January 25, 2018

Cakap santai.. erkk?

Hari ni tak ada ayat yang baik sebab emosi tak stabil. Isi cerita dah ada cuma belum masanya nak luahkan. Tak selesa. Jadi, cerita post kali ni agak santai.
Bulan depan musim tahun baru cina. Keadaan kat ofis ni agak stress sebab bos kejar claim & bayar claim. Macam-macam drama tragis. Salah satu faktor emosi jadi sumbang. Bau roti bakar pon jadi hal. Nasib ko ler roti bakar. Lepas ni acara makan kat ofis secara berjemaah dibatalkan. Merajok ahhh. Bos boleh amik balik pantry, buat bilik pameran-pantry.
Kat rumah pon macam2 hal. Belanja dapor. Lu ingat sekali belanja (11 orang + 4 ekor kucing) isi rumah seminggu boleh rm50 je ke? Bolehhhh... tu itu cakap tahun 80-an punya la. Tu ler, tak biasa tanggung satu rumah. Cuba buattt! Tak boleh kan sebab dah terbukti hidup berkeluarga lu menemui kegagalan. Belajar bersyukur, hidup sederhana &berhemah. 

Peace!

January 19, 2018

Masam - Manis

Magic Chew
Dalam hidup ni kadang-kadang kita kena hadap tuduhan dan pandangan sinis.. dicemuh kan?. Bila ada kepentingan, kita ditatang. Kadang-kadang tanggungjawap dia dituangnya kat kita. Ya, saya yang selalu menurut perintah.

Soal keikhlasan. Kalau ternampak sumbangan penat lelah & wang ringgit, apa boleh buat. Tolong simpan rahsia kita yer. Tapi dah kebiasaan beberapa orang kita tak berapa nak sanjung amalan sedekah yang dianjurkan agama. Penonton dan penyokong yang buta, mereka setuju.. tak ada sumbangan berbanding wang ringgit yang dihulur & hadiah oleh dia. Berbesar hatilah dia. Kita tak kisah pon kan.

Kami yang ingin menurut perintah Tuhan,
~AHRMIZ

Badai melanda

#PeringatanDiri

Bila senang.. tiada duka, kita melupaiNya.
Bila susah.. derita mengundang, kita meingatiNya

Lumrah kita khalifah dunia.
Kalau sesama manusia, "Lantak kau la ketontang sana. Masa senang.. gelak ketawa ko tak ingat aku. Bila dah susah ko datang kat aku. Ko ingat aku nak tolong nangis sama?!"
Kalau dengan Tuhan Yang Esa.. kita masih diterima bila timbul insaf dan taubat. Untung la kita. SifatNya yang segala Maha-, maka Dia sentiasa Melihat dan Mendengar kesusahan dan rayuan selepas hanyut dengan kehidupan dunia.
Terserah pada diri kita samada semakin mendekatiNya tak kira susah senang ATAU macam biskut yang kejap ada, kejap tak ada ATAU terus ego dan sombong dengan Tuhan.


January 18, 2018

Diam

Permulaan...
Diam, sedih.
Diam, memendam rasa.

Pertengahan..
Diam, malas nak melayan hal remeh temeh.
Diam, rasa mula terubat.

Akhirnya...
Diam, bahagia.
Diam, menang.


Orang mendengar tak tahu apa yang saya lalui. Dia dan Dia masih belum penat mencipta dan menegakkan kebaikan diri masing-masing. Biar satu dunia tahu saya lah sumber keburukan. Dia cakap saya bodoh. Dia cakap saya lebih pentingkan suami. Saya terima. Saya akui kekurangan diri. Biar orang tak tau apa yang kebaikan yang dah dibuat. Saya cuba melengkapkan kekurangan sebab bukan semua rezeki hak milik mutlak. Rezeki menumpang lalu. Sebagai khalifah, saya diamanah menguruskan rezeki tersebut. Ingatan pada diri sebagai pengubat rasa,  Allah sediakan pokok-pokok pahala yang penuh buah-buahannya masak ranum disepanjang lorong tersedia untuk dipetik.
Dia dan Dia sebagai penyebab baiki diri. Semakin sedar diri. Saya bodoh jika saya lalai pada Tok Siak dan Mak. Saya lebih pentingkan suami sebab dosa pahala ditangan beliau. Sebelum melakukan apa2 kehendak Dia dan Dia, kepentingan hal perlu dirujuk mengikut kehendak agama, kepentingan suami dan kebajikan Mak. Semoga Allah beri perlindungan, kesabaran dan ketabahan. Saya cuma perlu keberkatan dan rahmatNya..

January 17, 2018

Balik kampung

Dah empat hari sepi tanpa post. Azam tahun baru, kalau boleh nak post baru tiap2 hari. Tapi hari cuti selalu tak berkesempatan. Sibuk dengan urusan keluarga dan rumahtangga.
Cuti ujung minggu baru ni saya dan Tok Siak balik kampung Lahad Datu. Matlamat utama ialah jengok Inak. Inak sihat dengan keadaannya. Terlantar uzur. Senyum tangis Inak rindukan Tok Siak. Insyallah Tok Siak akan berada disisi Inak setahun lagi. Semoga Tok Siak berjaya capai misi tahun depan. Saya akan menyusul selepas segala urusan di sini selesai. Semoga hijrah kami memberi manfaat pada keluarga yang memerlukan. Insyallah

Doa naik kenderaan

January 9, 2018

Kemampuan diri

Tugasan = Kemampuan diri

Ini sepatutnya berlaku dalam hidup saya.

Tugasan > Kemampuan diri

Ini yang berlaku realitinya.

Buat sebab kesian. Buat sebab saya punya keupayaan. Buat sebab tanggungjawap. Akibatnya, banyak tugas tertangguh. Penat, letih dan jadi mangsa keadaan. Sakit. Lambat. Tak siap. Tak cukup masa. Usik keje situ sikit sana sini sikit2 akhirnya saya jadi tak tentu arah dan bersalah. Bukan je orang bosan, diri sendiri naik meluat. Sekarang saya berada dalam status SERIK.

Apa yang perlu saya buat?

Ok, saya mula menapis kerja-kerja penting. Macam penting diri juga. Terpaksa sebab nak fokus pada tugas-tugas sedia ada. Matlamat, nak hidup lebih santai, ikut kemampuan diri tapi tak lupa tanggungjawap. Fokus utama ialah Tok Siak, Mak.. ahli keluarga yang memerlukan. Untuk langsaikan kerja-kerja ada tu, saya perlu masa. Makan setahun sekurang-kurangnya. Semoga semuanya berjalan lancar. Saya rindu kehidupan yang normal dan sihat.

January 8, 2018

Jangan berharap

Kemudahan yang datang bukan untuk selama-lamanya. Hidup bahagia dan sederhana, punya suami baik, punya kakak yang membantu kerja-kerja rumah, rezeki yang baik.. macam-macam Allah bagi. Syukur atau tak je kannn.
Mungkin Allah cakap, "Sementara jekk ni. Jangan berangan ko nak keje senang selalu". Heheheh. Kesimpulannya, "Wahai Diri-Sendiri, jangan harap kesenangan yang dirasa akan berpanjangan".
Sentiasa bersedia dengan segala kemungkinan. Kemudahan yang kekal, semakin mudah atau dipulangkan semula pada Maha Pencipta. Bersedia pilihan penyelesaian jika dipulangkan.
Untuk masa akan datang, jangan bergantung harap atau mengharap belas ikhsan orang lain sebab kadang-kadang orang akan beri harapan palsu atau orang tu tak dapat tunaikan. Akibat menunggu, kerja jadi tertangguh dan bertambah, tak selesai dan keadaan akan lebih kusut. 
Semoga 2018 hidup lebih terurus, matang, tenang, dipermudahkanNya..

January 5, 2018

Kisah benar seorang hamba Dunia

Hari ni macam tak rasa nak buat keje (ofis). Sebab... hari ni hari Jumaat! Hmmm... tak boleh cam ni.
Paksa diri macam mana pon tak boleh juga nak buat keje. Ke Dead Sea juga. 4:07pm. Awal lagi. Lagi 2 jam nak sampai ke 6pm. Buat ler apa yang patut. Ok, dah jumpa keje yang suka buat. Sambil2 buat keje ler ni..
Citer pasal kerenah orang yang suka buat agenda tak baik, shortcut, tuang.. dari buat sesuatu. Pembuli. Dia ingat dia boleh lepas... bahagia? Memang tak ler lambat laun. Terlepas, menang.. bahagia tu kejap je rasa. Kesan negatif pada kehidupan, makan sikit2 secara tak sedar selagi tak minta maaf dan bertaubat. Apa yang didajalkan kat hidup orang lain, Tuhan bagi dua kali ganda lebih teruk. Ko ingat Tuhan suka apa yang ko buat? Ko lupa ko tu bukan pencipta manusia. Terlupakan Dia. Aniaya hidup orang. Ganjarannya, Allah aniaya hidup Si Pembuli. Antaranya... anak degil, tak bahagia dengan suami/ isteri dan keluarga, hidup tak lancar sebab ada je halangan. Hidup Si Pembuli jadi semakin kusut. Tiada keberkatan hidup. Sempit rezeki.
Mangsa buli... yakin Tuhan Maha Pengasih Maha Melihat Maha Mendengar dan bersabar. Tuhan akan bagi petunjukNya untuk menghadapi dan menyelesaikan masalah yang ditimbulkan Pembuli. Keselesaan dan kebahagiaan akan kembali semula suatu hari nanti. Tuhan bagi rezeki yang lebih baik, Insyallah.
Pembuli bandingankan hidup dia dengan mangsa buli.. samada dia sedar dan insaf atau semakin cemburu dan buat rancangan buli lebih hebat. Gitu la rencah kehidupan. Manusia tamak dengan kehidupan.. yang jadi hamba keseronokan dunia dan manusia selalu ingat diri. Kisah benar yang saya pernah alami, sedang alami dan akan alami..

January 4, 2018

Awal tahun minggu pertama

3 Januari 2018

Semalam hari pertama Fizi ke sekolah. Dapat kelas 2 Progresif. Kelas corot. Mengikut Fizi, semua kawan-kawan kelas tak ada yang pandai membaca. Dasar datang sekolah sebab nak berkawan & bermain. Sungguh bermotif.
Disebabkan motif tersebut, pagi tadi saya mula bertegas... "Mula hari ni, Fizi tak boleh main sampai pandai!!" Nasib ko la nakk. Sepeninggalan aku kat ofis, akan kutinggalkan kerjarumah banyak2 sampai tak ada masa dia nak bersantai kat luar rumah sebelum & selepas sekolah. "Tak siap homework, rotan tapak tangan!!". Ugutan paling besar, "Tahun ni je sekolah kalau tak pandai-pandai. Dok ler tengok orang lain gi sekolah". Kembali ke rutin dia tahun lepas. Hahahahahahahaha.
Seronok gak marah dan sakat budak-budak. Dia bagi kita jadi bos.
Apa pon, alhamdulilah. Fizi tak ler nakal dan degil sangat cuma dia perlu kasih sayang dan pembimbing hidup. Semoga Fizi jadi anak yang baik & berguna.

*****

Tu citer semalam yang tak sempat dipost. Sibuk sikit sebab semalam keje separuh hari. Anak punya pasal. Risau dia tak ada makan sebelum ke sekolah dan keadaan rumah yang agak berterabur. Maka saya tebalkan muka mintak bos separuh hari. Hari ni mula semula rutin bangun kul 5 pagi. Siap itu... ini. Mujur ada Kak Aca. Dia tolong siapkan makan minum.. keje2 rumah yang lain. Saya balik tinggal makan, kemaskan baju-baju seisi rumah, kemas sikit2 kat umah Mak dan pantau pembelajaran Fizi. Alhamdulilah. Allah hantar Kak Aca tolong saya buat sementara ni....

Cerita Kiah

Minggu ni agak sibuk dengan rutin harian. Keje ofis.. submit FloraRosa, Ancubic, Tiara Hill. Keje rumah.. nak siapkan rumah untuk tetamu h...