April 25, 2015

Tayang diri

Menantu lelaki Mak saya cakap, perempuan yang suka tayang diri dari segi fizikal ada dua. Satu, riak sebab dia dah sememang cantik. Kedua, dia tak cantik tapi dia perasan dia cantik.

Jadi....
Adehh...
Alahai... 
Gulpp...
Hehehhh...


Sekian.

April 24, 2015

Y vs H

Cik Diari Maya Saya,



Hari ni saya tak datang keje. Yayyy.. hmmm. Bos minta saya cuti/ MC... dalam sejarah sepanjang makan gaji ni. Bukan untuk rehat tapi buat keje projek makan luar diorang. Layan saja ler. Dua-dua bos. Dua-dua perlu saya layan keje projek makan luar mereka. Tu la… akibat selisih faham yang berpanjangan. Kan dah menyusahkan.


Sekian.

April 23, 2015

Sosial

Cik Diari Maya Saya,

Hmm.. hari ni baru saya timbul untuk minggu ni. Sibuk melayan kerja-lukisan yang bertingkat-tingkat. Kerja dari sumber luar. Kerja ofis tak seberapa lebat. Daddy & Mummy tengah holiday kat Afrika Selatan selama 2 minggu ni. Jadi, keadaan ofis tak terlalu stress. Cerita kerja lukisan saya bawa dari rumah ke ofis, ofis ke rumah. Tak juga siap. Makin bertambah. Alhamdulilah... insyallah ada rezeki tunai umrah dalam masa terdekat. Kadang-kadang tak sempat nak sambung kat rumah sebab kerja rumah nak diselesaikan juga. Mujur belum ada anak. Kalau tak, mulut ni makin kuat berkicau-kicau... mana tak nya, badan dah letih memang masalah kalau orang-orang kat rumah buat masalah. Memang mereka cari masalah. Masalah... masalahhhh! Hehehh.
Saya dalam dilema. Tak juga. Hmmm... saya memikirkan suatu perkara yang agak berat. Perkara asasnya ialah arah laluan perjalanan hidup. Pada jalanNya atau menjauhiNya. Jika pegang pada prinsip untuk jalani hidup mengikut perintahNya, insyallah hidup jika kurang bermasalah. Tak mungkin kita tak ada masalah dalam hidup sebab kita ni hambaNya. Masalah sosial terutamanya masyarakat bandar besar .... ni la halnya yang saya terlalu pikirkan sekarang. Saya tak selalu dengar atau lihat masalah sosial sebab selalu berada di pinggir bandaraya. Masyarakat bandar yang punya perangai yang pelik-pelik dan macam-macam. Macam mana hidup makin diselubungi masalah sebab hidup yang tersasar dan membelakangkan Islam. Bangga dengan hiburan dunia. Suntikan masalah bermula dengan cemburu, arak, judi.. dadah, pergaulan bebas akan semakin merebak jadi masalah kronik dalam kehidupan.
Isu pergaulan anak dara/ janda dengan suami orang... bagi saya, tak melawan hukum sebab seorang lelaki Islam yang berkemampuan, boleh punya isteri sehingga 4 orang. Kalau isteri orang dengan orang bujang? Tak ke memeningkan kepala saya. Dah tentu saya pangkah sebab dah membelakangkan suami. Bagaimana boleh menyesatkan hidup sendiri? Kenapa kita tak boleh terima amalan dan prinsip agama sebagai panduan hidup dan menyelesaikan masalah. Si bujang pula, membadutkan diri. Sampai kiamat cinta kamu cinta sia-sia! Kenapa sengaja mencipta masalah.. dosa. Mencari penyelesaian.. ketenangan pada ciptaanNya, hanya bersifat sementara. Kunci ketenangan hanya pada Yang Maha Esa. Kembali kepadaNya.
Ya Allah, semoga saya berada jauh yang sangat-sangat dari sifat dan perangai yang pelik-pelik. Saya mohon hidayahMu.. petunjukMu.

April 16, 2015

SeruanNya, Lambaian Kaabah

Alhamdulilah. Hari ni umur saya menjangkau 38. Suka tak sangat tapi risau yang lebih. Macam-macam. Belum ada anak... sikit je lagi 40an.. sempat ke tidak tunaikan haji. Haaa.. HAJI. Penting tu dan salah satu misi dan hala tuju hidup. Abang sepupu yang hari tu bagitau giliran dia 17 tahun akan datang. Makk aiii... saya berapa puluh tahun pulak sebab belum daftar. Tapi ni semua atauran Maha Esa. Saya dan Tok Siak hanya perlu usaha siapkan yang mana boleh.

Lokasi impian bulan madu

Umrah... sekarang bermain-main dalam minda kami berdua sejak mula berumahtangga dulu. Hmm... ya, ni semua ketentuanNya. Selama ni kami ditentukanNya untuk membina dan kukuhkan kehidupan berumahtangga terlebih dahulu. Kami belum lagi diizinkanNya untuk ke sana. Apa yang perlu buat sekarang ialah... usaha dan bersedia. Insyallah. Harapan saya & Tok Siak, semoga Dia memberi ruang.. permudahkan usaha ini.

Usaha menimba ilmu

April 15, 2015

Sumber Main masak-masak

Pagi Rabu ni saya nak cerita hal masak-masak. Dah lama tak post pasal masak... makan. Rindu. Nak kata tak masak, ada selalu masak cuma menu yang diulang-ulang sebab menu yang cepat masak. Tak kan nak post menu yang sama. Bukan Cik-cik Maya je yang bosan, saya lagi bosan. Kesuntukan masa... hari kerja dan uruskan abang besar. Sekarang abang besar dah mula kerja. Ada kelapangan sikit.
Semalam saya guna menu baru untuk makan malam, sotong masak lemak padang. Bosan guna menu yang sama. Petang semalam... menggugel website Kak Azlita. Bercerita tentang sumber resipi yang biasa saya guna, setakat ni saya percaya 90% resipi dari Kak Azlita Masam Manis dan Kak Azie Kitchen. Cubaan pertama yang biasanya menjadi. Kedua-duanya memberi bahan-bahan dan kaedah yang senang peroleh, faham dan sesuai dengan profile saya.

Menu sarapan hari ni : Sotong Masak Lemak Padang

April 13, 2015

Harta Dunia


Jangan pandang motor buruk kami...

Kisahnya.... saya dan Tok Siak makan malam bersama sepupu sebelah Tok Siak Sabtu malam  lalu. Sepasang suami isteri ke Semenanjung untuk menghadiri majlis konvokesyen anak mereka. Punya lima orang anak yang masih bersekolah. Suami berkhidmat dengan pasukan beruniform manakala isteri sebagai surirumah yang berjual kuih sebagai pendapatan sampingan. Menjalani hidup yang serba sederhana dan hanya bermotorsikal sebagai kenderaan utama. Apa yang saya kagum dengan mereka ialah telah menunaikan ibadah umrah baru-baru ini! Orang melihat motor buruk mereka. Jangan pandang harta dunia, kata si suami.
Cerita mereka membuatkan saya memandang kepada kehidupan kami. Apa yang paling orang pandang..... rumah kabin dan van buruk! Ada jiran, saudara mara dan kawan-kawan segan terhadap kami.  Kami ingin menguji siapa yang ikhlas... siapa yang boleh harap. Alhamdulilah, kehidupan yang ditentukanNya ini tak menyusahkan orang lain malah kami berpeluang membantu orang lain. Kami hidup tanpa berpura-pura. Jika berlebih dari orang sekeliling, kami simpan supaya mereka tak terasa akan kekurangan mereka. Semoga kehidupan ini diberkati dan semakin dekat denganNya.

Hasil kerja tangan tahun 1996-2000

April 4, 2015

Pemberontak

Cik Diari Maya,

Kadang-kadang jiwa & hati saya memberontak. Apa lagi yang perlu saya lakukan supaya sedara mara atau kawan-kawan nampak kebaikan saya. Menguruskan arwah ayah semasa sakitnya, Cik Cha dan baru -baru ni En. Zul... masih jahat ke saya? Kadang-kadang hati ini berasa kecil, sedih dan menangis bila terpandang dan memandang penerimaan mereka. Kebaikan yang tak dapat menutup kesilapan lalu saya.
Hanya Tuhan yang mengetahui....
Pengorbanan Tok Siak memahami situasi dan kehidupan saya, amat saya hargai. Saya mohon kepadaNya, jangan ambil Tok Siak terlalu awal. Beri saya peluang berbakti kepada beliau. Semoga Tok Siak sentiasa diberkati dan dirahmatiNya...

... kenapa tetiba teringat sikap mereka? Dah pesan banyak kali, Jangan pandang belakang! Terus maju... terus perbaiki diri sendiri. Positif. Mereka?... Semoga mereka mendapat pentunjukNya. Jika ingin terus biarkan hati hitam, maka kekal jadi BADUT hasutan syaitan. 


April 2, 2015

Penaja

Cik Diari Maya,

Dalam kesibukkan saya di hospital minggu lepas, saya menerima 2 panggilan perunding majlis perkahwinan seorang penyanyi pada bulan ++++. Tak pasti yang mana perunding yang sah dilantik. Mereka berhajatkan uncang saya. Ok.... alhamdulilah, sekurang-kurangnya iklan saya dalam Ig dan Fb sampai ke golongan sasaran. Walaubagaimanapun, saya adalah bakal penaja door gift bag. Setelah 2 hari berfikir, saya buat keputusan untuk menolak pelawaan mereka. Alasan saya, dia berkemampuan dan inginkan sebuah majlis yang setanding dengan rakan-rakan seperjuangan. Bantuan saya hanya pada golongan yang lebih memerlukan. Bersederhana. Saya telah menolak secara baik tanpa menyatakan alasan. Alasannya saya nyatakan di sini. Semoga majlis pernikahan dan perkahwinan penyanyi tersebut di berkati dan dirahmati Ilahi. Saya juga inginkan keberkatan dalam setiap apa yang dilakukan.





GST

Selamat pagi Cik Diari Maya.


Sepatutnya.... 


Awal sejam sampai ofis. Semangat GST katanya. Hehehh. Isu hangat sekarang. Ramai yang membantah. Katanya helah kerajaan dan semakin membebankan golongan berpendapatan sederhana ke bawah. Benar. Semakin tersepit. Mungkin juga kerajaan ingin menstabilkan semula ekonomi negara.
GST dah mula dilaksanakan sejak semalam. Sistem masih kelam kabut. Ramai yang masih belum faham. Apa boleh buat, sebagai rakyat Malaysia... saya terpaksa telan dan redah. Nak cakap banyak? Dah ramai yang tolong cakap. Bakinya, apa strategi yang boleh saya buat untuk mengurangkan/ elak perbelanjaan yang melibatkan cukai 6%? Banyakkan Do It Yourself. Bela ikan.. ayam... kambing... itik belakang rumah. Tanam sayur. Jahit baju sendiri. Elak makan diluar (gerai/ restoran). Elak pembaziran... jaga kesihatan. Elak aktiviti yang mengundang beli belah... window shopping. Pesan kat nafsu.. Jangan nak macam-macam!
Setiap hal.. masalah, ada penyelesaiannya. Ya dak??? Jangan biarkan diri disepit dan tersepit ;)

Cerita Kiah

Minggu ni agak sibuk dengan rutin harian. Keje ofis.. submit FloraRosa, Ancubic, Tiara Hill. Keje rumah.. nak siapkan rumah untuk tetamu h...