July 31, 2013

Bila "kucing" tak ada...

Sejak awal minggu ni saya sibuk buat biskut raya. Waduhh... letih dan penat. Dengkur pun kuat. Upppss. Kawan sekatil komplen. Ngeh3x. Tiada pembantu. Buat sendiri semua. Orang rumah cam ni la kan. Alhamdulilah, semua berlaku dengan lancar. Setakat malam tadi, hampir 4 bekas choc. chips dengan dua kali adunan. Puas hati dan berbaloi. Malam ni? Tak pasti. Ingat nak cuti membakar tapi siap sedia bahan peram untuk biskut seterusnya.

Sebelum cuti panjang.. 11 hari bermula minggu depan, kerja ofis perlu diselesaikan. Paling kritikal, job Ara Greens. Cerita pasal kerja ofis ni, Bos Besar (Daddy) tak ada. Dia pun cuti raya tapi dia dah terbang dulu. Yayyy!!. Mana boleh sukaria. Tapi hakikatnya, saya bebas!. Bila Daddy tak ada, masing-masing keluar tanduk. Online ler, apa lagi. Yang staff, berfb dan lain-lain. Isteri Daddy (Mummy) pulak , layan resipi. Hahaha.. sama je. Apa pon, kerja tetap buat ;)

*****

Dia pun nak ikut sama tapi tido!


July 29, 2013

Semalam... layan mereka lagi

Semalam cuaca agak panas dan saya berkelah di belakang rumah. Puasa mana leh mandi-manda di kolam. Bukan saya, tapi itik-itik dan angsa-angsa. Terhibur tengokkan telatah mereka bila dapat air kolam sejuk. Pandai mereka ni, air kotor tak mau.



Gerun je dengar lagu raya sebabnya biskut raya tak ada lagi. Tahun ni saya cadang tak nak beli sangat biskut raya. Jadi, pagi semalam menapakkan diri ke kedai bakeri Bagus di Shah Alam. Ramainya umat di sana. Agak sejam juga di sana. Balik rumah terus pengsan.


Penyediaan bahan-bahan

Sebelah malam baru mengumbah barang-barang yang dibeli. Nak mula buat, tak sempat sebab macam-macam nak sedia. Makanya, siap sedia timbang bahan-bahan kering. Nanti tinggal sukat bahan-bahan basah. Oh ya! Saya baru terbitkan blog diari main masak-masak saya.

*****

Ni nak tido ke.. nak sembahyang?!




July 26, 2013

Sila guna jari anda

Cerita pagi semalam.... menyinggah sekejap di bilik rehat di Stesen Komuter Bandar Tasik Selatan. Tak cukup sifat la perempuan ni, guna kaki untuk flush air nih. Tak beradat lansung!


July 24, 2013

Mudahkan cara

Abby Abadi mengaku nikah di Thailand"Ya, saya bernikah di Thailand. Tak ada masalah pun dalam undang-undang Islam bernikah di negara jiran, tetapi saya mempermudahkan yang payah... " 
Kata-kata Abby ni mengingatkan saya suatu masa dulu....
Saya setuju sebab saya ada mengalami sedikit kesukaran ketika mohon permohonan nikah dari Jabatan Agama Islam yang mana saya perlu kemukakan sijil nikah ibu bapa saya. Perkara mereka sudah lebih dari 30 tahun juga telah berpisah hampir 20 tahun, makanya hilang dalam simpanan. Jabatan agama menolak permohonan jika tiada sijil nikah ibu bapa. Macam mana nak menikah ni.... saya risau sebab saya hanya ada lebih kurang 3 minggu. Saya perlu dapatkan salinan baru di tempat mak dan ayah saya menikah dulu... Melaka. Saya bernasib baik sebab kira dekat hanya 2.5 jam perjalanan. 
Walaubagaimanapun kakitangan Jabatan Agama Islam Alor Gajah yang telah diamanahkan, tidak memberi kerjasama. Dengan kata lain, MALAS buat kerja. Dia beri alasan tiada dalam fail. Setelah saya mula guna suara keras selepas menunggu 2 minggu dengan mengatakan saya ada seminggu lagi sebelum menikah, baru lah dia mula cari dan JUMPA. Sekarang teknologi telah mudahkan cara kerja tetapi ramai insan-insan yang terlalu bertuah masih malas.
Sekian, nukilan rasa ;)

Nyiau angkat kami, Ayu

July 23, 2013

Akak tidor manyak syiookkkk ooo

"Kak o kak.. kak, akak turun di stesen KL Sentral ke?" Segelintir masyarakat yang perihatin kat saya. Alhamdulilah... ada insan yang sayang saya. Cik-Baik-Hati tu tolong kejutkan saya sebelum sampai stesen. Saya sempat ucapkan terima kasih sebab kejutkan saya walaupun KL Sentral bukan destinasi saya. Semoga Allah beri hidayah pada beliau yang berhati mulia. Syoknya tidor sampai orang sebelah risau saya terlajak stesen. Rutin harian bila naik tren komuter selama sejam. Hehehh... Cik Puan Zuhra ni banyak tidor, bukan kurang tidor. Walaubagaimanapun, saya tersidai kat stesen lebih kurang 30 minit akibat terlepas bas yang berlepas awal dari jadual sepatutnya.




July 20, 2013

Petua Mujarab

Saya selalu amalkan petua ni selalu dan kekadang jadi zikir untuk saya. Insyallah mujarab.


Saya selalu guna petua ni bila seisi mengadap... ngadap bos yang kekadang datang sawan sengal dia macam pagi ni. Alhamdulilah... lembut suara dia bebanding suara dia interkom panggil ngadap dia.

Bacaan tambahan (sumber: http://www.darussyifa.org)

Ada satu doa yang pendek tetapi sangat besar manfaatnya sekiranya diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Doa yang dimaksudkan seperti sabda Rasulullah s.a.w. seperti berikut;



Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut.
Dengan itu jika kita amalkan doa yang tersebut di atas, insya’Allah kita akan terhindar daripada ”mudarat” yang disebutkan. Maka dengan itu faedahnya yang diperolehi ialah kita akan;

1. Beruntung, Tidak Menanggung Rugi.
2. Berhasil, Berjaya dan Tidak Gagal.
3. Selamat dari bahaya.
4. Tidak melarat, Menjadi Senang.

Keberuntungan beramal dengan doa ini
Terhindar Daripada Bahaya
Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din menamakan doa ini sebagai ”Ayat Pengerak” kerana dengan membaca doa ini boleh mengerakkan hati kita untuk meneruskan atau tidak bila hendak melakukan sesuatu kerja-kerja yang berbahaya. Tuan Guru memberikan petua bagaimana untuk beramal dengan doa ini seperti berikut;

• Bila hendak memulakan perjalanan samaada perjalanan yang dekat ataupun jauh, mengembara ke tempat yang telah biasa ataupun yang belum pernah dikunjungi dan sebagainya atau untuk memulakan sesuatu pekerjaan yang mungkin biasa atau berisiko seperti masuk hutan untuk berburu, memancing, menyembelih binatang, bekerja di tempat pembinaan, dan seumpamanya, maka sebelum itu bacalah doa ini sebanyak tujuh kali. Insya’Allah, Allah s.w.t akan melindungi kita daripada segala bentuk kemudaratan, kejahatan dan bahaya yang mungkin ada di sekeliling kita.

• Jika bacaan tersekat-sekat atau terlupa atau ketika sedang membaca ada gangguan seperti gangguan telepon berdering, gangguan daripada anak-anak, gangguan daripada rakan-rakan yang menyapa dan sebagainya yang menyebabkan kosentrasi bacaan terganggu, maka berehatlah dahulu. Jangan diteruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Setelah berehat beberapa ketika, baca sekali lagi sehingga tujuh kali bacaan. Jika sekiranya bacaan tujuh kali itu lancar baru teruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Jika diteruskan juga perjalanan atau pekerjaan sedangkan bacaannya tidak lancar, mengikut pengalaman Tuan Guru, kita boleh terkena dengan kemudaratan yang mungkin ada dihadapan kita.

Perlu diingatkan disini bahawa, insya’Allah kita boleh terlepas daripada kemudaratan yang dinamakan Qada’ Muaalaq iaitu ketentuan Allah yang boleh berubah dengan kita berusaha melalui berdoa kepada-Nya. Bagaimanapun jika ianya Qada’ Mubram iaitu ketentuan Allah yang tidak boleh berubah seperti mati maka kalau ajal telah tiba kita membaca doa ini seribu kali sekali pun pasti kita akan mati.

Terhindar Daripada Kemudaratan Makanan
Makanan dan minuman yang masuk ketubuh badan kita sebahagiannya mengandungi bahan kimia yang beracun. Racun tersebut tidak memberi kesan untuk jangkamasa pendek tetapi terbukti sebahagiannya memudaratkan tubuh badan untuk jangkamasa panjang. Penyakit yang begitu sinonim dewasa ini dalam masyarakat kita seperti kanser, diabetes, dan sebagainya adalah berpunca daripada makanan dan juga minuman. Untuk mengelakkan makanan yang kita makan membawa mudarat kepada tubuh badan adalah disarankan agar mengamalkan doa ini sekurang-kurangnya tiga kali sebelum menjamah apa sahaja makanan dan minuman. Insya’Allah dengan keberkatan membaca doa ini semua makanan dan minuman yang halal, yang dimakan dan diminum tidak memudaratkan tubuh badan kita.

Terhindar Daripada Sihir
Perbuatan belajar dan mengamalkan ilmu sihir hukumnya adalah syirik dan mereka yang syirik akan mendapat balasan laknat Allah s.w.t. dan mereka akan ditempatkan di dalam neraka selama-lamanya melainkan jika sempat bertaubat sebelum mati.  

Kesan perbuatan sihir boleh terkena kepada sesiapa sahaja dengan izin Allah s.w.t. Ada sihir untuk tujuan kecantikan seperti memakai susuk dan kebanyakan amalan sihir adalah untuk tujuan khianat yang boleh memudaratkan seseorang dan sesetengahnya boleh membawa maut. Ada perbuatan sihir yang sememangnya ditujukan kepada seseorang kerana dorongan hasad dengki, dan ada juga yang terkena sihir dengan tidak disengajakan seperti secara tidak sengaja termakan makanan dan minuman yang mengandungi santau.

Pengalaman penulis berhenti makan dengan seorang sahabat di sebuah gerai makan. Gerai tersebut terletak di tepi jalanraya. Ketika hendak menjamah makanan, tiba-tiba pinggan kaca yang berisi nasi terbelah dua. Dalam peristiwa yang lain, sahabat penulis itu menceritakan dia pernah minum di sebuah restoran dimana gelas ditangannya pecah sebelum sempat sampai ke mulutnya. Kedua-dua kejadian ini berlaku kerana makanan dan minuman tersebut ada mengandungi sihir santau. Dia terhindar daripada mudarat sihir dengan berkat beramal dengan doa ini setiap kali sebelum menjamah makanan dan minuman.

Dalam hal yang lain pula, ada juga sihir digunakan untuk tujuan melariskan jualan makanan. Unsur-unsur bahan sihir tertentu dimasukkan ke dalam makanan yang menyebabkan sesiapa yang menjamah makanan tersebut akan merasakan masakan tersebut sungguh sedap. Dengan mengamalkan doa ini insyaAllah kita hanya akan merasa yg asal tanpa dipengaruhi faktor lain.


Terhindar Daripada Gangguan Makhluk Halus
Apabila kita pergi ke sesuatu tempat yang pada kebiasaannya tempat tersebut makhluk halus berkeliaran atau tinggal seperti di tepi tasek, di dalam hutan, di bangunan yang telah lama di tinggalkan dan sebagainya, maka kita terdedah kepada gangguan makhluk ini. Namun begitu jika kita beramal dengan doa ini insya’Allah mereka tidak berjaya untuk mengusik, manakut-nakutkan dan memudaratkan kita.

Satu perkara yang penting juga, apabila kita pulang ke rumah dari tempat yang disebutkan di atas, kadang kala makhluk itu akan mengekori kita dan masuk ke dalam rumah kita tanpa kita sedari. Jika kita mempunyai anak-anak kecil mereka mudah diganggu oleh makhluk ini, akibatnya anak kecil kita menangis tidak henti-henti. Untuk mengelakkan mereka masuk ke rumah kita, bacalah doa ini tiga kali kemudian ludah ke sebelah kiri sebelum kita masuk ke dalam rumah.

Di dalam hadis yang tersebut di atas, Rasulullah s.a.w. mengajarkan supaya membaca doa ini tiga kali, dengan itu mungkin kurang berkesan jika kita membacanya kurang daripada tiga.

July 19, 2013

Kabin sudah... lepas ni apa la agaknya?

Begitulah ragam Cik Puan sorang ni, ada je idea dia untuk jimat kos hidup. Kadang-kadang kita perlu luar biasa dari kebiasaan. Kenapa perlu berbelanja lebih. Projek akan datang ialah guna semula palet kayu (wood pallet) untuk lantai rumah kabin macam kat gambar bawah ni.


Malam tadi pra-kertas cadangan (kononnyer ler) dah diutarakan kepada bos, en. Suami. Dia kata, OK. Yayyyy!!. Insyallah. Harap-harap idea ni en. bos tak lupa dan ok sampai lepas cuti raya. Jimat kos dari beli jubin untuk lantai, kena la kreatif.
Banyak lagi yang boleh dibuat dengan kayu-kayu palet antaranya macam kat sini, sini laa...sini juga... juga sini. Gewannyer i nengok. Azam pas cuti raya ialah belajar jadi tukang kayu ;)


Gambar pilihan: Suasana tunggu bas

Dok nyorok-nyorok intai bas rapidkl 405 petang semalam


July 14, 2013

Hari rehat untuk saya dan dia

Hari minggu, hari yang dinanti-nantikan. Tido dan rehat dengan cuaca yang sejuk sepanjang hari. Mendung dan hujan rintik-rintik yang sekejap-sekejap. Alhamdulilah. Tambahan rutin pagi Ahad yang baru. Kasi makan etek & angsa. Hati kami tenang bila tengok mereka.
Menu mereka pagi tadi ialah nasi putih dengan sedikit madu. Ngeh2x. Harap-harap mereka sihat dengan makan madu. Macam biasa, yang paling tak sabar ialah En. Awang dan Puan Awin. Lepas makan mereka bersih diri. Hmmm... tuan mereka gak yang liat nak mandi pagi tadi. Jam 1 baru mandi. Seeeeeeejuuuuuuuuuukkkkkk. Grrrrr.


July 13, 2013

O tidakk...


Blur gak memula nampak notis email ni. Ingatkan tang pegi, rupanya tang balik. Alhamdulilah. Allah sayang kami. Masih ada peluang balik beraya. Penerbangan kami dipindahkan ke penerbangan seterusnya... hanya tunggu 25 minit. Lega. Semoga kami selamat pergi dan balik.

Harta dan Anak


Ya Allah, saya tak punya harta yang banyak dan anak...

`Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan'. 
(Surah Al Kahfi, ayat 46)

Alhamdulilah, saya bersyukur dengan rezeki yang diberiMu. Semoga rezeki saya tidak terhenti. Terima kasih, Allah. 

July 12, 2013

Kalimah Insyallah...

Jumaat kembali lagi. Hujung minggu bermula. Hari ni hari ketiga berpuasa. Alhamdulilah, semua berlaku dengan lancar. Mula tahun ni saya minta kebenaran waktu kerja 8:30am - 4:30pm dengan waktu rehat setengah jam. Sampai rumah lebih kurang 6:15pm.

Sejak kemarin, saya baca surah Al-Kahfi. Pagi ni selesai. Tak kan baca je, kena la tau maknanya. Tak sampai separuh sebab dah nak sampai ofis tapi ayat yang jadi perhatian saya ialah..
* Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan): Bahawa aku akan lakukan yang demikian itu, kemudian nanti (Ayat 23) 

* Melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata): Insya Allah dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa dan katakanlah: Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini (Ayat 24)


Jadi, saya perlu sebut Insya Allah sebelum lakukan sesuatu dan dalam hati, yakin Allah akan tolong bila laksanakan pekerjaan tersebut. Selamat mencuba, Diri-Sendiri! ;)

July 10, 2013

Tak-Aktif


Dah berapa lama saya fikir untuk tutup sementara/ terus, akaun facebook. Sebabnya, tak memberi banyak kebaikan selain mengerat silaturrahim kawan-kawan & saudara mara yang jauh. Yang banyak saya dapat ialah sikap menunjuk-nunjuk dan luahan rasa samada marah, suka atau gembira. Akhirnya keputusan dah dibuat, kesempatan permulaan Ramadhan hari ni saya menutup sementara akaun facebook dengan alasan peluang saya untuk menumpukan hati, akal dan fikiran amal ibadah sempena bulan yang mulia dengan rasa rendah diri.Insyallah.

Hasil pertama oleh Cik Puan Gembo Gembo

Taraaaaa.....



Ini berlaku pagi Ahad lalu, sehari selepas mereka sampai di kebun. Alhamdulilah. Bertelur banyak banyak tau Puan. Ngeh3x ;)

July 8, 2013

Kebun Ternakan

Alhamdulilah, kebun ternakan kami semakin hari semakin siap. Tak pasti rupa siapnya cam mana. Setakat ni itik dan angsa dah masuk. Yang ngembek ngembek masuk lepas cuti raya. Projek di luar dugaan. Rezeki namanya. Hidup makin ceria dengan adanya mereka. 

Untuk Encik dan Puan Mbek Mbek
Comel kan mereka?
Si putih melepak
Incik Awang dan Puan Awin
Kolam renang mereka. Incik Awang tunggu air penuh..

July 6, 2013

Kata-kataNya

Sejak menjadi dewasa ni, banyak cabaran yang saya lalui. Cabaran hidup sebagai orang dewasa. Saya rasa mula jadi dewasa bila melangkah masuk ke alam pekerjaan. Mula-mula joli katak ler.. dapat gaji makan sendiri ler, dan kawan-kawan masih ramai yang single mingle. Geng lepak dan sopping sampai lebam. Langkah lagi panjang bila mampu berkereta. Seronok ler tu. Tak tau dan tak sedar yang perjalanan hidup ni panjang.
Jadi dewasa tak la indah selalu. Masa kecik-kecik tak sabar nak jadi orang besar. Berangan kerja kat ofis, ada kereta.. pakai cantik. Sekarang, memang semua tu dapat tapi tak la mudah sebab kena usaha sendiri. Kalau nak mudah, boleh tapi muka tak malu ler pau orang sana sini. Kalau malas, tak dapek la.
Sejak jadi dewasa ni, kebanyakkannya duka nestapa. Kena tipu, buli dan fitnah. Matlamat hidup saya ialah jadi orang baik. Lumrah orang yang pentingkan diri sendiri untuk hidup senang cepat, kasi tindas orang yang lemah dan baik macam saya. Cewahhh. Jadi baik lagi susah dari jadi jahat. Buat baik dipandang jahat. Kalau nak ikut nafsu jahat, baik jadi lanun. Orang tak berani kacau. Pernah juga mengomel, `kenapa Allah uji saya macam ni pada hal saya nak buat baik’ atau `saya tak buat apa-apa.. tak cakap, tak kacau pon…. tiba-tiba orang tak suka saya’. Makanya, dahi pun berkerut selalu.

Antara kata-kataNya...
Saya lupa kata-kata Allah. Saya lupa rujuk kata-kataNya. Kata-kataNya yang penawar dan rawatan yang paling mujarab. Saya ikut bisikan yang memesong. Itu sebab hati tarak tenang. Sejak dua menjak ni, saya mula membaca kata-kata Allah. Kata-kata Allah memujuk hati dan memenangkan saya. Allah sangat sayang saya kalau saya dekat dengan Dia. Walaupun kata-kataNya ada yang ringkas tapi masuk serap ke hati. Alhamdulilah. Semoga ini berterusan dan saya tak akan lupa kata-kataNya. 

July 1, 2013

Apa citer?

Apa citer rumah kabin saya? Blom siap sepenuhnya. Agak-agak 65%. 0%-65% laju. Selebihnya pelan-pelan. Rumah lain lak yang siap dulu... bakal diduduki selepas cuti raya. Nantikan ;)

'Rumah lain'

Cerita Kiah

Minggu ni agak sibuk dengan rutin harian. Keje ofis.. submit FloraRosa, Ancubic, Tiara Hill. Keje rumah.. nak siapkan rumah untuk tetamu h...