May 30, 2011

cerita 54... kemarin dan semalam

Kemarin.

 Habis keje aku balik. Menapak. Laling tak dapat amik sebab keje banyak. Nasib baik tak panas terik. Aku singgah kedai beli tepung pulut, kacang panjang dan tempe. Untuk makan 3 orang.. ok la. Mak tak masak sebab bahan mentah dah abis. Kiranya kitorang makan nasi goreng untuk sarapan, makan tengahari dan malam. Tapi sebab ari Sabtu, hero-hero kat umah hanyut ngan keje. Jadi diorang makan kat luar. Tinggal aku dan Mak untuk habiskan nasi goreng.
Pas semayang zohor, aku turun dapur. Lapar, aku tahan jap sebab nak makan sambal tempe. Aku tak snap pic sebab bateri abis. Dekat sejam aku prepare dan masak sambal tempe. Lama kan? Tak pe... aku kan budak baru belajar. Hehehe. Sambal tempe menjadi sebab Mak cakap "sedap gak". Kul 3 baru aku ngadap citer hindustan sambil menikmati makan tengahari, quaker oat berlaukan sambal tempe.
 Pas makan aku lepak depan tv. Agak-agak bosan layan hindustan, aku gerak ke dapur lagi. Kali ni aku try buat Tang Yuen. Manisan orang Cina. Cam dalam pic kat bawah ni.