July 19, 2014

MH17 (Amsterdam - Kuala Lumpur)


Kemarin Malaysia dikejutkan dengan satu lagi pesawat terhempas di sebuah perkampungan yang terletak di Ukraine akibat ditembak dengan peluru berpandu oleh pihak yang bertelagah. Semua 298 orang penumpang dan anak-anak kapal maut. Dugaan besar buat rakyat Malaysia khususnya muslim. Kesempatan hari-hari terakhir Ramadhan, saya berdoa agar Malaysia tidak lagi ditimpa dugaan besar pada masa depan. Kita buat baik-baik saja dengan Maha Pencipta, insyallah kehidupan akan jadi baik. Insyallah...

Pengajaran

Bermusuh-musuhan antara kita tidak membawa langsung kebaikan tapi kemudaratan. Agama hanya memberi tempoh sehingga tiga hari untuk membaiki keadaan dan hubungan... 

Dari Imam An-Nawawi :

تحرم الهجرة بين المسلمين أكثر من ثلاث ليال بالنص وتباح في الثلاث بالمفهوم وإنما عفى عنه في ذلك لأن الآدمي مجبول على الغضب

Ertinya : "Diharamkan tidak bertegur sapa di antara Muslimin ( yang disebabkan punca pergaduhan dunia) lebih dari 3 hari secara jelas dari Nas hadith, dan secara mafhumnya difahami harus untuk melakukan itu (jika perlu) selama 3 hari, dan sesungguhnya dimaafkan sifat demikian kerana manusia sentiasa terbawa-bawa sifat marah" ( Syarah Sohih Muslim, 16/117)

No comments:

Post a Comment

28 Oktober 2023

 Hari ni hari lahir Abang yang ke 51.. semoga roh mu di RahmatiNya. Bercekau & ketawa dah jadi kenangan. Dia lah idola. Abg borek adik r...