September 23, 2013

Cuba dan Salah

Pagi ni ada dua perkara yang berlaku. Pertama, saya salah naik bas. Akibatnya, rugi rm1 dan lewat 10 minit. Tak apa, belajar dari kesilapan dan pengalaman. Kedua, elektrik tak ada disebabkan berlaku kecurian kabel. Roller shutter tak boleh naik walaupun bekalan elektrik telah kembali pulih. Akibatnya, terkandas kat luar ofis hampir 4 jam. Pejabat saya memang mempunyai ciri-ciri keselamatan yang baik. Susah untuk dipecah masuk. Kami berjaya masuk selepas lori kren TNB datang membantu menaikkan seorang staf untuk masuk dari tingkat 3 seterusnya buka roller shutter di tingkat bawah dari dalam.

*****
Try and Error

Dalam perjalanan pergi dan balik kerja, seperti biasa saya akan berangan. Pagi ni saya berangan-angan saya dapat satu idea berniagaan. Bisnes kain baju kurung untuk raya akan datang. Insyallah. Kesimpulan yang saya dapat dari berangan-angan tadi ialah selama ni saya perlu lakukan sesuatu dengan cara cuba dan salah untuk mendapatkan perkara yang benar-benar yang sesuai dengan diri dan jiwa. Biarpun orang lain merendah-rendahkan usaha saya, saya tetap tak berputus asa selepas gagal dan gagal lagi. Bagi saya, selagi tak cuba dan tak salah.. saya tak akan dapat belajar dari kekurangan dan kesilapan.


September 21, 2013

Malaysia Mega Mawlid

Nasib Baik

Apa saja musibah yang menimpa, jangan naik meroyan tak tentu pasal ya. Kita perlu fikir positif sebab apa pon ujian yang kita hadapi adalah lebih baik dari orang lain. Ada orang lagi hebat dugaannya dari kita. Saya teringat ini sebab baru-baru ni ada dua orang isteri yang mengadu/ bercerita kisah rumah tangga mereka. Yang seorang tertekan dengan kerja di rumah dan di pejabat.


Saya akui tugas sebagai isteri, pekerja dan ibu sekali gus amat berat bagi seorang perempuan yang bertanggungjawap. Bagi saya, suami wajip membantu isteri sebab isteri telah membantu suami menguruskan rumahtangga dan keluar bekerja untuk perbelanjaan tambahan keluarga. Suami yang duduk bersantai tanpa membantu isteri selepas waktu bekerja harus dihukum tidur di luar rumah. Banyak cantik muka ko!. Hehehh
Seorang lagi mengadu hal suami beliau tidak memberi wang belanja disebabkan telah di ilmu hitamkan oleh bekas isterinya. Lelaki tersebut terlalu berkira hinggakan si isteri perlu menanggung kos petrol untuk menghantar dan mengambil si isteri  bekerja.
Dari dua kisah ini, saya bersyukur dan bernasib baik sebab Allah telah menghadiahkan saya suami yang baik dan bertanggungjawap. Walaupun ada yang tidak sempurna, kami saling mencukupi antara satu sama lain. Semoga ikatan ini diberkati.

September 20, 2013

Si Jahat, Si Baik dan Mata Ganjaran

Kekadang terlebih emosi macam hari ini. Sendiri layan. Heheh. Kali ni saya sibuk memikirkan lebih banyak terdedah pada orang sekeliling, makin terdedah dengan fitnah dan tipu daya. Bukan saja orang lain, adik beradik pun boleh sanggup jatuhkan adik beradik sendiri. Semuanya untuk kejar hal dan harta dunia. Sampai sanggup membunuh. Si Jahat menunggu peluang keatas Si Baik lagi lurus bendul. Pantang ada kesempatan. Hanya Dia Yang Maha Mengetahui, Maha Adil ke atas balasan setiap yang berlaku dan dilakukan tanpa tercicir.

September 13, 2013

Maafkan Saya.... (PadaMu KuBersujud)


Ku menatap dalam kelam
Tiada yang bisa ku lihat
Selain hanya nama-Mu Ya Allah



* Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah

Reff:
Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
Hamba-Mu yang slalu bertakwa

Ampuniku Ya Allah
Yang sering melupakan-Mu
Saat Kau limpahkan karunia-Mu
Dalam sunyi aku bersujud

Repeat *, reff
Repeat reff

Pada-MU 

September 11, 2013

Menci kau!.. mennnciiiii!!

"Jika kita tidak disukai seseorang, kita patut bersyukur kerana sekurang-kurangnya kita selalu diingati oleh orang itu"

*****

Nonets dah tak balik 2 hari. Siapalah yang curi mereka (walaupun saya sebenarnya 'curi' mereka dari tuan sebenar. Ye laaa... sapa suruh tak kasi makan. Kutip kucing pandai, kasi makan tak pandai. Kan dah jadi hak milik saya.... biar pun lebih kurang sebulan). Tinggal Anjang main sendiri.  :(


September 9, 2013

Rutin hujung minggu

Sejak tinggal di rumah kabin, rutin hujung minggu berubah dari tidur, makan, minum, tv ke menguruskan kebun kami. Hidup kami semakin ceria dengan kehadiran mereka. Sepanjang pagi dan petang Ahad, kami suami isteri akan berada di kebun. Penuh dengan aktiviti membersih, memberi makan dan menyiapkan keperluan tempat mereka. Waktu rehat juga dikebun. Terapi fizikal dan mental.
Allah Maha Adil. Walaupun kami belum dikurniakan cahaya mata, hidup kami tetap bahagia dan ceria. Hidup kami dikelilingi haiwan ternakan termasuk kucing. Tiada kesedihan dan kecewa. Kami perlu berusaha dan redha dengan ketentuanNya.
Kami juga dikelilingi oleh orang-orang yang sudi menerima kami seadanya. Pokok pangkalnya jika kita ikhlas dengan orang sekeliling kita, pastinya kita disenangi dan diterima. Ini adalah prinsip suami saya. Orang yang benar-benar ikhlas dan berniat baik akan dekat dengan kita. Orang yang prasangka dan tidak ikhlas Allah akan jauhkan dari kita. Lagi, jika kita hidup dengan ikhlas, Allah akan bantu dan memudahkan urusan kita (yang selalunya diluar jangkaan). Ini kebenaran yang saya lalui. Kita hanya perlu taat, yakin dan bersyukur denganNya.


Nonets, nyiau2 angkat saya lagi: "Kami suka bergurau"

"Kami dah penat bermain"

September 1, 2013

Kembali ke Maha Pencipta

Semoga roh Mak Bi (isteri pertama arwah ayah), Bibah Sudin tenang di sama.. 

Al-Fatiha

Perancangan temukan Mak dengan Mak Bi raya tahun ni tak kesampaian. Mak hanya sempat tengok jenazah beliau.