May 31, 2012

Jujur dan Ikhlas

Hidup ini perlu JUJUR dan IKHLAS... Allah pasti lindungi dan berkati orang yang jujur dan ikhlas. Orang yang jujur dan ikhlas akan menang dan mendapat untung akhirnya. Apa-apa yang dilakukan dengan ikhlas dan jujur, Allah akan restu dan permudahkan segala urusan. Yang penting, SABAR dan USAHA. Sabar, sangat perit tapi sangat manis nikmat di akhir cerita. Serah padaNya selepas berusaha.

Hamba harta dan wang

Pengajaran yang saya dapat semalam ialah berpada-pada (bersederhana) dalam mencari duit dan harta. Spesifiknya, sebagai seorang isteri dan ibu. Keluarga dan suami perlu diberi perhatian terlebih dahulu. Sebagai seorang isteri dan ibu yang terlalu mengejar harta dan duit, tak akan boleh beli masa, kasih sayang, keceriaan dan kebahagiaan hidup berkeluarga.

May 30, 2012

Maafkan dia...

Azam saya untuk jadi seorang yang pemaaf. Kini, saya dalam proses jadi seorang yang pemaaf. Hasilnya, hidup jadi lebih tenang dan ceria. Saya berusaha untuk membuang ego 'degil' memaafkan orang. Perkara yang lepas, jangan dipandang. Kalau disimpan akan jadi penyakit hati. Lama kelamaan hati gelap dan berada dalam kegelapan. Nikmat Allah jadi sempit, dengki, iri hati, cemburu, kotor, bersahabat dengan syaitan dan sentiasa berada dalam kerugian. Memang pada awalnya sangat berat dan perit untuk terima perubahan prinsip, sangka baik dan buang ego. Motivasi diri sendiri untuk memafkan orang lain. Istighfar, zikir dapat menggelakkan diri dari memikirkan keburukan, fitnah, buruk sangka pada orang. Jom! :)

Mak sakit mata

Semalam aku cuti keje. Sebelum ni dah 3 klinik sejak seminggu lalu. Mula jam 8:30 pagi, kitorang ke Hospital Serdang. Oleh sebab pegi buta-buta tanpa surat rawatan lanjut dari klinik, terpaksa patah balik ke klinik kesihatan Batu 9, Cheras untuk pemeriksaan kali kedua dan dapatkan surat rawatan lanjut pakar mata. Fikir-fikir, hospital Serdang lebih jauh dari Hospital UKM, jadi Mak kitorang bawa ke HUKM. Pakar kata, mata Mak ada sikit selaput. Kering dan akan pulih dalam masa terdekat. Urusan selesai jam 2:20 petang.

May 23, 2012

Norma telah pergi buat selamanya...

...Al-Fatihah...

Pagi ni saya dikabarkan oleh sepupu saya, Syarizah melalui facebook yang Norma dah dijemput olehNya pagi tadi jam 1 pagi. Norma menghidapi barah otak dan terlantar lebih setahun. Saya dah lama tak update cerita blog Moon, kakak ipar Norma. Kisahnya menyentuh hati. Semangat Norma melawan penyakit. Norma beruntung sebab dia dijaga dengan baik dan dapat sokongan suami, ahli keluarga dan orang-orang yang terdekat. Semoga rohnya dicucuri rahmatNya. Norma & Talib punya seorang zuriat. Norma terlantar sebaik saja Rafiq lahir. Semoga Rafiq jadi anak yang soleh. Buat Talib, anda seorang yang kuat..semoga Allah membalas kesabaran & pengorbanan anda dengan kebahagian & keceriaan hidup selepas ini.

Norma & Talib

May 14, 2012

Selamat Hari Mak

Kemarin, hari rasmi Hari Ibu... hari-hari hari Mak. Kalau boleh, setakat ni, segalanya Mak diutamakan. Segalanya apa kata Mak, apa kehendak Mak kitorang tunaikan. Mak segala-galanya. Mak tentukan jadual hidup kitorang sebab keperluan dan kehendaknya, diutamakan. Kami rela berkorban, beralah demi Mak. Sebab Mak banyak sangat-sangat berkorban untuk kitorang. Selamat hari Ibu untuk Inak juga... walaupun kita jauh. Sejak dah besar ni, tugas kitorang untuk tatang Mak & Inak bagai minyak yang penuh :)


Huhh.. dia yang lebeyy dari Mak ;P

May 10, 2012

Cerita Kiah

Minggu ni agak sibuk dengan rutin harian. Keje ofis.. submit FloraRosa, Ancubic, Tiara Hill. Keje rumah.. nak siapkan rumah untuk tetamu h...