March 27, 2017

Nak pelangi ke?

Pada masa ini saya diuji tentang TANGGUNGJAWAB. Rasa tertekan bila jadi mangsa keadaan. Apa yang perlu saya buat? Hadapi dengan tenang. Memang tak la... jawapan kalau saya tak fikir baik-baik. Ya, saya sedia terima.. jawapan yang sepatutnya. Saya tak pasti apa yang akan berlaku pada masa depan, apa hikmahnya.. apa kebaikannya. Tapi dalam keadaan dilema ni Tuhan bagi saya tengok video ni secara kebetulan...



Tuhan pasti bagi pelangi suatu masa nanti. Yang pasti sangka baik, ikhlas dan sabarrrr2 dulu...
Pengorbanan itu indah, cuma saya selalu tak sabar. Semoga saya sentiasa sabar untuk hadapi tanggungjawap.

March 24, 2017

Pisah sementara


Pergi pada hari yang baik.
Semoga beliau mendapat keampunan Nya dan rahmat  Nya di atas segala kebaikan dan amal bakti terhadap agama sepanjang hayat. Semoga suami Kak Nora ditempatkan didalam Syurga.

Saya tumpang bersedih dengan apa yang Kak Nora lalui sekarang. Saya bayangkan jika saya berada di tempat Kak Nora... perginya insan yang paling hampir. Saya umpamakan hilangnya sebahagian badan. Berpisah sementara. Semoga saya bersedia dan tabah menghadapinya nanti andaikata bukan saya yang pergi dulu.

March 22, 2017

3 minggu

Misi turunkan berat badan secara santai mula menampakkan hasil. Turun 2 kg dalam masa 3 minggu. Berat sebelum misi ialah 88kg. Berat juga mata yang memandangku, ini kan lagi si empunya badan. Saya tekad turunkan berat badan lepas baca pengalaman ibu2 yang dikurnia zuriat selepas bertahun-tahun menanti. Berat badan salah satu faktor selain tekanan dan hormon. Tuhan, masih ada peluang untuk saya yang berumur 40 tahun ni? Tiada paksaan dan tekanan kat diri sendiri. Positif.
Dah 15 tahun menangung berat yang terlebih ni. Penyakit mula muncul bila masuk umur 40-an pada masa sekarang. Punca, pemakanan. Macam dah tiba masanya untuk saya meletihkan diri menanggung berat terlajak ni. Kebetulan, dapat kawan ofis yang punya misi yang sama. Maka, menu makan tengahari adalah berasaskan sayur dan ikan/ ayam. Sarapan, roti dan telur yang disteam. Cuma makan malam, cara masing2.



Senaman.. dah sebulan saya berhenti sementara jalan2 dengan Mat Blues The Mongoose. Insyallah, misi berjalan laju & berbasikal akan bermula tak lama lagi. Perubahan cara makan dan latihan fizikal tak boleh berubah mendadak. Nanti tak boleh bertahan. Semoga saya berjaya capai 58kg dalam masa setahun. Insyallah....


March 21, 2017

Kongsi

.....
Saya: Jali baru je keluar. Kenapa bang?
Jiran: Anak.. yang bedah hari tu. Nak mintak tolong Jali hantar hospital pagi esok.. 6:30-6:45. Susah naik motor, lukanya bernanah. Doktor suruh datang awal sebab ramai kan orang pagi. Hantar pun jadi laa. Balik nanti pandai2 la kami
Saya: (Allahuakbar) Ok, nanti saya sampaikan kat Jali. Ehh.. tak apa la bang. Jali tolong hantar & amik (boleh buat saham akhirat ni). Nanah tu.. tak boleh lasak2.

Alhamdulilah. Syukur nikmat rezeki yang baik buat kami suami isteri. Punya kelapangan dan kemudahan. Kami yang hidup sederhana. Rumah kami kabin jerr.. dipandang sinis. Pencuri pon tak berselera. Dengan berumahkan kabin ni jiran2 dan kawan2 tak sengan minta bantuan kami. Dan menikmati rezeki seadanya, insyallah ia cukup penuhi keperluan. Semoga kami boleh terus berkongsi rezeki terhadap insan2 terdekat.

Menu cepat masak: Steam ikan, sayur dan sambal ikan frozen

March 20, 2017

Jangan jauhh

Hari ni, tentang bahagia. Minggu lepas, hari ulang tahun perkahwinan kami yang ke-7. Tiada apa yang dirai secara rasmi cuma kami berazam untuk baiki rutin hidup lebih dekat denganNya. Alhamdulilah... syukur pada Tuhan yang mengurniakan saya sebuah perkahwinan yang baik. Anugerah kehidupan yang baik.. bahagia dan ceria. Walaupun kami tidak punya harta benda yang banyak, cukup dengan nikmat kebahagiaan. Tuhan dah atur dan sediakan rezeki yang cukup buat kami. Dia yang mengerti dan lebih mengetahui.


Patut ke saya masih ego dengan Tuhan sedangkan Dia telah mengubah hidup saya dari keperitan hidup sendiri kepada ketenangan dan kebahagiaan hidup berumahtangga. Tuhan lebih arif dengan apa yang telah diatur untuk setiap hambaNya. Sebagai hamba, saya tak perlu melatah bila berdepan dengan ujianNya. Sedia dan hadapi dengan tenang. Kebahagian rumahtangga bergantung pada kita yang mencoraknya. Bencana jika menjauhiNya.

March 17, 2017

Menu: Bahagia

Nak bahagia?
Resipi bahagia:

- Allah
- Solat
- Zikir
- Sunat duha
- Tahajud
- Surah Yaasin
- Surah Al-Waqiah
- Al-Quran
- Ta'alim

Cara-cara:

- Sentiasa zikir, mengagunggi & mengingati Allah
- Baca surah Yaasin setiap pagi & surah Al-Waqiah setiap malam
- Jaga solat & solat di awal waktu
- Solat sunat duha
- Tahajud
- Kerap membaca Al- Quran
- Amalan Ta'alim

Sumber: Ust. Ebit Lew 17 Mac 2017

#Kongsi Ilmu

March 16, 2017

Nak dok tepi2 je

Lama tak mengayat. Bila tengah sibuk, idea mengayat tak berapa nak bernas.

Kehidupan? Alhamdulilah. Omputih cakap, so far so good. Kaedah dok tepi2 mula berjaya mengurangkan risiko ketidakpuasan hati sesama sendiri. Agama dah bagitau antaranya; cakap bila perlu.. berkawan dengan orang yang baik2.. menghukum bila ada bukti dan saksi.. amaran dosa bagi orang yang membuat fitnah. Banyak tatasusila yang Tuhan beri cuma diri sendiri yang kurang atau tak nak praktikkan. Tegas dengan diri sendiri!
Saya yang masih jauh dari peraturan agama. Dari kecil. Tak nak salahkan pendidik saja. Dah besar, ada akal fikiran. Jadi, diri sendiri membentuk diri. Segala tindakan dan keputusan bergaris panduankan agama. Semoga saya berjaya membentuk diri. Tuhan dah bagitau, jika saya pilih dan ikut jalan yang betul, maka urusan hidup akan teratur & dipermudahkanNya, walaupun ada kejadian yang belum jumpa logiknya. Tapi perlu percaya, setiap ketetapan Maha Pencipta ada hikmahnya buat ciptaanNya sebab Dia yang lebih arif dengan apa yang diciptaNya.
Semoga Tuhan mengampuni saya..

Projek 15-Mar-17

March 4, 2017

Takdir Yang Terhenti


Kena tinggal kat bilik sorang2 ni, bosan tak ada dengar suara orang lain. Tok Siak gi stadium. Maka, tengok ler tv sambil buat keje partime.

Takdir Yang Terhenti.. beri kesedaran tentang syukur dengan nikmat kemudahan yang Allah kurnia pada saya, sabar dan fikir alternatif untuk teruskan hidup jika ditakdirkan hidup tak seindah yang diharapkan.

Alhamdulilah. Minggu depan saya dan Tok Siak menyambut ulangtahun perkahwinan kami yang ke-7. Semoga hidup kami terus bahagia dan ceria

Cerita Kiah

Minggu ni agak sibuk dengan rutin harian. Keje ofis.. submit FloraRosa, Ancubic, Tiara Hill. Keje rumah.. nak siapkan rumah untuk tetamu h...