April 27, 2018

Daerah LD

Insyallah 2019 tahun penghijrahan saya ke daerah LD dengan misi mengharap ketenangan hidup, fokus pengabdian diri pada Maha Pencipta dan berkhidmat pada keluarga. Dengan izinNya, penghijrahan akan berlaku 6 bulan pertama.

Sinakut, Sabah


Penghijrahan dari kehidupan bandar besar ke daerah nun jauh seberang laut.
Penghijrahan yang jauh dari keluarga dan saudara mara.
Penghijrahan dari makan gaji ke alam cari duit sendiri.
Penghijrahan bermulanya bab akhir kehidupan dunia.

Mengundang banyak rasa. Semoga dengan izinNya semuanya berjalan lancar dan baik-baik saja selagi hidup dengan jujur dan ikhlas. Lupakan rasa-rasa yang negatif. Peduli yang Positif. Apa yang penting, perancangan dan persediaan. Merancang dan bersedia dari sekarang.


bersambung...

April 26, 2018

Suram

Minggu ni jadual agak penuh. Job uncang gold filigree wajib siap sebelum ahad malam. Status setakat ni.. kekurangan 105 pcs uncang yang belum berjahit dan gold filigree belom ditampal. Alhamdulilah. Semoga semuanya mengikut plan dan berjaya.
Ganti puasa.. ada lagi 6 hari perlu diganti. 1 Ramadhan kemungkinan jatuh pada 17hb Mei. Insyallah sempat. Apa persediaan sambut Ramadhan kali ni? Hmmm... cam tahun lepas. Biasa2 je cuma tahun ni ada Kak Aca sekeluarga.
Apa yang rasa saya kat mereka sekarang? Banyak rasa tak selesa tapi saya mampu kawal emosi sendiri. Apa yang saya harapkan tak menjadi. Jauh menyimpang dari keceriaan dan kebahagiaan yang saya impikan. Semakin mengurang rasa gembira bila kakak datang semula dalam hidup. Banyak berselindung. Banyak konflik luar dan dalam diri saya. Saya tak pasti siapa saya pada dia.. apa yang dia perlu dari saya. Apa yang perlu saya buat? Buat masa ni saya ambil masa jarakkan diri untuk tenangkan keadaan.

Bangunlah kak. Buat sesuatu untuk teruskan hidup dan masa depan keluarga. Tak ada jalan pintas untuk hidup senang. Berusaha dan mula dekatkan diri dengan Pencipta kita. Insyallah, hidup semakin baik.


Saya perlu waras berhadapan situasi sekarang. Kadang kadang bergetas menahan rasa .. sabar. Semoga saya diberikanNya ketabahan dan kesabaran berhadapan situasi sekarang. Saya redha dengan aturan Nya. Saya mohon padaNya agar situasi ni cepat berakhir. Berakhir dengan baik.

April 19, 2018

Undi ke-14

Macam baru je gi mengundi ke-13. Pantas masa berlalu. Harap2 BN menang lagi. Hehehh..
menjengkelkan yer. Saya ok je. Ada baik, ada buruk. Rakyat dah bagi amanah pada pemimpin. Makan diri jika tak jalankan amanah dengan baik. Harap-harap pemimpin yang dipilih melaksanakan syariat Islam sepenuhnya. Insyallah, banyak masalah negara boleh selesai.
Selamat mengundi.

April 18, 2018

Kekuatan diri

Lupa-Nama: Dimanakah letaknya kekuatan Hang Tuah?
Pak Belalang: Kekuatan Hang Tuah letaknya pada huruf Ta
Lupa-Nama: Sebabnya....

Sila tonton wayang Nujum Pak Belalang 😊

Dimana kekuatan diri saya?
Perlu cari...

Semakin dewasa, hidup ni semakin mencabar.
Perlu tabah, sabar dan tenang.
Saya hanya insan biasa.. dalam ketenangan kadang kala ada getar. Bila ketenangan diuji, diri jadi kucar kacir. Jika diri lemah, hidup jatuh. Saya sedar rutin hidup tak boleh jauh dari Tuhan. Itulah kekuatan saya. Saya percaya dan yakin, jika kita menjaga hubungan dengan Sang Pencipta, Dia pasti menjaga kita. Pasti Dia yang Maha Pengasih dan Penyayang melindungi dan mendengar pengaduan kita.  

April 16, 2018

41 Tahun

Tanjung Harapan, Klang

Alhamdulilah.. Alhamdulilah.. Alhamdulilah

Tuhan, terima kasih atas kasih sayang Mu.
Tuhan, ampuni saya.
Tuhan, saya mohon diberi rezeki, kebahagian dan kemudahan hidup yang baik.
Tuhan, saya berharap perlindungan, rahmat dan keberkatan Mu.





April 12, 2018

Sembang rasuah

Situasi sebenar beli rumah siap zaman sekarang...
Di pikir2 kan lerr. 
Memang bangga giler ada rumah banglo, teres, kondo.. mewah harga rm500k ke atas. Pembeli beranggapan rumah mahal tu ada kualiti sebab tengok kat show room, material & aksesori rumah contoh nampak macam best je. Kawalan keselamatan, kolam renang.. gym dan lain2 kemudahan. Memang ler nampak mewah sebab penjual juga pamerkan aksesori rumah yang berkualiti baik contohnya aksesori dalam tandas... water closet, bath tub, shower.. basin. Tapi bakal pembeli tak tahu kualiti struktur bangunan terutama bangunan bertingkat dan fizikal asas bangunan. Sebagai pembeli, kita hanya nampak fizikal yang dah di touch-up dengan tampalan plaster, jubin yang cantik, siling plaster. Dari pengalaman saya, kebanyakan keadaan bangunan sekarang adalah berstatus kacau bilau. Kesimpulannya, semuanya punca dari satu... sikap pereka bangunan dan  pembina.


April 11, 2018

Tak perlu stress

Kembali.

Dua jam pertama waktu bekerja... gila punya mengantuk. Macam biasa. Layan mengantuk dalam tandas. Macam biasa juga. Hehheh.

Hari ni tak puasa ganti. Selang seli. Tak boleh paksa diri, nanti tak nak buat. Ada lagi 7 dari 14 hari nak ganti sebelum ramadan datang. Tahun lepas agak lama cuti puasa sebab badan tak cukup air. Sakitnya haiii la... jadi serik. Alhamdulilah, sihat hingga kini.

Kemarin dan semalam sibuk cari kain untuk tempahan uncang. Alhamdulilah. Jumpa juga kat Nagoya Textile Sdn. Bhd dengan harga, design dan kualiti yang memenuhi citarasa berbanding  Kamdar dan Jakel. Gold filigree dah tempah kat kedai. Jadi, mula hari ni waktu santai kat rumah akan terisi dengan aktiviti menguncang. Semoga Allah izinkan saya menguncang 470pcs sebelum 27hb ni.

Alhamdulilah, rutin harian teratur. Motto.. lakukan ikut kemampuan diri. Reda jika tak mampu atau tak berkesempatan. Setiap masalah ada beberapa pilihan penyelesaian. Jadi, tak perlu paksa diri..

Hidup takkan stress asal tak jauhi Tuhan ✌

28 Oktober 2023

 Hari ni hari lahir Abang yang ke 51.. semoga roh mu di RahmatiNya. Bercekau & ketawa dah jadi kenangan. Dia lah idola. Abg borek adik r...