May 20, 2015

Senyum sampei tinger

Cik Diari Maya Saya,

Satu hal besar dah selesai semalam. Dua jam mengadap bos. Apa-apa la Bos, janji selesai. Alhamdulilah. Status: Senyum sampei tinger. Bulan depan tanggal 20, ofis baru. Jangan sampai terlajak stesen nanti sudahhh :)

Menjelang hari ke-30..... hari-hari terakhir ku lihattt sejak 5 tahun lepas

Pagi, secawan kopi... petang, secawan milo

Meja sarapan

Pemandangan hilangkan tekanan

Rehat sekejap 10 minit di sini

Bilik rehat & solat

Bilik wajip masuk setiap hari keje. Ladies only!

Mengimbas kenangan
Tahun ke-1 hinga tahun ke-7 lalu di ofis lama.....

Zaman kemuncak syarikat. Masa ni merasa tido kat ofis, balik yang tak ada maknanya ikut waktu dalam kertas. Dengan kata lain, balik gelap. Nasib baik rumah dekat. Pergi terang, balik gelap. Masa banyak habis untuk kerja. Tak ada masa senggang. Zaman perit jerih cari duit untuk hidup.




Tahun ke-7, pindah ke 'rumah' kerja baru....
Kat 'rumah' lama....














Kat rumah 'baru'....




























Antara kawan yang dah ucap selamat tinggal...

Hsin Yong & Shirley
Atie
Afiqa
Ayin

Frances



Sekian.

May 17, 2015

.. akhir yang sempurna

Cik Diari Maya,

Pagi minggu kembali. Alhamdulilah. Saya suka suasana pagi macam ni di sini... sejuk embun, tenang, dengar sayup-sayup kuliah subuh dan selawat zikir dari masjid. Kat Cheras dulu tak selembut suasana kat kawasan pinggir bandar. Malam tadi program Isra' dan Mikraj kat surau. Malam tadi juga kenduri doa selamat Makcik Noriah mengerjakan umrah. Semoga ibadah Makcik Noriah sempurna dengan kebaikan di sana nanti.




Cerita temuduga malam kemarin.... alhamdulilah. Urusan berlangsung dengan lancar dan baik. Saya terima tawaran kerja tersebut. Surat peletakkan jawatan dah pun saya siapkan. Esok, serah. Kali saya harap, mohon bos tiada halangan melepaskan saya. Dah dua kali bos tolak pengunduran saya. Apapon, saya tetap pergi kali ini. Sebelum tiba seisi serah surat, elok saya kerap baca doa...

Ya Allah, permudahkan urusanku, jauhi kesulitan dan sempurnakan ia dengan kebaikan.

May 15, 2015

Temuduga

Cik Diari Maya,

Hari ni hari agak lembap. Mengantuk. Separuh kerja-kerja yang beratur tu dah siap. Harap-harap minggu ni dapat selesaikan projek PJ. Bekal dah siap sedia untuk cuti minggu ni.

Bekal yang perlu dihabiskan ujung minggu ni
Seperti yang dirancang, saya akan ada temuduga. Temuduga yang agak luar biasa... malam nanti. Ada pulak interview ofis buat malam. Syukur ler, bos tu sanggup tunggu belah malam. Jadi lepas keje ni samada balik rumah dulu atau ke bakal ofis baru. Semoga semuanya baik... insyallah. Keputusan muktamad, selepas seisi pra suai kenal nanti ;)


May 13, 2015

Apa pasal mau cari pasal?! Tak cukup makan ka..

Cik Diari Maya,

Saya masih sibuk menyiapkan kerja-kerja makan luar Bos-bos. Hmm... macam makin menambah. Apakan daya, saya buat mengikut kemampuan. Minta maaf Bos, mana larat nak siapkan cepat-cepat. Kat rumah, setengah masa sibuk urus rumah. Setengah masa nak buat kerja ofis. Pengsan saya Bos. Ni la satu masalah bila jadi Wanted. Minggu yang sibuk....


Menu lunch hari ni. Alhamdulilah.

Minggu ni juga saya dalam dilema samada terima tawaran tukar kerja ke Kepong Baru. Posisi yang saya cuma bertukar suasana. Hmmm.. masih dalam peringkat pertimbangan kebaikan dan kerugian,  perbincangan antara saya, Tok Siak & Allah. Sukar bila buat keputusan masa depan sendiri. Rahsia Ilahi. Jumaat ni saya buat keputusan.

Lagi cerita saya hari ni... macam mana saya hadapi orang yang suka cari pasal. Tak ada pasal, cari pasal atau pasal yang sikit jadi pasal yang besar. Apa pasal? Pasal hati tu dah hitam. Apa pasal saya mau kira itu pasal? Tu dia punya pasal laaa. Heheheh. Merapu. Rasanya, amal ibadat dia kurang ikhlas. Amal ibadat yang baik menyucikan diri dan membentuk peribadi yang baik. Itu yang pernah saya dengar.. tengok ustaz-ustazah ceramah dan kuliah. Hmmm.. saya tak pandai cari gaduh, bermasam muka, buat pasal, bertegang leher dengan orang. Kalau terpaksa, hasilnya ke laut. Lambat pick-up pun ada. Bebal... lambat kesan orang tak berkenan. Jadi, untuk elak terasa, kecil hati dan lain-lain perasaan yang ke laut, baik undur dan jauhkan diri. Kalau dah tak suka, apa boleh buat. Layan sajalahhhh. Bising-bising je la kat Cik Diari Maya :)

Alhamdulilah, Allah tak beri kemahiran bermusuhan, bermasam muka, bertegang leher dan busuk hati. Bawa diri jauh sikit demi sedikit sehingga orang tu hilang cerita saya. Alasannya, tak perlu kenal saya lagi. Bantu orang tu supaya tak menambah dosa. Jadi, keadaan jadi tenang dan saya bebas dari jadi bahan pemerhatian. Untuk lakukan ni saya akui bukan senang. Disitu proses pujuk diri... sabar, fikir positif. Insyallah, lambat laun semuanya akan jadi baik. Hal yang pada permulaannya perit, lama kelamaan kita lupa dan akhirnya memaafkan kesilapan sendiri atau orang itu. Selesai.

May 9, 2015

Stokin Putih

Stokin Putih.... bukan stoking tapi kucing baru saya. Jumpa dia dah 4 hari. Jumpa masa dia main-main kat jejantas merentas Jalan Cheras berhadapan Leisure Mall. Pagi... dalam perjalanan saya ke ofis. Pantang nampak kucing ada stoking.... misti nak rembat. Semoga Stokin Putih sihat dan serasi dengan kami sekeluarga.. nama baru, Itam.

Takdir Allah saya bertemu Itam. Hari pertama, saya bertembung dengan Itam yang sedang melalui jejantas menuju ke Leisure Mall sambil bermain. Hati saya risau keselamatan Itam dengan kesesakan lalu lintas di bawah sana. Lalu saya dukung Itam dan bawa ke tempat yang lebih selamat. Sebelum itu, perlu beri Itam makan. Seven11 tak ada stok makanan kucing. Terpaksa bagi Itam makan roti.
Dalam perjalanan ke ofis, Itam tak banyak kerenah di didukung. Saya mula niat jaga Itam tambah lagi dia berstoking. Saya terus simpan Itam dalam ofis hingga petang. Mujur saya bawa bekal ikan kicap. Jadi, separuh ikan adalah rezeki Itam. Itam banyak tidur. Letih.. bergelandangan. Sebelah petang, waktu untuk balik. Serba salah samada tinggalkan Itam sendirian di ofis atau bawa balik. Akhirnya saya reda bebaskan Itam di kawasan taman perumahan. Sedih tinggalkan Itam dibelakang mengejar saya. Saya tiada pilihan disebabkan perjalanan jauh menggunakan pengangkutan awam. Dalam hati saya, insyallah bertemu lagi jika Allah dah tetapkan Itam untuk saya.
Esok petangnya, saya tercari-cari Itam sambil menuju ke perhentian bas. Saya berdoa dan mengharap, Itam muncul. Hingga ke perhentian bas, tiada kelibat Itam. Saya pulang dengan rasa rindu. Teringat-tingat Itam tido dalam bilik solat.. diam bila didukung.
Hari ketiga sebelah petang, Itam muncul berlari-lari ke arah saya di taman. Mungkin dia tunggu saya. Senyum. Alhamdulilah. Apakan daya, saya tetap tak boleh bawa dia balik. Saya pesan pada Itam supaya tunggu saya di situ hingga esoknya.

Sabtu pagii...
Jadi, hari ni Sabtu. Saya sengaja ambil bas yang mana laluan saya akan tempuh taman. Turun dari bas, saya berdoa agar Allah temukan saya dengan Itam. Saya selawat dan zikir hingga tiba di taman. Saya tercari-cari Itam. Itam sedang tidur dibangku wakaf. Alhamdulilah. Saya panggil Itam... dia terjaga. Saya beri dia makan. Selesai makan, saya bawa ke ofis. Mujur Tok Siak tak keberatan ambil saya balik.

Budak baik nak balik umah
Perilaku dan kejadian yang berlaku sepanjang mengenal Itam, saya percaya Allah mengamanahkan saya dan Tok Siak untuk jaga Itam. 

Selesa

Minggu suai kenal


May 8, 2015

Hari yang Tenang

Alhamdulilah... Jumaat kembali lagi. Saya masih berpeluang berjumpa Jumaat. Semalam... hari yang lebih tenang. Mulanya, agak serabut dari pagi hingga petang dengan kerenah kerja yang tak siap-siap. Lagi.. kerenah hal yang buat saya agak berkerut dahi.. dilema.. serba salah. Pokok pangkalnya saya dah langsaikan hal jadi dilema selama beberapa minggu ni.
Cinta sayang orang ketiga... jangan sampai kita jadi rabun pada tatacara tertib dalam agama. Jauhkan diri dari cinta terlarang. Godaan syaitan. Kadang-kadang mata saya pernah suka lihat seseorang dari jauh. Godaan syaitan menghidangkan keindahan luaran pada orang ketiga. Belum tentu dia lebih baik dari Tok Siak. Hanya kenal luaran. Jadi, pangkah terus. Pokok pangkalnya diri sendiri. Sedarkan diri. Elak diri dari mengundang dosa.
Selesai hal dilema... mula pula episod ketenangan. Saya mula menghadirkan diri ke majlis tahlil di surau. Juga menghadiri majlis ilmu. Impian dan azam pada umur yang baru ni. Bergandingan Tok Siak menuju ke surau. Bahagia. Bertemu pakcik-makcik, abang-kakak dan adik-adik... bersama-sama meraikan majlis. Terapi diri.  Berhenti sebentar dari urusan dunia. Tenang. Semoga usaha ini berterusan.

May 4, 2015

Panduan Hidup

Cik Diari Maya,

Blog ni dah mula berhabuk. Ye la... dah lama tak update stori. Sibuk dan malas sebab line tak berapa baik waktu siang kat rumah.
Hari ni hari ke-4, hari terakhir cuti (kecuali Sabtu separuh hari) sempena hari Pekerja dan Wesak. Malas nak merayap. Kurang sikit risiko buat dosa. Cuaca tak menentu... panas terik & hujan lebat. Lebih selesa kat rumah je. Siapkan kerja makan luar & uncang 100pcs. Yang penting cukup rehat. Dah lama teringin cuti lama & rehat serehatnya.

‎ذوهرا محمد اسماعيل‎'s photo.

Seperti biasa, apa yang saya dapat sepanjang tak update stori.....
... salah satu pelbagai kerenah orang ialah penting diri sendiri. Buat baik bila ada kepentingan diri. Bila dah dapat manis, dipijak-pijak pula. Apa saya rasa? Hmm.. sabar je la. Balasan Allah itu adil... balasan yang setimpal kedua-dua pihak akan dapat.
--- lagi kerenah orang ialah suka dengar cerita orang tanpa usul periksa, mengenal peribadi mangsa. Walau baik dan alim seseorang tu, belum tentu peribadinya baik. Juga menyerlahkan sifat sebenar seseorang itu. Tanpa siasat, terus mengiakan. Akibatnya, mangsa dipinggir dan dosa tertulis pada orang yang memfitnah.

Maaf jika perkara sikap dan sifat ni selalu saya perkatakan. Ianya hanya luahan rasa. Kembali kepada panduan jalan kehidupan yang Allah s.w.t dan Nabi Muhammad s.a.w dah beri. Insyallah semuanya baik dan selamat.

Menyempat bantal cengkam sebiji.. cubaan pertama


Sekian.