January 29, 2015

Kura2 kat dinding

Masa kecik2 dulu sambil lepak dok buaian, sepupu saya rajin layan saya main teka teki....

Kura-kura kat  panjat dinding?....

sebab malam ni  saya gantung kura2 saya ;)






Cencaru sumbat

Musim cerita makan pulak....
Hari ni saya mulakan cerita inspirasi dapur kabin saya. Sementara rajin snap gambar situ sana sini. Kalau malas, tengok handphone jadi naik menyampahhhhh. Dah kat rumah, hal handphone tak berapa ambil kesah. Ada bateri, call, mesej... ada atau tak. Kalau ada anak nanti, ntah-ntah langsung tak keluar dari beg kerja. Tok Siak ler yang rajin check charge kan. Berbeza kalau dalam komuter atau bersendirian, dunia jadi gelap kalau bateri habis atau lupa bawa handphone. Segala ilmu yang diperlukan ada di situ, katanyer. Ok, tu iklan hal handphone.



Malam tadi menu ikan cencaru sumbat cili dengan cicah kicap dan tauge+kobis masak lemak. Ikan cencaru sumbat ikan ni nostalgia saya zaman kanak-kanan, remaja hingga awal dewasa. Selalu minta Mak masak. Sejak daya ingatan Cik Cha semakin menyusut, memang saya tak merasa. Rasanya, susah nak jumpa menu ikan ni. Kalau nak, kena buat sendiri dan semalam saya realisasikan. Menu ikut tekak sendiri. Hehehh. Ikan ni saya goreng dengan sedikit minyak di atas kuali leper. Ala-ala bakar juga. Pencicah kicap ni harus untuk Tok Siak kalau ada ikan bakar atau ikan goreng. Ikan sumbat ni selalunya dipadankan dengan sayur masak lemak. Tauge dan kobis ni saya sekalikan sebab nak habiskan stok tauge yang tinggal segenggam.

Sekian.
















January 28, 2015

Aktiviti dapur

Dah lama saya tak post sesuatu kat Dari Dapur Kabin. Alasan.. belum berkesempatan. Bukan dapur tak berasap selama menyepi tapi kesuntukan masa. Sejak Cik Cha cuti masak, saya ambil alih tugas memasak. Hari-hari bekerja, saya masak untuk makan malam saja. Pagi dan tengahari Cik Cha makan bungkus.
Sampai rumah, lepas solat maghrib terus ke dapur. Masak yang ringkas-ringkas saja... menu yang boleh siap dalam tempoh sejam.

Menu tengahari ni... lauk semalam

Hari cuti, samada menu ringkas atau menu berat sikit. Ikut kesempatan juga. Hari cuti pun sibuk juga... mengemas, menjahit, urusan luar. Walaupun letih, tak cukup masa, lapar.. dalam berebut masa, rasa macam best je. Pembakar semangat. Rasa puas hati bila dapat masakkan sesuatu untuk keluarga. Kemesraan makan bersama. Makan panas-panas. Mungkin masa-masa akan datang saya boleh kongsi menu-menu ringkas setiap kali masak sebagai inspirasi. Kalau sesuatu yang baik dan diizinNya, pasti ada ruang kesempatan. Insyallah.

January 27, 2015

Hadiah kecil

Cik Diari Maya Saya,

Sejak menjelang tahun baru, beberapa orang di sekitar saya telah kembali ke pangkuan Maha Pencipta. Yang terkini ialah awal pagi tadi, ayah Kak As, jiran saya. Al-Fatihah buat mereka yang telah pergi. Ini adalah perpisahan sementara kita. Suatu hari nanti, hari saya pasti tiba. Kesempatan ini, saya masih berpeluang merebut tiket amalan ibadat ke Syurga.
Beberapa hari lepas saya meluahkan permohonan maaf terbuka saya. Pagi ni saya berfikir semula, apa yang perlu saya buat untuk berbuat baik pada kehidupan seterusnya termasuk berbuat baik pada mereka yang masih tak memafkan atau was-was terhadap saya. Saya rasa saya patut memaafkan diri sendiri. Peluang pada diri sendiri buat kebaikan tanpa disedari... dalam senyap dan jauh kepada individu berkenaan. Inspirasi saya? Semalam saya menonton movie I Me Wed. Semoga hadiah kecil saya ini diterima. Saya tiada langsung rasa mengharap balasan atau perhatian. Saya hanya mahukan hadiah senyuman pada diri sendiri :)


January 24, 2015

Tugasan: 50pcs uncang

Tugasan ni dah seminggu berlangsung. Projek untuk Cik Adibah bersaiz 14cm lebar x 18cm tinggi.
Sedikit cerita perjalanan tugasan ni....

13 Jan. : Check bahan-bahan

Kain dari jenis 'thai silk'

Finding


15 Jan.: Sebut harga muktamat



19 Jan.: Mulakan dengan bismillah....




23 Jan.: Kain dah siap dijahitkan 50pcs uncang. Baki kerja ialah tampal finding dan masukkan riben ikat.




Padanan warna riben ikat

26 Jan.: Alhamdulilah.. siap :)


Tugasan DBKL

Cik Diari Maya Saya,

Walaupun kita cakap berdua, tapi ramai yang dengar. Tak apa, kita gosip secara kecil-kecilan. Saya selesa begini. Sian kat diri sendiri.

Hari ni Sabtu. Lewat lagi sampai ofis. Hari ni Sabtu ni biasalah, pemandu bas perantara RAPID jadi suam-suam bertugas. Apa boleh buat. Melopong sampai bas ada. Suatu perkara yang tak selesa bila menunggu kat stesen Bandar Tasik Selatan ialah persekitaran yang dihiasi dengan taburan sampah sarap yang beberapa hari atau minggu. Status demam ni tambah mual tengokkan sampah makanan & minuman disekeliling tong sampah yang dah penuh. Tong sampah pon tau muntah. Belum lagi tengok yang di atas jalan. Bila tengok tong sampah, stesen ni di bawah selia DBKL. Moh ler buat aduan.



Sekian, untuk cerita sampah.




January 23, 2015

Terima kasih kerana menghargai Wanita

Hari ni masih dengan status kurang sihat. Bertambah baik. Masih lagi lupa bawa ubat. Nak buat cam mana... nenek memang selalu lupa.
Cerita setakat tengahari hari ni? Pagi ni dengan detail drawing dan sebut harga uncang lace 250pcs.

Sekian.


January 22, 2015

Khamis

Saya kembali selepas berehat 1.5 hari. Selama itu juga saya berehat dari dunia maya. Apa yang berlaku?... Kawan saya, Zaini Syamsila telah kembali ke pangkuan Ilahi. Al-fatihah. Semoga dicucuri rahmatNya. Saya tak berkesempatan menjengok arwah dalam tempoh sakit. Hanya doa yang mampu saya berikan. Tiada lagi kata-kata arwah dalam watsapp group. Semoga tenang di sana.
Hari ni masih lagi dengan status demam. Demam, batuk & selsema. Lupa bawa ubat & handphone. Lo' laqq aihh. Apa pun tabah & sabar menghadapi hari ni. Alhamdulilah, selsema dah kering, meninggalkan suara sengau. Batuk, tinggal yang manja2 je. Demam, panas yang dah reda cuma sakit kepala.


bersambung....

January 20, 2015

Demam & uncang

Cik Diari Maya Saya,

Hari ni masuk hari ketiga demam melanda. Tambah dengan batuk. Hari ni macam dah tak larat nak datang ofis tapi gagahkan juga. Tengok ler kejap-kejap lagi, mintak separuh hari. Ahad lepas paling teruk. Badan panas & sejuk. Selera pun mengurang. Dugaan. Dalam demam, gagahkan juga layan projek uncang 50pcs dengan finding. Setakat malam tadi, dapat siapkan 27 pcs tanpa trim & tampal finding.



Sekian, post ringkas kali ni... kurang selera :(

January 17, 2015

Bulat & segi empat

Pagi ni belajar menjahit sementara saya mencopy semua fail projek dalam backup simpanan yang memakan masa hampir 4 jam ni. Huuurrmmm.

Kali ni nak belajar macam mana nak jahit tepi kain yang berlengkuk dan bersegi. Selama ni jahitan tepi di situ tak kemas dan akibatnya beri tekanan pada diri sendiri. Jadi, video ni dapat balas dendam pada tekanan diri sendiri tu.



Rasa tak puas hati juga bila menjahit kain yang jenis meregang macam t-shirt & lycra. Guna teknik jahit lurus tak menjadi sebab jahitan akan terputus bila diregang. Stressssssss. Asal menjahit, stress. Asal stress, menjahit la tu! Jadi, cari ler bahan untuk balas dendam kat stress2 tu.


January 16, 2015

Ujian

Cik Diari Maya Saya,

Saya ada dua berita dukacita. Pertama, jiran saya, Kak Jamaliah Sani telah kembali ke pangkuan Maha Pencipta lebih kurang 10 pagi semalam. Saya hanya sempat menghadiri tahlil arwah selepas solat maghrib semalam. Kedua ialah, kawan saya, Zaini Syamsila yang derita kanser payu dara kini nazak. Saya selalu ikut khabar beliau melalui watsapp group kawan-kawan sekelas dulu. Ada beberapa lagi kawan dah mula diduga dengan musibah penyakit. Saya yang sihat ni tak boleh bersenang lenang... masa saya belum tiba. Walaubagaimana pun, perlu beringat-ingat tentang makan, cara dan mengendalikan hidup. Semoga kami sekeluarga diberi kesihatan yang baik. Al-fatihah buat saya, rakan-rakan yang sihat mahupun yang menerima dugaan dan yang telah pergi.

Cerita lagi... dukacita lagi, monitor kat ofis dah meragam. Semalam seharian tak buat kerja. Tertangguh. Hari ni boleh buat kerja dengan bantuan laptop. Mujur kerja tak lebat datang. Macam kena ganti baru je. Bos pulak dah beberapa hari tak masuk. Hmmm...

Hari semakin cepat berlalu. Sekejap dah tengah bulan Januari. Selain berita kematian dan sakit, apa yang berlaku setakat ni? BR1M dah keluar. Kami dapat rm200. Alhamdulilah. Kami bertiga menjamu selera tomyam malam kemarin. Semoga tahun ni rezeki kami semakin baik dan diberkatiNya.

Sekian.


January 15, 2015

Poligami

Kalau saya mampu nikah satu lagi, awak carikan calon ya.

... permintaan Tok Siak sejak dua menjak ni. 
Budaya kebanyakkan isteri-isteri di Malaysia ni alergi dengan perkataan ni. Wanita-wanita akan berjuang habis-habisan untuk menahan para lelaki yang keinginan menambah. Mungkin ekoran dari budaya sikap & tanggungjawap
yang tak sepatutnya oleh kebanyakkan suami dan ahli-ahli keluarga yang lain bila berpoligami.
Sepatutnya, suami menambah bukan bermakna seorang isteri itu ada kekurangan yang tak ada ampunnya tapi dengan adanya isteri-isteri itu saling melengkapi. Lebihan bilangan perempuan berbanding lelaki dalam populasi penduduk dunia akan menyebabkan semakin ramai wanita berstatus bujang. Oleh itu, poligami menyelamatkan keadaan. Saya dapat lihat keseimbangan ciptaan kehidupan manusia. Cuma manusia selalu terpedaya dengan hasutan syaitan. Lagi, memiliki isteri lebih dari satu dapat menambahkan lagi umat Nabi Muhammad s.a.w. 
Sudi... ikhlas ke saya mungkin  suatu hari nanti? Walaupun ia hanya permintaan yang  menguji, takdir perjalanan hidup itu rahsia Yang Maha Bijaksana. Adalah berdosa jika saya mengharamkan atau membenci apa yang Tuhan halalkan ke atas lelaki Islam yang berkemampuan. Insyallah... dengan memahami agama semuanya akan baik & lancar. Semoga hidup kami suami isteri mendapat rahmat dan diberkatiNya.


Nota: Ini adalah pendapat saya. Cerita yang salah  datang dari saya. Mohon abaikan atau dibetulkan

January 14, 2015

Reben dan satin

Azam saya selalu ialah jadi insan yang serba boleh dan berdikari. Umat yang baik, isteri yang baik, anak yang baik, kawan yang baik, pekerja yang baik, boleh dan pandai masak, menjahit, berkraf, menternak.. cucuk tanam. Insan serba boleh yang berjaya dan sedang menuju ke arah itu sedikit demi sedikit hingga hujung nyawa. Insyallah. Insan serba boleh yang sempurna... tak mungkin. 
Banyak yang saya mahu buat, apakan daya. Tok Siak selalu cakap, saya suka rancang atau buat sesuatu yang luar dari kemampuan. Betul tu. Saya punya sepasang mata, telinga, tangan dan kaki, sehari hanya ada 24 jam... setahun ada 365 hari. Otak saya pula hanya mampu bekerja dengan baik dan waras hanya lebih kurang 4 jam saja. Saya pernah siapkan projek uncang renda 700 pcs dalam masa 1 bulan. Lepas waktu kerja, di situ saya menjahit, menguruskan rumahtangga.. hal keluarga dan hal kerja sambilan melukis. Di situ juga perlu masa untuk rehat. Memang sempat tapi... terpaksa ambil cuti kerja dan Tok Siak jadi mangsa.
Tok Siak selalu menyokong dan membantu saya menuju ke arah insan yang serba boleh. Saling menyokong dan bekerjasama kan penting untuk berjaya, bahagia & ceria ;)

















January 12, 2015

Iqra' : Imam Syafie

Ya... saya tak perlu risau dan kenangkan diri yang busuk ini. Lembaran baru dan teruskan perjalanan hidup yang lebih baik dan diberkatiNya. Wangikan diri dengan perkara bermanfaat. Sabtu lalu saya perlu menunggu Tok Siak sehingga jam 5 petang. Bermakna saya ada ruang masa 4 jam sebelum jam 5. Kemana dan apa yang sepatutnya saya buat? Saya buat keputusan untuk membaca buku yang boleh dihabiskan dalam masa itu. Jadi, ke kedai buku. Buku cintan cintun atau ilmu? Yang terbaik ialah buku ilmu. Tak ada ruginya.
Saya membeli buku ini dengan harapan saya semakin memahami dan mendalami Islam. Walaupun dilahirkan seorang muslim, saya sangat cetek ilmu. Langkah diatur sedikit demi sedikit. Saya perlukan buku yang mudah faham. Mungkin Allah mula beri jalan permulaaan dengan membaca sejarah tokoh-tokoh terkenal Islam.
Serba sedikit petikan-petikan yang memberi kesan pada saya.....

Ilmu, adab sopan, akal & pemurah
Ilmu dan dunia..
Semangat juang...
Fitnah...
Pangkat dan kekayaan...
Doa...
Musuh...
Harga diri, martabat, hati, pandangan dan ilmu
Status doa...
Diam...

30 pesanan...
 Buku yang dimaksudkan ialah.....

... 229 muka surat. Penyampaian ilmu yang menyenangkan

Sesekali bergenang air mata bila membaca kisah Imam Syafie ini. Mungkin juga kerana hati & perasaan saya semakin mudah tersentuh.  

Sekian.

January 10, 2015

Lara Hati

Cik Diari Maya Saya,

Saya selalu cerita tentang emosi & perasaan saya. Saya ambil keputusan untuk berdiam diri, jauhkan diri sedikit atau menyendiri. Itu jalan yang terbaik untuk jaga perasaan sendiri dari terus tersinggung dan menyinggung orang lain. Juga untuk elak dosa dari kedua-dua belah pihak. Dan saya selalu tanya Tok Siak, Jahat sangat ke saya? Saya cuba jadi baik dan buat yang baik-baik dan terbaik. Tapi tak terima juga. Jawapan beliau, Kadang-kadang je. Marah, degil bila penat. Biasa, ok je dengan saya. Dan tambahan jawapan kemarin.... Tak apa la. Mereka cemburu dengan awak. Janji awak baik dengan Tuhan, Mak, Inak ( dan arwah kedua2 bapa kita) dan saya. Jawapan pengubat lara :)
Saya tak lepas dari melakukan kesilapan secara sengaja atau tidak. Dan saya berusaha dan berazam membaiki diri ke arah kebaikan. Kadang-kadang saya mohon maaf secara terbuka di facebook yang bagi saya ramai yang kenal saya ada di situ. Harapan saya semoga mereka maafkan segala kesilapan dan kesalahan saya yang disengaja atau tak disengajakan. Kadang kadang rasa sedih.. kecewa bila ada yang masih menyimpan salah silap saya. Tak terima. Apakan daya. Saya perlu teruskan kehidupan dengan lebih baik, positif dan ke arah kebaikan. Tak perlu melayan hati degil & syak wasangka mereka. Tiada kebaikan di situ...

Janji saya baik dengan Tuhan, Tok Siak, Mak & Arwah Ayah serta Inak & Arwah Mak.

Sekian.

January 9, 2015

Hari ni hari Jumaat

Cik Dia Maya Saya,

Sejak minggu ni saya lewat tiba di ofis. Tren 7:23am. Tiba di TBS lebih kurang 8:25am. Tak sempat naik bas perantara 8:15am yang selalu saya naik. Suhu sejuk, sedap tidur. Bangun dah lewat. Tambah lagi dengan keletihan minggu lepas dan minggu ni. Satu yang istimewa pagi ni ialah seorang adik mengejut saya di Stesen KL Sentral. Dia bimbang saya terlepas stesen. Akak turun mana? Hahaha. Kali kedua penumpang tren tolong kejutkan.  Apa pun terima kasih kat adik tu. Semoga pertolongannya diberkati dan dapat banyak pahala tambahan hari ni hari Jumaat. Tiba di ofis ni tak sah kalau tiba hampir jam 9:00am. Macam anak bos!
Cerita resdung... pagi ni mereka mula mengeluarkan diri secara berjemaah melalui hidung. Ketulan pertama tak sampai setengah jam lalu. Besar tu... banyak besar dari kebiasaan. Heheh. Lega sikit. Terasa-rasa macam mereka sedang berusaha untuk keluar. Bau busuk sendiri dah bau. Busuk macam bangkai ayam. Terima kasih Sayang_saya sebab terima Budak_busuk ini. Harap-harap mereka keluar habis hari ni. Tak ambil ubat, baik sendiri je. Penternak mana la yang amalkan amalan penternakan yang tak sihat. Ayam tak sihat....kotor!



January 8, 2015

Ayam, perasaan & Cik Cha

Ayam bandar.... Dah lama tak makan ayam bandar. Minggu lepas macam selalu makan ayam. Resdung busuk tu dah kembali. Tanda-tandanya ialah suara sengau, kepala berat/ sakit dan bengkak gusi atau sakit gigi. Benda busuk tu dah mula keluar ikut air hidung. Tekak tak selesa sebab ada bendalir busuk. Nafas jadi busuk. Jadi, pantang makan ayam kembali.
Soal perasaan.... Saya meninggal group kekawan lama. Saya rasa lebih baik undur diri sebab wujud saya menimbulkan syak yang negatif. Ada yang tak senang, jadi untuk jaga perasaan sendiri dari hati terus berkata-kata dan tersinggung adalah lebih baik undur diri untuk beri keselesaan kepada mereka. Berdiam diri atau duduk jauh sikit adalah cara yang terbaik bagi individu yang masih memandang atau cakap-cakap negatif dan tidak memaafkan perlakuan saya yang lepas. Juga cara terbaik untuk elak dosa. Apakan daya....
Cik Cha... Alhamdulilah. Masih boleh bersabar dengan tangannya yang bersimen. Semalam Cik Cha mandi & tukar baju sendiri. Kerja rumah dia buat sikit-sikit. Selera makannya menurun. Agaknya nak makan kat luar & jalan-jalan.  Mintak maaf Mak & mintak maaf juga sebab tak sempat nak masak semalam dan siapkan sarapan pagi ni. Semoga Mak cepat sembuh.





January 6, 2015

Cik Cha & Nasi Minyak

Cik Diari Maya Saya,

Semalam temujani Cik Cha yang pertama dengan pakar tulang. Hasilnya, tangan itu dibalut simen penuh untuk lebih kurang selama 6 minggu. Kedudukan tulang pergelangan tangan berubah sedikit akibat tak mahu pakai simen sementara. Sepatutnya pakar syorkan Cik Cha dibedah. Tapi difikirkan bakal kedegilan dan rasa takut Cik Cha, saya buat keputusan tangannya disimen penuh. Rawatan berlangsung selama 2 jam. Alhamdulilah... urusan lancar tanpa banyak masa menunggu.

Nombor cantik

Saya akui keadaan saya agak kritikal sekarang. Kes Cik Cha, pengurusan hal-ehwal rumah dan masih lagi komen-komen E&* Hotel. Banyak masa kat rumah perlu diluangkan untuk menguruskan Cik Cha. Mandi, makan dan pakainya.
Selesai urusan hospital, masa untuk saya berehat sebentar sebab semalaman siapkan kerja ofis. Kepala mula berat. Tidur adalah rawatan yang terbaik. Selepas 3 jam, masa untuk masak. Menu istimewa untuk Tok Siak. Nasi minyak dengan Ayam masak merah. Percubaan pertama. Alhamdulilah... hasil yang agak memuaskan menggunakan resipi Kak Azlita Masam Manis. Koleksi gambar masak kali ni tak seberapa disebabkan memasak sambil urus kerja rumah yang lain.



Sekian.


January 4, 2015

Cerita Hari Ini

Cik Diari Maya Saya,

Salam Ahad.


Hari kedua cuti hujung minggu. Sibuk dengan urusan rumah. Berhenti sekejap untuk beri laluan kerja ofis. Letih. Macam-macam kerja perlu siap.

Esok, Cik Cha ada temujanji dengan pakar tulang. Cuti. Kerja yang sepatutnya siap esok perlu disiapkan hari ni.

Semoga apa yang dikerjakan siap pada masanya.

January 2, 2015

Cik Cha lagi..

Satu masalah Cik Cha yang selalu gegarkan kesabaran saya ialah degil. Degil kali ni ialah dia buka sendiri balutan simen dan buat kerja rumah. Saya faham dia lupa dan nota larangan dah di tampal pada balutan simen. Agak kecewa pada mulanya sebab saya dah luangkan masa dan berusaha untuk pulih cepat. Semalam, sekali lagi kami ke hospital sebab tangannya bengkak akibat banyak pergerakan.
Kecewa, penat dan letih.. tapi bila difikir positif, Allah sedang uji saya. Menguruskan rumahtangga dan komitmen kerja. Saya masih bernasib baik. Layanan saya pada ke empat orang tua saya hari ini adalah cermin layanan penjaga saya di hari tua nanti. Apa yang dilakukan hari ni adalah untuk hari-hari kemudian.  Semoga saya hadapi dugaan ini dengan baik. Apa yang saya lalui sekarang juga sebagai ilmu untuk masa depan.

Tiada menunding jari siapa punya angkara... siapa yang harus bertanggungjawap. Sabar je laaaaaaa



Cerita Kiah

Minggu ni agak sibuk dengan rutin harian. Keje ofis.. submit FloraRosa, Ancubic, Tiara Hill. Keje rumah.. nak siapkan rumah untuk tetamu h...