November 16, 2016

Rahsia Rezeki

Pak Long kembali ke rahmatullah petang kemarin dan selamat dikebumikan pagi semalam. 

Al-Fatiha

Awal minggu yang agak padat. Perkhabaran Pak Long dan Abang Bex, biras. Keadaan Abang Bex tambah teruk petang semalam. Usus pecah dan jangkitan kuman. Semoga Abang Bex sedar dan bertahan. 
  
Al-Fatiha

Semoga Allah beri kesembuhan dan rahmat di atas kebaikan2 dan keceriaan yang beliau sumbangkan ke atas kami sekeluarga.  


Tempias menjaga orang sakit dan orang tua. Pandangan mata kasar, kita anggap tak mungkin mereka boleh beri banyak rezeki pada kita disebabkan keupayaan mereka. Sebenarnya mereka memberi rezeki pada kita. Setiap makhluk ada rezeki masing-masing. Pelihara kucing, satu rezeki. Menjaga ibu bapa, dua rezeki. Menjaga orang sakit, satu rezeki. Walaupun mereka tak berkeupayaan, keajaiban nikmat kurniaanNya ialah rezeki mereka akan tertuang kepada orang yang memelihara atau menjaga. Kata Tok Siak, jangan risau dengan rezeki. Janji Allah tu pasti. Mereka bukan beban, tapi tanggapan kita yang jadi beban (halangan).

November 8, 2016

Bila sakit, bila jatuh...

Sakit dalam dua maksud, samada sakit berpenyakit atau bila kehidupan jatuh. 
Lumrah sifat manusia kadang2 tak mampu didik diri. 
Sakit, kaedah yang terbaik untuk baiki diri sementara peluang masih ada dan mengenal siapa orang2 sekeliling. 
Sakit memberi kesempatan menambah saham akhirat.



Cerita Kiah

Minggu ni agak sibuk dengan rutin harian. Keje ofis.. submit FloraRosa, Ancubic, Tiara Hill. Keje rumah.. nak siapkan rumah untuk tetamu h...