August 8, 2012

Mak (1)

Pagi Isnin lepas, Mak bangun sahur & tidur semula macam biasa tapi lepas bangun dari tido sekejap tu, dia mengadu tak boleh bangun. Sakit kepala dan perut. Saya dah berkira-kira bawa dia ke hospital. Jam 7:30... dia cakap dah ok sikit. Saya pon siap untuk ke ofis.
Lebih kurang jam 10am, abang call suruh balik untuk bawa Mak ke klinik berdekatan. Hasil pemeriksaan doktor, tekanan darah Mak tinggi, kencing manis ada sikit dan ada ketumbuhan berdekatan salur darah utama. Saya bawa Mak ke HUKM untuk rawatan lanjut petang itu juga. Sekarang tunggu panggilan hospital untuk temujanji. Saya agak risau dengan ketumbuhan tu.
Sejak tu Mak tak dibenarkan naik ke tingkat atas, basuh baju dengan tangan, masak dan kerja-kerja berat lain.  Mak degil... nak buat kerja-kerja yang biasa dia buat. Bosan dan tak sakit katanya. Tugas-tugas yang biasa Mak buat beralih ke saya. Saya masih dalam keadaan kelam kabut dan penyesuaian penambahan kerja rumah terutama masak. Semuanya ringkas. Goreng-goreng dan rebus.Tak cukup masa. Tambah lagi dengan adanya projek uncang yang perlu disettlekan secepat yang mungkin.

August 3, 2012

Inspirasi 1: Abby Abadi



"Saya tak perlu takut pada sesiapa dengan penghijrahan ini. Kita tahu, segala-galanya datang dari Allah. Kalau rezeki itu bukan untuk kita, kita tak akan dapat. Jika Allah tetapkan rezeki itu untuk kita, sesiapa pun tak akan dapat menghalang rezeki itu sampai kepada kita". 


"Saya menerima beberapa dugaan ketika berada di Mekah untuk menunaikan umrah. Di sana, hati saya ingin beribadah saja.  Saya merasakan kelainan dalam diri saya. Saya mengharap perubahan positif. Saya merasakan solat itu suatu keseronokan. Solat membuatkan saya rasa tenang dan gembira. Saya bangun awal dari kebiasaan untuk solat subuh di Masjidil Haram untuk mengelakkan bangun lewat. Setiap kali solat Subuh, ada jenazah untuk disembahyangkan. Dulu, saya tidak menghayati ibadah solat. Saya hanya sembahyang. Bermula dengan menyembahyangkan jenazah, saya berfikir tentang kematian. Saya berasa sangat takut sebab tak bersedia. Jadi, pertama kalinya saya menitiskan air mata ketika menunaikan solat. Saya mengharapkan sesuatu yang saya "tidak ada" selama ini. Doakan saya terus berada keadaan ini (jalan Allah) sehingga saya menghadap Ilahi".


Semoga penghijarahan Abby memberi inspirasi kepada kita untuk kembali ke jalan Allah SWT

August 2, 2012

Oled... tinggal kenangan

Oted & Oled
Awal pagi tadi, tak sedar.. Oled hembuskan nafas terakhir. Dah 3 hari tak makan & minum. Muntah-muntah. Tu la, memalam suka sangat kuar memburu. Ntah apa yang korang makan. Macam la Mak tak kasi korang makan. Kan slalu Mak kasi korang makan. Sekarang, Oted tunjuk tanda yang sama. Badan Oted panas. Sunyi umah bila Oted sakit. Semoga Oted sihat & tak ikut Oled pergi :(

* Dah serik nak bela anak kucing. Bila dah temok, pergi pulak. Cam tu je slalu. Rindu kat Oled yang manja. 5 bulan je kita bersama. Insyallah, kita jumpa di destinasi kita yang terakhir. Sayang Oted.... sayang Oled

Ramadhan 3

Kemarin, cubaan kedua resipi nasi goreng sardin. Percubaan pertama, kurang sardin. Percubaan kedua, 3 ketul besar sardin (tin besar) untuk 3 hidangan (orang). Lulus! ;)

Cerita Kiah

Minggu ni agak sibuk dengan rutin harian. Keje ofis.. submit FloraRosa, Ancubic, Tiara Hill. Keje rumah.. nak siapkan rumah untuk tetamu h...