December 31, 2013

Dikhianati

Bila keseorangan waktu-waktu begini, teringat zaman muda-muda dulu. Zaman bercinta. Teringat cinta pertama, kedua dan ketiga. Semuanya dikhianati. Semuanya saya lalui dengan sabar. Paling teruk, yang pertama. Saya pernah cerita diblog mungkin 2 tahun lepas. Ditinggalkan. Perit. Kedua.. lebih kurang sama juga tamparannya. Hubungan yang agak lama... hampir 7 tahun. Buang masa. Ketiga... tujuannya hanya suka-suka. Lebih untuk menguji hati seorang perempuan.
Kecantikan rupa paras, sementara saja. Tingkah laku yang baik lebih penting. Akhirnya mencari semula. Terima semula? Minta maaf. Terlambat. Saya bukan orangnya. Perit ditinggalkan cukup mengajar saya untuk katakan tidak untuk memberi peluang kedua.
Pengalaman mengajar saya. Nak rasa sangat bercinta kan.. heheh. Jika kita mengkhianati orang lain, sudah tentu suatu hari nanti kita dikhianati atau balasan yang setimpal. Jika hidup hidup dengan ikhlas, suatu masa nanti Tuhan akan memberi kemanisan yang setimpal dengan keikhlasan.
Kini, saya menikmati kemanisan yang setimpal itu. Alhamdulilah. Kepada cinta hati saya, Rajali Abdul Hasim semoga cinta dan kasih sayang kita kekal abadi. Sempena menyambut tahun baru 2014, saya berdoa kita berdua diberiNya rezeki.. kehidupan yang lebih baik.

December 30, 2013

Pakaian terbaik

Pakaian TERBAIK seorang wanita MUSLIM adalah pakaian itu boleh TERUS DIGUNA UNTUK SOLAT semasa beliau di LUAR rumah



Semoga impian ini menjadi satu kenyataan... 

December 28, 2013

Mimpi

Kebelakangan ni, dah 2 kali saya mimpi yang mengingatkan saya tentang rutin menjaga arwah ayah. Yang terakhir, 2 malam lepas. Mimpi di dalam mimpi. Bermimpi saya tertidur akibat keletihan dan dalam tidur saya diingatkan untuk menjenguk dan bantu ayah di biliknya. Bangun dari tertidur, bertanya pada diri sendiri "Kenapa nak tolong ayah? Ayah kan dah tak ada". Dan saya terus buka mata dan termenung. Mungkin sejak sebulan kebelakangan ni saya terlupa Ayah.

December 27, 2013

Penutup Jumaat 2013

Alhamdulilah.. dari 1 Januari hingga hari ni Jumaat terakhir tahun 2013, kami bertiga diberi dikurniaNya dengan kesihatan & keperluan hidup yang baik. Semoga berterusan dan bertambah baik.

December 24, 2013

Musim br1m dah tiba!

Pengumuman dah pun dibuat untuk permulaan tahun 2014. Perbelanjaan isi rumah makin ketat. Macam-macam naik harga. Kehidupan makin sempit bagi golongan dari pendapatan sederhana ke bawah.


Bagi yang kaya raya, tak berapa nak kisah apa-apa harga yang naik. br1m ni tak la menyelesaian segala masalah kewangan tetapi sedikit menyedapkan hati bagi yang sedang tersepit ni. Jangan sampai ramai yang mula bersuara lantang memberontak.

https://ebr1m.hasil.gov.my/

December 16, 2013

Kehilangan

Sejak 2 minggu ni, saya di culik oleh kerja-kerja projek uncang Dr. Sujith dan kerja-kerja pejabat selain kerja-kerja rumah yang wajib saya bereskan. Hasilnya sakit tekak, deman dan selsema melanda. Alhamdulilah, sakit ni bersifat sekejap saja walaupun saya telah mendapat cuti sakit selama 2.5 hari untuk berehat. Hakikat, saya tidak boleh berehat hingga siap kerja-kerja projek uncang. Mujur suami dan Mak saya membantu. Semoga usaha mereka dirahmati dan diberkatiNya.


December 6, 2013

!كامي اد اهلي كلوارڬ بارو

ڤد هاري يڠ مليا اين الله مڠيزينكن كمبيڠ كامي ملاهيركن كتوروننڽ. تريما كاسيه الله


28 Oktober 2023

 Hari ni hari lahir Abang yang ke 51.. semoga roh mu di RahmatiNya. Bercekau & ketawa dah jadi kenangan. Dia lah idola. Abg borek adik r...