August 12, 2009

Cerita 5....

Lama tak buat 'kunjungan' ke blog ni. Bz.. tk juga. Ujung minggu je yang bz. Kali ni.. nak update cerita2 yang tertinggal.
Emi bertunang 1 Ogos (ahad petang) lepas akikah Adam. Orang Lubuk Redan turun & aku dah tentu sibuk sebab sedara yang terdekat. Sabtu petang aku turun umah Busu sebab belah pagi aku ada interview keje kat Subang. Ooo ya.. sampai belom ada jawapan (Aku pon belom rasa nk tukar tempat keja).
Majlis kawin 18 & 19 Disember.. aku & jali dah kasi tau Mak, Abg & Kak Ida.. Busu.. Alang.. Kak Wan.. Mak ok je. Cuma dia mintak kitorang bertunang & bersanding. Kak Tati pon. Hmm.. tengok la cam mana nanti. Konon2 nak save budget. Anggaran tetamu yang dah senaraikan ialah 500 orang. Baju nikah & baju majlis dah beli.. tinggal tempah. Katering.. dah jumpa cuma tinggal booking.. bulan depan kot. Barang2 hantaran aku dah mula beli sikit2. Door gift.. sedang buat & untuk telur, aku dah jumpa. Beli je. Make-up... dah jumpe gak, nanti booking. Tinggal kad jemputan.. makan2 kecik untuk bertunang, jiran2 yang datang jengok & nikah. Tiket untuk balik bertandang pulak.. dalam proses. Kak Tati tolong beli. Aku kena serahkan semua hal umah kat Kak Tati.
Ahad ni aku & jali rancang nak bawak mak jalan2 Cameron. Mak teringin sebab hari tu Jali balik Cameron bawak strawberi & bunga.
Ok.. sini dulu cerita 5. Nanti senang, sambung lagi ngan update2 cerita ;o)

28 Oktober 2023

 Hari ni hari lahir Abang yang ke 51.. semoga roh mu di RahmatiNya. Bercekau & ketawa dah jadi kenangan. Dia lah idola. Abg borek adik r...