July 31, 2018

Husna

Deman drama. Bukan saya. Apa ceritanya, tak pasti. Semoga jalan ceritanya baik & jadi pelajaran yang baik kepada penonton setia.

Kehidupan terkini kami bertiga - saya, Tok Siak & Mak...
Dapur saya kembali berasap secara serius. Hari kerja, tak dapat ler nak makan sedap2 sangat. Menu ringkas je yang tak sampai sejam masak. Mujur, diorang tak cerewet. Saya & Tok Siak sedang menyusun semula rutin harian. Mak tinggal seorang di rumahnya. Bosan, tak ada teman bercakap. Kami pula sibuk bekerja pada waktu siang. Sesekali Tok Siak datang jengok Mak. Malam pula, tak sampai dua jam bersama-sama Mak. Pada usia begini Mak perlu teman. Sabar Mak, insyallah tahun depan kita lepak sama-sama. Mula hari ni, waktu malam ni Mak akan berada di kabin. Penyelesaian buat masa ni untuk Mak.

Beberapa orang memberitahu, saya baik sangat. Mungkin Tuhan saja hijabkan mata hati saya sementara dari mengetahui niat tak baik seseorang. Saya pasti, aturan Tuhan sangat baik. Saya harus ikhlas. Diam adalah satu jalan untuk saya hadam segala perit dan mendapatkan pelangi. Hidup saya bertuhankan Allah, bukannya manusia yang lupakan Tuhan.


July 11, 2018

Pelangi mula muncul kembali

Alhamdulilah..


Rasa perit beberapa hari (dan berbulan-bulan sebenarnya) beransur pergi. Syukur.. Allah mendengar aduan saya. Mereka dah pergi dari rutin hidup saya. Tuhan saja yang tahu perit memujuk hati bersabar dengan kerenah mereka. Alhamdulilah.

Jangan mudah melatah bila dilanda masalah. Rujuk kepada Maha Pencipta kita.
Saya sentiasa ingatkan diri sendiri. Susah senang. Semua milik Tuhan. Minta pada Tuhan, bukan pada makhluk. Kuasa makhluk paling tinggi mana pun, dia pasti tunduk dengan kuasa Tuhan. Rezeki, hidup mati - takdir hidup milik Tuhan. Yang penting, sabarrrr.

Semoga saya tak lupa diri..



July 3, 2018

Lepaskan

Bertahun saya dan Tok Siak bina kehidupan di tanah arwah ayah. Zero to Hero. Susah payah  Tok Siak dari tiada kerja hingga kerja bertimpa-timpa. Tok Siak datang dengan modal kereta kecil, kemahiran kerja-kerja besi dan kerja-kerja am. Kini kereta kecil dah beranakkan 2 buah van dan 2 buah kereta. Dari orang tak kenal hingga sekampung kenal Jali Kambing.. Jali Sabah atau Si Kiram. Mana boleh seorang isteri tak bersyukur bila mana orang-orang kampung kenal suami dengan sifat-sifat kebaikan suami dia. Dulu memandang rendah sebab kami berumahkan kabin - orang sempit hidup. Kami dah buktikan, berumah kabin tak menyusahkan orang lain malah orang senang datang ke rumah kami. Allah dah bagitau, Siapa usaha lebih, dia akan dapat lebih. Siapa yang buat baik, baiklah kehidupan dia.

Hingga kehidupan kami diuji.

Niat ingin membantu sekeluarga yang berada dalam kesempitan.
Saya kecewa.. benar-benar kecewa dan hilang kepercayaan.
Hak milik kami dinafikan.
Teraniaya.
Mereka begitu bersebab... KESEMPITAN HIDUP yang dicipta sendiri.

Kami lepaskan apa  yang dimiliki di tanah arwah ayah sebab Allah dah pesan, jangan tamak. Serahkan saja apa yang mereka mahu, takkan boleh mereka pergi ke langit biru, bulan dan bintang dalam satu malam.

Separuh semangat kami dah kembali ke daerah LD.
LD... nantikan kedatangan kami.

Semoga hidup kami tenang dan dipermudahkan oleh Nya.




July 2, 2018

Hilang separuh nyawa



Selamat menyambut Syawal

Seperti biasa,  lebih kurang 10 hari sambutan Syawal saya ialah di sekitar Borneo. Kota Kinabalu, Lahad Datu dan Semporna. Alhamdulilah. Menyambut Aidil Fitri dan berjalan-jalan menikmati keindahan ciptaanNya. Pengembaraan yang diatur oleh Nya.

Sekali sekala hidup seorang insan akan menerima ujian berat. Lebih kurang 10 tahun lepas, saya menerima ujian berat. Dan kini, saya diduga sekali lagi. Ujian kali ini mengajar saya untuk lebih bertanggungjawap. Saya akui tentang kelemahan diri. Ujian kali ini pengajar saya tentang kepercayaan, lebih berhati-hati sebelum berkata, redha dan lebih tegas pertahankan hak.


Kecewa..

Sedih..

Semoga Allah memberi kekuatan, semangat dan permudahkan perjalanan hidup selepas ini.