January 28, 2014

Musim 'menuai'

Alhamdulilah, musim menuai telah tiba. Rezeki tahun ni lebih sedikit dari tahun lepas. Boleh upgrade serba sikit rumah kabin kami. Mungkin ini musim terakhir sebab tahun depan, syarikat saya bekerja dibubarkan. Bos beritahu yang  saya akan terus bekerja dengan syarikat barunya nanti. Harap-harap perancangan akan jadi kenyataan. Kalau tak, saya laksanakan rancangan sendiri. Perlu siap sedia sokongan hidup akan datang.

January 27, 2014

Oyed

Alhamdulilah... Allah masih memberi peluang kami menjadi pemilik sementara Oyed. Kesihatan Oyed agak baik sebab dia dah tak tidur dalam bilik kami. Oyed kembali dengan tugas menjaga kawasan jajahannya. Kehadiran Oyed memberi sebahagian keceriaan kami sekeluarga.

January 23, 2014

Oyed


Oyed sakit. Sejak minggu lepas dia selalu ada kat rumah. Malam, tidur kat bilik kami. Terdetik dalam hati Oyed sakit. Memang sah dia sakit sebab semalam dia mengerang sakit. Tak bergerak sangat. Suami saya cakap, sepanjang malam tadi Oyed tak tidur. Pagi tadi, kedudukan dia sama macam sebelum kami tidur. Tak nak minum. Risau. Suami saya jangka, Oyed akan pergi dalam 2.. 3 hari ni. Sedih. Tak apa... yang hidup tetap akan pergi.

January 22, 2014

Apa kabar Saya?

Saya kini semakin lebih bermakna, tenang dan selesa. Bahagia bersama-sama suami dan emak. Suka duka bersama. Juga jiran-jiran dan saki baki saudara mara kawan-kawan terdekat yang lebih ikhlas, baik dan memahami. Hari cuti banyak saya habiskan di rumah kabin yang ceria dengan kehadiran Kecik, Oyed, Kakak, Baby, Junior,  Awang, Awin dan ternakan lain.
Saya berjaya sedikit demi sedikit menjauhkan diri dari hiruk pikuk hidup manusia yang kebanyakannya menyimpan banyak unsur-unsur negatif dalam diri mereka. Hawa nafsu terhadap keghairahan duniawi. Cukup sekadar sebagai pemerhati. Saya sudah puas menjadi bahan permainan kehidupan yang melekakan. Saya perlu berbaik-baik dengan kehidupan saya. Serius dan fokus. Semoga hidup saya diberkatiNya.

January 7, 2014

Dua ringgit!

Tahun baru ni, kenaikan harga macam-macam barang dan perkhidmatan telah dilaksanakan. Kenaikan yang penuh dedikasi manakala penurunannya susah nak didedikasikan. Hehehehh.
Sekali imbas saya tonton berita jam 8. Yang menarik perhatian saya ialah kadar belanja sekolah anak-anak oleh ibubapa atau penjaga. Banyak yang diberi rm1 sebab diberi bekal. Kurang rm1 macam tak ada je. Yang rm3.. rm4 jarang-jarang, mungkin ibubapa atau penjaga anak-anak ini tak sempat nak bekalkan budak-budak. Nampaknya belanja sekolah budak-budak ni lebih mewah dari belanja saya. Saya hanya peruntukkan rm2 setiap hari bagi hampir 12 jam berada diluar rumah. Sampai rumah, menggelupor ler... hehehhh.
Saya perlu berjimat cermat memandangkan tambang saya untuk sehari ialah rm10 paling minimum. Saya biasa memilih perjalanan paling minimum sebab ia adalah perjalanan yang sihat. Saya akan berjalan lebih kurang 40minit setiap pergi dan balik kerja. Baik untuk kesihatan terutama jantung. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Maka, kenaikan harga yang harus dipandang positif...baik.

Sumber: Google.com
Berbalik kepada perbelanjaan saya, jumlah belanja saya untuk sehari ialah rm12. Sebulan lebih kurang rm300. Apa yang saya dapat dengan rm2? Saya dapat beli dua bungkus nasi lemak atau dua keping roti canai. Cukup untuk makan pagi dan tengahari. Saya boleh jimat rm2 jika saya bawa bekal. Alhamdulilah.