October 19, 2012

Tiada idea

Petang ni tiada apa menarik nak dikabarkan. Keseorangan kat bilik ni. Nadia dah balik. Saja paksa diri sementara tunggu Kembar-Saya datang ambil jam 6 lebih nanti. Heheh. Mana tau, tengah-tengah membebel ni datang idea. O ya! Nadia, kawan keje baru. Tolong menolong buat drawing. Dah lama tak ada kawan tolong menolong. Kawan bercakap-cakap juga. Isnin lepas hari pertama dia.
Aktiviti terbaru ialah jahit cross-stitch. Sekarang tengah siapkan header blog. Bila la nak siap... Cita-cita tinggi. Masa je tak ada. Kalau fulltime kat rumah, insyallah. Tapi mana mungkin fulltime sekarang ;)

October 18, 2012

Nak Melo Ais!


Gambar hiasan semata-mata
Jam dah 2:30 pagi. Mata tak leh tutup pulak sebab dah tido 3 jam tadi. Pas sembahyang Maghrib, lelap jap jadi lelap lama. Sedar-sedar... kul 11. Pas siapkan telur dadar, seisi menyuap nasi Kembar-Saya. Sian dia, tunggu dari kul 8. Hehehh... jahatkan saya. Ye la... sekejap nak makan, sekejap tak nak makan. Main-main. Akhirnya, dua-dua tertidur. Pekena 2 pinggan. Pas tu, Nak Melo Ais!. Sewetnyer lalingku ini :)
Niat nak tido balik, pusing-pusig tak boleh gak nak tutup mata ni. Mulut menyanyi-nyanyi sebelah. Kembar-Saya cakap, "Awak gi tenet ler". Hahahaha. Tu yang tenet. Sampai mata kelat balik ler jawapnya ni.

Apa yang menarik semalam? Ada satu. Hidup kita diuji dengan pelbagai dugaan. Biasanya, kemiskinan atau hidup sederhana selalu dikaitkan dengan dugaan kesusahan. Tapi kali ni, pengajaran yang saya dapat ialah dugaan apabila hidup senang atau kaya. Ini saya teringat satu ceramah agama tentang ujian Allah. Orang kaya pun tak lari dari menerima dugaan. Antara dugaannya ialah sikap sombong dan meninggi diri. Bila kita senang, kita jadi leka. Kita lupa yang Allah boleh menarik rezeki yang melimpah ruah pada bila-bila masa. Tokoh-tokoh agama juga terima dugaan. Jadi sombong bila dihormati masyarakat dengan menyangka ilmu menjadikannya dia lebih mulia dan beriman. Kesimpulan, sedar diri pada bila-bila masa ;)

October 14, 2012

Imej dan sikap

Ahad, macam biasa... hari yang sibuk dari pagi hingga ke malam. Lebih sibuk dari hari bekerja. Sekarang 11:20 malam. Saya ada 10 minit sebelum masuk tidur. Saya nak cerita sikit tentang pengalaman untuk dikongsi. Tutur kata dan tingkah laku kita perlu seiring dengan penampilan. Maksud saya jika kita tampil dengan imej muslim, kita perlu bersikap muslim termasuk menjaga tutur kata. Begitu juga, kita dilihat lebih beriman tapi sombong dan tutur kata yang selalu menyinggung perasaan orang lain. Sebagai muslim, kita perlu ada sifat rendah diri tidak kira dengan sesiapa saja.

October 11, 2012

No title

Dah beberapa hari tak 'ke udara'. Sibuk dan agak berkira-kira nak update story mory. Hehh. Apa ada hari ni? Hmm.. seperti biasa, jogging kat Lake Valley sesudah sembahyang subuh. Aktiviti ni mula sebaik sahaja habis bulan Syawal. Setakat ni jadual jogging 3 hari seminggu adalah wajib. Seisi tambahan, ikut kemampuan. Balik dari jogging tak kan nak sambung tidur balik... tak selera mak, nyahhh. Lain ler Kembar-Saya tu. Hari ni ada masa lebih kurang 40 minit sebelum gerak ke ofis, jadi sempat goreng bihun.

Sambil bersiap sedia sebelum ke ofis, saya curi-curi dengar topik nyanyuk Malaysia Hari Ini TV3 sebab ada kena mengena dengan Mak. Hasil curi-curi dengar, saya akui kesabaran teramat sangat dituntut dalam berhadapan dengan pengidap. Banyakkan membaca ayat-ayat suci Al-Quran dan elak tidur selepas waktu Asar. Jangan sesekali marah dan perlu melayan pengidap umpama bayi. Dan satu lagi, jangan megeluh dalam berhadapan dengan pesakit begini sebab kita juga mungkin akan mengalami bila tua nanti. Pemakanan yang dicadangkan untuk membantu menguatkan daya ingatan yang sempat saya dengar ialah protein. Contoh pemakanan ialah telur dan madu. Topik yang menarik untuk digali :)

Sekian untuk masa ni... akan bersambung. Insyallah :)

October 5, 2012

Apa agama Barack Obama?

Hmmm.... Kristian atau Islam? Saya tahu ini adalah suatu yang sensitif. Oleh itu saya hanya memberi pendapat sahaja. Ada beberapa video dalam Youtube yang saya tengok tadi. Video-video sebagai bukti teori masing-masing. Kebanyakannya mengatakan beliau beragama Islam. Keturunan bapa beliau beragama Islam manakala ibu, bukan beragama Islam.Adakah bapa beliau Islam? Saya tak pasti tapi kemungkinan Islam atau pengaruh Islam dalam keluarga  beliau agak besar sehingga pada nama beliau, ada nama Hussin.... Barack Hussein Obama. 
Setahu saya ada dikalangan masyarakat Indonesia yang fahaman Islamnya yang agak longgar, suami atau isteri boleh beragama lain jika salah seorangnya beragama Islam. Jadi, anak-anak dalam sebuah keluarga berkenaan boleh memilih samada kekal Islam atau tidak. Ini terjadi pada Barack Obama. Oleh sebab itu, beliau sedikit sebanyak mempunyai mengetahuan tentang cara hidup dan prinsip agama Islam.
Bagaimana dia boleh sampai ke Amerika? Yang ini saya belum baca biografi beliau. Agaknya keluarga beliau berhijrah untuk tingkatkan taraf hidup. Kesusahan memberi semangat kepada beliau untuk berjaya dalam hidup.