September 30, 2012

Ayah...

...Al-fatiha...


Ayah,
Alhamdulilah... anak-anak ayah semakin dekat dengan Ayah. Itulah harapan kita selama ini. Wa harap kecewa, sedih & rindu Ayah selama ni terubat sedikit demi sedikit. Hanya satu hajat Ayah saja yang belum tertunai. Insyallah, suatu hari nanti dia pasti datang ziarah Ayah.

September 27, 2012

Jom masak! Cucur Badak

27 Sept...

Dari minggu lepas saya teringin nak makan cucur badak. Misi cucur badak ditunda hari ni. Resipinya... hmm... google ler. Resipi siapa yang jadi pilihan?. Hasil google sejak beberapa hari yang lepas, resipi Princesshayati terpilih. Sementara tunggu, keledek empuk, ini saya copy paste resipinya:

Bahan-bahan kulit: 2 biji keledek bersaiz besar, 1 cawan tepung gandum, garam. 
Bahan-bahan inti: 1/2 biji kelapa parut, 1 cawan udang kering, 2 biji bawang besar, 5 batang serai,1 sudu kecil kunyit serbuk, 5 tangkai cili kering (ikut kepedasan masing2), 1 sudu besar minyak masak, Garam dan gula.

Cara-cara masak inti: Cili kering, serai, udang kering dan bawang dikisar dengan sedikit air. Setelah halus masukkan kelapa parut. Kisar sekejap. Setelah itu masukkan semua ke dalam kuali. Masukkan juga kunyit,  minyak, garam, gula dan serbuk perasa. Kacau sehingga inti masak, ia akan kelihatan kering sedikit.
Cara-cara mengadun doh: Guna sedikit minyak masak di tangan agar tepung tidak melekat.
Isikan inti kedalam doh dan tutup dengan rapat. Goreng hingga masak.


28 Sept...  

Inilah hasilnya. Menu sarapan pagi Jumaat. Seeeedappppp. Heee. 





September 25, 2012

Tahniah, Shila!



Tahniah, atas kejayaan Shila mengharumkan nama negara.

Kebanyakan lagu-lagu yang dibawa membuatkan bulu roma berdiri. Persembahan yang sangat baik dan vokal yang mantap. Semoga Shila terus berjaya :)

September 24, 2012

Biskut Gula

Macam teringin je nak buat biskut gula (icing cookie). Cantik. Leh jadi bisnes gift. Idea... idea dah datang. Heee. Brownies pongg. Saya suke... saya suke!. Kasi letak dalam balang kaca atau plastik bungkus. Pas tu hias ngan reben. Sewittttttnyer.

Cookie

The Baked Brownies
Brownie



















22222

Doa dikurniakan Isteri dan zuriat yang baik-baik

September 4, 2012

Cerita raya 2012 saya

Pada kesempatan ini kepada pembaca blog diari ini, saya ingin mengucapkan - 

Selamat menyambut Aidil Fitri, 
mohon ampun maaf

Berminggu-minggu tak post apa-apa. Kesibukan melanda dari minggu terakhir puasa sampai minggu lepas dan juga bulan Syawal ni. Projek uncang tempoh hari berjaya disiapkan sebelum cuti raya.Tahun ni cuti raya saya agak panjang - 2 minggu. Khas untuk balik kampung, Kg. Desa Bajau, Lahad Datu dan bercuti di Kudat dan Kundasang. Tahun ni ialah tahun ketiga saya berhari raya bersama keluarga suami selepas hampir tiga tahun lebih berumah tangga.

16-18 Ogos 2012
KKIA Terminal 2, Kota Kinabalu
Persiapan raya tahun ni agak kelam kabut sebab sibuk siapkan projek uncang Kak Aizan dan Kak Rozita. Baju raya merangkap baju majlis bertandang Roy sempat siap tapi baju jubah untuk sembahyang raya En. Suami tak sempat. Raya saya bermula dengan kepulangan saya dan suami ke kampung. Bagi perjalanan Kuala Lumpur ke Lahad Datu, kami perlukan 2 penerbangan. LCCT - Kota Kinabalu dan Kota Kinabalu - Lahad Datu. Kami tiba di KK jam 10:55 malam pada 16 Ogos dan berehat di rumah keluarga Abang Riduan sementara penerbangan terawal jam 6:25 pagi 17 Ogos ke Lahad Datu. Penerbangan mengambil masa 55 minit.
Sepagi di pangkin

Kami ada dua hari sebelum menyambut Syawal. Kelebihan sampai awal dikampung ialah penyesuaian waktu (lebih kurang sejam awal dari semenanjung) dan rehat-akibat kesibukan uruskan rumah untuk ditinggalkan dua minggu dan keletihan berkemas barang. Tambah lagi perjalanan LCCT-Kota Kinabalu-Lahad Datu dari malam hingga pagi.

Bila dah ada kat kampung, rutin pagi yang biasa saya kemas dapur, tolong Inak sidai baju dan bancuh satu jug besar nescafe. Saya belom dapat biasakan diri sepenuhnya dengan keluarga besar suami. Masih kekok, ragu-ragu dan risau dengan setiap perlakuan sendiri. Setahun sekali balik kampung sejak berumahtangga.

Pemandangan dari pangkin
Waktu yang paling saya suka ialah lepak kat pangkin selepas kemas dapur juga sementara tunggu semua orang bangun tidur ditemani satu mug nescafe dan kucing-kucing. Suasana pagi yang damai dan tenang diatas air. Bunyi tapak-tapak kaki orang kampung berjalan atas titi keluar masuk kampung. Mula jam 5:45 pagi, sorang demi sorang ahli keluarga akan bangun pagi. Kebiasaannya Inak, Tatak, Kak Salma, Abang Elton dan Abang Bex. Biasanya tugas Tatak ialah memasak dari sarapan pagi hingga makan malam. Tugas tambahan musim raya ialah masak juadah raya.

Kalau tak balik kampung, dah tentu saya bersilat sana sini sampai ke awal pagi raya. Persiapan raya yang sederhana. Suasana persiapan raya keluarga dikampung berbeza. Agak santai. Persiapan kali ni dibuat pada pagi raya. Ketua masak ialah Kak Tatak dan ketua kemas ialah Kak Ken. Tugas saya pula ialah tidor. Heheheh... bantu apa yang patot.

Tahun ni, bekalan air adalah terhad. Saya simpati dengan keadaan penduduk Sabah terutama di kawasan-kawasan yang saya lawati. Sejak menjejakkan kaki di Sabah dua tahun lepas, saya sedia maklum dengan sendirinya dengan masalah bekalan air paip. Kebanyakan rumah-rumah di kawasan yang saya lawati akan dihiasi tangki-tangki besar berwarna biru. Setiap rumah wajib ada tangki air lebih dari satu. Selain bergantung kepada air paip, mereka bergantung kepada air hujan. Keadaan ini menginsafi saya tentang pentingnya penggunaan air. Penduduk di bandar dan kawasan berhampirannya agak bernasib baik manakala kawasan yang agak jauh dan pendalaman kurang bernasib baik. Mungkin mereka bergantung pada air sungai, mata air dan air dari bukit.


19 Ogos 2012

Menu sarapan pagi
Syawal menjelma.Seperti biasa, kaum lelaki akan menunaikan solat sunat Aidil Fitri. Saya tak turut serta hanya memerhati dari jauh dan membantu persiapan di rumah. Rumah kami berhampiran dengan surau. Selepas solat sunat, acara bermaaf-maafan bermula dari rumah kemudian ke rumah-rumah jiran. Seperti biasa, acara ziarah kubur selepas sarapan pagi. Seluruh ahli keluarga turun untuk ziarah pusara Mak (ayah).
Kasih anak


Selesai ziarah, berehat di rumah. Tetamu mula datang beraya. Hari pertama ialah hari yang paling sibuk. Tetamu tak putus-putus hingga ke malam.
Pusara Mak

20 Ogos 2012
Hari kedua Aidil Fitri, ziarah keluarga terdekat. Rumah pertama yang dituju ialah rumah anak Pak Long di kampung, Sinakut. Ada majlis cukur jambul - kembar 3 cucunya. . Perjalanan lebih kurang 2 jam. Saya suka ke sini sebab rumah tepi pantai. Raya kali ni tak berkesempatan turun ke pantai.
Kami ke Felda Sahabat 16, Kg. Desa Kencana. Tak jauh dari tumah Pak Long. Beraya rumah adik Mak. Ini kunjungan pertama saya sejak berumahtangga. Sebelum ni, selalu tak sempat. Rumah ketiga yang juga rumah terakhir ialah rumah adik Mak juga. Ada majilis cukur jambul juga. Makan nasi lagi. Hehehh. Kenyang sangat. Akibatnya, satu hari lebih sakit perut sebab makan macam-macam dan banyak minum minuman berkarbonat.

Beraya di Kg. Desa Kencana
 21 & 22 Ogos 2012
Selama dua hari kami tidak kemana-mana, hanya berehat di rumah dan terima tetamu. 

 23 Ogos 2012







Cukur jambul di rumah ketiga









....... bersambung

 



28 Oktober 2023

 Hari ni hari lahir Abang yang ke 51.. semoga roh mu di RahmatiNya. Bercekau & ketawa dah jadi kenangan. Dia lah idola. Abg borek adik r...