June 5, 2018

Kembali

Assalamualaikum..

Hai Kak Yam. Tima kasih Kak Yam yang slalu sudi baca post saya. Saya yang slalu mungkir janji konon hari-hari nak update cerita kat blog. Faktor masa. Waktu keje, sibuk ngan buat keje ofis. Bisikan baik slalu ingatkan saya, waktu keje harus buat kerja. Baru rezeki berkat. Keje dah settle, baru ler ngular (hehehh). Kat rumah pulak, sebok ngan hal rumah. Hmm.. tunggu ler jadi surirumah sepenuh masa. Harap2 tak ler sebok kejau duit cam sekarang. Nak hidup tenang dan berkhidmat pada suami.. cita2 tahun depan.
Hari ni - 20 Ramadan. Minggu depan minggu akhir meninggalkan Ramadan. Minggu depan dah boleh dendang lagu Balik kampung sebab awal minggu depan naik belon balik LD. Insyallah. Semoga saya masih berpeluang berehat dengan tenang dan beribadah sebaik-baiknya.