February 26, 2014

Pencegahan dan rawatan Barah

Petikan video terkini dari saya hasil dari pengajian semalam. Jom kita manfaatkan bersama...




Kerap membaca Al-Quran terutama surah Al-Baqarah dan kerap solat sunat pada waktu malam. Insyallah... kita terlindung dan terawat dari penyakit barah.

(Maaf, kualiti video kurang memuaskan. Saya ambil dari video asal "Diseksa Meninggalkan Solat 1" oleh  740108yard)


February 22, 2014

Harmonica.. nostalgia zaman kanak-kanak



Ingat-ingat lupa... harmonica buatan China ni pemberian ayah sewaktu umur saya 5 atau 6 tahun. Zaman kanak-kanak, saya tak ada banyak mainan. Seingat saya, saya ada teddy bear, anak patung perempuan, lego bongkah besar, game popeye dan basikal BMX Shimano 'merah pink' kaler, lebih kurang macam kat gambar bawah ni. Besi palang yang bujur, sakit punggung orang yang dok menumpang dan tempat letak kaki yang bergigi selalu mencederakan betis (turun harga kalau parutnya bersifat kekal.. heheh).

Sumber gambar: Google.com
Hingga hari ni, harmonica ni saja yang masih saya simpan. Zaman kanak-kanak saya banyak masa tak sama macam kekawan lain sebab saya skip sekolah agama dan tadika. Masa bermain banyak habis diluar rumah. Antaranya batu seremban, teng-teng, lompat getah, galah panjang kejar-kejar, baling selipas, nyorok nyorok, masak-masak, tembak-tembak dan yang agak ganas, nyorok nyorok ngan basikal. Haaaa.. sampai ke laut perginya.

Selain tu, secara berjemaah curi-curi pergi taman permainan, perpustakaan dan Ampang Park yang mana tempat-tempat ni agak jauh sedikit dari rumah dan bahaya bagi kami kanak-kanak. Ingat lagi, kalau jalan kaki memang rasa lenguh dan haus. Hehehh.. nak sangatkannn. Kalau degil sangat, Mak rotan guna rotan bulu ayam. 

Begitulah keindahan zaman kanak-kanak lebih 30 tahun lepas...

February 21, 2014

Kemarau

Dah beberapa minggu berlangsung musim kemarau. Malaysia bakal berhadapan krisis bekalan air. Paras air di kawasan tadahan semakin menghampiri aras kritikal. Mereka yang bergantung kepada bekalan air dari pihak berkuasa kini terpaksa berhadapan dengan catuan air. Saya bersimpati dengan mereka. Kami sekeluarga kerana kami menggunakan air perigi sepenuhnya. Kami juga risau jika aras air perigi akan semakin mengurang sebab hujun lebat tak kunjung tiba beberapa minggu ini. Semoga krisis ini tidak berpanjangan.

Sumber gambar: Google.com

February 20, 2014

Berakhirnya cerita si merah

Semalam berakhirnya projek satin merah. Banyak dugaan dan banyak kelemahan yang perlu dibaiki. Jauh tersasar dari tarikh sepatutnya siap. Mungkin lepas ini, ready made uncang.
Apapun, kena siapkan projek seterusnya... satin peach sebanyak 225pcs. Sample dah pun ditunjuk dan di serahkan. Bahan-bahan dah dibeli dan mula malam ni, Ayuhhhhhhh berjuang! Perjuangan yang akan berakhir sebelum 15hb. Mac ini.


February 18, 2014

MC sakit perut

Hari ni hari pertama bekerja untuk minggu ni. Semalam sakit perut.. sangatlahhhhh!. Tq Dr. Praveen kerana bagi saya MC. Heheh. Ni semua angkara jahit uncang yang dah sekian lamanya tak siap-siap. Sehari suntuk mengerjakan mereka. Hasilnya letih dan mengantuk pagi ni. Masih hutang Praveen lebih kurang 50pcs uncang. Harap-harap esok boleh siap hantar. Apa pun, puas hati sebab seni kraf tangan sendiri boleh diguna pakai.

February 13, 2014

Bersih

Pesan Ustaz...

Nabi Saw ada bersabda: Umatku masuk ke syurga bukanlah kerana banyaknya solat atau puasa semata2 tetapi kerana selamat hatinya,kemurahan jiwa dan kasih sayang sesama Muslim.....Insyaallah,mari kita bersihkan hati kita daripada sifat kotor,menuduh tanpa usul periksa,pandang buruk pd orang dan perasan diri bagus.Siasat lah berita yg kita dapat bukan sebar apa yg kita dapat.Manusia yg baik ialah manusia yg meninggalkan apa yg tiada kaitan dengan dirinya....Ingat kata2 ni..Betulkan niat dari sekarang,tukar sikap kita yg merugikan.Quran dan sunnah jadikan panduan,agar esok kita tidak kekesalan......


February 11, 2014

Sepenuh masa

Hati.. perasaan saya kini berada dalam dunia penternakan. Ikutkan rasa.. mahu saja berhenti kerja dan tumpu sepenuhnya kepada ternakan yang sedang berlangsung. Bukan tak suka kerja sekarang tapi geram dengan kambing, itik, ayam.. burung puyuh. Sungguh comel mereka. Hidup saya dan suami jadi tenang bila dekat dengan mereka.
Hari ni.. tiba-tiba berterus terang dengan bos tentang hasrat untuk memberi tumpuan kepada ternakan. Errr... cam mana boleh cakap benda nih? Mungkin sebab kebelakangan ni selalu fikirkan tentang hal ni. Mungkin ini langkah permulaan yang baik atau tindakan yang salah. Berbelah bagi. Hanya Allah sahaja yang tahu rancangan hidup ini. Segala yang berlaku ada hikmahnya. Dan apa jawapan bos tentang keputusan saya? U keje dah lama sini. Kerja laaaaa. Akan saya fikirkan kembali.

Pada suatu masa dulu...


Beberapa tahun lepas, seorang kawan chatting memperkenalkan lagu ni. Memang sesuai dengan jiwa. Salah satu lagu yang tenang dan rileks. Susah nak jemu. 

Hari ni, bangun lambat. Naik tren 7.10am. Sampai ofis jam 8.36am. Lewat 6 minit.. kira baik sikit dari semalam.... 9 minit. Dan hari ni sendiri lagi, partner demam. Sejak semalam, cuaca panas. Keadaan cuaca sekarang tak menentu. Dunia semakin sakit... tua dan mula memberontak akibat perbuatan sebahagian manusia yang mementingkan diri sendiri. 


February 7, 2014

Kata-kata hati 2

Bahagia....
Saya tak punya harta yang banyak. Sekadar cukup. Alhamdulilah. Ustaz cakap, jika kita miskin harta.. Allah tetap memberi kebahagiaan kepada kita. Tak berharta tak bermakna kita tak boleh bahagia. 
Saya juga belum ada zuriat. Ustaz cakap, tak mengapa. Allah tetap beri kebahagiaan. Ya, Allah Maha Adil, memberi saudara mara, rakan-rakan dan ternakan kepada kami suami isteri untuk saling menyayangi. Kami terhibur dan hidup kami terisi.
Semoga hidup kami diredhaiNya.

Kata-kata hati..

Hidup ni macam roda. Ada masa kita berada di atas. Bila di atas.. kita mungkin sedara diri atau tak sedar diri...  tapi selalunya tak sedar diri. Sama juga bila berada di bawah, kita mungkin sedara diri atau tak sedar diri .. tapi kadang-kadang tak sedar diri. 
Saya berada di mana? Hmm ... lebih sikit dari tengah-tengah ke arah di atas disebabkan Allah masih memberi rezeki yang tak perlu saya bersusah payah meminta-minta. Alhamdulilah. Semoga Allah lindungi saya dari sifat angkuh.. sombong. Semoga saya tidak sombong dengan orang yang kurang sedikit rezekinya dari saya. Syukur, saya masih tidak memilih-milih rumah saudara mara atau kawan-kawan untuk saya ziarah, cuma saya agak segan untuk ziarah rumah mereka yang agak memilih-milih. 
Orang yang belum sedar, mereka mudah membenci dan sukar memaafkan orang yang kurang kemampuan daripada mereka. Dulu saya begitu tapi mujur saya semakin sedar diri selepas diuji. 
Hidup penuh dengan ujian. Saya menganiaya dan teraniaya. Semoga saya mendapat keampunan Maha Pengampun dan hanya Maha Mengetahui, Maha Mendengar dan Maha Pengasih menjadi penyejuk hati.
Kata seorang Ustaz, kita tak perlu terlalu memikirkan hidup mewah dengan harta dunia sebab tujuan kita hidup dimuka bumi ini ialah mengabdikan diri kepada Maha Pencipta. Dunia hanya sementara. Matlamat dan arah hidup kita ialah kehidupan yang kekal nanti. Saya semakin hari semakin saya sedar diri... dan cuba membaiki diri. Semoga saya mendapat keampunan atas kehidupan lalu dan menjadi insan yang baik.

February 6, 2014

Nak main badminton gakk!

Budak kecik ni semua benda dia bawak masuk bilik. Daun kering... kereta.. cengkerik.. bunga kertas.. plastik... kertas. Kali ni berhajat nak main badminton katanya. Ntah sapa punya Si Kecik ni rembat. 



February 5, 2014

Kembali...

.... bekerja selepas 6 hari cuti sempena menyambut Tahun Baru Cina. Cuti tahun ni banyak rehat kat rumah. Menjahit, masak, cuci cuci, tido. Syiokkknyer. Tambah dengan cuaca baik dan suasana tenang kat rumah. Kalau hari-hari dok kat rumah kan best.
Setiap kali hari cuti, rumah kami tak kering dengan kehadiran tetamu. Alhamdulilah... rumah kabin saja. Ada yang sudi menjengok. Nak tengok kebun ternak... nak suka suki bermalam.. nak borak-borak.
Hari ni tak berapa nak kerja... sebab hari ni hari kumpul ang pau. Alhamdulilah... walaupun tak lumayan sangat ;)