February 28, 2012

cerita 140... sakit!

9:42am
Setelah sekian lama badan ni minta di servis, akhirnya malam tadi aku gi urut kat Alam Damai. Badan aku banyak angin... tahap kronik sampai aku dapat rasa badan ni kalu boleh bercakap, dia akan meraung mintak  di urut. Sakit tahap gaban bila kena urut.
Aku tak penah urut. Urat ni rasa cam nak pecah bila usik tang angin. Perghh.. insyallah, dua tiga hari lagi aku urut lagi. Sebelom urut, aku bersauna. Mandi peluh. Sebelum balik, aku dibekalkan ubat herba.
Pagi ni aku bangun awal. 4:30am. Siapkan keje ofis & kemas umah sikit. Badan rasa ok lepas mandi air suam. Harap-harap usaha pemulihan ni, ok ;)


3:36pm
Kepala aku sengal. Perut pon sengal cam rasa nak period la pulok. Waduhhhhhhhh. Tapi sempat gak cuci mata tengok2 bunga stokin. Hehehh

February 27, 2012

cerita 140... sangat berkesan



Beberapa bulan lepas, aku diundang untuk mengalami situasi ini. Alhamdulilah dengan kewarasan, cinta & sayang Lalingku, aku dapat mengelak perkara-perkara yang tak sepatutnya. Episod kali ni, memberi pengalaman dan tips yang baik.

February 23, 2012

cerita 139... Malaysia vs Jepun

Malaysia tewas 4-0. Cam mana pon, terus semangat untuk sokong bola sepak Malaysia. Tatap dihatiku!






February 21, 2012

cerita 137... job lagi

4.08am...

Semalam aku & MyLaling tido awal... 8:20pm. Letih hari Ahad dan semalam, Isnin, yang 'letih'. Banyak keje ofis yang misti dikejakan. Dan pagi ni aku bangun awal untuk siapkan job Mr. Tiong. Dari hari Jumaat aku tunggu dia pass job ni. Dan hari ni, taraaaaaaa..... aku bangun kul 3am untuk siapkan. Tak apa, janji masyukkkkk. Leh buat modal beli kain. Huahahahahaha...

February 18, 2012

February 16, 2012

cerita 135... anda juga puncanya

 Bila hati ini terasa....

Saya mudah dan suka memberi kerjasama dalam apa pon yang anda atau sesiapa saja yang ingin anjurkan apa-apa aktiviti mahupun bantuan. Tapi bila saya mengenangkan sikap anda dari pengalamanan lepas, saya malas dan serik nak memberi kerjasama. Tengok la.. saya akan memberi kerjasama bila dah abis merajuk nanti. Buat sementara ni, saya rehatkan diri saya dengan aktiviti menjahit. Tenang & tak menyakitkan. Jangan persoalkan saya dengan macam-macam jika ada part yang saya payah nak bekerjasama. Tanya diri anda yang macam-macam cekodok itu dulu >:)

Nota:
Mintak maap Cik Blog, anda slalu jadi mangsa luahan rasa saya sebab saya rasa ni yang terbaik dari saya tergedik-gedik kat status facebook dan status yahoo messenger. Heeee..

February 13, 2012

cerita 134... Tak mo bikin stress... lek lu

Weeeeee.... banyaknyer benda nak buat hari ni. Keje ofis. Pas cuti raya cina, keje datang berduyun-duyun. Amaran kat aku dah di bagi. Time cuti ari tu.. cari ilham untuk hadapi kije2 yang berduyun-duyun nih. Apa pon, jangan kelam kabut... lek lu.

February 10, 2012

cerita 133... sedar diri dulu

Orang tak suka kita. Jangan kita salahkan orang lain kalau orang tak suka kita. Cuba cari punca diri sendiri. Mungkin ada sikap kita membuatkan orang kurang senang dengan kita dan sampai tahap tak boleh tahan, dia pinggirkan kita. Oleh itu, sedar diri dulu sebelum meletakkan punca datangnya dari orang lain.

Korang perasan tak, ramai yang jauhkan diri selepas beberapa lama kenal sebab tak suka sikap aku yang busukkk. Hahahahaha....


February 2, 2012

cerita 132... Sendiri

Sendiri...... hari ni saya. Esok lusa tak pasti

Sendiri..... akibat emosi jahat menguasai

Sendiri..... ada peduli?

Sendiri...... apa-apa pun

Sendiri..... perlu kesabaran, ketabahan & semangat untuk berdikari.

-Sekian-

Cerita Kiah

Minggu ni agak sibuk dengan rutin harian. Keje ofis.. submit FloraRosa, Ancubic, Tiara Hill. Keje rumah.. nak siapkan rumah untuk tetamu h...