October 22, 2016

Kembara Suci

Kembara Suci, mudah saya lafaz tapi hati kosong. Saya tak bersedia. Saya takut. Saya banyak buat salah, dosa. Saya risau Allah bayar di sana nanti. Itu hasutan syaitan yang cuba menakutkan saya. Mahu saya menarik semula niat. Ada bisikan lain yang yakin suatu hari nanti hati ini penuh, seiring dengan lafaz. Ibadah tu wajip. Sedikit demi sedikit diri ini perlu mengisi hati.

Ia juga cita2 dia. Saya tak mahu dicicirkan. Saya mahu sentiasa disisi dia sebab kami bahagia bersama, Alhamdulilah


Apa yang perlu saya buat sebagai balasan Bahagia?

Doa, saya selalu mohon dan mengharap supaya Allah buka pintu hati.


Dengan redah, akan wujud redo. Redo akan datangnya ikhlas

Redah dan terima saja semua maklumat. Info diterima akan diproses dalam minda. Proses penerimaan. Lama kelamaan diri menerima akan mula jatuh cinta. Cinta akan ada rindu dan gila bayang. 


------<@

22Oct16

Sedia. Tarikh tu, rahsia DiaJadi bersedia dan terus berdoa. Saya mula membuat simpanan. Saya mula peka dan cuba hadirkan hati terhadap media yg paparkan apa saja tentang Kota Suci. Saya redah. Saya mula rasa sayu dan titiskan air mata bila melihat, mendengar atau membaca. Ada satu perasaan halus. Mudah tersentuh. Mungkin ini permulaan hati saya mula mengisi.

Saya tak faham. Saya tak faham kerinduan oleh mereka yg dah menjejaki Tanah Suci. Mereka cakap, rindu. Rindu yg tak boleh digambarkan. Saya nak tahu rindu itu. Saya nak cari. Semoga Dia temukan saya dengan Rindu tu.



October 18, 2016

Bab: Pejabat baru

Bab atau chapter baru kehidupan.


Alhamdulilah, minggu kedua di ofis baru tapi bos dan jumpa kawan-kawan lama. Lebih selesa. Bebas atur kerja, bergerak walaupun agak mencabar perjalanan pergi dan balik kerja. Fikir positif, ada orang lebih susah dari ini. Alhamdulilah... saya masih bernasib baik. Semoga urusan kerja berlaku dengan lancar, mudah, tenang, lebih tumpuan, hasil kerja yang baik, terbaik.. berkualiti.








October 4, 2016

Bebas

Bebas sementara.

Berehat. Saya ada lebih kurang 6 hari bebas dari kerja-kerja ofis. Saya sekarang cuti rehat sebelum memulakan tugas rutin sebagai pelukis pelan di tempat baru. Cuti tanpa gaji. Tak apa Tok Siak ada, boleh payung. Maksudnya, duit boleh dicari. Masa untuk diri sendiri bernafas lebih berharga.
Kadang kala kita perlu masa untuk diri sendiri. Penat dan letih. Hiruk pikuk langsaikan macam-macam komitmen. Ada masa kita lakukan kehendak diri. Longgarkan sedikit ikatan tugasan rutin. Maka, kurang rasa tertekan.

30 Sept., hari penutup 

Jadi, bikin apa 6 hari ni? Hari ni hari ke4. Macam nak rehat atas katil. Heheh.. banyak cantik. Kerja rumah sapo nak buek Cik Kak? Nak qada tido ler. Hari2 sebelum ni tak dok diam ke hulur ke hilir melayan cuti ujung minggu dan cuti umum. Semoga cuti kali ni dapat saya manfaat kan dengan baik, lancar dan diberkatiNya.
Sekian.

Cerita Kiah

Minggu ni agak sibuk dengan rutin harian. Keje ofis.. submit FloraRosa, Ancubic, Tiara Hill. Keje rumah.. nak siapkan rumah untuk tetamu h...