August 20, 2016

Kerja sedekah

Kerja.. sambungan cerita dari post lepas. Saya dah buat keputusan untuk kembali bekerja dengan bos lama. Rasa hati tu banyak ke bos lama. Dah kenal lebih 10 tahun. Bos dah tahu keperluan saya dan saya pun dah sedia maklum kehendak dan keperluan kerja. Kalau dibandingkan, saya lebih selesa di sana. Surat baru je siap. Esok, hari penyerahan. Bismillah. Semoga keputusan ni beri kebaikan dan saya reda tempuh ketentuanNya. Semoga indah2 belaka. Apa pon, niat perlu baik dan betul :)


Sedekah. Dalam pelbagai bentuk.. wang, harta, kudrat? Saya akui sebelum ni saya kurang yakin dengan janji Allah. Tu masa kecik2. Bila semakin besar ni, saya memproses amalan sunnah dan kewajipan. Soalan2 yang biasa timbul, kenapa perlu buat, apa faedah yang saya peroleh..dan ye ke kalau ikut/ buat, tak akan rugi.  Baca, mendengar, bertanya dan memerhati sekeliling akan menjawap dan seterusnya kesimpulan. Kenapa saya disyorkan bersedekah. Masa kecik2, slalu anggap asal sedekah, duit. Asal duit, sedekah. Orang banyak duit je boleh. Cam saya yang ada2 ni, mana dapat nak buat. Takut2 nak keluar duit. Bila baca slalu jumpa, semakin banyak sedekah lagi kaya kita. Hmm.. garu kepala. Dari situ, ada kesedaran untuk meneroka. Buat ujikaji. Sedekah mengikut kemampuan saya. Sedekah untuk membahagiakan hidup orang lain, yang kurang bernasib baik dari saya. Apa saya dapat? Saya dapat apa yang Allah janjikan. Alhamdulilah... semoga saya semakin kaya itu dan ini serta dijauhi kesempitan.

Sekian.


August 17, 2016

KetentuanNya




Hari ni musim dengar lagu2 90-an dan awal 2000. Bila dengar, mula ler mengimbau zaman muda lepas SPM. Zaman mula nak mengembangkan rangakaian kawan2. Nak bercinta tu tak ler nak sangat pon. Nampak je macam kemaruk nak bercinta. Nak teroka dunia dewasa. Nak kenal dunia dewasa. Apa pon terima kasih pengalaman. Dunia dewasa saya macam mula bila melangkah ke alam bekerja. Saya semakin matang bila semakin meneroka alam dewasa. Suka duka hidup. Status sekarang, semakin tenang selepas tempuh keperitan. Keperitan yang menguji kekuatan diri. Hidup ni tak tau penghujungnya. KetentuanNya. Jadi, tak boleh nak riak dengan orang bila hidup ni dah selesa.. senang, tenang dan bahagia. KetentuanNya.. bila2 boleh ditarik. Jadi, bersyukur setiap kali diberi kelapangan, kemudahan dan nikmat lain yang baik. Tenang dan sabar dengan dugaan yang tiba. Sesekali hidup ni diduga.

Sekian.

August 3, 2016

Cerita itu & ini

Banyak cerita tapi... ntah la. Nak susun ayat satu hal juga. Heheh

Kereta. Alhamdulilah.. Allah bagi saya satu kereta bagi kemudahan saya pergi-balik kerja, bawa abang buat rawatan & bawa ahli2 rumah jalan-jalan dan settle kan banyak hal tanpa menggangu tugas Tok Siak.. sebab Tok Siak selalu menari2 ke hulu ke hilir bila kami memerlukan dia. Kesian dia.

Kerja. Tak pasti samada saya perlu terus bekerja atau tidak. Masalah utama ialah majikan tak mencarum KWSP saya. Masalah besar masa depan nanti.

Rumah Bantuan. Alhamdulilah.. Allah bagi lagi rezeki rumah untuk Mak & secara tak langsung, Abang. Mak, insan yang penyabar. Berkat kesabaran Mak dalam meredah hidup. Banyak ujian yang Mak tempuh dalam hidup dia. Allah tak pernah lupa pengorbanan Mak & ganjaran kesabaran Mak. Mak, bukan insan yang mudah berperasaan, sensitif & ambil hati terhadap orang lain selain anak-anak dia. Jadi Mak mudah disisihkan orang. Semoga hidup Mak semakin baik, tenang, diberkati & dirahmatiNya selalu.

Kebun. Tak teratur sepanjang saya cuti 2 minggu di kampung. Kini dalam proses pemulihan






Cerita Kiah

Minggu ni agak sibuk dengan rutin harian. Keje ofis.. submit FloraRosa, Ancubic, Tiara Hill. Keje rumah.. nak siapkan rumah untuk tetamu h...