July 31, 2014

Salam Aidil Fitri

Maaf zahir batin
Dah beberapa hari sepi. Rutin cuti... kurang ada kesempatan untuk bersiaran. Kini saya berada di kampung, Lahad Datu. Sejak mendirikan rumahtangga, sambutan Aidil Fitri di sini setiap tahun. Meriah. Tahun ni Aidil Fitri saya rai sekadar ala kadar. Menghormati saudara Islam yang sedang berjuang menentang musuh Islam di situ dan di sana dan 2 kedukaan yang melanda Malaysia. Saya anggap cuti seminggu ni sebagai cuti rehat. Program ziarah yang terdekat saja. Banyak di rumah terima tetamu, menjahit, tidur, seisi tolong Menyibuk kat dapur, makan2 dan cuci pinggan mangkuk. TV... agak kurang sebab dah biasa jarang tonton tv.

Ruqyah Asas Pengubatan Islam

Hmmm... satu pengalaman berharga kali ni. Berhadapan dengan orang yang mengalami gangguan sihir. Hari pertama Aidil Fitri. Di kala kami menanti Maghrib. Nampaknya kuasa jahat tak sabar menguasai mangsa, masa yang dinantikan setelah sebulan setelah diikat. Puncanya dendam. Cinta bertepuk sebelah tangan. Orang ini lupa, ada kuasa yang Maha Besar. Semuanya ciptaanNya termasuk makhluk jahat yang membantunya melunaskan dendam. Sebagai insan ciptaan Maha Esa, hanya bantuan dan perlindunganNya dapat membatalkan gangguan yang dihantar. Kembalilah ke jalan Nya. Semoga kita menjauhi dan terpelihara dari perbuatan yang menggembirakan Syaitan yang direjam.

Makcik doakan Ana kembali pulih. Kita ikhtiar sebaik mungkin, semoga usaha kita mendapat belas dan diperkenanNya. 

July 23, 2014

Briged Izz ad-Din al-Qassam

Hati ni tertanya-tanya... siapakah mereka? Dari mana? Semangat dan matlamat perjuangan mereka. Jom study!





Sumber rujukan:

1. http://ms.wikipedia.org/wiki/Briged_Izz_ad-Din_al-Qassam

Kedua terakhir

Esok hari terakhir kerja sebelum cuti Aidil Fitri di kampung. Persiapan balik kampung belum dibuat. Masing-masing sibuk menyiapkan kerja. Awal pagi Sabtu dah nak terbang. Semoga kami selamat sampai. Tahun ni kami turun di Sandakan. Tiada pilihan sebab harga tiket dah naik 4 bulan sebelum Ramadhan.
Pagi ni saya naik tren sama-sama akak Senah & the geng tapi saya tak dengar mereka berborak sebab tidur sepanjang perjalanan. Kemengantukkan malam tadi menyiapkan baju raya Huda. Harap-harap baju tu selesa dia pakai. Pelanggan pertama nih. Hehh. Dah nak cuti ni banyak pulak kerja kat ofis. Insyallah, sempat siap esok.

Baju raya Huda

July 22, 2014

Sakit gigi dan seisi menjahit

Dah 2 hari dilanda sakit gigi. Kali ni sebelah kanan. Sakit merebak sampai sebelah kepala. Atoiiiiiiii... sakitnya sampai terpaksa telan pil tahan sakit. Puasa separuh hari semalam. Hari ni tak pose? No! no! nooooooo!. Sedaya upaya menahan sakit sebab kesan ketahanan pil dah abis tengahari ni. Alhamdulilah. Sakit ni menguji tahap dan mendidik jiwa tentang kesabaran. Harap-harap boleh tahan sampai waktu berbuka.
Langir raya rumah Mak Uda
Kerja menjahit dah separuh selesai. Langsir Mak Uda dah siap. Baju kurung Huda tinggal skirt... insyallah malam ni habiskan. Baju kurung Mak, masih dengan 1 skirt belum jahit. Langsir rumah kampung dah separuh jalan buat. Harap-harap semuanya siap sebelum Jumaat. Sebelum seisi menjahit, kena telan ubat tahan sakit, kalau tak, payah nak menjahit. Dan nampak gayanya, terpaksa beli baju raya siap untuk diri sendiri. Biskut raya... hmmm tak sempat. Dah lari dari jadual perancangan. Cukup untuk Mak hidang tetamu sementara kami berada di kampung selama seminggu nanti. Mujur jiran-jiran dan kawan hulur sebalang dua. Sesungguhnya mereka baik hati. Semoga murah rezeki mereka.

Baju raya Huda
Minggu depan dah Syawal. Tiada persiapan yang gah sebab menghormati saudara Islam yang ditindas di sana dan di uji perginya ahli keluarga ekoran kehilangan MH370 dan terhempasnya MH17. Tak adil sebagai umat Islam saya bersuka ria sedangkan ada yang berduka dilanda musibah.

July 19, 2014

MH17 (Amsterdam - Kuala Lumpur)


Kemarin Malaysia dikejutkan dengan satu lagi pesawat terhempas di sebuah perkampungan yang terletak di Ukraine akibat ditembak dengan peluru berpandu oleh pihak yang bertelagah. Semua 298 orang penumpang dan anak-anak kapal maut. Dugaan besar buat rakyat Malaysia khususnya muslim. Kesempatan hari-hari terakhir Ramadhan, saya berdoa agar Malaysia tidak lagi ditimpa dugaan besar pada masa depan. Kita buat baik-baik saja dengan Maha Pencipta, insyallah kehidupan akan jadi baik. Insyallah...

Pengajaran

Bermusuh-musuhan antara kita tidak membawa langsung kebaikan tapi kemudaratan. Agama hanya memberi tempoh sehingga tiga hari untuk membaiki keadaan dan hubungan... 

Dari Imam An-Nawawi :

تحرم الهجرة بين المسلمين أكثر من ثلاث ليال بالنص وتباح في الثلاث بالمفهوم وإنما عفى عنه في ذلك لأن الآدمي مجبول على الغضب

Ertinya : "Diharamkan tidak bertegur sapa di antara Muslimin ( yang disebabkan punca pergaduhan dunia) lebih dari 3 hari secara jelas dari Nas hadith, dan secara mafhumnya difahami harus untuk melakukan itu (jika perlu) selama 3 hari, dan sesungguhnya dimaafkan sifat demikian kerana manusia sentiasa terbawa-bawa sifat marah" ( Syarah Sohih Muslim, 16/117)

July 17, 2014

Sempat ke?

Ya.. sempat ke saya siapkan langsir 2 buah rumah dan lebih kurang 3 pasang baju dan juga biskut-biskut raya? Lagi... drawing partime (PLKN Banting) Tuan Haji Suyat. Semua misti siap sebelum cuti raya. Yeeehaaa.. Harap-harap sempat. Semoga dipermudahkanNya. Kain-kain langsir semua dah siap potong.

Langsir baru untuk rumah kat kampung
Baju raya Mak dah 1.5 pasang siap. Yang 0.5 tu skirt baju kedua beliau. Tinggal baju Huda je. Baju sendiri... hmmmm beli la jawapnyer. Ni la nasib tukang jahit terjun. Tak apa  lerr... bantu orang atau sedara dalam kepayahan. Hehehh. Drawing .. floor plan dan separuh schematic diagram dah siap dikerjakan semalam. Kemarin cuti sempena Nuzul Quran. Semalam, cuti sempena sakit kepala. Terperap seharian dalam bilik menyiapkan kerja-kerja di atas. Jam 3 petang baru keluar gi klinik.
Apa pengajaran hidup sepanjang 2 hari? Isu pembuli jalan. Seorang perempuan maki hamun pakcik yang tak sengaja melanggar kereta baru dia. Garang sungguh!, kata Ketua Polis dalam berita malam tadi. Dimana letaknya keislaman perempuan itu. Sangat memalukan. Puasa yang tak dapat menahan diri dari perbuatan yang tak baik. Baguslah diambil tindakan agar rakyat Malaysia akan terdidik dengan nilai-nilai kemanusia pada masa depan. Dah tak ada rasa hormat terhadap orang tua walaupun berlainan agama dan bangsa. Allah duga tak kira dalam keadaan serba kekurangan dan serba ada. Semoga apa yang berlaku menjadi pengajaran yang sangat berkesan kepada saya.

July 11, 2014

Tazkirah

Satu perkara wajib yang saya lakukan setiap pagi (kecuali suami hantar) untuk ke ofis ialah naik keretapi komuter. Jadual kebiasaan saya ialah tren-tren antara jam 6:23 hingga 7:08 pagi. Kekerapan 15 minit. Kalau tren 6:53 pagi keatas, saya akan duduk di gerabak paling depan (campur lelaki dan perempuan) sebab masih ada sisa tempat duduk untuk saya. Kalau gerabak tengah (perempuan sahaja), saya tak ada harapan untuk duduk sebab waktu puncak orang-orang ke pejabat terutama kaum hawa.
Cerita atas tu sebenarnya intro. Kalau saya naik tren jam 6:53, saya suka duduk dekat dengan satu kumpulan Akak-Akak Senah ni. Meriah suara mereka dengan cerita dan tawa. Saya suka mengendeng dengar cerita.. gosip mereka. Mungkin masing-masing dah berumur 40 tahun ke atas, bekerjaya dan punya keluarga yang anak-anak berdikari (urus diri sendiri). Dah tentu banyak pengalaman diorang dalam menguruskan hidup. Kesempatan saya untuk cedok ilmu yang baik dari mereka.
Pagi ni saya dengar Akak-Akak Senah komen tentang tazkirah dalam seisi solat tarawikh. Tentang tambahan masa tazkirah berpuluh minit. Katanyer tambahan masa menyebabkan seisi solat selesai dah jam 11 malam. Balik tarawikh buat itu ini sikit.. pukul berapa nak tidur?... lagi nak bangun awal siapkan sahur.. urus anak-anak. Akak-Akak Senah ni wanita yang baik sebab mereka serba boleh. Kerja di pejabat, kerja di rumah... macam macam tanggungjawap dilaksanakan. Orang lelaki je kadang-kadang tak faham atau buat tak faham. Betul juga... jawantankuasa surau dan masjid perlu faham antara jemaah mereka ialah kaum wanita yang berkahwin. Masa sangat berharga bagi wanita bekerjaya status kahwin. Petang sampai rumah terus menguruskan rumahtangga. Waktu berehat ialah waktu tidur. Sabar je la Akak-Akak Senah. Apa yang boleh buat, beritahu pihak pengurusan surau atau masjid. Masalah selesai. Hehehhh.
Ok, tamat sudah cerita tak berapa nak pendek ni. Nanti saya cerita lagi isu terkini lagi sensasi Akak-Akak Senah.

July 10, 2014

Baju raya

Kali ni nak cerita pasal baju baru untuk ziarah saudara mara dan kawan-kawan di awal Syawal. Biasa panggil baju raya tapi kali ni saya tukar konsep sambutan Ramadhan dan Syawal. Masa kecil-kecil baju saya ada dua atau tiga pasang. Beli belah dengan Mak Ayah. Baju kurung tu wajib. Mak yang jahit. Cuma beli seluar dengan blouse atau t-shirt. Saya kurang pakai skirt. Selain baju kurang, fesyen pakaian saya ditentukan Ayah. Mujur selera kami hampir sama. Apa kata Ayah, saya ok kan aje. Beli belah ngan Ayah best sebab Ayah bagi pilihan dan kenudian dia tapis. Tak pernah menghampakan. Ye laaa... dapat baju baru bukan selalu. Kita bukan orang berada, nak baju bersilih ganti setiap bulan. Al-Fatiha untuk Arwah Ayah.

Baju raya Mak

Baju kurung... masa dulu baju kurung raya dan baju sekolah Mak yang jahit. Baju moden saja hantar upah. Saya pernah belajar jahit tulang belut dari Mak. Sekarang dah lupa. Insyallah, ada masa nanti saya belajar semula. Asal raya, ada baju kurung... asal baju kurung, ada raya dan kenduri kendara. Tu la saya. Heheh. Tapi sekarang tak. Siap belajar buat baju kurung sendiri. Mula tahun ni, saya buat baju kurung Mak. Hmm... tiba lah masanya saya buat baju untuk Mak pulak. Tahun ni, saya beli 2 helai kain untuk Mak. Semalam dah siap sepasang. Saya budak baru belajar dan pertama kali buat baju bukan diri sendiri dan pertama kali cuba teknik jahit getah dan velcro pada skirt. Walaupun ada yang tak kemas tapi Mak suka. Sesungguhnya Mak memahami dan tak cerewet. Siap tambah lagi baju-baju untuk diubahsuai. Sabar Mak... banyak kain dah menunggu nak di jahit sebelum habis puasa. Alhamdulilah... salah satu perkara yang terindah dalan hidup, diri bahagia dengan membahagiakan orang tua.


July 9, 2014

Pencuci, topeng dan krim pelembap muka

Dah lama sangat tak buat maintenance muka. Sebab tu tak cantik... (Secara luaran. Dalaman? Insyallah, cantik. Perasan!). Allah marah kalau kita tak jaga nikmat pemberianNya kan. Hmmm... saya yang malas ini. Harap cuci muka saja, yang lain lantakkan aje. Jenis kulit berminyak... tu yang malas berbedak lipstik bagai. Lemas. 
Teringat zaman remaja dulu masalah jerawat agak kronik sampai arwah Ayah bawak ke klinik pakar kulit. Siap ingat lagi nama klinik, klinik Pakar kulit Mohd. Noh kat depan Coliseum Jalan TAR. Rawatan yang baik tapi kesian Ayah sebab tetiap bulan rm100+ terbang. Kita bukan orang senang. Saya bagitau Ayah bulan ketiga, rawatan tak perlu buat sebab dah mula ok. Alhamdulilah, keadaan tak kronik lepas tu. Mula umur 25, jerawat mula segan-segan nak timbul. Saya pon beralih kepada pencuci muka yang biasa dan boleh silih ganti jenama.
Umur dah 30 ni, kulit muka agak stabil. Dari dulu teringin nak buat bahan-bahan penjagaan diri sendiri. Kebanyakan bahan penjagaan ni agak berharga. Jadi, apa salahnya kita buat sendiri. Terjamin dari segi penggunaan bahan kimia yang melampau. Dulu, ada juga pernah cari mencari resipi. Terhad. Dan sekarang... cari-mencari juga. Banyak pilihan. Antara resipi yang jadi pilihan...

Pencuci Muka

Homemade facial cleanser oily skin
Oily facial cleanser

-----------

Skrub Muka

Honey Cinnamon Face Scrub/ Exfoliator
Honey Cinnamon Scrub
Ingredients:

1/2 cup honey (use a raw, organic honey to get the benefits listed above)
1/4 cup baking soda
2 teaspoons cinnamon
5 drops lemon essential oil (optional- you can buy it here)


Instructions:

Mix the honey, baking soda, and cinnamon until they form a thick paste
Add the essential oil and mix well
Store in a container with a tight lid
Wet your face with warm water
Apply scrub to face rubbing in small circles
Wash off with hot water
Follow up with a good moisturizer

-----------

Krim pelembap

Things needed:

Fresh milk
Lime – 2 to 3 tablespoon
Extra virgin olive oil – 2 to 3 table spoon
A cup for mixing all ingredients


Method:

First take a clean cup and pour about a quarter cup of milk.
Take about 2 tablespoon of extra virgin olive oil and mix it well with the milk.
Finally pour about 2 tablespoon of lime and stir it well, and your moisturizer is ready.
Benefits of the moisturizer:

Milk: the lactic acid softens your skin
Olive oil: makes your skin healthy
Lime: removes dead cells and any acne or blemishes, thus clearing the skin.



Kekejaman mereka

Semakin hari semakin menjadi-jadi musuh Islam di sana menghancurkan umat Islam. Bagi saya, mereka sebenarnya tahu yang Islam itu benar cuma terlalu ego dan cemburu terhadap umat Islam kerana umat Islam adalah komuniti yang tenang dan Maha Pencipta telah memberi nikmat kehidupan dunia yang baik. Contohnya, negara terbesar yang memilik sumber mineral.
Kadang-kadang saya tanya pada Allah, kenapa biarkan umat Islam di sana ditindas dan dizalimi. Mungkin ada hikmahnya Allah berbuat demikian. Kesempatan bulan ramadhan ini yang mana doa orang yang berpuasa akan dimakbulkan, saya sentiasa doa umat Islam mendapat perlindunganNya dan kezaliman yang berlaku terhenti tidak lama lagi. Juga, saya berharap orang-orang zalim ini tersentap dan sedar tentang kekuasaNya dengan balasan kezaliman mereka yang selama ini menyangka mereka lebih berkuasa. Semoga umat-umat yang dizalimi tabah dan bersabar dengan ujian pahit. Insyallah, manis akan datang juga suatu hari nanti. Suara Islam belum cukup kuat. Semoga penyatuan segera umat dapat pertahankan Islam dan digeruni musuh-musuh.
Suami saya beberapa kali menyatakan hasratnya dan minta izin untuk ke sana bersama-sama membantu mereka yang di sana jika ada peluang. Insyallah, saya redha dan izinkan. Kehidupan dunia hanya sementara. Manusia dicipta dan hidup kita hanya untukNya....

July 8, 2014

Sambutan Ramadhan dan persiapan Syawal saya

Pagi ni seperti biasa,  saya lewat 6 minit sampai ofis. Kenapa lewat? Bangun lewat. Kenapa bangun lewat? Semalam tido jam 2 pagi. Buat apa? Hehehh…. En. Suami telah mengangkut saya merayap kat Uptown Kota Damansara. Buat apa? Membelanjakan sedikit duit. Tiada kesesakan kenderaan dan orang. Jadi, selesa berbelanja sebab bukan hujung minggu. Juga hujan lebat.
Uptown Kota Damansara. Sumber gambar: jolusiamazing.blogspot.com
Konsep Ramadhan dan Syawal tahun ni ialah tingkatkan amalan, guna tenaga, masa dan perbelanjaan untuk perkara yang lebih bermanfaat di bulan-bulan terpilih ini. Menu juadah berbuka puasa seperti hari-hari lain. Asal kenyang dan tak membazir. Kuih – muih sekali sekala. Kami dah mula buat persiapan untuk balik kampung lebih kurang 18 hari lagi untuk menyambut hari-hari terakhir Ramadhan dan ziarah saudara mara di awal Syawal.  Pakaian baru untuk 1 Syawal dan program ziarah saudara mara sedang berlangsung. Jahit sendiri baju-baju kurung untuk Mak dan jubah-jubah untuk diri sendiri. Untuk rumah, tiada cadangan untuk berhias. Cukup setakat bersih dan kemas. Perancangan juadah secara sederhana untuk tetamu…  biskut dua jenis, kerepek, kacang, kek dan buah. Biskut juga saya cuba buat sendiri. Sempat ke.. projek jahit lagi? Harap-harap sempat. Insyallah..

July 7, 2014

Cerita budak-budak ni lagi!

Masa dah time!

Antara keceriaan hidup kami di rumah ialah kehadiran mereka berempat. Kebiasaannya, tiga ekor akan tidor bersama-sama kami. Walaupun mereka kadang-kadang memerut kat dalam bilik, kami tetap benarkan mereka masuk. Bila sampai masa tidur... antara 10-12pm, sekor demi sekor akan masuk dan cari port yang best atau port tetap masing-masing.
Yang biasa manja, sebelum tidor misti garu-garu kepala. Tandanya, menyondol kepala kepada kami yang lupa atau buat-buat lupa. Yang sekor lagi akan pandang dengan mulut berkumat kamit seolah-olah bercakap untuk belai atau urut.
Cerita lain...... Tolong laaaaaa. Saya dah bosan setengah hari dok kat ofis ni menunggu kerja datang hari ni.

28 Oktober 2023

 Hari ni hari lahir Abang yang ke 51.. semoga roh mu di RahmatiNya. Bercekau & ketawa dah jadi kenangan. Dia lah idola. Abg borek adik r...