May 28, 2014

Projek awal pagi

Seawal jam 2 pagi saya dah bersiap keluar ke ofis. Sebenarnya kami menghantar sepupu ke KLIA 2 dari Klang. Menurut arahan kakak, kami misti tiba sebelum jam 4. Gilerrr punyer awal. Heheh. Tanpa meneman sepupu hingga masa berlepas, kami terus menuju ke ofis saya dan tiba jam 5:30 pagi. Awal gilerr. Dan sekarang kemengantukkan melanda zzzZzzzZzzzzz....
Beberapa minggu ni, saya perhati pallet kabel elektrik berhampiran ofis saya. Tak terusik malah ada pertambahan dari segi kuantiti tapi besi bahagian dalam dah kena ambil. Yum.. yum... yummmm. Saya dah maklumkan kepada suami dan mendapat pangkah. Jauh giler nak datang amik, katanya. Seddeyyy laaa. Dalam kepala ni dah plan nak kerjakan pallet-pallet tu. Jadi kesempatan beliau menghantar saya pagi ni, beliau terpaksa mengangkut separuh  jemaah pallet itu. Yayyyyy. Ikutkan hati semua nak diangkut tapi jangan tamak Kak Tong. Perlahan-lahan, esok lusa ada lagi.

Sisa pallet untuk orang lain pulak ;)
Dalam gelap, kami buat kerja menyumbat dalam kereta. Pakcik makcik jogging dok perhati kerja kami. Benda dah buang, kami ambik ler. Keadaan fizikal tidak seperti yang diharapkan, saya perlu ubahsuai pallet-pallet berkenaan. Semoga saya berjaya melaksanakan pelan yang dirancang.

May 27, 2014

Beli perca kain

Hari ni saya nak buat iklan.... hanya di sekitar Cheras, Shah Alam, Rawang dan Kuala Lumpur sahaja.


Saya berminat membeli perca-perca kain dari jenis lycra atau cotton.. rm0.30/kg. Mesej saya 0102115364... jika berminat.

Terima kasih 


Saya akan datang ambil dan bagi mengenang jasa baik tuan hamba yang berminat (3 orang pertama), saya akan memberi hasil kerja saya dari pembelian tersebut.

May 22, 2014

Rehat

Sejak awal minggu lepas, keletihan telah melanda lepas seisi makan malam dan bersihkan badan. Saya mula melelap seawal  jam 10 memandangkan mood siang tak cukup stabil untuk membuat kerja-kerja ofis. Hati nak buat kerja tapi badan tak mampu berfungsi dengan baik. Semoga hari ni saya semakin pulih selepas beberapa hari merehatkan diri.

Rumah Impian Saya: Rumah kabin (10)

Kerja-kerja menyusun barang-barang dari dalam kotak masih berlangsung dan sejak akhir-akhir ini saya mula memikirkan untuk menghiasi rumah kabin kami. Mungkin, jalan-jalan google dapat menyumbang idea kreatif. Gambar-gambar dibawah bukan gambar asal dari saya tapi blogger-blogger yang bermurah hati berkongsi idea. Saya letakkan gambar-gambar hasil kerja mereka dalam post ini sebagai tanda untuk idea lakaran hiasan saya. Banyak yang perlu dibuat untuk lengkapkan impian rumah kabin kami.

Ruang tamu:

Oleh kerana ruang tamu separa terbuka.... terdedah dengan basah-kering yang mana saya hanya membersihkan habuk debu dan lantai simen kasar yang tak perlu dimop dan vacum. Saya rancang untuk hias ruang dengan pokok-pokok hidup yang lebih kepada warna hijau dan penggunaan kayu-kayu terpakai. Sesuai dengan konsep. Juga penggunaan bahan-bahan terpakai. Tak perlu terlalu membeli untuk cantik, bersih, mudah urus dan teratur. 

mason jar planter board 747x1024 Mason Jar Wall Planter


refreshen moss 764x1024 Freshen Up Your Moss!!!

Kat dapur ada banyak bekas-bekas lama, sumbing atau retak sikit yang dah tak nak pakai. Jadi, idea lekat-lekat ni boleh guna jadi pasu hiasan dalam rumah.



DIY Home Lighting Ideas
Juntaian lampu-lampu
T-shirt Rag Rug
rag rug

Dilema t-shirt lama kami boleh diatasi dengan buat benda yang macam dalam gambar kat atas. Sebelum ni saya selalu potong comel-comel jadi kain lap kat dapur. Hmm.. tak boleh banyak sebab banyak dah stok tuala yang siap beli. Agak-agak dok borak bawah pokok mangga boleh menyambil buat benda ni kalau guna teknik ikat. Hmm.. jom cuba!.

Bilik:


Dapur:

Saya teringin dapur luar macam dulu-dulu. Rumah lama kami dulu ada dapur kayu. Arwah ayah buat sendiri. Insyallah, suatu hari nanti saya pun ada!
Luar:

Profile tanah kawasan rumah kami ialah tanah berpasir dibahagian atas dan tanah liat di lapisan bawah. Apa agaknya yang sesuai ditanam... ya, rumput dan lalang. Heheh. Saya suka tanam pokok hiasan yang boleh dimanfaatkan. Apa kata kalau saya cuba ubah pokok sayur jadi pokok hiasan. Janji bijak atur dan hias. Satu cabaran besar untuk tanam pokok ialah serangan hendap haiwan-haiwan ternakan kami. Dalam senyap,
pokok dah togel. Jadi, harus difikirkan.

Photo: Brian Shult from Lake Charles, La, sent in this pallet fake well & planter.

Nice job, Brian!
Idea rumah mini untuk pokok

Photo: Vertical garden with recycled milk containers and a pallet frame
Guna semula botol plastik

Serai. Kebanyakan jiran dan kami sendiri menanam serai. Ikut pengalaman dan pemerhatian... antaranya terung pipit, kari, pandan, puding, belimbing, kacang botor. Cili dan limau kasturi agak lambat.

Ros Jepun
Kembang Pagi




Tanda kemas kini: 22-May-14   23-May-14

Bersambung.... Rumah Impian Saya: Rumah kabin (11)



May 20, 2014

Sayangi Diri

.... jauhkan dirimu, ya nakk. Buat sekian masa saya melayan kerenah Orang_Sebelah ni, sampai masanya saya mula jauhkan diri. Uppss... bukan suami tapi seorang kawan.
Damai adalah salah satu prinsip dalam mengerat silaturrahim saya. Tak perlu dekatkan diri jika individu telah terap sangka negatif dan mula menaniaya emosi kita. Jika individu lebih cenderung untuk bersengketa, adalah lebih baik tarik atau mula jauhkan diri. Individu sebegini akan tenang jika kita terhapus... cukup kita kelihatan hanya sekali sekala. Biar kalah dimata individu itu, sendiri tahu yang kita menang didalam mengelak berbuat dosa.
Kita juga berhak lindungi diri daripada dianiayai orang yang ambil kesempatan untuk melakukan sewenang-wenangnya terhadap diri kita. Cukup dengan beberapa peluang diberi. Biar dia rindu akan kebaikan kita. Peringatan pada diri sendiri sebelum memusuhi orang tentang tahap kemuliaan diri disisi Maha Pencipta jika menaniaya orang lain dan restu apa yang bakal dilakukan.

May 19, 2014

Status terkini rumah kabin

Beberapa hari lagi Jun akan tiba. Ini bermakna genap setahun kami menetap di rumah kabin. Setakat ni, tiada banyak masalah yang timbul. Proses menyiapkan rumah kabin masih berlangsung sikit demi sedikit. Sekarang, proses pemasangan kabel elektrik kekal oleh En. Suami sedang dilakukan dan saya masih selongkar dan mengatur baki barang-barang yang belum diusik sejak pindah. Harap-harap proses mengatur barang-barang berakhir sebelum Ramadhan.

May 17, 2014

Jadual

Saya mula memikirkan satu jadual yang sesuai dan boleh pakai. Selama ni apa yang saya buat adalah ikut yang mana dan, janji siap. Hmm... dulu ada tapi tak boleh pakai.. lebih pada poyo.

Jam pemberian kakak saya
Senarai kerja harian bertambah. Saya nak masak... saya nak jahit... saya nak buat kerja sambilan dari rumah... saya nak membaca... saya nak cucuk tanam... saya nak menternak... saya nak itu... saya nak buat ini... saya nak jadi serba boleh!. Hmmm... semua nak dilaksanakan cuma badan je yang selalu tak mampu nak buat semua dalam sehari. Tamak!. Pengurusan masa dan kerja penting. Saya mula rasa tak puas hati sebab ada kerja yang tak dapat dibuat.
Insyallah... saya boleh! Jadi, mulakan buat kira-kira masa dan kerja ;)

May 16, 2014

Stress!

Tak pasti kenapa benci.. marah... stress dengan persekitaran saya tanpa sebab. Ohh.. Saya nak balik rumah! Saya tak nak kerja! Saya stress, saya nak tido! Ya, Allah lindungi... pulihkan semangat saya.

May 14, 2014

Ciri-ciri muslim

Pengalaman baru-baru ini membuatkan saya bercerita sikit tentang... niat dan buat tak baik. Kita selalu lupa dan lalai tentang ciri-ciri sebagai orang Islam. Kelalaian dan lupa ni mengakibatkan Islam dipandang serong. Contoh, kebersihan adalah sebahagian daripada iman. Saya selalu baca dan dengar perkataan ini. Pengalaman saya mengunjungi surau dan masjid. Kebanyakannya keadaan menyedihkan disebabkan sikap penggunanya yang penggotor, ganas dan tidak bertanggungjawap. Pintu tandas rosak, najis manusia di tempat wuduk, najis cicak di merata-rata ruang solat, permaidani berhabuk tebal, ketiadaan bekalan air, telekung kotor, sampah makanan bertaburan, bau busuk dari tangki najis dan macam-macam pengalaman saya. Jadi, saya tanya pada diri... adakah iman akan datang pada saya jika saya malas untuk bersih.
Saya juga selalu mengingatkan diri sebelum bersikap negatif kepada seseorang, adakah sikap itu sikap yang baik sebagai muslim. Kita selalu didorong bisikan jahat syaitan untuk bersikap sombong, berdendam, iri hati, cemburu, marah, umpat, buli, dan lain-lain terhadap individu sasaran. Pengalaman sendiri juga menunjukkan sikap-sikap demikian langsung tidak membawa kebaikan dan ganjaran pahala pada diri sendiri. Biar saya kalah asal tidak mempamerkan kebodohan diri, ketidakwarasan dan akhirnya memalukan.

May 12, 2014

Hari Mak Dan Inak

Cuti hujung minggu lepas, kita semua meraikan hari ibu. Ramai yang post anak-anak yang belanja makan-makan termasuk makan kek bersama keluarga. Saya? Tak ada gambar sambutan. Mak saya tak makan sangat kek. Hehheh. Cuma dia suka makan apa yang saya masak lauk. Kebetulan selera kami hampir sama. Alhamdulilah... tak rumit.

"Kek" sempena hari Mak saya

Bagi saya, hari-hari, hari Mak... Inak. Buat yang terbaik untuk mereka selalu, bukan pada hari tertentu. Mak sentiasa bersama kami. Sebelum membuat sesuatu urusan, kebajikan Mak dipertimbang dan diutamakan. Inak pula.. kami jauh. Nun di Lahad Datu. Saya punya Inak yang memahami, lembut dan baik. Apa pon, kedua-dua tetap menjadi keutamaan dalam hidup. Yang telah berkorban demi kehidupan anak. Semoga saya tak lalai menghargai mereka.

May 10, 2014

Puncak kehidupan

Sabtu kembali semula. Alhamdulilah. Saya masih dalam perjalanan ke ofis. Perjalanan yang ambil masa lebih kurang 90 minit. Luahan rasa bosan. Hehehh. Membaca... termenung... cuci mata termasuk dalam pakej perjalanan.
Apa yang dimenungkan tadi? Hmm... puncak kehidupan. Saya mencari puncak kehidupan selama 37 tahun bernafas di bumi Allah ini. Saya rasa ia berlaku antara umur 23 hingga 32. Tahun bermulanya saya memasuki alam pekerjaan hingga mula berumahtangga.


Tempoh diuji, teruji & menguji untuk tahan lasak dalam melayari kehidupan. Ilmu kehidupan. Belajar jadi matang & waras. Sebelum bekerja, kehidupan di tanggung. Belum tercabar dengan dunia sebenar. Bila menjejak kaki ke alam rumahtangga, hidup kembali menjadi semakin tenang. Gangguan hidup mengurang dan dah mula pandai mengawal tekanan. Punya suami yang sebagai pelindung dan penasihat. Aku ada dibelakangmu... salah satu tagline kami. Semoga hari mendatang, kehidupan semakin baik dan berkualiti.

Cerita Kiah

Minggu ni agak sibuk dengan rutin harian. Keje ofis.. submit FloraRosa, Ancubic, Tiara Hill. Keje rumah.. nak siapkan rumah untuk tetamu h...