December 31, 2014

Cerita Cik Cha

Cik Diari Maya Saya,



Mengantuk nyerrr. Niat malam tadi tak nak pegi keje. Pagi ni rasa mengantuk sakit kepala. Risau Cik Cha tinggal sorang. Letih pun ada juga. Umpama bekerja 2 shift. 9 pagi - 11 malam. Banyak masa menunggu. Semalam seharian menguruskan Cik Cha yang sakit tangan. Kecemasan. Pagi Sabtu lepas dia jatuh dalam perjalanan ke kedai. Bengkak. Tok Siak bawa ke klinik pagi itu juga. Doktor sahkan hanya bengkak. Cik Cha diberi suntikan, pil tahan sakit dan bengkak. Saya tunggu dan lihat dalam masa 3 hari.

Tunggu giliran jumpa pakar
Keadaan semakin bengkak kemarin. Jadi, saya buat keputusan untuk bawa Cik Cha ke Klinik Kesihatan Kuang pagi semalam. Kes Cik Cha dihantar ke Hospital Sg. Buloh. Berdasarkan x-ray, doktor pakar hospital Sg. Buloh sahkan tulang di pergelangan lari dan ada sedikit patah. 
Rawatan yang sesuai untuk Cik Cha ialah menarik semula kepada kedudukan asal berbanding pembedahan disebabkan faktor usia. Cik Cha ditidurkan dan dibius sebab rawatan akan menyebabkan rasa sakit. Keseluruhan rawatan berlaku dengan lancar. Cik Cha saya beri kerjasama yang baik walaupun dia takut dicucuk.
Pengalaman seharian di klinik dan hospital... saya bersyukur menjadi rakyat Malaysia. Kemudahan hidup yang agak selesa. Agak berpuas hati dengan pengurusan, kemudahan dan layanan cuma memerlukan kesabaran waktu menunggu giliran.Saya perlu faham yang bukan kita sahaja yang amat memerlukan rawatan. Mungkin sedikit masa nanti, waktu menunggu jadi lebih singkat.

Sekian. Jumpa tahun depan!

December 29, 2014

-tiada tajuk-

Cik Diari Maya Saya,


Hari ni saya kembali selepas bercuti sehari lebih. 
Jalan-jalan Bandar Melaka.... hanya makan dan jalan-jalan dalam kereta. Cuaca yang hujan renyai sepanjang berada disana dan kesesakkan jalan menyebabkan kami malas untuk ke sana ke sini. Musim cuti. Makan di Klebang dan gerak balik. Coconut Shake... tak sempat. Kesimpulan, kesempatan cuci mata di Melaka Sentral sementara menunggu untuk diambil ialah makan  yang sedap-sedap dan jualan pakaian yang agak murah berbanding KL.

shopping gallery
Sumber gambar: Google

Semalam.... rehat di rumah. Juga suasana suram hujan renyai sepanjang hari menyebabkan rasa tidur & rehat. Tok Siak je yang sibuk kerja. Kesian dia, dah berbunyi. Lebih dari Bangla katanya. Musim rezeki. Alhamdulilah.

Pesawat terhempas lagi.... semalam kabarnya. Kali ni pesawat Air Asia QZ8501 dari Surabaya (5:35 pagi) ke Singapura (8:20 pagi) dengan 162 orang. Terputus hubungan jam 7:24 pagi di sekitar Kepulauan Bangka-Belitung. Semoga dipertemukan dalam masa terdekat.






December 27, 2014

Cerpen Sabtu pagi

Sabtu kembali lagi :)


Pagi ni saya lewat tiba di ofis. Alasan: Beli tiket bas. Ramai beli tiket kat TBS pagi ni. Hari ni lepas keje cadangnya nak jalan-jalan Bandar Melaka. Nak makan ikan bakar & coconut shake katanya. Layann. Yang teruja sangat ialah naik bas & tengok keindahan malam di Melaka. Lain-lain, saya ok-ok je ;)




December 26, 2014

Cerpen semalam

Salam Jumaat.


Permulaan hari yang baik baik umat Islam. Kembali berkerja selepas sehari cuti sempena menyambut Krismas. Saya tak sambut, cuma tolong cuti. Buktinya.... bangun tido > masak sarapan + cuci baju > sarapan > beli belah > masak makan tengahari > makan > main badminton > tido > lepak bawah pokok mangga > makan > potong kain > candy crush > tido. Saya tak beraya kan.. kan? Hehehh..
Cuaca agak suram pagi ni dengan sedikit hujan. Alhamdulilah, saya tak diduga dengan musibah banjir. Semoga penduduk-penduduk di negeri-negeri dilanda banjir tabah dan bersabar. Tiap apa yang berlaku misti bersebab.
Aktiviti pagi ni ialah menukar rupa paras blog. Warna peach. Lagi, buat akaun facebook khas untuk blog. Cadangnya, akaun ni jadi akaun facebook utama mengganti akaun sedia ada. Niat nak tutup akaun tu tapi sayang. Buka buku baru kehidupan. Hari-hari lalu jadi kenangan dan pelajaran. Kebetulan tahun baru tak lama lagi. Banyak kesilapan dan tersilap. Saya harus memaafkan diri.

December 24, 2014

Rajuk diri

Cerita pagi.....


Cik Diari Maya Saya,

Sejak beberapa hari ni saya sibuk menyiapkan As Built Drawing E & * Hotel. Sedikit stress di situ. Grrrr... orang sebelah tak mampu membantu saya. Lepas ni tiada bergantung harap bantuan orang sebelah. Pembantu yang tak membantu. Apa boleh buat, layan je la sampai siap. Padan dengan muka saya juga sebab dah sebulan dok buat keje "makan angin". Bos makan angin, saya pun makan angin. Hanginnnn!!. Pagi ni agak lega sebab drawing dalam perjalanan ke Val*** consultant. Legaaaaaaa... sementara.
Petang ni saya sepatutnya ada reunion. Hmmm... macam suam-suam je. Saya buat keputusan untuk tidak turut serta. Mungkin saya ni ada virus "busuk haprakkk". Mungkin mereka lebih selesa kalau saya tak turut serta. Duduk jauh-jauh itu lebih sesuai untuk saya.

Kaya hati. Sangka baik. Sangka baik dengan Allah .. ada masalah? Kita ada banyak pilihan dalam dunia ini. Setiap sesuatu itu Allah beri yang terbaik. Di mana kedudukan kita berada, kita boleh jadi baik - UKE.

Sekian.

Cerita tengahari.....

Cepat lak meka sambut birthday saya... tolong makan je laaa


Cerita orang nyanyuk.....


Tolong ingatkan saya.. right-click setting

December 22, 2014

Stori lagi

Kepada Cik Diari Maya,

Hari ni saya kembali menulis selepas bercuti dua hari. Hasil 2 hari cuti, keletihan. Jadi, malam ni.. rehat dengan cukup. Insyallah. 

Apa yang berlaku selama 2 hari?... 

Sabtu... dari ofis saya terus ke Stadium Bukit Jalil untuk perlawanan akhir piala Suzuki AFF 2014 Malaysia lawan Thailand seawal jam 3 petang. Awan menangis sepanjang petang. Malaysia menang 3-2 tapi aggregat 3-4. Bermakna Malaysia naib juara untuk musim kali ni. Saya bukan kaki bola, saya hanya layan bola demi Tok Siak saya comel tu dan cuba celik bola. Selama saya jadi pemerhati yang tak berapa pandai, saya agak bangga dengan pemain Malaysia sebab pemain Malaysia tak manja dan tak mudah rebahkan diri dipadang berbanding pemain-pemain negara luar. Biarpun lemah, mereka bermain dengan jujur. Biar menang dengan kejujuran. Suatu hari nanti, kejujuran akan dibayar dengan kemenangan.



Ahad... masih keletihan dan gagahkan diri bangun pagi jam 8:30. Dari pagi hingga jam 3 saya sibuk siap sedia dan menyiapkan menu nasi Bukhara dengan 2 kg basmathi. Alhamdulilah, masing-masing makan dengan sedap. Selesai makan, masing-masing merehatkan diri dalam cuaca yang agak sejuk.. Sebelah malam pula, seisi menyiapkan kerja ofis. Nangissssss. Siap kerja jam 1:30 pagi tadi. Zzzzz

Misti siap!

Sekian saja, Cik Diari Maya.

December 19, 2014

Auuuummmmm

Esok malam kami kasi gegar Stadium Bukit Jalil. Bangun harimau bangun! Auuummmm



Malaysia vs Thailand
Akhir Piala AFF Suzuki 2014

Moh ler!

December 18, 2014

Mahar Terindah

Mahar Terindah

December 18, 2014
Penulis: Puan Roza (Universiti MKI)

Saat indah.

Hati berbaur setiap kali menerima kad jemputan ke majlis perkahwinan. Riang dan sebak bersekali. Melihat dua mempelai berjalan beriringan sambil jari bertaut kemas melepasi pintu utama boleh mengalirkan air mata.

Ada kenangan masih tertusuk di dada.

Hari itu tidak berbeza. Mata melihat berpuluh-puluh meja di dalam dewan besar yang kelihatan terlalu indah Setiap meja dihiasi dom-dom berisi makanan lazat. Peralatan hidangan – pinggan, cawan, gelas, sudu serta garpu – tersusun rapi. Terselit cantik cenderamata berbekas ala kristal berbalut reben berhias mawar putih.

Hati tidak dapat menolak untuk bertanya, “berapa agaknya sewaan hotel ini?”.

Mata galak merakam hamparan permaidani merah terbentang seawal pintu utama. Sepanjang jalan masuk dihiasi jambangan mawar putih segar bugar. Pentas utama disidai gabungan kain sutera, satin dan sifon.

Akal yang bermalasan tidak dapat mencongak bilangan mawar putih terhias indah di kiri kanan kerusi raja sehari. Harumannya menawan. Lagi, pada penjuru pentas, terdapat kek sugar paste bertingkat-tingkat.

Pentas raja hanya sehari ini bakal disinggahi oleh pengantin terbilang.

Tumpuan terganggu apabila MC mengumumkan pengantin  akan memotong kek besar sebelum ke meja makan utama. Lensa kamera berkelip-kelip merakamkan saat indah buat mereka. Kemudian, pengantin perempuan dengan senyum melerek menawan meninggalkan sudut pentas bersama pasangannya.

MasyaAllah Tabarakallah!

Alunan muzik dimainkan mengikut tempo perjalanan pengantin. Sungguh suasananya indah sekali. Mata merenung persalinan pengantin, gabungan kain sutera dan Lace. Potongan baju ketat sendat. Ia – agaknya – sesuai dengan tubuh langsing sipemakai. Potongan kainnya berjela-jela panjang. Ada dua anak gadis comel perlu membantu semasa bergerak.

Sungguh … ia benar dan nyata!

Meja utamanya lagi hebat. Pengisinya orang kenamaan, orang bergelar serta orang berharta. Mereka siap sedia menunggu untuk majlis bersantap adab beradab. Juadahnya tentu sekali berbeza. Wajah mereka hampir terlindung dek tapak lilin serta gubahan bunga-bungaan.

Allah … Allah … ya Allah … daku pernah mengimpikan suasana ini aduhai  suamiku.

Daku mimpikan majlis perkahwinan di dalam taman dipenuhi dengan bunga-bungaan, reben-reben besar dari kain sutera diikat pada para-para tinggi serta burung berkicau-kicauan. Lalu pari-pari kecil membantu membetulkan kaki kain meleret yang panjangnya berjela-jela.

Ia kisah puteri-puteri dongeng. Namun itulah impian pengantin remaja yang telah berkubur berpuluh tahun lamanya.

Lamunan terhenti. Agaknya berapa ramai yang mampu berhabisan beratus ribu kerana meraikan majlis perkahwinan anak sendiri? Tidak. Tiada siapa yang mampu jika mereka bukannya keturunan keluarga Diraja, jutawan atau orang berjawatan tinggi. Istilah ukur baju di badan sendiri masih terpakai. Majlis seumpama ini tidak bertempat bagi orang biasa-biasa.

Diam-diam – hari itu – bakal pengantin perempuan tertawa geli hati mengenangkan angan-angan puteri dongeng yang melintas di fikiran. Tiba-tiba, sayup terdengar dari ruang tamu.

Berapa hantarannya pak cik?

Mas kahwin di Johor RM22.50. Hantaran terpulanglah kepada Kamil. Jangan menyusahkan.



Saya sudah ada menyimpan sedikit wang. Tidak banyak. Simpanan biasiswa. Jika RM4500, pak cik boleh terima?

Terdengar anak muda yang datangnya bersendirian bertanya dan memberitahu bakal bapa mertuanya. Tubuh badannya sedikit bergetar tetapi teratur sekali berbahasa. Beliau merisik khabar sendirian sebelum membenarkan keluarga datang meminang.

Alhamdulillah. Itu sudah lebih dari memadai. Rasanya  tidak perlu bertunang-tunang. Mintalah keluarga datang tiga bulan dari sekarang.

Bapa mertua juga berhemah. Barangkali dalam diam beliau berterima kasih kerana pengakuan luhur lagi jujur dari bakal menantunya. Barangkali yang berminat ramai tetapi inilah anak muda yang sanggup bertanggungjawab dan mahu menikahi anak perempuannya. Allah SWT berfirman yang bermaksud:

Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu mas kahwin mereka sebagai pemberian yang wajib. Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari mas kahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya.

(Terjemahan surah an-Nisaa’: 4)

Begitulah indahnya Islam. Sungguh, ia tidak memberatkan umat nabi Muhammad SAW. Tidak mengapa walau naskhah al-Quran yang hanya termampu olehnya. Tidak mengapa walau mas kahwin hanya RM22.50 sahaja.

Ia mahar terindah!

December 17, 2014

Kari Sembilang Kg. Pinang

Malam tadi saya & Tok Siak lakukan aktiviti luar jangka. Dari Kota Damansara ke Tanjung Karang. Siap sesat di Damansara Utama. Ambil di Kota Damansara dan hantar ke Tanjung Karang, abang kepada jiran sebelah rumah. Misi bermula dari jam 8pm hingga 2am. Dah lama teringin nak jalan-jalan ke sana. Tertunai akhirnya walaupun tak dirancang. Tok Siak pulak tertunai hajat nak makan ikan bakar. Kari Sembilang? Ingatkan sekadar nama tapi wujud lauknya.  Hmmm.. lawatan akan datang boleh rasa. Keseluruhan masakan agak sedap. Menu kami ialah telur dadar, kailan ikan masin, kangkung goreng belacan, pari bakar, bawal bakar, 3 pinggan nasi, teh o halia dan teh tarik. Jumlah RM 35.80.
Seram bila fikir keselamatan pergi-balik dengan laluan gelap. Alhamdulilah.. selamat tiba dirumah awal pagi tadi.

Kami makan di sini. Sumber gambar: Puan Blogger 
Blues Gang makan bersila ngadap ikan bakor. Sumber gambar: Puan Blogger 

Kalau siang, dapat tengok sawah padi & ikan segar turun. Insyallah, kami datang lagi 

December 16, 2014

Reunion

Musim perjumpaan kawan-kawan lama masa sekolah dulu. Bulan ni ada dua perjumpaan. Perjumpaan kumpulan yang besar dan kecil. Yang besar, berlangsung minggu lepas saya terpaksa atau buat keputusan untuk tak hadiri. Pertama, hari Sabtu. Hari bekerja saya. Dah tentu lewat sampai. Alasan kedua.... agak tak sesuai bagi saya yang agak low-profile. Perasaan sekarang ialah ingin menjauhkan diri dari perkara-perkara yang agak tut... titttttt (upppss..). Perasaan yang agak malas jumpa atau melibatkan diri dengan ramai orang. Susah la macam ni. Memang payah. Perasaan yang lebih selesa sendirian. Perasaan yang suka kepada ketenangan daripada hiruk pikuk aktiviti yang agak tut... titttttt. Heheh.

Mereka bertemu.. 2014
Perjumpaan kecil bakal berlaku minggu depan. Perjumpaan kawan-kawan serumah dari matriks hingga degree. Agak ok... cuma 4 daripada 8 orang. Meraikan kedatangan salah seorang dari Sabah. Mula-mula agak keberatan tapi fikirkan kebaikan kawan, insyallah... kita jumpa nanti. Apa pun semoga pintu hati saya akan terbuka untuk menghadiri majlis perjumpaan kawan-kawan lama selepas ini. 


Bayangan Rindu

Sebuah lagi cerita yang baik... 




December 15, 2014

Tari jemari kembali

Hari Isnin kembali lagi. Alhamdulilah. Maka bermula kembali akviti sampingan saya selepas seminggu berehat. Menjahit dan berkraf kembali. Insyallah.

December 12, 2014

Quran Saintifik

12 Dis.

Buku ni salah satu daripada buku-buku ilmiah yang nyaris berada dalam tong sampah. Sempat diselamatkan oleh Tok Siak. Masih baru. Sayangggg... banyak ilmu yang bermanfaat. Aktiviti dalam tren. Seisi 1... pagi tadi dah intro sikit. Petang ni sambung lagi.... insyallah. Sekali sekala Budak Malas ni membaca ;)



Seisi 1
Al-Quran adalah sumber/ isi penting, Sunnah & hadis menerangkan atau pelengkap sumber/ isi penting.
Iman & nyawa... iman penentu hidup dunia akhirat.

13 Dis. 
Seisi 2

Bila dah mula baca buku ni... saya? mula risau, ada ke lepas baca saya akan lebih baik atau lebih teruk. Semoga dijauhkan siifat buruk. Buku ni sesuai untuk saya sebab saya adalah salah seorang yang kritikal & mencari kebenaran.
Al Quran perlu dibaca dengan baik srterusnya difahami dengan baik lalu dihayati dengan baik. Selalu baca Quran, solat wajip & sedekah membawa diri kita kepada peniagaan yang tak akan merugikan. Jujurnya, saya tak kerap membaca Al Quran sebab saya tak faham apa yang saya baca. Itu sebab utama. Jadi macam mana nak dapat keseronokan membaca? 
Al Quran membawa kecemerlangan bagi orang yang baca, faham & amal. Macam mana saya boleh sampai ke tahap tu dan dah lama berhajat untuk sampai ke tahap tu (Tanya & jawap sendiri. Mulakan usaha... Lagi mau tanya!). 
Penguasaan 2 ayat. Ayat pertama ialah penguasaan ayat-ayat AlQuran. Ayat kedua ialah penguasaan "ayat-ayat" yang tersembunyi di dalam alam semesta. Maksudnya, dengan melihat keindahan kejadian bulan & bintang..  kita akan terlintas rasa uniknya ciptaan. Kita mencari-cari bagaimana ia berlaku, terhasil.. sistemnya.
Al Quran membawa umat Islam atau pembacanya berfikiran kritis dan kritikal. Mungkin kebanyakan perkara yang saya tak nak atau kurang buat ialah pemikiran saya tak dapat kesan logiknya atau bukti perkara tu. Otak saya protes untuk buat tu... buat ni selagi "tak nampak" dan keliru.


-bersambung... 

December 10, 2014

Tugasan: Hantaran

Tugasan yang bakal saya buat ialah hantaran. Insyallah. Saya ada 2.5 bulan untuk dapatkan idea dan siapkan. Sejak ditabalkan untuk menggubah, saya mula mencari idea. Hari ni saya dah mula melakar idea pilihan pertama. Pilihan kedua... ketiga... akan menyusul. Konsep macam yang lepas: cantik, kos yang logik dan ringkas. Pengajaran dari yang lepas, tak nak bikin bunga yang ambik masa yang lama-lama dan bunga kasi banyak-banyak (kalau tak, Tok Siak marah!).


Sekian.

December 9, 2014

Berita ringkas

Hari ni kembali kepada rutin selepas 4 hari menjalani hidup sebagai seorang suri. Hehh.. ayat!. Cuti keje ofis selama 3 hari, bermakna segala tenet pun bercuti. Saya yang sibuk lagi penyibuk!.





Bermula dengan menyiapkan kerja-kerja hantaran Jumaat lepas. Dari pagi hingga ke awal pagi esoknya. Tak siap-siap. Agak kecewa sebab Tok Siak komen gila beb tak puas hati dengan hasil kerja saya. Huhhhh... sedih sangat. Rasa tak nak jumpa pengantin... risau pengantin tak puas hati. Saya akui, hasil kerja kali ni nampak simple sebab tak banyak bunga. Tok Siak nak banyak bunga! Saya tak cukup masa. Orang lain komen: Ok... cantik juga. Jadi Ok laaaa... apa ler Tok Siak nih :)



Hari bersejarah Radzlee & Niza..... Sabtu nikahnya. Muka tebal saya submit hantaran kat Radz. Radz kata, tak apa la Kak. Hehh. Alhamdulilah, majlis berlaku lancar.. lebih kurang 40 minit. Rombongan kedua-dua pihak tiba pada masanya. Selesai upcara lafaz, jom makan!. Semoga mereka bahagia & ceria selalu. Jamuan makan besar berlangsung esoknya. Makan lagi!







Malamnya, jom ke stadium. Malaysia bertemu Vietnam untuk Piala Suzuki AFF. Tewas 2-1. Semoga Malaysia menang di Vietnam.





Isnin, hari berkumpul di rumah kabin. Meriah dengan upacara cuci baju.. makan2.. borak2. Lewat petang Inak dan rombongan beransur. Alhamdulilah, semuanya berlaku dengan baik. Pagi ni ni.. Inak, Kak Long, Aini dan Baby kembali ke Lahad Datu. Insyallah, raya nanti kita jumpa lagi.


December 3, 2014

Saya Penjual Coklat!

Hari ni saya nak tepek kat status facebook >>>

"Mau cekelet? Harga rm4.90/bar cadburry 175g. Pembelian 10bar keatas... rm4.50. Serah & bayar order: Sabtu & Ahad. Tutup order: Jumaat minggu depan. Semoga jual-beli ni mengeratkan silaturrahim sesama kita ;)




 "

Orang meniaga selalu cakap... test market. Ok, saya test market 2 minggu ni. Semoga ada sambutan ;)

December 2, 2014

Cadbury 175g

Selamat menyambut hari lahir untuk Tok Siak.
Semoga diberkati & dirahmati Nya selalu...

Tahun ni Tok Siak dapat cekelet. Peberet dia. Saya juga. Semalam saya borong 4 papan cekelet. Nak beli coklat murah & berbaloi, beli ler kat Mydin. Lubuk coklat. Untuk 175g... rm3.89. 
Perbandingan harga, kalau kat Tesco, rm6.39. Econsave pula rm7.40. Giant... rm8.39. Giant paling cepat kaya. Hehhh ;)




Hmmm... ok kot kalau jadi penjual coklat. Boleh dipertimbangkan

December 1, 2014

Laporan Isnin

Semoga saya tak lupa!


Salam Isnin.

Minggu ni saya sibuk menyiapkan hantaran Radz dan drawing PLKN. Bila jalan-jalan kat blog ni, dah lama saya tak main masak-masak menu baru. Sejak tugasan langsir. Minggu depan insyallah ada lega. Semoga hari ni berlaku dengan lancar, rezeki yang baik dan amalan yang diterima.