August 12, 2014

Berangan

Hari ni saya nak berangan. Dah lama pendam dalam hati. En. Suami malas nak layan angan-angan saya ni. Buang masa je. Tak apa, semoga harapan dan angan-angan ni jadi kenyataan sebab usaha ke arah itu sudah terlaksana 5% termasuk seisi berangan ni. Jika diperkenanNya, alhamdulilah.
Apa yang saya angankan ialah rumah kediaman kedua di tepi pantai di daerah terpencil. Jauh dari hiruk pikuk kehidupan. Tenang. Damai. Lokasinya ialah DiSini. Saya ingin habiskan sisa kehidupan di DiSini selepas makan gaji. Setiap tahun sejak beberapa tahun lalu, saya akan ke DiSini. Jatuh cinta dengan segala keindahan ciptaanNya. Angin laut... ombak... pantai.. hasil laut.. sunyi malam & corak kehidupan yang tenang.

DiSini... lokasi yang terpilih
Semoga suatu hari nanti hajat saya untuk memilikinya jadi satu kenyataan biarpun berada di kawasan serba kekurangan. Gunakan kemudahan yang tersedia oleh Maha Pencipta dan hidup bersederhana. Jika kita berusaha membina kehidupan yang lebih baik, pasti berjaya.


No comments:

Post a Comment

28 Oktober 2023

 Hari ni hari lahir Abang yang ke 51.. semoga roh mu di RahmatiNya. Bercekau & ketawa dah jadi kenangan. Dia lah idola. Abg borek adik r...