori paip. Jadi bila kerja-kerja pemasangan paip siap (dan bangunan siap), penyelia akan maklumkan kepada saya perubahan tersebut untuk saya ubah di lukisan. Info muktamad dan as built drawing dikeluarkan. Nampak ringkas tapi..... panjang ceritanya. Hehh...








June 25, 2014

Kerja-ya 2: Bahan-bahan kerjaya

Setiap orang misti dan wajib ada sesuatu sepanjang waktu kerja. Benda-benda ini sangat berkaitan dengan skop kerja dan keperluan peribadi individu. Apa benda perlu anda? Antara benda perlu saya sepanjang waktu kerja ialah seperti gambar..

Tampal situ sana sini
Kertas conteng: Untuk amik order kerja. Mereka yang kat site tu tau calling-calling je dan order buat tu mahu ni. Kak Tong ni gak la yang menari-nari kat ofis. Lagi kertas-kertas ni sebagai tukang ingat
segala apa yang belum-sudah buat (Kak Tong mudah lupa!). Pas tu tampal situ sana sini.
Pensil dan pemadam: Kak Tong kurang suka tulis guna pen.
Pembaris skala: Benda ni perlu ada bagi setiap pelukis pelan. Jangan ada je, tapi wajib tahu guna.
Kertas-kertas
Kalkulator: Benda ni pon misti ada. Senang mau kira wang maaaaa. Hehh...untuk buat kira-kira ukur mengukur
Stepler: Kerja Kak Tong banyak kertas-kertas penting. Jadi, satukan arahan kerja dengan lampirannya. Naik meroyan bila salah letak.
Pen-drive: Senang pindah file dari 1 komputer ke komputer lain. File lukisan pelan kebanyakkannya kapasiti besar. Meka main mb, tak main kb katanyer Leceh guna email.
Kopi: Untuk mata segar bugar dari 8:30 pagi - 5:00... insyallah.
Air kosong: Keperluan badan kena banyak minum air lebih-lebih lagi duduk dalam akuarium air-cond. 
Ketip kuku: Biasanya berguna untuk cari idea untuk selesaikan satu-satu kerja. Lakaran idea cam mana nak buat. Lagi, untuk seisi take-5 bila dah lama khayal buat kerja.
Kalender: Atur keutamaan kerja ikut date line. Tarikh bahan-bahan kerja datang dan keluar. Tengok hari cuti umum. Tengok berapa hari lagi nak gaji. Hehh..
Sembahyang: Paling utama dimana juga kita berada dan apapon pangkat kita dalam kerjaya dan banyak mana pun gaji serta rezeki lain yang diperoleh, semuanya datang dari Maha Esa. Psttt... sejadah dan karpet kecik tu selalu jugak Kak Tong buat alas tidur masa rehat.

Kerja saya (Kerja-ya) 1: Pengenalan

Selama ni saya jarang bercerita tentang kerjaya saya. Kenapa ya... hmmm mungkin risau orang lain salah anggap. Kerjaya agak jarang sikit kot. Kadang-kadang stress... nak luahkan stress kerja. Mungkin lepas ni saya boleh cerita tentang kerja yang saya buat, luahan stress (dengan harapan stress dapat dikurangkan) dan juga mungkin berkongsi ilmu. Cerita-cerita kerjaya ini hanya pendapat dan pengalaman saya sahaja sebab saya jarang-jarang berkongsi cerita kerja dengan kawan-kawan. Jadi, info dan fakta yang tak tepat itu datang dari saya sendiri dan saya akan betulkan dari masa ke semana.
Kerjaya sebagai pelukis pelan paip agak jarang sikit nak jumpa. Kalau cadang nak berpindah rumah ke daerah lain yang agak jauh dari bandar-bandar utama, perkara utama yang perlu saya fikirkan ialah bertukar tempat kerja.Cita-cita masa kecik saya ialah nak jadi arkitek. Heehhh... tapi salah pilih bidang sebab kurang pendedahan arah tuju nak jadi arkitek. Dalam keluarga tak ada yang arkitek. Jadi, pandai-pandai sendiri ler nak jadi apa. Last last terjadi pelukis pelan. Kira dapat gak lukis pelan. 
Pelukis pelan paip bekalan air dan kumbahan ni di bawah naungan kejuruteraan mekanikal dan elektrikal. Saya lukis paip sahaja, bukan lukis bangunan. Lukis bangunan di bawah arkitek. Takat lukis bangunan, sikit-sikit boleh ler. Ada masa terluang, saya tengok-tengok lukisan arkitek. Lukis ni bukan boleh suka-suka Kak Jemah yerrr... semuanya ada standard yang dah ditetapkan. Maksudnya ikut saiz, bentuk dan ciri-ciri tertentu. Juga perlu ikut arahan orang atas. Nahas kamu nanti kalau memandai mandai tukar itu ini. Ini penting, apa saja perubahan dalam lukisan, akan dilaksanakan di tapak pembinaan. Bukan satu pihak sahaja tapi banyak pihak mungkin terlibat dalam satu-satu perubahan.
Dalam satu projek pembinaan terutama projek besar yang nilainya berjuta, banyak servis-servis perkhidmatan yang terlibat. Pihak-pihak yang saya maksudkan antaranya servis-servis elektrikal, lif, pelindung kebakaran, hiasan dalaman, paip hujan, pendingin udara dan landskap. Untuk menghasilkan sebuah bangunan yang baik, kerjasama dan tanggungjawap semua pihak sangat penting. Kalau pelan lukisan salah, yang kena jawap ialah orang atas saya iaitu samada kerani tapak, penyelia tapak atau bos. Kat pejabat, bersedialah untuk di marah atau maki hamun sebab mereka terlebih dahulu kena. Hehh... ngeri dan seram. Perkara biasa dalam dunia pembinaan. Apa pon, senyum je la macam Kak Tong buat selalu sebab dah lali dan bos dah paham sangat.
Dah 12 tahun saya dalam bidang ni. Bukan senang. Kerja sampai malam, tak balik rumah (pakej 2 hari 1 malam), kerja pada hari cuti dan diri jadi tak tentu arah. Semuanya sebab kerja date line submission. Bagaimanapun saya puas hati sebab ini adalah minat saya. Autocad adalah senjata utama pelukis pelan. Software untuk melukis. Dah siap, print kan aje. Boleh ubahsuai lukisan dengan cepat. Nak lukis tangan (manual) guna pen, pensel dan pemadan agak kurang sesuai masa sekarang sebab masa dan kekemasan lukisan. Saya tak ada sijil sah autocad. Saya belajar autocad selama 2 minggu dengan kawan-kawan. Belajar sambil kerja. Haaaa... Kak Tong bolehh apa.. asal ada minat. Lebih kurang 2 minggu ni hanya untuk ilmu asas-asas command autocad. Lepas tu baru belajar sikit-sikit trick autocad melalui Help autocad, tengok kawan-kawan buat kerja dan tanya kawan. Ini semua atas inisiatif sendiri untuk pandai, pantas dan cekap buat kerja.
Pengalaman kerja dari dulu ialah sentiasa banyak kerja. Alhamdulilah, rezeki bos... rezeki saya juga. Jarang-jarang ada hari yang terluang. Sedikit perubahan dalam satu bahagian lukisan biasanya melibatkan bahagian lukisan lain. Jadi, tanggungjawap pelukis pelan untuk peka dengan perubahan dalam suatu lukisan. Dari segi gaji, Allah telah tentukan perjalanan hidup saya dengan adil. Alhamdulilah. Bermula pada Mac 2002 dengan gaji rm700 sebulan tak termasuk potongan SOCSO dan KWSP. Apapon bekerja dengan sabar, ikhlas serta hidup dengan sederhana dan ikut kemampuan.
Sekian, celoteh kerjaya kali ini. Insyallah bersambung lagi.....


June 24, 2014

Kejam!

Malaysia gempar bila berita ni dipaparkan. Saya turut sedih dan menitis air mata bila melihat keadaan adik ni. Kebanyakan orang marah dengan tindakan kejam ibunya yang mengurung dan mengabaikan anaknya di sebuah bilik di rumahnya. Ada pihak bantah tindakan marah ini.
Saya? Marah sangat-sangat. Tak perlu diberi ampun. Nasib diri dan seorang anak lagi terbela sebaliknya anak yang cacat tidak dibela, diabaikan makan dan minum serta tidak terurus. Bagi saya, ibunya sengaja berbuat demikian dengan harapan anaknya akan memendekkan hayat anaknya. Allah Maha Mengasihani anak yang teraniya ini. Penyeksaan oleh ibu zalim ini terdedah secara kebetulan. Ibunya patut diambil tindakan undang-undang dan wajar merasa tindakan mengurungkan dan di abaikan.
Semoga kehidupan Muhammad Firdaus Dullah terbela oleh insan-insan penyayang.

June 19, 2014

Pergi jua

2012
Frances,
Hanya kita dua kat ofis 12 tahun lalu.
Suka duka bersama dibawah satu bumbung.

Frances,
Sumber inspirasi saya kuat kerja.
Penterjemah profile terkini ofis.

Frances,
Kawan yang baik.
Kawan yang memahami.
Kawan yang selalu hormat kawan lain.
Kawan yang pandai jaga penampilan.

Frances,
Semoga anda berjaya di tempat lain.
Semoga terus jadi insan yang baik.





June 16, 2014

Ramadhan akan tiba tak lama lagi. Alhamdulilah. Rutin seperti biasa pada sebelah siang. Insyallah sebelah malam agak berbeza. Guna peluang dan kesempatan yang diberi.
Minggu lepas, perjalanan yang agak baik. Pengajaran yang saya dapat ialah berlaku jujur dan baik dengan kehidupan, insyallah kehidupan jadi berkat dan dilindungiNya. Setiap baik dan buruk yang menimpa kita adalah hasil dari perbuatan kita sendiri. Kita menganiaya dan mengambil kesempatan ke atas kawan demi kepentingan diri, nikmatnya sekejap. Kawan lari dan tiada kepercayaan orang pada kita. Tiada untung yang berpanjangan. Jangan sombong dan angkuh dengan keselesaan hidup kita berbanding orang lain sebab sombong dan angkuh hanya milik Maha Pencipta. Lambat laun kita akan jatuh terduduk dan orang yang pernah kita pandang rendah dan fitnah itu datang membantu kita. Tak perlu terburu-buru mengejar kemewahan dunia sebab fokus kita ialah kehidupan yang kekal nanti.


June 3, 2014

Semalam saya cuti. Layan adik-adik rayau KL. Ramai pulak orang hari bekerja. Hmm... cuti sekolah. Ramai yang cuti-cuti mesia.
Destinasi pertama kami ialah KLCC. Lokasi jumpa ialah KL Sentral. Dah lama saya tak jejak kaki di situ... cuma tumpang lalu je. Ramai umat bersimpang siur. KL Sentral - KLCC dengan tren. Mana-mana pun sesak dengan orang macam cuti hujung minggu. Kami lepak kat taman KLCC. Tenang sikit dari hiruk pikuk. Terhibur sekejap dengan lenggang lengguk air pancut.




Dari KLCC kami ke Jalan Masjid India. Membeli yang tak belah belahhhh... selama 3 jam. Mulahh mulahhh smue.  ;)




June 1, 2014

Rehat

Selamat datang Jun. Masa berlalu pantas. Jam 3:25 pagi, saya masih belum mengantuk. Siang tadi sakit kepala melanda. Sampai rumah petang tadi jam 3pm, terus lelapkan mata sampai jam 7pm. Begitu hari Sabtu saya minggu ni. Minggu ni penuh dengan tidur. badan dah letih. Mungkin sudah sampai masanya untuk berehat. Dan sekarang, mata ni terang sebab dah cukup rehat. Nak buat apa keseorangan berjaga awal pagi? Jeng.. jeng.. jenggg. Adalaaaaa. Ok, tenet jap.
Sepanjang minggu ni... saya saja tak sibukkan diri. Badan tak sedap. Sakit kepala, letih dan tekak kekadang rasa tak sedap dan sensitif. Hmm.. saja ajak bertekak ngan kawan sebelah. Dia pon layan je la. Apa boleh buat.. ke kanan, ke kiri, ke depan.. ke belakang.. atas bawah dia tetap nampak saya. Hahaha. Kesian. Sesungguhnya suami saya sangat faham kerenah isteri dia. Hobi minggu ni, saya layan filem-filem english romantic comedy. Sesuai dengan tema sensitif. Alahaiiiii..
Hmm.. belum ada sambutan tentang perca kain. Tak apa. Ada jalan lain untuk dapatkan perca kain. Pallet masih belum diusik. Sempat jeling petang tadi. Suami saya masih sibuk katanya tadi... belum tiba masanya untuk layan projek saya. Ok, sementara dia sibuk boleh buat bahagian tugas saya dulu. Tunggu siang nanti.
Adik-adik dah tiba dari kampung. Siang nanti mereka berombongan ke Bandar Melaka. Saya tak dapat turut serta disebabkan suami sibuk. Apa boleh buat.. Maka esok, boleh isi masa dengan menjahit, masak dan rehat (tidur).
Selamat berhujung minggu!

28 Oktober 2023

 Hari ni hari lahir Abang yang ke 51.. semoga roh mu di RahmatiNya. Bercekau & ketawa dah jadi kenangan. Dia lah idola. Abg borek adik r...