July 30, 2012

Cupcake & Kek Red Velvet


Bahan-bahan:

(1) Tepung Gandum (165gm )
2) gula kastor (120gm )
3) baking soda atau soda penaik (1/2 sudu kecil )
4) garam (1/2 sudu kecil )
5) serbuk koko (1/2 sudu kecil )
6) minyak masak (3/4 cawan )
7) Susu Segar, dicampur dengan 1 sudu kecil Cuka dan dibiarkan selama 30min (1/2 cawan )
8) telur (1biji )
9) Pewarna merah (1 sudu besar )
10) cuka masakan (1/2 sudu kecil )
11) esen vanilla (1/2 sudu kecil)
Bahan-bahan creamcheese frosting
1) cream cheese Philadelphia (250gm)
2) mentega (35gm )
3) gula aising (130gm )
4) esen vanilla (1/2 sudu kecil )

Cara membuat:

1. Masukkan garam, minyak masak, susu segar yang dicampur bersama cuka, telur, pewarna merah, cuka, dan esen vanilla. Pukul sehingga minyak sebati dengan adunan. Apabila tiada lapisan minyak di bahagian atas, ia menandakan kesemua adunan sudah sebati.
2. Masukkan tepung gandum, baking soda, serbuk koko dan gula kastor yang telah diayak terlebih dahulu kedalam adunan minyak tadi sebanyak 2kali sahaja.
3. Pukul adunan sehingga sebati. Kemudian masukkan ke dalam bekas cupcake dan bakar pada suhu 160 darjah celcius sehingga masak. Kek perlu disejukkan terlebih dahulu sebelum diletakkan creamcheese frosting.

Cara membuat creamcheese frosting:
1. Pukul semua bahan-bahan sehingga sebati.
2. Sejukkan terlebih dahulu, dan letakkan di atas cupcake tadi.
3. Red Velvet Cupcake sedia untuk dihidang. 





Sumber: 
http://www.trymasak.my/resepi/video/Red%20Velvet%20Cupcake







The BEST Red Velvet Cake Recipe. Easy. Moist. Homemade
5.0 from 24 reviews
Print

Recipe type: Dessert
Author: Divas Can Cook – Monique
Prep time: 15 mins
Cook time: 35 mins
Total time: 50 mins
Serves: 12
This is the best red velvet cake I’ve ever had! Super moist with the perfect, classic red velvet taste. Everybody that I make this for loves it!! Hopefully you will too!
Ingredients
  • 2 cups all purpose flour
  • 1 teaspoon of baking soda
  • 1 teaspoon of baking powder
  • 1 teaspoon of salt
  • 2 Tablespoon of unsweetened, cocoa powder
  • 2 cups sugar
  • 1 cup vegetable oil
  • 2 eggs
  • 1 cup buttermilk
  • 2 teaspoon of vanilla extract
  • 1-2 oz. red food coloring
  • 1 teaspoon of white distilled vinegar
  • 1/2 cup of prepared plain hot coffee (don’t skip this ingredient)
Instructions
  1. Preheat oven to 325.
  2. In a medium bowl, whisk together flour, baking soda, baking powder, cocoa powder and salt. Set aside.
  3. In a large bowl, combine the sugar and vegetable oil.
  4. Mix in the eggs, buttermilk, vanilla and red food coloring until combined.
  5. Stir in the coffee and white vinegar.
  6. Combine the wet ingredients with the dry ingredients a little at time, mixing after each addition, just until combined.
  7. Generously grease and flour two round cake pans with crisco and flour.
  8. Pour the batter evenly into each pan.
  9. Bake in the middle rack for 30-40 minutes, or until a toothpick comes out clean. Do not over bake as cake will continue to cook as it cools.
  10. Let cool on a cooling rack until the pan are warm to the touch.
  11. Slide a knife or offset spatula around the inside of the pans to loosen the cake from the pan.
  12. Remove the cakes from the pan and let them cool.
  13. Frost the cake with cream cheese frosting when the cakes have cooled completely.

Ref.:
http://divascancook.com/2009/11/the-best-red-velvet-cake-recipe-easy-homemade-moist-with-southern-flair.html


July 24, 2012

Ramadhan 2

Hari ni hari ke 4 ramadhan. Alhamdulilah segalanya berjalan dengan lancar. Cuma dugaan kecil sakit gusi di awal puasa kali ni. Sejak Ahad. Bengkaknya berpindah-randah lak. Semalam terpaksa makan bubur nasi. Hari ni juga. Agak sakit untuk kunyah benda-benda yang keras. Yang manis-manis kena tolak tepi dulu. Malam tadi tampal koyok kat leher sebab ada bengkak (cam kronik je sakit gusi nih) dan pagi tagi saya telan stok ubat yang ada antaranya pil antibiotik, demam dan uphamol. Hahaha... lantak. Janji leh psiko diri sendiri untuk sembuh. Kalau tak sembuh juga sampai minggu depan, terpaksa jumpa doktor gigi. Hari ni nak cuba kaedah rawatan Islam.

July 21, 2012

Ramadhan 1

Alhamdulilah, ramadhan pertama yang dinantikan dah sampai. Malam tadi terawih pertama, lancar. Agak ramai dan parking hampir penuh di Surau Al-Amin. Kemudahan untuk pengunjung surau makin bertambah. Agak sejuk sebab hujan lebat petangnya. Konsep solat sunat terawih tahun ni ialah 4 rakaat > tazkirah 20 minit > 4  rakaat > witir. Semoga malam-malam akan datang saya jadi pengunjung setia dan sempena bulan yang sangat baik ni, saya berdoa... berharap Allah menghadiahkan keajaibanNya kepada saya, keluarga, saudara mara dan juga seluruh umat Islam :)

July 20, 2012

Kini kembali

Cukup seminggu... update stori. Alhamdulilah, esok mula menyambut ramadhan. Bekerja keras untuk beramal ibadat. Banyak bonus ditawarkan bulan ramadhan. Jadi, mula malam ni... terawih pertama. Insyallah.... tak lain & tak bukan, tempat yang sama >> surau Al-Amin, BTHO. Semangat baru tahun ni. Alhamdulilah, tahun ni bertambah ramai sedara mara. Harap-harap, silaturrahim ini kekal sampai bila-bila. Apa yang penting.. kerjasama! :)
Kerjasama yang saya maksudkan ialah lupakan kekusutan lalu. Kita buka buku baru. Maaf antara satu sama lain. Saya tiada niat yang terlindung dan salah dan silap yang lepas dijadikan teladan. Yang mana tak boleh terima silaturrahim ini, tak mengapa. Insyallah, suatu hari nanti pasti hubungan ini bertaut.


Selamat Menyambut Ramadhan!

July 14, 2012

Terima kasih, Ali!

Pada 7 Julai lepas, Ali selamat bergelar suami kepada pasangannya, Nadia. Ali, salah seorang sepupu yang terbaik.

Majlis nikah, 7 Julai... Johor Bahru

Suatu masa dulu... time tak ada kereta, Ali tolong amik & hantar balik kitorang sekeluarga kalau ziarah diorang sekeluarga. Bila dah ada kereta, tak ada orang teman & ajar memandu dijalan raya. Ali yang tolong saya. Ali, hero, pemandu dan peneman kitorang sepupu-sepupu perempuan bila keluar jalan-jalan bersama. Paling tak lupa, kitorang sumbatkan diri masing-masing seramai 6 atau 7 orang (...kot) dalam kereta kembara tengah malam naik ke Genting . Dah tak tau nak pegi mana dan nak sangat jalan-jalan. Giler! Turun Genting, Hawa kot jek yang teman Ali memandu. Lain smue lolap. Satu lagi, kenangan Hari Keluarga di Tasik Pedu, Kedah. Meriah sangat-sangat. Tapi sejak diselubungi kemelut sesama sendiri, hubungan kitorang agak renggang. Masing-masing dah 'besar panjang' dan bekerja... dah bercampur gaul dengan orang luar & persekitaran, prinsip masing-masing dah mula berubah. 
Sekarang, keadaan saya agak stabil dari segi pengurusan hidup.. masa untuk membalas jasa baik diorang. Untuk majlis Ali, saya tawarkan untuk menggubah hantaran. Jadi sejak sebulan dua kebelakangan yang lalu, saya agak kurang update stori. Sebok meng'gentel' bunga:)

Majlis sanding, 14 Julai.... Shah Alam
Saya berdoa agar silaturrahim kami sekeluarga kembali. Lebih ceria. Semoga kemelut keluarga ini berakhir pada sambutan Syawal ini. Untuk Ali & Nadia, selamat menempuh hidup baru... semoga ceria & bahagia hingga ke akhirnya.

July 13, 2012

Bedal jekkk

Ecot tengah jilat sundae coklat!

Anak-anak Mak: Tak lain, tak bukan... semua ingat MAKAN walaupun baru lepas makan. Tak tau la mana diorang simpan makanan terdahulu dalam perut mereka. Pantang Mak bangun dari duduk atau buka pintu bilik, pasti yang tidor terus terjaga, yang tengah berdandan terus bangun, yang duduk kat tempat tinggi... terjun ke bawah. Kalau Mak dok kat dapor, situ ler diorang menunggu sampai Mak keluar dari dapor. So sewitttttttt. Terpijak ekor pon tak pe, jap je sakit. Kalau kuat sangat pijak atau bulu ekor tercabut, gigit je balik kaki Mak. Hahahaha. Suke la mereka bila Mak jerit atau bising membebel kat dapor atau bising-bising kerap nak makan.
Dialog Mak kat diorang bila dah penat "Mak penat tau, asyik makaaaaannnnnn je. Eeeeiii!". Membebel bebel... kasi gak makan. Salah satu keistimewaan 'anak-anak' Mak tentang makan ialah makan apa saja. Apa yang kitorang makan, diaorang pon nak makan gak. Apa yang Mak kunyah atau minum, anak-anak dia misti dapat. Biskut cap ping pong, twisties, oreo, maruku, ayam goreng, pisang goreng, nasi goreng, bihun goreng, cekodok, buah, air milo, burger, ais krim.... bedal aje. Janji apa yang semua orang makan terutama Mak, diorang misti dapat .


Ikan sardin - menu utama