December 20, 2016

Rumah baru

Alhamdulilah. Dah dua hari kat rumah baru. Semoga semangat juang tak menyusut di sini.



*****

Sejak dua menjak ni saya lebih suka berdiam diri.. lebih suka membaca.. melihat dan mendengar. Cakap banyak tarak guna. Agaknya dah penat komen dan bercakap. Letih. Lebihkan buat kerja dari bercakap. Selesai. Tak perlu kecoh. Tak perlu tunjuk apa yang dah dilakukan. Kebaikan atau kesilapan. Cukup dengan Tuhan saja yang mengetahui.. Tok Siak tahu. Dalam fasa cuba-cuba, saya rasa selesa. Tenang. Tak perlu fikir negatif.. hal remeh temeh. Hidup kita ada beberapa pilihan jalan penyelesaian. Hal kita, keputusan ditangan diri sendiri. Elak dari menyusahkan orang lain. Jika jalan kiri ada halangan, pilih jalan kanan. Sila beri isyarat sebelum menukar laluan. Hehhhhh. Pissssss



December 16, 2016

Pindah lagi

Hari ni hari terakhir berumah kat Taman Danau Desa. Isnin, dah kat rumah baru kat Cheras. Kembali ke asal. Dok belakang rumah lama, rumah tahun lepas. Heheheh.. dulu bagi alasan resign sebab dok jauh. Ni datang balik, apa halll... hmmm. Ni apa sebenarnya alasan. Betollaaa... dulu nak berenti sebab jauh, turun naik bas, tren. Letih & masa. Sekarang boleh pulak sebab dah tak perlu public transport sangat. Bila teringin je. Hehehhehhh 





35

Wa & Wa berkongsi cerita....

Bila mula melangkah umur 35 tahun ke atas, dunia kerjaya bukan segala-galanya. Minat nak bergaji besar dah mula lemau. Apa yang penting sekarang ialah mencari kehidupan yang lebih tenang dan sederhana. Matlamat lebih banyak kepada keluarga. Kerjaya jadi no. 2. Sanggup tinggalkan kerjaya gila walaupun gaji lumayan. Kami percaya dan yakin dengan janji Allah tentang rezeki.


 Biar tak kaya harta benda, tapi kaya amalan..

December 15, 2016

Sapa Tu?

Dah lama saya tak ada kawan baik. Kawan yang bukan dikalangan ahli keluarga tapi sedara seagama. Kawan ofis, urusannya terhad bila ada kat ofis saja. Jarang sangat ada aktiviti kat luar. Kawan yang punya pendirian, minat & citarasa yang agak sehaluan... selesa antara satu sama lain. Dah sebulan bersuai kenal. Saya macam nak buat dia jadi kawan baik.. akrab. Sama2 rasa nak berkawan baik. Semoga persahabatan kami lancar.. bermanfaat, diberkatiNya dan baik sampai bila2. Insyallah.

December 8, 2016

Insan terpilih

Pemberian nikmat sayang kepada insan yang berhampiran. Kita diberi peluang untuk menyayangi mereka. Kita perlu sedar yang nikmat sayang ni adalah pinjaman. Bukan selama lamanya. Suatu hari nanti pasti kita akan berpisah sementara di alam Dunia.

Al-Fatiha buat Abang Bex.. seorang abang yang baik. Semoga amal kebajikan yang menjadi bekalan, cukup untuk beliau di sana. Juga semoga beliau ceria di sana sebagaimana kehidupan yang beliau telah tinggalkan