March 23, 2013

Sifat negatif

Sehari dua ni, rasa

marah dan tertekan

tanpa mengenal siapa...

maaf pada sesiapa yang terkena

Ya, Allah, ampuni saya.

Tenang dan lembutkan akal, hati dan fikiran ini


March 19, 2013

Rumah Impian Saya: Rumah kabin (1)

Post kali ni juga sambungan kepada cerita saya baru-baru ni yang mana kami perlu berpindah sebelum Jun. Saya dan suami bercadang ingin membaiki rumah peninggalan arwah ayah tetapi disebabkan kos pembaikan diluar kemampuan, saya dan suami bercadang untuk membina rumah kabin. Rumah kabin yang saya maksudkan di sini ialah steel cabin. Kosnya jauh lebih rendah dan masa pembinaan yang lebih singkat. Kiranya rumah kabin ni, rumah sementara.Walaubagaimanapun, pembinaan rumah kabin ditunda mungkin dalam masa setahun bagi saya dan suami mengumpul modal. Kami tidak mahu terbeban jika pinjaman bank. Kesempatan penundaan ini, kami mempunyai masa untuk membersihkan kawasan tanah dan mencari penyesuaian dengan persekitaran.


Saya telah mula mencari bahan dan idea untuk rumah kabin yang sesuai. Di Malaysia, agak jarang rumah dibina berkonsep steel cabin. Tidak dinafikan, cuaca di Malaysia agak panas jadi steel kabin kurang mendapat sambutan. Saya ada jumpa forum yang membincangkan pembinaan bagunan konsep kabin. Setakat yang saya nampak, cari dan baca dari log dan laman web tempatan; pembinaan kabin adalah bangunan yang sementara atau jangkamasa berada di dalam binaan adalah kurang dari 24jam. Antara contoh ialah dewan orang ramai, bangunan sekolah, pejabat dan asrama sementara ditapak pembinaan dan juga salah satu resort di Langkawi.

Contoh pembinaan rumah kabin kayu di luar negara

- kembali bersambung di Rumah Kabin (2)

March 14, 2013

Batuk

Dah 6 hari saya dilanda batuk. Alhamdulilah. Ada orang lebih teruk sakitnya.Bagaimanapun, saya kini beransur pulih.

Awal bulan lepas, tuan rumah telah memaklumkan kepada kami yang mereka dalam proses jual rumah dengan anak mereka yang bakal mendirikan rumahtangga pada hujung Mei ini.. Jadi, kami perlu mencari rumah lain. Soalan saya kepada suami, "Kita kena cari kena cari rumah sewa lain ke?" Adoi hai. Letihnya nak pindah randah kali ke tiga. Pada mulnya kami ingin membeli rumah di Semenyih disebabkan harga rumah di sana agak murah berbanding di kawasan Kajang dan Bangi. Setelah bersiar-siar mencari rumah di sana, kami dapati lokasi agak jauh dan persekitaran agak sunyi serta jalan keluar dan masuk perlu "beratur" panjang di simpang lampu isyarat.
Pilihan kedua, kami bercadang untuk menyewa sementara mendapat rumah yang sesuai untuk dibeli. Ini bermakna, kami akan perlu berpindah untuk kali ke-4. Serik. Akhirnya suami saya memberi cadangan untuk baiki rumah peninggalan ayah. Minggu lepas, kami telah datang melawat untuk melihat kerosakkan yang perlu dibaiki. Anggaran yang kami buat ialah rm20 ribu. Jadi, status terkini, bersih... baiki dan kembali tinggal di Kuang. Ini juga impian Mak untuk kembali menetap di rumah saya membesar selama hampir 19 tahun. Semoga apa yang dirancang mendapat restu Yang Maha Esa.

March 12, 2013

Yang ke-3

12 Mar 2013

Hari ini hari ulangtahun perkahwinan saya dan suami. Baru teringat bila ternampak kat facebook. Sama-sama lupa. Heheh... bagus kan.

Semoga ikatan perkahwinan kami bahagia dan ceria, tidak lupa diri dari mengingati Maha Pencipta dan Maha Pengasih dan Maha Pemberi segala rezeki dan nikmat kehidupan yang baik yang telah kami dapat dan akan dapat. Dan kami berharap, tahun ke-3 ini dikurniakan anak/ anak-anak yang soleh/ solehah.

Amin.

March 9, 2013

Sakit tekak

Kembali menyelubungi. Baru sembuh dan dapat lagi. Kebiasaannya sakit ni datang sebab saya minum air yang tercemar. Sakit tekak dan batuk, memanglah kembar. Batuk sampai luka .. bengkak. Kali ini memang lagi sakit sebab sakit bila nak telan air liur. Mana tak tambah sakit, makan dan minum main sebat je. Hee.. tekak punya pasal. Hari ini baru nak jaga minum dan makan.

Isu hangat sekarang ialah pencerobohan keturunan Sulu dari Filipina menuntut hak mereka ke atas beberapa daerah di Sabah. Daerah paling ketara ialah Lahad Datu. Kampung suami saya. Mujur rumah keluarga terletak di bandar. Laporan rasmi menyatakan keadaan masih terkawal dan dalam kawalan pihak keselamatan Malaysia walaupun sudah lapan orang anggota telah terkorban. Semoga keadaan kembali aman  dalam masa terdekat dan bebas dari pencerobohan

Cerita Kiah

Minggu ni agak sibuk dengan rutin harian. Keje ofis.. submit FloraRosa, Ancubic, Tiara Hill. Keje rumah.. nak siapkan rumah untuk tetamu h...