January 24, 2016

Damai. Tenang


Asal bila nampak bulan penuh rasa tenang. Asal rasa tenang bila nampak penuh. Menikmati malam sambil menyiapkan drawing. Tak perasan Bulan mengintai dari tadi. Sangat mendamaikan bila pandang bulan dan suasana malam di sini. Jauh dari bunyi-bunyi bandar. Agak-agak bila dapat ke Bulan. Hehh. Ok baiiiiiii

January 23, 2016

Jujur

Alhamdulilah.. syukur dengan segala nikmat kehidupan kurniaan Maha Pencipta selama ini. Semoga nikmat hidup tidak terhenti selagi bernafas. Tiada penyesalan setiap kejadian yang berlaku. Segalanya penuh dengan hikmah. 

Jujur. Tema hari ni. Azam baru. Apa yang saya lalui sejak beberapa hari kebelakangan ni bertemakan JUJUR. Hehh. Jujur dengan apa yang dilakukan. Pasti tak akan terkantoi. Biar nampak rugi, miskin, buang masa tapi nikmatnya sangat besar. Janji Allah dan azam saya untuk baiki tahap kejujuran diri :)


Sekian.

January 12, 2016

Syukur seadanya



Cuaca panas mula melanda. Terik. Semalam keje separuh hari. Angkara Tok Siak. Hmm.. malas nak cerita. Ok juga.. dapat 'masa tambahan' tido.
Hari ni punya termenung mengenang nasib.. nasib apa yang di kenangkan? Hmm.. hidup ni macam lilin... berkorban demi kebahagiaan.. keselesaan orang lain. Bila ler nak bahagia dan senang. Bila la orang lain nak bersusah payah untuk diri ni. Insyallah, Allah bagi ganjaran yang baik di alam kekal nanti kalau ikhlas & redo. Bila berfikir merapu ni.. tak cukup ke Allah bagi keselesaan yang sedia ada. Bersyukur seadanya. Tak cukup ke Allah bagi Tok Siak yang baik tu.. hehhh. Alhamdulilah. Ok bai.

January 9, 2016

Meringankan

Hari ni subuh-subuh lagi saya dah sampai Bukit Antarabangsa. Hehh. Teman Tok Siak hantar orang. Side income dia. Side income saya lain pulak. Ada peluang.. rajin, insyallah.. ada rezeki.
Pengalaman hidup.. semakin mudah memudahkan keperluan orang lain, semakin Allah permudahkan keperluan kita :)

January 5, 2016

2016, 2017, 2018.. 2037

Selamat datang 2016.
Apa yang mula-mula terlintas bila jejak ke tahun baru ni ialah umur. 39 tahun!. Rasa ngeri.. seram. Semakin tua. Alam kekal semakin hampir. Masa semakin bernilai. Persediaan ke alam kekal. Terasa semakin umur bertambah, semakin jauh hal-hal keduniaan. Hidup semakin pasti dan teratur, hasil dari pengalaman hidup lalu. Semakin matang dan tenang. Insyallah.
Umur semakin menuju dan meneroka alam dewasa. Azam bila semakin dekat dengan alam kekal ialah berfikiran matang..logik & rasional. Abaikan yang meremehkan. Banyakkan amal kebajikan, keikhlasan...

Cerita Kiah

Minggu ni agak sibuk dengan rutin harian. Keje ofis.. submit FloraRosa, Ancubic, Tiara Hill. Keje rumah.. nak siapkan rumah untuk tetamu h...