August 11, 2014

Komuter, Jubah dan Gangguan

Alhamdulilah, pagi Isnin kembali lagi. Semoga hari ni segala-galanya berlaku dengan baik. Semalam, rehat sepenuhnya di rumah. Tak ke mana-mana sebab En. Rajali kerja. Masih lagi mood raya... jalan sesak. Dah reda nanti baru kami keluar beraya.
Tiga hari lepas, gerabak keretapi tergilincir. Perkhidmatan tergendala dari stesen Kepong hingga KL Sentral. Hikmahnya, kemudahan komuter lebih menyenangkan dan selesa untuk berulangalik ke KL berbanding bas. Paling serik, 5 jam baru sampai rumah hari Jumaat lepas.

bersambung kejap lagi...

... selang 3 jam

Baru teringat, saya ada 6 pasang jubah baru untuk raya tahun ni tapi satu pun tak boleh pakai, tak muat walaupun saiz XL! Nafsu beli borong. En. Suami kata, Awak kena kurus kalau ada niat nak pakai. Hmm... bila la tu. Semoga berjaya menyarung dalam tempoh 3 bulan ni.

bersambung kejap lagi...

Suami saya beritahu sekejap tadi yang setan anak saudara kami, Ana, sedang mengganggu dia menyebabkan dia tak sihat sejak seminggu balik cuti. Setan tu marah suami saya bantu Ana (Ini peringat untuk ko Setan:  Tiada yang lebih berkuasa melainkan Allah SWT. Jika Dia berkata YA, maka terjadilah suatu perkara itu). Tiap yang terjadi ada hikmahnya. Sebagai insan yang serba kurang, hanya berusaha semampunya dan berdoa kepada Maha Agung semoga gangguan ini pergi secepat mungkin.


No comments:

Post a Comment

28 Oktober 2023

 Hari ni hari lahir Abang yang ke 51.. semoga roh mu di RahmatiNya. Bercekau & ketawa dah jadi kenangan. Dia lah idola. Abg borek adik r...