Ya Allah, jika kehadirannya bakal membawa kebaikan, Engkau dekatkanlah. Jika kedukaan yang dibawa, Engkau jauhkanlah. Cukuplah dengan kedukaan dan kesulitan sebelum ini yang dibawanya. Berikanlah peluang kepada saya untuk hidup bahagia dan tenang. Amin.
March 24, 2014
March 20, 2014
Rumah Impian Saya: Rumah kabin (9)
Sudah sembilan bulan saya dan suami juga bersama Mak menghuni rumah kabin. Walaupun separuh siap iaitu pembinaan yang asas atau kasar, kami suami isteri tetap selesa. Separuh kerja pembinaan iaitu kerja-kerja halus lagi akan dilakukan secara berperingkat mengikut keperluan. Oleh itu, rumah kabin kami pelbagai mode boleh 'dipakaikan'. Hehheh.. mode baru pindah boleh. mode rumah koboi sebab tak perlu berprotokol sangat, mode bengkel besi.. mode rumah musim hujan sebab sebumbung ampaian luar.. mode rumah tukang jahit.. macam-macam ada. Kami suka rumah kami sebab separa 'open air'. Kami boleh tengok bulan penuh, rasa tempias hujan lebat, angin sepoi bahasa, embun malam, udara pagi yang sejuk & segar setiap hari.
Di bawah ni saya kongsikan dalaman rumah kabin kami sekitar ruang dapur dan ruang tamu dalam mode hari bekerja, bengkel besi, tempat pengeraman telur, musim hujan dan koboi. Gambar terkini, iaitu malam tadi... segar dari ladang ;)
Secara ringkasnya, rumah kabin ni ada dua bilik kabin, dua bilik air, ruang tamu dan ruang dapur/ makan. Keluasan 30 kaki persegi. Semuanya dilakukan sendiri oleh suami saya kecuali kerja-kerja dinding dan lantai.
Ok, ini saja yang dapat dikongsi. Akan datang, bahagian luar pula. Tak pasti bila rumah ni siap seratus peratus. Bila ada keperluan sangan penting, baru dibuat. Heheh. En. Suami merangkap tukang rumah sendiri merangkap tukang besi merangkap penternak dan beberapa rangkap sangat padat jadual beliau setiap hari. Jadi, kami redha dengan rumah koboi ini :)
- bersambung di Rumah Impian Saya: Rumah kabin (10)
Di bawah ni saya kongsikan dalaman rumah kabin kami sekitar ruang dapur dan ruang tamu dalam mode hari bekerja, bengkel besi, tempat pengeraman telur, musim hujan dan koboi. Gambar terkini, iaitu malam tadi... segar dari ladang ;)
"Ruang makan" |
Dapur |
"Ruang Tamu" |
- bersambung di Rumah Impian Saya: Rumah kabin (10)
Zuriat
Sumber gambar: Google.com |
Sumber gambar: Google.com |
March 19, 2014
Selawat Perdana
March 14, 2014
Terlepas..
Tahun ni kami terlupa hari yang ditunggu-tunggu. Adakah kami sibuk? Ya... kami berdua selalu sibuk sehingga terlepas hari ulangtahun pernikahan kami yang ke-4. Dua hari sebelum, saya dah ingatkan suami. Siang dengan urusan kerja masing-masing dan malam urusan kerja sambilan kami.
Pada malam 12 Mac saya beria-ia masak istimewa, rupa-rupanya Allah telah mengatur kami raikan hari sejarah kami tanpa kami sendiri sedari. Terima kasih Allah. Terima kasih juga kerana memberi hadiah sangat besar dalam hidup untuk saya 4 tahun lalu di dalam waktu duka saya. Sesungguhnya Allah mendengar rintihan hati ini dan telah mengatur dengan baik perjalanan hidup ini

Ya Rahman, terima kasih...
Alhamdulilah.. syukur di atas segala nikmatMu dan segala kebaikan yang telah diberi. Kami di uji, ditimpa musibah... kami ikhtiar, kami redha dengan segala ketentuanMu. Sesungguhnya Engkau, Pengatur hidup yang baik buat kami. Rezeki yang Engkau beri selama ini, cukup untuk kami.
Harapan kami...
Harapan kami...
Semoga perkahwinan ini diberkati.. semoga hidup kami semakin bahagia dan ceria.. semoga hidup kami dibawah lindungan Mu.. semoga hidup mati kami berada di jalan Mu.. semoga rezeki yang diberiMu cukup untuk kehidupan kami dan kami kongsikan bersama-sama orang-orang tersayang.
March 11, 2014
Musibah mula melanda
Misteri kehilangan pesawat MH370...
Mungkin Allah sorok pesawat berkenaan agar kita sebagai rakyat Malaysia, sedar diri. Selama ini kita semakin bongkak dengan kehidupan dunia. Pemimpin menjadikan agama Islam sebagai boneka. Agama dan hukum Islam diketepikan dan dipermainkan. Kini kita bukan sahaja diuji dengan misteri kehilangan pesawat, tapi musim panas dan kering dan masalah jenayah negara iaitu kes pembunuhan yang semakin menjadi-jadi. Semoga musibah-musibah ini memberi kesedaran kepada umat Islam. Jika kita menafikan hak Allah, Allah juga menafikan hak kita.

March 10, 2014
Tak perlu buat kerja tapi dapat duit lumayan
Jika buka facebook atau media sosial lain, saya akan banyak lihat skim pelaburan wang atau kecantikan dan kesihatan yang menjanjikan pendapatan lumayan tanpa kerja bermati-matian untuk jadi kaya raya dengan cepat. Sebagai orang yang berpendapatan sederhana, saya tak lepas menjadi target mereka. Mereka ini mensasarkan orang yang berpendapatan sederhana hingga yang cukup-cukup makan. Mereka berpendapat, kumpulan-kumpulan ini hanya memandang untung besar dan cepat kaya. Bila menghadiri kursus produk, bukan kebaikan produk diutamakan tapi kursus menyusun strategi untuk jadi kaya raya. Saya berpijak dibumi yang nyata ini, saya tak mampu melanggan produk yang mahal-mahal. Sekadar sebulan dua sahaja yang mampu. Cuba mereka cari Dato', Datin, Tan Sri, Puan Sri atau golongan berada lain sebagai sasaran mereka. Jadi, tak perlu buang masa meraih keahlian kami yang ada-ada saja. Mungkin sebab, kami lebih ramai dari mereka yang berada.
Logiknya, saya perlu berusaha sungguh-sungguh untuk mendapatkan pendapatan lumayan. Bukan sekejap tapi memerlukan masa. Jadi, ada sesuatu yang tersembunyi... tak kena di sebalik slogan, Tak perlu kerja tapi dapat duit lumayan dalam masa seminggu.. sebulan selepas menjadi ahli berbayar . Hanya duduk tunggu duit masuk akaun. Kebanyakannya perlu laburkan modal permulaan dan perlu cari orang bawah. Konsep plan seperti ini sudah biasa saya perhatikan. Orang-orang yang berada di bawah membantu menaikkan duit tabung yang berada di atas. Orang yang berada di atas semakin lama semakin banyak pendapatan. Orang yang di bawah perlu mencari orang-orang dibawah untuk menjadi semakin kaya. Skim yang bertingket-tingket. Tak aktif cari orang bawah, maka lambat kaya atau tak kaya langsung.
Saya tolong anda cari orang bawah. Janji orang atas. Apa kata, orang atas yang dah kaya ni taja orang bawah. Bantu golongan bawah. Skim atau pelan ini bagi saya banyak menganiaya orang susah. Jadi, jika saya ada duit lebih sedikit, lebih baik dimodalkan ke perniagaan sampingan saya iaitu menjahit dan berkraf. Insyallah, sedikit demi sedikit semakin maju jika ada kesabaran dan usaha. Ingat janji Allah, Dia tak akan menganiaya umatnya yang berusaha. Saya juga perlu ingat, dunia ini hanya sementara. Target hidup di muka bumi Maha Pencipta ini ialah pelaburan bagi kehidupan yang kekal nanti. Jadi, untuk apa terlalu mengejar harta benda yang melekakan. Carilah rezeki dengan ikhlas dan diberkatiNya. Jangan paksa orang lain untuk mengkaya diri.

March 7, 2014
Text mask blocked (autocad)!
Tips ni amat berguna bagi pelukis-pelukis macam saya. Masalah ni dah lama "berhantu" kat saya. Salah saya juga sebab malas nak cuba. Hari ni timbul semangat untuk lukisan yang terbaik. Walaupun masalah ni kecil tapi ia adalah suatu gangguan besar juga. Jika tak selesaikan, benda-benda atas lukisan akan jadi bertingket-tingket. Maka sakit ler mata sapa-sapa yang menengoknya.. susah nak baca text yang bertindih-tindih.
Autocad memudahkan penggunanya untuk masalah bertindih-tindih ni tapi masalah lain timbul. Bila plot preview, kotak hitam tindih text! Macam kat bawah ni:
Tak ke menaniaya bila dah siap cantik2. Hasil dari google google, saya dapat jalan penyelesaian. Yayyy!! Tahniah pada diri saya sendiri. Penyelesaiannya seperti di bawah:
Memang masa preview akan nampak kotak hitam dah tindih text tapi bila print kotak ni tak ada. Sebelum ni saya tertipu sebab tak cuba print. Print preview ni kekadang tak boleh pakai gak.Saja yang melemahkan semangat guna text mask.
Autocad memudahkan penggunanya untuk masalah bertindih-tindih ni tapi masalah lain timbul. Bila plot preview, kotak hitam tindih text! Macam kat bawah ni:
Plot preview: Text mask blocked! |
Tanda (check) pada "use drawing background colour" |
Cam comel jer kan..
Memang mereka ni comel!
Suka dengar suara mereka. Mereka juga comel dengan berjubah. Untung Mak Ayah mereka. Sedih dan bergenang air mata sebab saya belum ada anak-anak seperti ini. Insyallah, suatu masa nanti dengan izinNya, anak-anak saya seperti mereka. Doakan saya ya :)
March 4, 2014
Tugas
Dalam menjalani rutin harian, saya ada lima tugas kerja utama. Tugas paling utama ialah tugas sebagai hamba Allah. Lepas tu kerja-kerja rumah, pejabat, tukang jahit dan yang terbaru, buat kerja-kerja melukis syarikat bos yang satu lagi.
Kalau semua kerja datang serentak macam sekarang, mau meroyan dibuatnya. Tu mula-mula. Sekarang dah mula biasa dan kena pandai atur kerja. Kerja rumah perlu buat dan tanggungjawap sebagai isteri dan anak. Mujur Mak tolong ampai baju, kemas sikit-sikit dan sekali sekala masak. Mujur juga saya punya suami yang bertolak ansur, membantu dan memahami. Alhamdulilah...
Apa pon, tugas sebagai hamba Allah, isteri dan anak menjadi keutamaan dan adalah segala-galanya dalam hidup saya. Jika lalai dan tanpa taubat, tiada syurga untuk saya.
March 3, 2014
Anugerah "Kojer la sekueknyo!"
Yo! Den tak tipu. Hmm.. seperti yang dijanjikan, hari ni saya menerima anugerah dari Bos iaitu notebook yang sesuai untuk kegunaan saya. Saya kesayangan bos? Ye laaa.. sangattt. Betol la kot. Heheheh.
Heyyyy... notebook bukan untuk suka-suka cam garu ketiak gatal tau, tapi untuk ekau buat kijer kat rumah. Lepas ni tak ada excuse keje tak siap sebab tak boleh stay ofis lepas jam 5pm. Nasib ekau laaaa.

Profile teman baru |
Peringkat permulaan ni, kena tahu hati budi teman baru ni... review
Subscribe to:
Posts (Atom)
28 Oktober 2023
Hari ni hari lahir Abang yang ke 51.. semoga roh mu di RahmatiNya. Bercekau & ketawa dah jadi kenangan. Dia lah idola. Abg borek adik r...
-
Sejak mula meleburkan diri dalam dunia tanaman, banyak yang perlu saya belajar. Banyak cara atau kaedah menyuburkan tanaman dengan kos yang...
-
As salam.. Pagi ni aku terima panggilan dari orang yang aku tak duga. Wan! Hmm. Mahu aku kembali kat dia. Tak mungkin dan aku dah tobat. A...
-
Perkembangan terkini tentang rumah kabin kami ialah kami telah pun menempah dua buah kabin 20' x 10' semalam. Kami perlu menempah te...