Ya.. sempat ke saya siapkan langsir 2 buah rumah dan lebih kurang 3 pasang baju dan juga biskut-biskut raya? Lagi... drawing partime (PLKN Banting) Tuan Haji Suyat. Semua misti siap sebelum cuti raya. Yeeehaaa.. Harap-harap sempat. Semoga dipermudahkanNya. Kain-kain langsir semua dah siap potong.
|
Langsir baru untuk rumah kat kampung |
Baju raya Mak dah 1.5 pasang siap. Yang 0.5 tu skirt baju kedua beliau. Tinggal baju Huda je. Baju sendiri... hmmmm beli la jawapnyer. Ni la nasib tukang jahit terjun. Tak apa lerr... bantu orang atau sedara dalam kepayahan. Hehehh. Drawing .. floor plan dan separuh schematic diagram dah siap dikerjakan semalam. Kemarin cuti sempena Nuzul Quran. Semalam, cuti sempena sakit kepala. Terperap seharian dalam bilik menyiapkan kerja-kerja di atas. Jam 3 petang baru keluar gi klinik.
Apa pengajaran hidup sepanjang 2 hari? Isu pembuli jalan. Seorang perempuan maki hamun pakcik yang tak sengaja melanggar kereta baru dia.
Garang sungguh!, kata Ketua Polis dalam berita malam tadi. Dimana letaknya keislaman perempuan itu. Sangat memalukan. Puasa yang tak dapat menahan diri dari perbuatan yang tak baik. Baguslah diambil tindakan agar rakyat Malaysia akan terdidik dengan nilai-nilai kemanusia pada masa depan. Dah tak ada rasa hormat terhadap orang tua walaupun berlainan agama dan bangsa. Allah duga tak kira dalam keadaan serba kekurangan dan serba ada. Semoga apa yang berlaku menjadi pengajaran yang sangat berkesan kepada saya.
No comments:
Post a Comment