October 31, 2014

Rawatan alternatif: Membuka salur darah jantung

Seorang kawan saya telah berkongsi ubat yang mungkin suatu hari nanti saya boleh manfaatkan. Maklumlah, masa muda ni macam-macam makan dengan kuantiti di luar kawalan. Dan sejarah dalam keluarga, saya mungkin bakal mewarisi sakit jantung.

Terima kasih En. Kamaruddin


Resipi asal oleh: Vaid Sahab (doktor di Auyervedi)

Bahan:


1 cawan jus lemon
1 cawan jus halia
1 cawan jus bawang putih
1 cawan cuka epal

Cara:

Campurkan semua bahan di atas dan masak dengan api yang perlahan selama 1 jam (60 minit) atau sehingga bahan campuran ini tinggal 3 cawan. Sejukkan, kemudian campurkan dengan 3 cawan madu semulajadi, dan simpan dalam balang yang bersih.

Minum campuran ubat ini satu (1) sudu makan setiap hari. Amalkan sehingga 30 hari dan rasai perbezaannya. In sya Allah rawatan ini akan berhasil.

October 30, 2014

Ada 3... seekor mati tinggal berapa?

Mak saya bagi jawapan 3. Hehehh.. Alahai omak ku. Ceritanya.... semalam saya sampai rumah dari kerja, Mak saya mengadu ibu dia tak suka kat seekor anak dia. Saya jengah.. tengok ada seekor anak kucing baru duduk kat sudut sangkar. Saya bagitau, 

Laaa ni anak kucing baru. Patut ler Kechik marah... bukan anak dia. Mana Mak dapat? 

Ye ke? Sama je kaler. Ntah cam mana dia boleh ada dalam tu.

Lorrr... Omak Ku yang simpan sendiri anak kucing kat situ. Hehehhh. Omak ku...

Ye laa Mak. Kan hari tu anak dia mati seekor. Mak yang tanam.

Adoiii.... Omak ku. Dah tentu lepas mati sekor dia dok bagi makan 2 ekor. Hmmm... apa boleh buat, Omak Ku ingatannya ada sedikit kurangnya. Layan je la. Riuh rumah kejap pasal anak kucing. Tok Siak dok nyengih. 
Ada 3, mati seekor tinggal 3. Makk... makkkkk ~

Amoi sedang memerhati dari luar

Kesian anak kucing ni. Umur mungkin lebih tua seminggu dua dari anak-anak kucing kami. Macam mana boleh terpisah ibu. Apa pon, kami terima dia jadi ahli keluarga kami. Baka jenis besar. Mana tahu, Allah nak bagi suatu rezeki untuk kami melalui si kecik ni :)

October 29, 2014

Rabu

Rabu... ada pasar malam kat Taman Connaught. Pasar malam terbesar dan terpanjang katanya. Saja bagi info. Saya jarang ke sana sebab makanan banyak yang tak halal. Baju pun tak sesuai dengan saiz badan. Maka, tiada keperluan. Tengok dari dalam bas saja bila lalu situ.

Sumber gambar: OpenRice
Pagi ni, bersemangat siapkan 2 tugasan YJ. Take-15 jap sebelum mulakan tugasan Setia Alam. Apa cerita kat rumah malam tadi? Hmm.... borong bundle lagi! Tersinggah kedai bundle baru buka lepas makan kat kedai mamak.


Terbang rm50 Tok Siak. Apa yang kami dapat dengan rm50? 2 helai seluar kerja Tok Siak, sehelai seluar tengok-bola Tok Siak, sehelai seluar tidur saya, 3 helai t-shirt kerja Tok Siak, sehelai t-shirt tido saya, satu topi untuk saya, 3 topi untuk Tok Siak dan satu beg beli belah untuk saya. Hmmm... tu ler keja kami bila langgar pantang masuk kedai bundle.




Sekian.....



October 28, 2014

Tugasan: Langsir tadika

Ahad petang lalu saya terima kain-kain langsir yang siap dipotong. Tugas saya cuma jahit. Tugasan jahit langsir ini merupakan tempahan tugasan ke-3. Saya perlu siapkan sebelum 7 Nov, 14. Semoga berlaku dengan lancar dan siap.

Sumber gambar: Tuan punya langsir









Lakaran no. 2 jadi pilihan


Tugasan: Baju Melayu Johor

Cubaan kali pertama. Dah lama niat nak jahit sehelai untuk Tok Siak. Kesian tengok dia, baju sembahnyang dia ialah t-shirt-t-shirt dan baju melayu yang 2 helai tu. Ada lagi 3 helai baju melayu tapi tak nak pakai. Besar katanya. Hmmm... macam dia bertambah kecik. Dulu saiz S, sekarang awak tu dah saiz L Tok Siak oiiii!. Dah puas paksa suruh pakai. Tak ada hasilnya.
Sebelum potong, saya dalam dilema... samada ikut ukuran baju yang selalu dia pakai atau pola yang saya beli setahun lepas. Malas nanti dia bising-bising bila masalah timbul lepas baju siap, maka baju peberet dia jadi contoh ukuran. Bila dah 80% siap, suruh Tok Siak acu. Hmmmm.... kocikkk! Kenapalah saya ikut saiz perasan dia nih! Boleh pulak dia cakap, baju tu memang kecik... lupa nak bagitau. Membara jekk! Pandai pulak dia pujuk... Tak apa, kali pertama kan. Lain kali cuba lagi. Akhirnya, sedekah kat jiran sebelah aje laaaa. Apapun saya hampir berjaya menghasilkan sehelai baju melayu Johor.





Kerja-ya 9: Kelupaan

Tugasan. Sekali datang tu berkodi-kodi. Waktu lapang, memang lapang sangat. Sejak pindah pejabat yang agak besar ni, macam ada lega sedikit. Sebelum tu, jarang sangat dapat bernafas. Hari-hari banyak tugasan. Dari pagi hingga lewat petang.. kekadang terlajak ke malam, petang sabtu.. hari ahad. Waktu bujang boleh la... dah berumahtangga, jadi haram. Ustaz Azhar cakap, abdikan diri pada suami sebab suami yang bayar mas kahwin dan wang hantaran... bukannya bos. Kunci pintu syurga isteri ada pada suami.

2 kodi mari petang semalam
Memang kena pada masanya, saya dah punya suami dan syarikat bakal ditutup. Tugasan agak perlahan. Dulu berpuluh-puluh projek sampai dapat penyakit kelupaan. Tak pasti kalau ni lumrah orang yang terlalu banyak kerja. Minggu lepas punya kerja, saya tak boleh ingat serta merta... perlu ambil masa ingat. Nasib mereka faham. Diorang tolong ingatkan Nenek ni.
Apa pun saya perlukan jadual tugasan, fail projek untuk elak tugasan dari tercicir. Kerja dengan warga yang rajin dan kuat kerja, saya perlu cekap dan pantas seperti mereka. Semuanya mahu jawapan dengan kadar segera. Jadi pandai-pandailah mengatur kerja tanpa ada yang tercicir.









October 27, 2014

Isnin

Hari yang agak suram. Post kali ni agak suram juga. Tak pasti, nak kata permulaan minggu... tak juga. Semangat kerja tak sengal dan liat pon. Entahlahhh :(


Matahari segan-segan muncul. Harap-harap keadaan kembali ceria sebelum hari berakhir. Uniform kerja hari ni pun simple, jeans dan t-shirt disebabkan bekalan elektrik terputus dari petang semalam. Tunggu TNB datang, sampai terlelap. Tak kunjung tiba hingga je subuh. Maka terpaksa la pakai uniform yang tak perlu diseterika. Mungkin banyak laporan kerosakkan sebab hujan lebat dengan petir tahap maksimum petang semalam. Jiran sebelah, Kak Az.. terkena kejutan waktu buka peti sejuk. Mujur tak serius. 
Cuti dua hari baru ni kebanyakkannya dihabiskan dengan menjahit. Sabtu sibuk dengan ujikaji pertama kali iaitu tugasan menjahit baju melayu Johor. Ahad... sibuk dengan aktiviti pengurusan rumah, juga menerima tugasan baru, iaitu jahit langsir. Semalam juga Radz hantar barang-barang hantaran. Macam tau-tau je saya nak minta dia hantar barang-barangnya. Ulasan terperinci.... sambung esok je :( 

October 24, 2014

1436H


Salam Maal Hijrah

Semoga kita semakin patuh kepada perintahNya dan jauh dari laranganNya. 
Semoga umat Islam semakin bersatu.
Semoga Dunia semakin aman.


Kisah Kempen Sentuh Anjing


Apa komen saya?

Kalau tak sengaja bersentuh, apa boleh buat. Bagi saya sentuh bila ada keperluan. Ustaz/ ulama dah jelaskan hukum Islam dah ditetapkan yang anjing/ babi itu najis.

Tok Siak menganjurkan seperti dalam akaun facebook dia ....

Can Touch & Can Eat. Halal!


October 23, 2014

Tugasan: Hantaran Radz

Tugas mengubah hantaran kali merupakan pengalaman kali ke-2 saya. Saya budak baru belajar :)


22 Okt. `14...

Kecik hati ngan baju kurung Inak, saya beralih ke bunga-bunga hantaran sebelum lelapkan mata. Kiranya sambungan daripada Hari-1 tempoh hari. Kali ni bertukar pembantu. Memang sangat membantu.









Konsep hantaran: Cantik, ringkas, boleh guna semula dan kos yang rendah. Cantik... sedap mata memandang. Ringkas... tak perlu serabut dengan hiasan sebab yang penting nampak barangnya. Boleh guna semula... bungan-bunga hiasan boleh gubah semula untuk hiasan meja/ rumah. Kos rendah... tak perlu bazir wang, bajet saya kurang dari rm100.

Lakaran idea:



26 Okt. `14...

Ketibaan barang-barang yang nak dihantar. Masanya kian hampir.... peringatan lembut buat saya sendiri.







Tugasan: Baju Inak

21-22 Okt. `14...

 Kesempatan cuti sempena sambutan Deepavali saya manfaatkan dengan mula jahit baju Inak. Baju untuk hari nikah Radz.. insyallah. Warna pilihan saya ialah Turquoise. Kain kosong fabrik Gorgette. Semoga Inak nampak muda bila pakai nanti. Hehheh. Perancangan saya kat baju ni ialah memanik kat hujung tangan. Semoga sempat. Oleh kerana Inak berada jauh, saya terpaksa guna saiz Mak sebab Inak lebih kurang saiz Mak. Untuk semalam, baju sahaja.







Bila dah jahit cantum, macam ada tak kena. Aiyokk.. hmmmm rehat dulu!!! ;)

*****

23 Okt. `14, 11:30pm...

Dah siap bajunya selepas 2 jam betulkan `macam ada tak kena' semalam.



Baju dah siap. Skirtnya... ambil mood dulu. Saya rehat dulu!

October 21, 2014

Koleksi Syiling Saya (1)

Huda bayar duit nasi goreng. Cek.. cek... ada satu lagi syiling lama. Tambah lagi koleksi dan paling tua dalam simpanan saya... 1967. Siapa lahir tahun berkenaan sila angkat kening ;)



Dari satu sumber yang baru saya tengok, 1967 ialah batch pertama syiling dikeluarkan. Hmmm... maknanya saya berjaya dapatkan dan menyimpan batch pertama. Petikan rujukan (sumber: SimpanKemas) ...

Syiling Malaysia siri Pertama (1st series) 1967-1988

Syiling Malaysia siri Pertama bermula dr 1967 hingga 1988. Designed by Geoffrey Colley (GC). Mint (struck by) Royal Mint of London "



Ujikaji resipi ais krim coklat

Waaaa.. makin teruja melayan makan. Kali ni misi buat ais krim. Cam sedap je bila tertengok group masak tepek hasil tangan mereka. Terbayang je ais krim coklat siap topping dan chips. Ok, jadi buat. Maka, rembat lagi duit Tok Siak. Macam biasa, dia pasrah. Cubaan kali pertama. Hasil ujikaji seperti yang diharapkan bila intai sikit awal pagi tadi.

Unsur-unsur yang perlu
Bahan-bahan: 1/4 tin susu pekat, 1 tin susu sejat, 1-2 sudu besar ovalet, coklat emalco (pilihan), cecair vanila, 1/4 cawan serbuk koko, chocolate chips (pilihan).
Cara-cara: Saya putar sampai likat susu pekat + susu sejat + emalco selama 20-30 minit. Lepas tu tambah serbuk koko + esen vanila hingga sebati. Lepas tu saya beri peluang kat chips menyelam dalam sebatian coklat tu. Dah siap, simpan dalam tempat sejuk beku. Akhir sekali, cuci peralatan serta pastikan ruang kerja bersih dan kemas sebelum meninggalkan dapur.

Proses pelikatan sebatian

Tangan dah lenguh! Kasi tenggek dia

Kesimpulan: Resipi yang berjaya. Tahap kemanisan ikut citarasa. Boleh kurang atau tambah manis susu pekat. Serbuk koko boleh tambah atau kurangkan sukatannya. Proses pelikatan memerlukan bekas yang kecil seperti bekas plastik gambar kat atas. Kalau bekas besar, makan masa nak likat. Chips memang betul2 nyelam sampai dasar. Hmmm... agaknya tambah bila separuh keras atau sebagai hiasan. Satu lagi kaedah jimat belanja.








October 20, 2014

Kerja-ya 8: Sink



Hari ni saya cerita pasal sink. Teringat sink ni sebab kat sink kat rumah tengah tersumbat. Kerja Tok Siak lah jawapnya selesaikan. Masalah sink kat dapur tersumbat ni selalu berlaku di rumah yang dapurnya selalu atau hari-hari berasap. Kebanyakan masyarakat Malaysia terutamanya orang Melayu, masakkannya berlemak. Sambal... gulai lemak. Kalau tak rajin servis (contoh: curah air panas atau cuka + baking soda) maka kerap tersumbat. Agak-agak 3 bulan sekali kena panggil tukang paip sebab sink tersumbat.

Cuka  + baking soda
Sebagai orang yang sedikit terlibat dalam bidang paip kumbahan, saya akan pastikan saiz paip kumbahan untuk sink mengikut piawai dan aliran yang ditetapkan dan aliran keluar yang betul. Untuk paip di aras tanah saiznya ialah 50mm diameter dan 40mm diameter bagi paip kumbahan di aras atas. Kalau guna saiz paip yang lebih kecil, maka sangat kerap tersumbat dan sukar untuk diservis. Oleh itu, sesiapa yang ingin bina rumah, guna saiz paip dan aliran keluar yang betul bagi mengurangkan risiko tersumbat.


Aliran pembuangan kumbahan sink di aras tanah:

sink ---(50mm dia.)---> gully trap ---(100mm dia.)---> manhole

Aras tanah (ground floor)

Manhole
300mm x 300mm gully trap

Aliran pembuangan kumbahan sink di aras atas:

sink ---(40mm dia.)---> floor trap ---(80mm dia.)---> paip turun

floor trap



Misi jagung kukus & kek coklat

Akhir-akhir ni misi makan-makan je tanpa disedari. Tak pe laa... dah musim nak makan. Lebih makan daripada Allah tarik nafsu makan. Naya! ;)


Cerita petang sabtu...

Bahan-bahan
Saya guna lingkungan sukatan seperti dibawah. Dengan kata lain, tambah sampai agak-agak sedap rasa. 

500g jagung
4-6 sudu besar susu pekat
2-3 sudu besar majerin
1-2 sudu kecil garam
Jagung... saya pilih dah siap biji-biji. Sejuk beku. Rasanya agak kurang berbandingan yang segar. Saya kukus jagung ni selama 30minit. Lepas tu baru tambah bahan rasa. Puas hati makan. Hasil siap 1 paket ni dapat anggaran 4-5  cup. Kat Giant, kos jagung ni rm3.50 dan rm4.50 untuk 2 tongkol. Berbaloi kan kalau buat sendiri.

Siap dah..



Langsai akhirnya hajat biar pon Tok Siak bising sebab bukan minat dia & kena paksa makan. 


Kek coklat pulak cerita pagi Ahad. Kek Coklat Lembap Naik_Turun_Balik. Hehehh. Sederhana manis & gebu. Sebabnya nak habiskan stok bahan-bahan biskut. Sejak bulan puasa lagi tersadai. Beli untuk buat biskut raya tapi tak berkesempatan. Kek coklat pon bukan peberet Tok Siak. Apa lagi... kek ni gue yang punyer. Penting diri sendiri! Mak.... makan sikit je. Masa ni.. baki kek ialah 5 potong dalam peti sejuk. Yang lainnya, petang semalam jamu budak-budak kat rumah bawah pokok mangga beserta teh o ais ;)







October 18, 2014

Jagung kukus

Sabtu kembali lagi. Yayyyy!. Bakso gabung? Hmmm... tak kot. Malas nak menapak tapi nak pegi beli jagung. Teringin la pulak nak makan jagung kukus cam semalam. Peberet saya! Mummy turun Cameron. Bawak balik jagung, ais krim dan stoberi untuk anak-anak dia kat ofis ;). Kemarin Mummy dah pesan ada jagung kat belakang. Semalam baru dapat kukus. Wangggggiiii satu ofis dengan jagung kukus. Dah lama tak makan benda tu. Letak majerin dan susu, makan panas-panas. Perghh. Semalam dah pesan ngan Tok Siak tapi tak dibelinya. Maka, pagi tadi dah rembat duit dia rm10. Dia memandang dengan pasrah. Hahaha. Padan muka.... sapa suruh! Sampai rumah nanti... misinya ;)


October 13, 2014

Hujung minggu lepas


Jadual penuh... dari balik kerja Sabtu hinggalah malam tadi. Biarlah gambar mulakan bicara ;)

Misi Bakso Gabung
Dua Sabtu berturut-turut gigih turun stesen KL dan menapak ke Pasar Seni. Layan tekak nak Bakso Gabung pulakk. Dah langsai hajat tekak, teruskan menapak ke Masjid Jamek. Beli belah kain ela untuk baju kurung Inak dan bahan-bahan untuk gubahan hantaran Radz. Hmm.. tak ada gambar untuk beli belah. Sekarang musim jualan murah kat Jakel sebab nanti pindah lokasi. Kat Jakel dapat tangkap 1 kain ela untuk saya dan En. Montok; dan kat Nagoya dapat tangkap kain untuk Inak.

Ahad... tolong En. Montok buat kandang baru untuk kambing. Rancangnya nak pindahkan kandang ke tempat yang lebih sesuai. Aktiviti tak terancang ialah memancing ikan talapia merah. En. Mat Gembol sekeluarga datang. Mulanya nak tengok ayam kat rumah geng surau Tok Siak, alih-alih terpancing ikan. Layan budak-budak nak rasa memancing ikan. Kat bandar tak ada. Macam syok la pulak tolong mancing sama. Lain kali boleh cuba lagi.






Penutup aktiviti hujung minggu kali ni ialah malam tadi. Kami berdua layan bunga-bunga sambil tengok movie. Nak nonton tv, tv rosak. Sekali dua pulak tu. Tragis sadis sungguh beberapa bulan ni tanpa tv. Sebenarnya tak ada tv, ok je. Lebih tenang. Cerita hantaran... semalam misi hari pertama. Semoga hasilnya nanti memuaskan.

En. Pembantu

Hasil kerja Hari Pertama

Sekian..