July 27, 2015

Selamat kembali

Alhamdulilah... kebanyakan rutin berjalan lancar selama menyepikan diri. Selamat menyambut Aidil Fitri & mohon maaf, Cik Diari Maya Saya.

Ramadan yang baru berlalu...
Tiada dugaan yang sangat mencabar.


Juadah sederhana.. tetap masak samada sempat atau tak. Puas hati... kali ni kami amalkan sikap tak membazir. Mana2 lauk yang lebih, disejuk beku. Jadi bila ada hari tak sempat masak, panaskan aje. Yang terkilan, kurang aktiviti jemaah terawikh di surau.

Majlis berbuka puasa Ofis

10 hari pertama Syawal...
Seperti biasa, saya menyambut hari raya secara sederhana di Lahad Datu. Masa banyak habis di rumah disebabkan keadaan Inak semakin uzur. Inak hanya berada di katil. Semoga Inak boleh berjalan pada masa akan datang.





Sekarang, tiba masa untuk habiskan ziarah aidil fitri di semenanjung pula. Cuti 2 minggu aktiviti menjahit dan berkreatif.