January 27, 2017

Cuti CNY

Sepeninggalan Tok Siak tengok bola kat stadium, ni ler peluang untuk berkarya. Cewahhh. Bukan apa, ada je gangguan tumpuan. Baru nak tekan keyboard je dia potong. Nak kopi, nak makan, amik handphone, halau kucing keluar & macam2 kerenah. 
Hari ni dah mula cuti panjang. Jumaat hingga Rabu depan. Semoga cuti kali ni saya dapat manfaatkan dengan baik. Perancangannya ialah menjahit, berkraf.. kemas rumah. Aktiviti hari ni ialah survey kain, beli pola, beli bekas kaca & kotak, servis kereta dan beli barang dapur.

Servis kereta.. Servis Mat Smart. Dah terlebih 2000km. Hmm.. tunggu bajet. Servis 20000km ni kasi pancong rm320. Maka, tunggu ler bajet ada. Nasikb musim CNY, kalau tak pancong rm371. Dah boleh buat bayar loan sebulan. Tido malam ni tangan Mak kat dahi. Hahaha. Cerita haru sikit, Mat Smart jadi banglo penempatan Cik Ti. Whattttttttt!!!. 
Misi menjahit... banyak sebenarnya tunggakkan kain-kain. Beli je, jahitnya belum. Tu yang Tok Siak bisingkan. Pola reka sendiri tak boleh pakai. Tak jadi. Membazir kain. Alhamdulilah, Tuhan beri idea kat saya untuk beli pola. Jadi, tadi pagi dah gerak ke Spotlight Mutiara Damansara. Pendapat saya, pola import lebih murah dari tempatan. Kebanyakan pola tempatan satu harga untuk satu saiz. Kalau import, saya boleh jimat sebab satu harga untuk beberapa saiz. Ok, ni pengalaman baru guna pola import. Harap2 pandai guna. Heheh


Misi berkraf.. niat tu nak mulakan projek beg bekal tapi kena tangguh jap sampai kedai yang jual kain felt tu tutup beberapa hari sempena raya. Surevy fabrik dah pon mula. Kain2 kat Spotlight berkualiti. Kalau dah berkualiti, harga pun boleh tahan. Tapi kadang2 harganya tak berbaloi. Kesimpulannya, buat sementara ni, saya tak layak beli kain di Spotlight. Ikea pula, mampu sikit. Hehehh. Esok2 survvey harga Nagoya & Kamdar. 
Misi kemas rumah... yang ni pening sikit tang mana nak mula. Banyak dah barang yang perlu dibuang. Satu lagi pakaian. Dah tiba masa untuk disedekahkan. Kalau disimpan, makan ruang dan sampai bila nak simpan. Memang tak nak guna.. pakai. Dah tak nak serabut2. Penat tengok banyak barang. 

Saya hanya mampu merancang, Tuhan yang tentukan. 

Sekian.

January 23, 2017

Buah zuriat

Salah satu ciptaan Tuhan untuk dimanfaatkan oleh makhluknya. Banyak kebaikannya cuma kebaikan untuk diri saya ialah kesuburan, keluarnya darah haid, mengembalikan tempaoh haid atau mungkin tiub fallopio tersumbat.
Dah lama nak dapatkan buah ni cuma rasa masalah sebab buah ni ada kat Mekah. Oleh sebab macam susah nak dapat kat Malaysia dan kalau ada pun harganya agak mahal. Tiada desakan pada diri untuk dapatkannya. Serah pada ketentuanNya. Diringkaskan, Sabtu lepas saya terjumpa satu kedai di Shah Alam yang menjual beberapa bekas buah zuriat. Setiap bekas ada 2 biji dengan harga rm12. Alhamdulilah, harga lebih rendah daripada harga jual online. Jadi, pada pencari buah zuriat.. boleh dapatkan di kedai Bazaar Kurma Malik Mohd. di seksyen 19, Shah Alam. Serba sedikit nifo di bawah ni adalah lokasi kedai.

Nota:
Macam best kedai ni sebab macam2 ada. Tanpa was-was & harga patut. Insyallah ada masa saya datang beli belah. Pisssssss

Sebelah 99 SpeedMart Jalan Nelayan 19/D

Google Map








January 18, 2017

Inspirasi Vlog

Raya tak lama lagi

Hari ni rasa cam nak demam. Errr. Ada kemungkinan terkena jangkitan Tok Siak. Kemungkinan juga kena hujan. Apa pon, sakit tu ada hikmahnya. Semoga sihat selalu.

Saya kan selalu diselubungi dengan rasa orang tak puas hati.. tak suka saya. Igauan dengan kenapa.. apa.. cam mana. Saya dah penat nak melayan perasaan yang cam ni. Letih. Dalam keadaan cam ni, amat mudah dicucuk & bisikan jahat syaitan. Rasa cam ni buat saya down.. 

Kalau saya layan, hidup saya tak boleh maju.. tenang. Tak boleh jadiii...  Jadi, kena selalu sedar diri untuk move on. Fasa rasa perlu ditamatkan. Dah tiba fasa penyelesaian pada emosi tu. Saya rasa saya tak perlu usik si penyebab. Apa yang boleh saya kata ialah..

Sekarang anda lihat saya bahagia dan berada dalam kemudahan tapi sebaliknya berlaku pada anda.  Jangan kata Tuhan tak sayang. Ada masa nanti atau sebelum ini saya berhadapan kesukaran. Cuma kita perlu ingat & sedar akan apa yang berlaku itu rezeki masing-masing. Ujian Tuhan buat kita tambah saham akhirat. Pahala & kemudahan dunia akhirat jika kita sabar & buat baik dengan kehidupan. Dunia akhirat jadi bencana kalau ada sangka buruk, hasad dengki & fitnah.  

Fasa penyelesaian. Jauhkan diri. Isi kehidupan dengan unsur-unsur positif. Lihat dan dengar kepada bahan-bahan yang membentuk diri ke arah kebaikan. Satu aktiviti yang saya lakukan ialah menonton vlog. Ceduk yang baik. Vlog, salah satu pemberi maklumat terbaik tentang ilmu kehidupan sebab mereka ni pelbagai persekitaran.. latar belakang. Celebriti.. pelajar.. surirumah.. kanak-kanak. Pilih je mana yang bagi banyak manfaat. 

Pisssssss 





January 16, 2017

Nak naik train gi keje

Seronok je dapat naik tren pegi & balik keje. Rileks. Tak yah redo nak hadap jem. Jarak perjalanan lebih kurang 80km sehari. Pernah juga nak naik tren. Kalau ada pon, jarang-jarang berlaku. Alasannya, bila dikira-kira kos sara hidup hari bekerja yang tak berbaloi bagi individu macam saya yang perlu angkut diri sendiri ke & dari stesen. Dari segi masa perjalanan, masih boleh tolak ansur.
Apa2 hal, kos kehidupan diutamakan. Kemudahan parking untuk pengguna tren ada disediakan. Selesa... bertingkat-tingkat dan berbayar. Belanja kos perjalanan minimum saya ialah rm16.85 sehari. Lebih kurang sama dengan kos petrol, tol & makan sehari jika memandu kereta. Yang mana saya pilih? Kadang2 designer negara terlupa orang-orang yang macam saya, golongan yang ada-ada :)




Mampu milik

Hidup atas kemampuan. Hidup bersederhana. Elak libatkan kehidupan masa depan orang lain untuk miliki sesuatu yang diluar kemampuan. Dengan kata lain, jangan nak menyusahkan atau menggunakan orang lain untuk langsaikan nafsu berkehendakan sesuatu gara-gara terpengaruh dengan apa yang orang lain mampu milik. Belajar hidup guna seadanya atau didalam kemampuan. Usaha dan sabar untuk dapatkannya. Kehidupan akan tenang...

5:30 pagi


Pagi ni saya mulakan rutin baru, insyallah. Rutin keluar rumah 5:30am, paling lewat. Mampu ke? Kena gagahkan juga. Kalau tak, saya akan bazir masa & petrol untuk hadap kesesakan trafik. Acik tak sanggup nak hadap mengesot ngesot. Perjalanan tanpa kesesakan ialah 40-50 minit. Sampai ofis, solat subuh & sambung tidur. Bila langit dah cerah, kayuh basikal... atau jogging. Pagi ni tak dapat nak keluarkan peluh sebab hujan lebat. Semoga rutin ni kekal sepanjang musim sekolah.



January 9, 2017

Parking KLIA2

Post kali ni tujuannya untuk indidu yang mencari info terkini tentang parking kat klia2 berhari-hari..
Ok, kami balik kampung sejak Jumaat lepas hingga awal pagi tadi. Kali ni, kami cuba pandu dan parking di Klia2. Redo & redah tinggalkan MatSmart. Dengan ala2 yakin, maka terjadilah percubaan dengan alasan tak nak menyusahkan masa orang lain. Gebak gedebuk... lebih baik hantar diri sendiri. Jadi, saya google2 pengalaman individu2. Hasil google, kadar bayaran rm46/hari untuk 3 hari pertama. Hari ke4 dan seterusnya, rm20/hari. Tok Siak tak berapa nak yakin.. isteri dia je yang lebih confident. Tok Siak tanya, parking long term area kat mana? Hmmm... dengan ala2 nyer, isteri dia jawap,  Awak parking mana-mana je. Sebab Encik WebpageParkingKlia2 tak spesifik mana lokasinya. Jadi, buat kesimpulan sendiri, Hang parking la mana suka.
Flight pertama, berlepas ke Sandakan 6:25am & flight terakhir 21:25pm (tunda) dari Sandakan. Jumlah bayaran bermula Jumaat (3:30am) hingga Isnin (00:30am) ialah rm138.00. Kadar bayaran, saya tak berkesempatan tengok detail sebab Tok Siak yang uruskan masuk & keluar parking. Mamai bangun tido... tido sepanjang perjalanan. Snap gambar parking & resit pon tak sempat. Hehehh. Saya tukang bayar kat mesin. Insyallah, trip akan datang, saya cuba untuk lebih prihatin.

Sekian.

Cerita Kiah

Minggu ni agak sibuk dengan rutin harian. Keje ofis.. submit FloraRosa, Ancubic, Tiara Hill. Keje rumah.. nak siapkan rumah untuk tetamu h...