December 27, 2017

Anak Segera

Macam mana nak menguruskan anak angkat segera? 
Budak dah besar.. 7 tahun. Dah tahu cakap..urus diri.. bermain.. berkawan dan dah mula pandai berfikir. Kiranya Allah dah bagi kemudahan kat saya, ibu bekerja.
Fizi, seorang budak yang tidak dijaga dengan baik. Kasih sayang dengan mak ayah kandung, saya tak pasti. Ayah, meninggalkan masa dia kecil. Mak dia sibuk mencari & berniaga buah. Lebih kurang umur 3 tahun, Fizi dijaga Sapet. Makan pakai tak seperti orang lain. Apa yang buat saya tertarik kat mereka ni ialah mereke seperti dididik dengan baik. Boleh bawak majlis. Tak meminta.. tak nakal, tak macam-macam, pandai bawa diri dan tak menyusahkan orang lain. Hidup dengan apa yang ada. Makan ala kadar. Pakai.. kebanyakannya comot, baju terpakai, pakai-gantung-pakai. Sapet tak perlu perhatian lebih berbanding Fizi sebab Sapet dah 17 tahun. Perlu dibetulkan bila perlu. Fizi... perlu kasih sayang. Agak manja sebab dia bongsu. Dalam hati ada taman. Fizi banyak mendengar kata.. degil budak tu perkara biasa. Dia tahu, jika degil dan nakal nasibnya akan ditentukan Tok Siak! Abi yang garang. Hahahaha

Apa yang saya buat dengan mereka sekarang...
Saya berada dalam fasa mengenal. Sekarang dah nak hampir sebulan tinggal dengan kami. Saya ikut rentak mereka. Tiada paksaan dan desakan. Bagi mereka pilihan. Saya tak usik banyak rutin harian mereka sebab tak nak ada kejutan budaya. Matlamat saya ialah pembelajaran Fizi dan mahu kehidupan mereka berdua semakin terurus. Saya juga mahu mereka kenal saya sebab kami jumpa sebelah malam pada hari2 keje dan hari penuh pada Sabtu dan Ahad.


Matlamat..
Harapan saya ialah suatu masa mereka berjaya dunia akhirat. Jadi insan yang baik... punya sifat-sifat yang mak pak mentua suka. Heheh. Ya, tugas yang berat untuk saya. Fizi dan Sapet juga tak perlu dapat A banyak-banyak dalam peperiksaan. Sia-sia bila belajar & keje sampai ke langit tapi tak seiring dengan kewarasan, sifat dan santun.

Usaha saya ni sia-sia ke.. Macam mana kalau Mak mereka ambil mereka suatu hari nanti?
Ada yang persoalkan tentang ini. Saya tak akan putuskan hubungan Mak-Anak. Bebas melawat. Saya cuma minta izin beri peluang didik dan besarkan anak-anak Kak Idal dengan lebih baik dan terurus. Secara tak langsung, beri peluang juga saya rasa ada anak-anak. Bila tiba masanya, saya lepaskan dan izinkan mereka kembali bersama Mak-Anak. Ganjaran rezeki dan pahala tu rahsia Allah. Apa yang boleh saya tegas pada diri ialah ingat matlamat dan buat dengan ikhlas.. Insyallah


December 26, 2017

Sibuknyer

Kadang-kadang saya perlu lepaskan apa yang saya suka... minat. Menyerah kalah dulu untuk dapat yang lebih baik. Berkorban. Utamakan yang lebih penting. Perkara itu ialah.. Buang angin. Hahahahaha!
Hmmmm... sehari dua kebelakangan ni, keadaan buat saya berfikir semula. Saya perlu rombak jadual harian dan malam tadi saya dah lepaskan suatu kerja yang saya minat untuk beri laluan & keutamaan kepada menguruskan keluarga. Mujur pelanggan memahami. Yang penting saya terus terang. Lega dan tenang. Fokus saya kini ialah bekerja, menguruskan & melayan pelbagai kerenah 10 orang ahli keluarga. Alhamdulilah, meriah.
Saya mengalah tak bermakna saya tak teruskan apa yang saya suka. Saya punya pilihan. Saya masih boleh lakukan cuma dengan cara yang lebih sesuai dengan rutin harian.
Semoga ada hikmah & Allah beri yang lebih baik pada masa depan. Terima kasih Tok Siak sebab beri peluang, tolak ansur, mebantu & memahami.

Roti bakar bawang putih

December 22, 2017

Yayyy.. Fizi nak sekolah

Alhamdulilah, segala urusan pendaftaran sekolah dengan Jabatan Pendidikan Selangor dan sekolah rendah untuk Fizi berjalan lancar dan selesai. Tunggu buka sekolah je. Fizi ketinggalan Tahun 1. Jabatan pendidikan tetapkan Fizi terus masuk Tahun 2. Tak apa, Fizi ketinggalan sikit dan kami perlu usaha dan bantu Fizi seiring dengan kawan-kawan dia nanti. Menulis, membaca & mengira. Buku-buku dah siap beli. Uniform sekolah pon dah siap beli, semalam. Hehehh.. sama-sama teruja nak pi sekolah. Allah bagi saya pengalaman siapkan anak masuk sekolah. Anak segera. Sejarah tujuh tahun lepas, Fizi lahir lepas 17 hari saya & Tok Siak nikah. Oh ya.. saya punya anak segera sorang lagi, Sapek; abang kandung Fizi. Tengah tunggu keputusan SPM. Semoga Fizi & Sapek jadi anak yang baik dan berjaya dunia & akhirat.


Semoga Allah bagi kegembiraan dan keceriaan untuk kami sekeluarga..
Semoga Allah berkati & rahmati kami sekeluarga..
Semoga Allah permudahkan & tak putuskan rezeki kami..

December 6, 2017

Post baru!

Lama tak cerita kat sini.

Kembali.. bercerita kehidupan yang terkini.

Lebih sibuk dari dulu, tak lari dari projek uncang, urusan keluarga dan urusan kerja.

Bertambah ahli keluarga. Kehadiran Kak Aca sekeluarga & seorang anak angkat. Anak angkat... masih 'samar'2. Tak pasti keputusan ni betul atau tak. Secara kebetulan juga.



Semoga apa yang berlaku dirahmatiNya dan diberkatiNya. Semoga rezeki mereka tertumpah sedikit kat saya... apa yang penting, saya harus REDO dan IKHLAS.

Cerita Kiah

Minggu ni agak sibuk dengan rutin harian. Keje ofis.. submit FloraRosa, Ancubic, Tiara Hill. Keje rumah.. nak siapkan rumah untuk tetamu h...