November 20, 2012

Kita senasib tapi.....


....... awak lebih bernasib baik dari saya.

Kawan,

Allah masih belum bagi kita rezeki anak. Kita kena kuat dan sabar. Insyallah, Allah akan bagi rezeki yang kita tunggu-tunggu selama ni. Kita kena sama-sama selalu berdoa dan berusaha. Semoga Allah beri kesihatan yang baik kat kita :)

nurhazila.blogspot.com

November 14, 2012

9 tahun

Pejam celik, pejam celik... dah 9 tahun keje ngan company sekarang. Dari staf kat admin sorang, sekarang dah 5 orang. Dari ofis kecik setingkat... sekarang dah besar 3 tingkat. Dari gaji cukup-cukup sorang diri, sekarang... alhamdulilah boleh ler sara idop mak ayah selain sara diri sendiri kat KL kalau belom kawin ler.

Macam mana saya boleh bertahan? Dalam masa 9 tahun ni staf silih ganti. Antara sebab-sebabnya ialah minat dalam kerja yang dibuat. Dari minat baru datangnya keikhlasan dan kesungguhan buat keje. Ikhlas dan sungguh-sungguh tidak akan buatkan saya bosan untuk buat keje. Malas datang sekali sekala.

Satu lagi faktor yang menyumbang ialah persekitaran. Sejak mula keje hingga sekarang, saya ditempatkan dalam satu bilik berasingan dari staf admin. Bukan apa, tugas saya memerlukan satu ruang yang agak besar. Selama beberapa tahun saya keseorangan melayan keje. Heee.. leh ngulor. Ngulor boleh, janji kejenyer siap ngan cantik. Saya tidak terganggu dengan hiruk pikuk orang-orang admin buat keje. Jadi, saya boleh menghayati keje dan buat keje tanpa gangguan selalu. Satu lagi, hubungan dengan kawan-kawan sekerja. Bantu selagi termampu. Layan sama rata. Tiada sifat perkauman. Elak dari bergosip dan aktiviti yang melekakan. Menghormati. Tolak ansur. Pasti berjaya :)



Macam mana prestasi saya boleh kekal baik (... sebab tengok gaji naik cantik). Kesungguhan - Mungkin kesungguhan saya untuk buat keje. Saya buat keje macam budak sekolah buat latihan latih tubi. Kreatif - saya suka gunakan pengalaman ke atas keje-keje saya. Saya pegang pada kata ni, "Jauh perjalanan, luas pemandangan, banyak pengalaman". Jadi, kemana-mana saya pegi, saya tak akan pandang sesuatu dengan pandangan kosong. Setiap pengalaman tidak boleh dibuang macam tu saja. Kemana saja pegi, saya akan simpan pengalaman. Keje saya berkaitan dengan paip-paip air dan kumbahan. Jadi, kalau kemana-mana tandas bukan setakat membuang, saya akan memerhati persekitaran terutama sistem paip. Ini akan membantu dalam memahami sistem-sistem yang digunakan dalam satu-satu projek pembangunan.

Berkorban apa saja demi keje. Haaa... yang ni tak elok diamalkan. Sekarang dah kurang amalkan sebab dah bersuami. Keluarga didahulukan. Apa pon, buat keje bersungguh-sungguh. Jangan main-main. Serius. Jujur. Sabar. Satu lagi, mc. Selama 10 tahun lebih bekeja, mc saya tak sampai 10 hari. mc bila sakit yang tak boleh bangun.  Jangan cuba-cuba ponteng. Kalau nak cuti, mintak baik-baik. Jujur dengan alasan cuti. Kalau nak main-main.... makan angin kat ofis, jangan keje! Dok umah!. Disiplin juga walaupun saya tak berapa nak disiplin waktu masuk keje. Berbulus mata Mak nengok orang buat keje makan angin.... sambil lewa & selekeh!

Terakhir, jangan kedekut kat diri sendiri untuk terus belajar dan buat keje yang bukan skop keje kita. Tak rugi. Orang yang berkira, lokek kederat dan malas belajar adalah orang yang terlalu rugi. Jangan fikir, tahu lebih akan buat keje lebih, kena balik lambat atau kena buli. Memang nampak macam rugi tapi sebenarnya bonus kat diri sendiri. Biar pada pembuli kita rugi tapi kita harus sedar, Allah Maha Adil dan Maha Penyayang. Insyallah, Allah akan beri berkali-kali ganda keuntungan kat kita berkat kesabaran kita dalam mencari rezeki yang diberkatiNya. Jangan terlalu berkira dengan masa keje dan keje. Kalau kita tak berkira, insyallah bos pon tak berkira dengan kita. Dijamin 100%. Heeee... cintai keamanan!


Buah Keranji

"Sorong Papan tarik papan..
Buah keranji dalam perahu..
suruh makan saya makan..
suruh mengaji saya tak tahu.."


Teringat pantun ni masa kecik-kecik dulu. Masa tu mana nak tahu buah keranji tu macam mana. Agak-agak tak wujud pun buah ni. Masa kecik-kecik dulu, penah makan buah ni masa merayap ngan kekawan kat Kg. Baru. Kg. Baru dulu tak cam sekarang. Banyak berubah. Rumah-rumah kampung dah banyak dirobohkan terutama antara kawasan Jalan Raja Muda ke Jalan Raja Alang. Rasanya pokok buah keranji tu dah jadi tapak ruang pameran kereta Naza. Seronok bila teringat zaman kecik-kecik. Main masak-masak, nyorok-nyorok basikal, tembak-tembak.. macam-macamlah kami main permainan kampung tahun 80an. Permainan budak perempuan, budak lelaki... belasah je. 
Ok, kita simpan dulu cerita zaman kecik-kecik di Kg. Baru, Kuala Lumpur. Sebenarnya nak cerita buah keranji. Susah sikit nak dapat buah ni. Saya dapat ni kat Pasar Siti Khadijah, Kota Bahru. rm5 sepeket. Jadi, sesiapa yang isterinya mengidam buah keranji.... tuju sajalah pasar Siti Khadijah. Saya beli sepeket je. Dah lebih separuh makan sejak 3 hari lepas. Orang-orang kat rumah tak berminat sebab masam sangat kata mereka. Hmmm... tak la masam sangat. Rasa macam asam jawa. Mungkin buah keranji ni dalam keluarga asam jawa juga. 

November 9, 2012

Tahniah Faedz & Rina


Alhamdulilah, korang dah selamat diijabkabulkan sebagai suami isteri.