February 22, 2018

Sila cakap sikit

Saya masih berada dalam mood sambutan raya cina. Tahun ni, lima hari cuti dari Khamis hingga Isnin. Cuti bermula dengan urusan ke pejabat tanah, ziarah makcik, membeli belah, berehat, membeli belah, mesyuarat 5 beradik dan akhir sekali berehat. Masih tak sempat nak menjahit dan menyusun barang-barang dalam bilik. Hari ni saya cuma nak kongsi kata-kata penutup dari konfliks harta pusaka minggu lepas...
Hanya kami lima daripada tujuh beradik duduk perbincang dan kata sepakat ialah kami tidak meneruskan tindakan selanjutnya, iaitu bawa kes ke pihak berkuasa biarpun kami punya cukup bukti. Pendapat dan keputusan Along inilah yang memberi pelajaran untuk saya sebagai insan dewasa. Kematangan dan tindakan waras seorang abang yang ingin menjaga hubungan kekeluargaan dan elak keadaan bertambah rumit. Kepercayaan dan amanah diberi kepada si pembuat angkara. Along cuma ingin memberi peringatan tentang balasan jika mengambil hak individu yang sepatutnya. Keputusan Along membuatkan empat beradik lain hadir dalam perbincangan jadi terkedu. Secara peribadi, keputusan yang dibuat tidak merugikan dan ia membuatkan saya tenang. Along... lebih banyak memandang, mendengar  & berfikir.

February 12, 2018

Bukan saya

Saya biasa menonton drama tv kisah pengurusan harta pusaka. Waris-waris bertelingkah sesama sendiri seolah-oleh harta-harta pusaka yang ditinggalkan simati perlu dibawa dan muat dalam liang lahad nanti.

Alhamdulilah.. drama realiti kami tak seteruk tu. Pakatan kami waris-waris ialah penyelesaian yang tenang, adil & waras. Urusan sebenar tergendala sebentar disebabkan seorang waris. Dan disebabkan urusan sebenar, kegiatan Si Tupai terbongkar. Kebolehan imbangan Si Tupai mula ditarik Maha Pencipta dan semakin hampir jatuh ke tanah.

Sambungan serba sedikit kisah Si Tupai, minggu lepas. Masalah yang ditimbulkan adalah sangat besar. Dia menafikan hak waris-waris lain. Tamak. Menipu dokumen persetujuan waris-waris lain. Samada dia berseorangan atau melibatkan pihak luar. Pindah milik tak akan berlaku tanpa arahan & perbuatan si pelaku. Dia mengaku dihadapan waris-waris dan saya sendiri, yang saya juga terlibat. Saya terkilan dan tindakan yang kejam. Demi secebis tanah yang bernilai jutaan ringgit dia semakin mengikis kasih sayang saya terhadap dia.

Ok, tutup kes. Harta dunia tak boleh dikenang. Nanti lalai.. hanyut. Kaya cam mana pon, jam tangan tetap pakai satu. Orang kaya tak baper waras je pakai 2 jam tangan. Hehehehh. Mana ada liang lahad jutawan ala-ala hotel 10 bintang. Tugas saya ialah memberi kerjasama menyelesaikan hal. Tentang cakap-cakap yang mengaibkan, saya tak perlu fikirkan sangat. Undur diri dari dunia mereka sebab selagi ada depan mata, selagi itu mereka tak puas hati. Bila perlu, hulurkan madu bila tuba dilempar.

Semoga saya diberi kekuatan olehNya... terima kasih Allah yang sentiasa memberi rezeki yang cukup dan baik untuk kami sekeluarga. Saya berdoa Si Tupai bertaubat & diberi hidayahNya. Semoga kisah ini berakhir dengan baik dan menjadi tauladan. 

February 9, 2018

Checkmate!

Post hari ni hanya luahan rasa sebab ceritanya buat saya terkedu pertama kali diberitahu. Insyallah, saya akan cerita serba sedikit sebab hari pembongkaran akan berlaku dalam masa terdekat. Bukti telah diperoleh. Kecewa dan teraniaya. Selicik-licik tupai, akan jatuh ke tanah akhirnya. Itu janji Tuhan. Berlindung dibalik drama-drama fitnah dan cemuhan ke atas saya untuk menutup aib sendiri. Cerita manusia yang tamak kehidupan dunia. Ambil hak darah daging sendiri. Kejahatan yang tidak akan memberi keuntungan. Apa yang Si Tupai dapat? Menanggung beban kerugian berlipat kali ganda dalam hidupnya. Kini menghadapi masalah kesihatan, kelancaran urusan dan halangan untuk berjaya. Tak pasti berapa banyak lagi kesilapan hidup yang dah lakukannya. Salah satu sebab Allah bagi musibah ialah menyedarkan diri yang dah terlencong dariNya. Semoga kita dijauhkan sifat degil dan sombong dengan Tuhan.

February 8, 2018

Wirawati


Image result for super mom


Faktor masa sangat penting bagi saya yang hidup di bandar & bekerja. 18 jam masa untuk diri sendiri - rehat dan bekerja. Enam jam lagi untuk keluarga. Boleh dikatakan 12 jam dari 18 jam bekerja tadi pula dah kasi keluarga. Fizikal je kat ofis. Merancang kerja. Bila ada isu timbul, perlu selidik dan cari jalan penyelesaian. Tak boleh fikir kesukaran sebab akan jadi meroyan. Nak jadi penolong ketua keluarga tak boleh cepat melatah. Kena waras. Perlu tenangkan diri dulu. Setiap masalah, pasti ada jalan penyelesaian. Baru boleh jadi wirawati. Hahahaha. Insyallah.
Cita-cita saya ialah nak jadi wirawati keluarga. Berdikari. Bantuan tu bonus. Mengurus keluarga sendiri mengikut kemampuan diri . Redo dan berkorban bila tak sempat atau tak dapat urus. Saya perlu abaikan yang remeh temeh. Kalau layan, diri sendiri jadi tak terurus.
Apa pun yang berlaku dan akan berlaku, saya rujuk pada Dia dan jaga hubungan dengan Dia sebab tanpa Dia hidup saya jadi 'mati'. Semoga Dia merahmati dan memberkati insan-insan yang pernah dan akan meringankan urusan saya.

Sekian,
SayaBakalWirawati

February 7, 2018

Janji madu

Mana kata-kata manis nak post selalu?!

Hmm... sibuk sikit & kering kata-kata indah. Masalah yang sama. Macam muak nak cerita ulang-ulang kali tapi ada ringkasan atau kesimpulan dari apa yang berlaku selama kesenyapan saya..

Kita berbuat jahat kat hidup orang lain dengan harapan akibat buruk menimpa orang tu. Dah tentu menjadi tapi akan berbalik atau lebih berkesan kat hidup kita.

Tuhan dah bagi jalan hidup  cukup molek. Kita sendiri warna & corakkan hidup. Ikut perintah dan panduan Nya. Senang, tak perlu tindas orang lain & tokok tambah macam-macam jalan pintas demi kepentingan diri sendiri. Bila menafikan & tak yakin dengan Tuhan, kita sengaja serabutkan hidup. 

Sekian,
SayaYangInginSelaluBaikiDiri.