September 29, 2014

Love u Mr. Arrogant


Orang dah lama khatam tengok citer ni, saya baru nak terhegeh-hegeh. Malaslah layan citer bersiri ni. Lagi, tak minat layan novel melayu. Hehheh... bukan apa, jalan lebih kurang sama. Ikut musim... musim cerita hantu kelakar, cerita berdasarkan novel... pas tu tak lari adegan busuk hati, guna setan, orang kaya, jus oren. Cuba buat cerita yang agak profesional. Harap tuan punya cerita tak marah dengan kenyataan membina ni. Dalam pada tak minat, teringin juga nak amik tau ;)


Saya ambil masa 3 hari untuk habiskan episod 1 hingga 26. Dari Jumaat hingga Ahad lepas. Tinggal semua mesin jahit dan candy crush. Komen: Ok gak cerita ni.. situasi suami isteri bekerjasama menghadapi cabaran dan masalah rumahtangga. Bolehlah beli novel ni nanti. Bagi watak yang kurang sesuai ialah watak dan kisah cinta pertama Ilham. Kalau tak ada pun tak apa, dah cantik cerita ni.

Sekian.

Pengulas: Cik Pandai_Memandai 

September 26, 2014

Layan ego sikit.. tepi tepi sikettttttttttt

Heheh.. salam pagi Jumaat.

Post yang lepas-lepas saya dah poyo-poyo cakap nak jadi baik... mintak maaf. Kali ni saya nak cakap satu perangai yang agak negatif. Konflik! Saya rasa ianya perlu untuk beritahu yang saya juga ada harga diri. Selama ni ada orang dan selalu disendakan disebabkan saya i followwwww... ok, tak apa... boleh je. Budak baik.. ko suruh je, misti dia buat. Alaaaa.. cakap je belakang-belakang, bukannya dia perasan & marah.   
Saya sedar tapiiiii....... Alhamdulilah. Selama ni Allah lindungi saya dari sangka tak baik dan hijab pandangan saya dari lihat perlakuan orang-orang berkenaan. Cuma sekarang saya celik sikit sejak En. Aku-Dibelakang-Mu sedarkan saya. Saya diajar untuk layan dengan ego. Hasilnya mujarab. Ya... kadang-kadang kita terpaksa hanya untuk memberi ingatan siapa kita. Contoh layan dengan ego saya ialah you want take it (you get it) or leave it (i'll say goodbye & no u-turn)? Lagi... layanan ala-ala bukan hang sorang kawan/sedara aku kat dunia nih!.  Hmmm... nampak je macam dia tak ada perasaan dan layan angguk-angguk.. geleng geleng. Dalam diam dia memerhati. Awas kau!
Semoga niat ini ke arah kebaikan dan tidak terkucil dari landasan keretapi! Sebenarnya, diam diri itu lebih baik. Jika tak, yang kecil/ cantik/ sikit akan jadi besar/ buruk/ banyak. Akhirnya, kita sendiri yang minta dibayar dosa. Biar Allah yang aturkan. Allah tak akan sia-sia dan susahkan hidup orang baik seperti kelancaran hidup En. Aku-Dibelakang-Mu. Janji-Nya: Baik dibalas baik.


Sekian.

* Hmmm... bahaya juga En. Aku-Dibelakang-Mu... dalam diam memerhati dan dalam diam dia penyelamat keadaan.

September 24, 2014

Yang Pei

Tabah. Syukur. Bersemangat. Rajin. Usaha. Senyum. Ceria. Berdikari. Kasih sayang. Kreatif

Usah dikenang


Ya... suatu nasihat yang sangat baik untuk saya. Sejak akhir-akhir ni seriau bila hal yang lepas tetiba je tumpang lalu. Macam-macam yang barang lepas melintas dan terlintas. Senyum ada... nangis pun ada. Kesilapan-kesilapan besar dan kecil yang saya dah buat. Ini semua pengajaran dan ilmu hidup untuk masa depan. Macam ni lah bila melayan perasaan sambil buat kerja.
Saya dah buat keputusan untuk buka buku baru. Tak perlu terlalu ambil hati dengan apa yang telah berlaku.  Betul... semua tu jadi racun hidup. Kalau terus segan dengan apa yang berlaku, tak ada perubahan yang saya buat. Jadi, maafkan diri sendiri > mohon maaf secara tertutup dan terbuka > kurangkan seterusnya buang ego > fikir positif > tingkatkan kualiti hidup. 
Buang yang keruh ambil yang jernih. Biarlah dipandang rendah, asal saya tak ada hutang dengan hidup sendiri dengan rasa bersalah dan kesal.
Moh Hepi-Hepi, baru hidup Syok-Syok!

September 22, 2014

Kenangan lalu

Nun sana.. kulihat ijuuuu!!
Petang semalam ikut Tok Siak gi nyabit. Nyabit lagiii!. Syok-syok. Kali ni Tok Siak bawa gi nyabit daun kelapa sawit kat tepi sungai. Teringat la pulak zaman kecik-kecik dulu mandi manda kat situ ngan geng basikal. Dulu terlindung ngan pokok-pokok.. sekarang dah terang. Sejukkkkk. Airnya kurang suci dari dulu. Berkeladak sikit tapi kalau nak manda mandi boleh lagi nih. Heeeeee. Sayangnya Tok Siak tak main sungai, dia main laut jerr. Maklumler Bajau Laut.

Kenangan port mandi manda

September 20, 2014

Kitab Muhimmah vs Candy Crush

Kepala misti ikut geleng bila sebut nama ni tau> Cik Jula... Cik Julaaaaaa


Dalam masa 3 bulan, Candy Crush level 200 - 500. Kitab Muhimmah baru siri 1-3 . . Apa nak jadi ?!! Jadi Setan la.

Indahnya Nur Itu: Mimpi Rasullulah s.a.w

Indahnya Nur Itu: Mimpi Rasullulah s.a.w: Sumber: Al-Islam, June 2014. Mengakui mimpinya didatangi Rasullulah s.a.w... benar atau tidak? Benar jika.... .... Rasullulah s.a....

September 19, 2014

Kerja-ya 7: Jangan berkira

Pagi ni mendatangkan marah je! 

Tarik nafas... lepass. Ulang 3x

Ok. Dalam bekerja, saya mengingatkan diri supaya jangan selalu berkira untuk buat kerja diluar skop kerja. Tapi agak-agak lah. Jangan melampau buat kerja orang sampai tak mencerdikkan diri sendiri. Saya suka buat kerja sedikit luar dari skop untuk kemahiran tambahan. Bagi saya ini berguna suatu masa nanti.
Pengalaman bekerjasama dengan junior... boleh katakan kebanyakan mereka berkira untuk buat kerja dan agak segan nak buat kerja. Macam-macam alasan untuk elak. Ini semua merugikan diri sendiri. Dah tahu kurang pengalaman, masa agak senang tak nak belajar. Tak nak rebut kerja. Bila keadaan terdesak, baru kelam kabut. Itu tak tahu, ini tak reti.

Haaaa... lantak ko ler Jah. Dah setahun ko duduk kat kerusi tu, tak banyak yang ko belajar. Buat ler muka terkebil kebil depan Bos. Masa aku bagi kerja ko elak tak nak buat. Buat benda-benda 'sampah'. Memula dulu ko berani bagitau Bos yang aku tak nak bagi kerja. Macam mana nak bagi... bila nak bagi, ko alasankan nak mula esok esok... lagi alasan lain; Bos sayang aku, aku je la yang layak buat (boleh pulak ko alasankan cam ni). Alasan lain lagi.. sapa aku nak arah ko buat kerja. Huhhh! Memang dah malas nak bagi ko kerja. Aku dah merajuk. Pepandai ler ko raba-raba kertas bila Bos melawat kawasan. Bos dah dapat hidu masalah ni sebab dia suruh aku bagitau masalah department ni. Hmmm... tak nak la cerita.  


Macam-macam kerenah manusia bekerja. Apa pon masalah persekitaran kerja, seeloknya diam itu lebih baik dari memburukkan lagi keadaan. Politik pejabat. Sebolehnya, pujuk diri sendiri. Kita ada beberapa pilihan untuk elak dan selesaikan masalah. Yang penting kerja siap dan tak mengganggu orang lain. Sekian.

September 17, 2014

Hari Malaysia

Semalam cuti sempena Hari Malaysia. Buat apa? Menyabit, mengkraf,tido, jahit baju kurung huda & mengemas luar rumah. Tiada versi sambutan Hari Malaysia. En. Suami tak bawak jalan-jalan shopping pun tak apa, dia bawak gi nyabit dah ok. Saya suka!






"Biar kami dipandang tak berharta... asal hasil dari apa yang dikerjakan bukan dari menyusahkan dan ambil kesempatan ke atas orang".

September 15, 2014

Senaman cara orang luar bandar

Saya suka ikut suami saya gi menyabit sebab di situ Ku lihat hijauuuuuu~. Terapi minda dan senaman untuk badan. Ni salah satu senaman orang kampung. Semalam merupakan kesempatan kali kedua. Hari cuti je dapat menyebok. Peluh & nyamuk dah wajib. Tapi memang syok-syok. Dalam kehidupan sekarang saya boleh berada dalam dua suasana... bandar dan luar bandar. Bandar, hiruk pikuk manusia mengejar masa dan kerja. Luar bandar... manusia tenang dalam mencari rezeki. Bagi saya, nikmat dalam mencari rezeki ialah bila hasilnya datang dari keringat yang telah mengalir keluar. Semoga apa yang kami usahakan hari ni hasilnya sangat manis pada masa akan datang.









September 13, 2014

Nasi Lemak dan Roti Majerin

Saya dah mula seram tengok nasi lemak. Sepanjang hari kerja, hari-hari makan nasi lemak. Mana tak naik ngeri. Dah tiba masanya saya tukar menu. Pagi ni sarapan milo dan roti + majerin. Teringat zaman kecik-kecik hari tu.... menu peberet ni. Mak akan sedia 1 teko air milo. Habis air milo, dia akan sediakan teh o. Setiap hari. Sampai sekarang pon... misti ada air dia bancuh. Apa pon, air tangan Mak memang best. Apa je bagi makan minum, misti sedappp


Kecik


Alhamdulilah.. semalam lepas azan maghrib, Kecil selamat melahirkan 3 ekor baby dia. Ini adalah kelahiran pertama dia. Sampai rumah, saya tak sedar dia ikut saya masuk bilik dan duduk bawah selimut yang terjatuh tepi katil. Suami saya beritahu petang semalam dia mengiau tak macam selalu. Mungkin dia nak beranak. Saya alih dia duduk bawah katil. Kecik macam minta saya teman dia. Saya duduk tepi sambil garu-garu kepala dan usap perut dia. Nak beranak sakit kan... mungkit urut perlahan boleh tenangkan dia. Tak sampai 15 minit, sedikit daging tersembul dari dubur dia... dan cepat-cepat Kecik alih tempat. Saya pun labuh kan cadar untuk selesakan Kecik. Misti dia tak nak saya tengok dan saya pun tak tertengok. Ini pnegalaman pertama saya teman kucing beranak.




... ayat kat atas ni cam poyo jekk


September 12, 2014

Hubungan dan Doa

Dua ini yang saya sedang renung, perhati dan fikir. Jika buat baik dengan orang sekeliling, apa yang dapat? Ok.. contohnya, bantuan yang memudahkan urusan dari orang yang tak dikenali. Secara automatik, hati saya akan berkata Baiknya orang ni tolong buka pintu. Dapat pahala dan semoga murah rezeki dia. Jawapan apa yang saya dapat ialah dapat doa yang baik. Cuba kalau orang tu tak tolong tahan pintu untuk saya masuk walaupun dah nampak saya bawa banyak barang. Dah tentu saya menyumpah. Sombong, pentingkan diri sendiri. Hampehhhh tol! Doa yang tak baik dalam keadaan yang penuh emosi. Bahaya! Haaaa... kan dapat doa yang tak baik.
Saya punya idol tentang ini. Orang yang paling rapat dengan saya. Dia sangat baik. Tutur kata tak ada yang menyakitkan hati. Perlakuan dia juga. Selalu punya hati yang bersih, fikir positif dan rasional. Ramai yang senang dengan dia tak kira saudara mara atau kawan-kawan. Tak kira peringkat umur budak kecik mahupun budak besar yang muda belia dan remaja purba. Semua dia layan dengan baik. Saya cemburu dengan hidup dia sebab urusan hidup dia lancar dan susah tengok dia susah. Dia juga selalu mudahkan hidup saya. Saya sentiasa doa yang baik-baik untuk dia.
Dari situ saya sedar dan belajar sesuatu. Kesimpulan dari saya, kalau kita selalu baik... orang akan selalu doakan kita yang baik-baik dan Allah juga tak akan susahkan kita. Jadi, corak hidup kita datang juga dari berkat doa orang-orang sekeliling. 

September 10, 2014

Pakaian bundle

Dulu saya tak biasa. Masa jadi budak kecik dulu, ada jiran bisnes pakaian bundle. Ringkasnya bundle. Budak kecik mana tau istilah bundle. Itu kali pertama saya kenal perniagaan pakaian terpakai. Saya mula serius tahu hal bundle sejak kenal Budak_Gebu_Lagi_Montok, suami saya. Ngeeeeee. Kebanyakan koleksi almari pakaian dan kasut berjenama dia adalah dari bundle. Minat saya kat bundle ni dari status "Lorr.... Alahai", sekarang dah jadi status "Syok-syok".
Koleksi budak perempuan tak ler banyak cam budak lelaki. Bagi saya kemeja kotak kotak, jeans, baju sejuk dan jaket sesuai ler. Fokus bundle kitorang lebih kepada baju-baju berjenama yang tak berapa mampu yang beli baru.... Levis, Timberland, Uniqlo, Nike dan Adidas. Tak payah beli yang baru... buang duit je. Kat bundle ada yang baru... separuh baru... tak berapa baru dan sangat tak baru. Kena rajin selak satu satu. Untung untung dapat yang agak baru dan berbaloi sangat. Contohnya.. jaket kat bawah ni. Saya beli dengan harga rm10. Statusnya agak baru... bila perhati tali, tag, butang jaket ni.





Selain untuk baju jalan, kitorang buat baju rumah dan baju kerja budak montok tu. Apapon, kami senang cara hidup yang macam ni. Bersederhana. Pakai apa yang mampu... guna seadanya. Rasa bahagia (boleh cuba kalau nak rasa laa... ). Bila dah membeli, jangan lupa "samak" (cuci) bebaik. Maklumler... harap maklum. 

Kerja-ya 6: Cuci cuci

Pagi ni misi kerja saya ialah kemaskini pelan paip. Petang semalam saya dapat lukisan pelan lantai dari arkitek. Sebagai tukang lukis, saya perlu kemaskini lukisan bangunan arkitek yang terkini ke atas lukisan paip.

Contoh, lukisan paip sebelum dikemas kini seperti di bawah:


Jenuh kalau nak perhati apa yang arkitek tukar pada lukisan bangunan mereka kalau mereka tak tanda.... dengan kata lain, pandai pandai ler dik non cari. Tu ler kalau dapat arkitek ada erk erk dalam hati atau pemalas. Saya pun malas gak. Hahaha. Nak senang, kasi bersih lukisan bangunan terkini dan gantikan ke dalam lukisan paip. Lepas tu periksa garis-garis bangunan arkitek kat kawasan laluan paip. Di situ baru tau apa yang diubah... beza.

Lukisan pelan lantai pelan arkitek yang perlu dikemaskini ke lukisan pelan paip

Sekarang nak cerita apa yang saya cuci kat lukisan arkitek. Biasa saya panggil sampah sarap. Antara sampah sarap tu benda-benda yang tak ada kena mengena dengan paip. Contoh: Perinci dan ukuran lantai, tingkap dan pintu serta susun atur perabut.

Sampah sarap yang perlu dibuang

Dah bersih

Lukisan pelan paip yang dah dikemaskini

Bila dah siap kemaskini lukisan paip dengan lukisan bangunan, biasanya ada perubahan laluan paip yang perlu diubah mengikut perubahan bangunan. Perubahan garis-garis bangunan pada kawasan laluan paip perlu dimaklumkan kepada penyelia tapak dan bos untuk peringkat perbincangan dengan pihak lain yang terlibat. Hasilnya, diserah pada saya untuk penambahan, pengurangan atau pengalihan paip yang dah mereka setuju.

Bila buat kerja ni, saya teringat masa zaman budak kecik hari tu saya suka dengan teka cari beza pada dua gambar... macam kat bawah ni. Jadi, teka ni ada manfaat bila dah jadi budak besar.

Sumber: Google.com
Sekian...


September 9, 2014

UPSR

Hari ni Qistina mula periksa UPSR.

Budak Comel pipi gebus

Kita kadang-kadang dapat jumpa... Mak Su selalu ingat Qistina. Mak Su doa Qistina dapat jawap dengan baik. Mak Su tau Qistina boleh buat tapi kalau keputusan tak cemerlang, Mak Su tak kisah. Janji Qistina terus jadi budak baik dunia akhirat. Mak Su harap Qistina jadi anak yang soleha... bijak atur hidup. Kepandaian ilmu dunia yang seiring dengan hati & tingkah laku. 
Sayang Qistina~

September 8, 2014

Sampai seru?

Baru sekejap saya dapat satu panggilan... "Syarikat Cik ada buat sewa pentas untuk dewan?" Haaaa?!! Pitam jap. Baru teringat yang saya ada daftar syarikat, PentasZuwa. Oleh sebab sekarang status berehat dan kecil-kecilan, tu yang lupa kejap. Dulu ada cadangan nak buat bisnes mini pelamin. Tunda sekejap hari tu sebab tak ada kenderaan yang sesuai untuk angkut mengangkut rangka pelamin. Sekarang dah ada. Hmm... mungkin panggilan ni satu suntikan untuk mulakan. Insyallah... :)

September 6, 2014

Matematik darjah 6

Cabaran minda... soalan UPSR darjah 6. Cam susah je untuk budak darjah 6 jawap sebab mak budak tak dapat nak settle. Saya cuba nasib selesaikan... masih ingat atau tak? Hasil dari kira-kira, kira ok laaaa...tak berkarat sangat otak ni sebab jawapan yang saya dapat ada kat senarai jawapan. 

Soalan 1:


Jawapan 1:


Soalan 2:



Jawapan 2: