September 27, 2011

September 26, 2011

cerita 76... al-fatiha untuk yang telah pergi

Pagi ni jiran seberang jalan selang 2 rumah kembali kepadaNya. Arwah Makcik tu meninggal jam 12 malam tadi. Kak Fariha, jiran sebelah yang maklumkan. Aku tak berapa kenal dengan arwah. Aku sempat ziarah sebelom ke ofis. Nasib baik aku dah settle jemur baju dan buat cekodok.
Semalam, jadual aku mula ngan bangun kul 6:15am. Kul 8:00am, siap  gi pasar selangor. Pas tu gi Fah Lean beli kain & reben untuk uncang. Baliknya, gi umah Haini hantar bekas nasi & tolong isi nasi untuk majlis aqiqah & raya. Kelam kabut aku kitorang siap kul 11:30am amik Qistina kat Kelana Jaya. Huaaaaa.. aku janji amik dia sebelom kul 12am. Sib baik tak jem & lewat 5 minit. Qistina join beraya ke Subang Permai. Umah Mak Uda & Ateh. Pastu singgah Langat, sambutan hari lahir Nia, anak Emi. Sampai umah kul 6:20pm. Pas tu gi majlis Hafiz & Haini. Bersambung dari yang paginya. Majlis dah nak abis. Pas tu, pengsan jap. Kul 8pm, kitorang gerak ke KLCC. Layan Qistina beli pensil. Hmmm... rm5 hengget satu. Dia nak beli satu.. aku cakap tak berbaloi datang KLCC semata-mata nak beli sebatang. Dia amik 2 & fancy stamp. Dah puas ati, dia gi bayar ngan duit raya dia. Heheheh, saja aku tak belanja untuk dia belajar berdikari. Pas tu, makan nasi ayam. Dinner kitorang. Pas tu hantar Kak Ida kat Kg. Batu, Qistina kat Kelana Jaya. Abang bawak Mak balik. Sampai umah 11:30pm. Hmmmm complete jalan-jalan sakan semalam.

September 15, 2011

cerita 75... luahan rasa

Petang semalam aku rasa very d down. Hari ni aku nak mulakan segmen 'Dalam hati ada langit mendung'. Ni je satu cara untuk aku luahkan rasa yang negatif. Biasalaaa.. orang pompuan, 'very d sensitive'. Bila dah luah, aku akan rasa lega, tenang dan kembali ceria. Tutup kes... full stop.
*****

September 14, 2011

cerita 74... demi silaturrahim

Hari ni aku cuba untuk puasa sunat. Yakin boleh!. Jadual baru berjaya semalam tapi aku adjust skit. Aku tido awal.. 9pm. Kul 3am, aku bangun.
*****
Pagi ni aku terkenang kisah bermula jejak kasih 18 tahun lepas. Sikap dendam kesumat dan benci mereka masih ada. Manis didepan, benci dibelakang. Memang aku nampak bodoh didepan mereka. Dan sangat pedih masa saat perit aku... 7 tahun kebelakangan ni hingga sebelum perkahwinan aku. Aku muncul tanpa niat terselindung dan aku dah lupa dan mungkin juga tak tahu sepenuhnya pertelingkahan silam dan menyangka mereka dah tutup buku. Dendam mereka sampai sekarang. Sejak berkahwin, kadang-kadang dan bila perlu saja aku akan ziarah mereka. Walaupun berat, aku berkorban demi silaturrahim.

September 13, 2011

cerita 73... rutin harian

Sejak balik dari cuti raya, aku cuba untuk tukar jadual harian, dari jadual 'malas' ke 'rajin' dan kelam kabut waktu pagi. 1 hari.. malam bertemu malam. Aku mula jadual baru semalam. Untuk separuh hari ni, menjadi. Pagi tadi aku tak kelam kabut. Tak lewat sampai ofis. Aku try susun jadial cam ni:

7pm - 11pm:
-Cuci baju & sidai baju
-Solat
-Tengok tv
-Hobi (menjahit/ nyulam etc)
-Kemas umah
-Standby ubat
-Prepare bahan sarapan
-Option: Seterika baju keje

11pm-5.30am:
-Tido

5.30-7.00am:
-Bangun
-Mandi
-Solat

-Option: Kemas umah

7.00-7.40am:
-Siapkan sarapan
-Tengok tv

7.40-8.00am:
-Siap untuk keje
-Sarapan

8.30am-6pm:
-Keje
-Solat

6pm-7pm:
-Rehat
-Tengok tv

Rutin Mingguan:
Keje2 yg tertera kat bawah ni aku kena buat secara mingguan. Aku buat bila ada peluang dan kalau boleh ujung minggu aku elakkan sebab mungkin ada plan jalan2 atau ada tetamu dan kalau boleh ujung minggu aku nak rest & lebih relaks. 

Seterika baju
Basuh bilik air

Cuci2 macam2
Kutip sampah (umah aku sentiasa ada kertas dan plastik. Benda2 ni tak guna sebab tak gerak2 dari tempatnya berhari-hari hinggalah berminggu2. Satu lagi plastik. Mak suka sangat kumpul bekas plastik dan plastik pasaraya. Benda2 yang tak boleh pakai pon dia simpan. Spot simpanan dia, kabinet dapur dan bilik dia.. alahai emak kesayangan aku nihhhh)

September 12, 2011

cerita 72... mimpi itu mainan tido

Malam tadi aku dibuai mimpi... kategori best gak la. Harap2 mimpi ni jadi kenyataan. Watak aku dalam mimpi ni diganti Ustz. Siti Nor Bahyah. Boleh pulak. Watak Laling aku nampak kabur-kabur. Mungkin dia sendiri. Citernyer.... menceritakan impian dan harapan realiti kami berdua. Aku berkahwin agak lewat dan walaupun cam tu, aku punya keluarga yang bahagia. Kami juga agak lewat juga dikurniakan cahaya mata. Lepas pelbagai ikhtiar dan usaha, akhirnya kami dikurnia seorang anak lelaki, Mohd. Nur Hasyim. Lepas tu tiga atau empat tahun, Siti Nur Aisyah. Dalam mimpi ni, hidup kami sekeluarga semakin dekat denganNya tanda kesyukuran. Aku selalu berdoa supaya anak-anak aku jadi anak yang soleh dan solehah. Dan part yang best, aku doa suatu hari nanti anak lelaki aku menjadi anak yang soleh dan berjaya dalam kerjaya sehingga mampu belikan aku banglo dalam kawasan golf. Heheheh..

September 9, 2011

cerita 71... gambar raya

Raya kali aku tak sempat bergambar keluarga kat kampung. Sebok dari sembahyang raya sampai la malam. Bila ada peluang, tak cukup ahli lak. Tak best kan. Tahun ni, gambo ngan keluarga kat kampung tak ada. Nanti senang, aku nak bergambo ngan Lalingku sebagai kenangan raye 2011.Malam tadi, permulaan aku beraya kat Cheras. Sampai umah dari ofis, aku terus rendam bihun. Busu sekeluarga, Boy 'n' cik tunang & Mat nak datang beraya. Aku sempat kasi ole2 kuih cincin, ikan masin & ikan bilis untuk diorang. Kul 12:45 baru aku settle ngemas. Lalingku dah lena dulu kat sebelah.

*****
29 Sept 2011....

Ni dapat la gak sikit gambar sambutan raya 2011...

17 Sept 2011 - rombongan Cik Esah

24 Sept 2011 - Majlis sambutan aidil fitri Zon Permai
24 Sept 2011 - Majlis sambutan aidil fitri Zon Permai
25 Sept 2011 - Jalan-jalan raya Cik Cha

18 Sept 2011 - Beraya & sambut hari lari A-Ar kat umah akak K.Zila

September 8, 2011

cerita 70... balik dari kampung (beraya)

Hari ni hari pertama aku mula keja selepas cuti panjang beraya kat kampung (Lahad Datu). Bermula 28 Ogos - 7 Sept. Malam tadi 7:40pm tiba di LCCT. Semalam, sehari sangat jauh perjalanan. Bermula dari Labuan, turun ke Kota Kinabalu dan akhirnya ke Sepang. Sarapan di Labuan, makan tengahari di KK dan makan malam di Bangi. Banyak cerita beraya kat kampung. Insyallah semua aku cerita.

27 Ogos - Hari terakhir aku keja. Aku belom packing lagi baju. Sabtu.. separuh hari keja. Sempat gik. MyLaling dah mula cuti... dia la yang settle hal2 kat umah. Ke pasar dan pasaraya tambah stok makan untuk Mak sepanjang kitorang tak ada. Pehhh... lotih. Balik keje, aku mula ngemas umah. Nanti Mak tak yah susah-susah. Malam packing baju dan barang-barang. Lotehhh... sampai kelat mata bila tang packing. Tak sempat tido. Kul 3am.. gerak ke LCCT. 6:45am terbang. Dari mula terbang, aku dok tido. Sedar-sedar, dah sampai KK. Heheheh. Kat KK, aku roger2 Siti sementara tunggu flight ke Lahad Datu. Kitorang jumpa jap sebab Siti pon nak gerak balik Beaufort. Kul 2:45pm, sampai Lahad Datu. Pas letak beg, tukar baju.. aktiviti lepak-lepak kat port biasa (area dapur belakang) ngan sapa2 yang ada kat umah sambil amik bau laut sampai tiba waktu buka. Tatak masak nasi kuning.

28 Ogos - Hari ni aku berniaga kat pasar ngan Kak Tim, Ana dan Neneng. Amik alih tugas Tatak yang dok jual baju-baju kitorang selama ni. Dari kul 11am - 7pm. Perrrrrgghhhh cuaca amat la 'sejuk'. Sib baik ada angin. Cabaran pose tahun ni. Aku beli banyak air untuk cover balik air peluh yang kuar. Bau masing2... hmmm amat la masin. Sampai umah.... pengsan. Satu pengalaman berniaga. Pengumuman pose tahun ni, aku tak dapat ikut. Yang aku tau, esoknya "rayeeeeeeeee!!!".
29 Ogos - Pagi raya, aku bangun awal. Aku dah boleh biasakan diri ngan waktu di kampung. Aku bangun seawal 4:30am untuk sembahyang subuh. Mandi, rendam dan basuh baju. Settle. Lepak kat port. Tunggu semua orang bangun. Tenang sambil tunggu fajar terbit. Cantiknya lukisan langit pagi. Aku lom biasa nak tolong buat apa-apa lagi. Inak, orang yang pertama bangun. Aku perhati dulu apa dia buat. Dia akan kemas pinggan-pinggan kotor yang bersih. Lauk-lauk semalam. Masak air. Aku tolong sikit-sikit. Sambil dia ngemas, dia akan membebel... speaking bahasa dia yang sememangnya aku tak paham. Aku layan je laaaa. Orang mula takbir kat surau. Aku kejutkan Lalingku kali kedua. Siapkan baju dan pakaikan sampin. Time ni aku tunggu. Pas dia siap, kitorang saling mohon ampun. Tahun ni aku tak ke surau. Kenapa? Aku pon tak tau. Pas Laling ku balik surau, baru kitorang bermaafan sekeluarga. Keluarga yang besar. Meriahhh. Pas sarapan (of course, mee goreng Tatak) kitorang ke kubur arwah ayah dan arwah2 sedara yang bersemadi di kawasan kubur yang sama ngan arwah ayah. Balik dari kubur, sedara mara datang tak putus-putus sampai tak sempat nak bergambar keluarga. Tatak mula sebok masak pas sarapan berbanding cara Mak yang sebok masak pada petang sampai ke malam raya. Cara keluarga LD lebih relaks. I likeeee..

30 Ogos - Raya kedua. Tak kemana-mana untuk terima kunjungan. Aku mula rasa . Badan rasa cam terhuyung hayang. Pas dok lepak tunggu Inak bangun dan tolong apa yang patot, aku masuk bilik baring. Rasa badan letih dah tiba. Pas tengahari aku mula rasa tak sedap badan. Malam telan 2 pil tahan sakit. Memang aku nampak cam ngada-ngada tak tolong kat dapur sangat.

31 Ogos - Raya ketiga. Aku bangun awal cam biasa. Suasana kampung buat aku tak tido balik pas solat subuh. Aku buat apa yang patot. Kemas dapor cam Inak buat. Masak air dan aku bancuh nescafe 1 mug besar. Pas tu aku lepak kat port. Badan masih rasa tak best. Kul 8 gitu, kepala dah mula rasa melayang. Aku masuk bilik untuk baring jap. Pas sarapan, plan beraya kat kampung, Sinakut. Pas tu Tungku. Dalam perjalanan, aku dok tido. Selera makan pon kurang. Lauk sedap bangat. Tatak masak ikan fresh. Tapi aku tak selera. Kat umah Pakcik Jirin, aku dok tido. Aku tak tolong masak dan basuh pinggan. Ngada-ngada lak badan ni. Hari ni memang aku tak baper nak makan. Tido awal... kul 9pm

1 Sept - Badan rasa segar dan sihat. Aku bangun awal cam biasa. Kali ni, 90% keja dapur Inak dan bancuh 1 jug nescafe, aku buat. Last, aku dok kat port minum nescafe. Inak bangun bila aku dah settlekan keja. Inak usik sikit-sikit kat dapor, pas tu lepak kat port ngan aku. Masa kat umah banyak abis kat port sampai petang. Malam baru lepak tengok tv. Tido awal.

2 Sept - Rutin pagi yang sama. Hari ni aku, Laling, Syamira, Syafiq & GMan jalan-jalan kat bandar LD. 6km dari umah. Berjangkit beli t-shirt bundle kat Perdana. Puas merayap, balik umah.

3 Sept. - Lepak kat umah lagi. Petang 4pm gitu, gerak ke Sinakut lagi sebab ada majlis kahwin anak sedara. Malam tolong sikit-sikit buat hantaran.

4 Sept. - Hantar pengantin ke Tjg Labian. Cuaca panas. Aku risau badan tak sihat balik. Aku minum air banyak untuk jangan kasi suhu badan naik. Alhamdulilah, ok. Sampai umah, masa untuk rehatkan diri pas mandi.

5 Sept. - Aku dan Laling pegi beraya ke Silam. Umah 'hampir2' jadi awek Lalingku dulu. Heheheh. Pas tu, dating kat bandar. Jalan-jalan. Shopping ikan masin & ikan bilis.

6 Sept. - Sambung shopping & jalan2 kat bandar jap. Petang, packing baju & barang2. Malamnya
nak gerak ke KK. Jam 8:40pm, mula gerak dari umah. Kitorang naik bas ke KK. Tiket jalan pagi abis. Peluang lain kali la untuk tengok2 Kundasang, gunung Kinabalu & pemandangan perjalanan LD-KK. Sepanjang perjalanan, aku tido. Sib baik leh tido. Sampai KK, 4:30am. Pas cuci muka dan solat subuh kat umah sepupu, kitorang gerak menuju ke jeti Menumbok dengan kereta Lahit untuk ke Labuan. Kira ni percutian bulan madu pertama kitorang sejak kahwin. Sian kan. Hehehh.
Bot laju Jeti Menumbok-Labuan
Kitorang naik bot laju 15-20 min gitu untuk sampai ke Labuan. Harga
tiket rm15.00 seorang. Pukul 10:20am gitu... siap sampai di Labuan.
Laluan masuk utama Labuan
Gaya gedik merasmikan kamera baru
Cuaca panas terik. Merayau-rayau cari hotel  Susah juga nak cari hotel yang murah sikit tapi selesa. Pas mandi, kitorang rayau sampai ke shopping mall untuk makan tengahari. Tak ada apa menarik tempatnya sebab jalan kaki. Mungkin kalau sewa kereta atau teksi, jauh peginya. Pas tangkap sebijik kamera, kitorang balik hotel untuk tido jap. 

Cantik kan..
Pas solat maghrib, baru kitorang kuar balik. Lepak jap kat jeti, try kamera baru. Tak sampai 2 jam, balik ke bilik pas makan malam. Tido..
Nun sana dari jeti
Rehat.


7 Sept. - Kitorang check-out kul 8:30am. Sampai jeti Menumbok lebih kurang 9:30am.Sarapan kat simpang ke Kuala Penyu. Kedai makan yang sama
Tunggu bot ke Jeti Menumbok
cam semalam. Sedap masakannya. Pas tu gerak ke KK ngan petrol yang 'alahaiii'. Tak leh laju. Sampai Papar, baru jumpa Shell. Jam 12 baru sampai KK, terus tuju pasar Filipin untuk shopping kuih cincin & ikan masin terubuk. Makan tengahari skali. Siap makan, gerak ke umah Lahit untuk hantar kereta. Makan lagi sekali & repack barang. Kul 3, gerak ke Terminal 2. Terus check-in. Barang kitorang dah terlebih berat... 6kg. Sib baik awek tu tolong kasi free. Hehehh. Agaknya cair dengar rayuan Lalingku. Sementara tunggu masa naik belon, kitorang lepak makan lagi ngan Siti. Rojak & soto. 4:40pm kitorang 'masuk dalam'. Dalam belon, aku & laling terpisah duduk dengan laluan kaki. Aku dok sebelah pasangan suami isteri yang aku rasa baru kahwin. Alahai... bini nya gediknya. Yang laki pon gedik2 skit & layan gedik2 bini dia. Kali pertama naik belon. Aku dapat tido jap je. Pas tu aku tak leh tido sebab dok ngumpat diorang laki bini dalam ati. Complete ngan snap pic, makan, minum, toilet & beli gift. Nyampahhhhh lak aku. Sib baik dia tau diam pas makan, minum & toilet.  Geli aku dengar sore dia. Siap aku buat memek muke geli nyampah kat Laling aku. Orang terdekat kitorang perasan yang aku nyampah & geli. Ari tu aku kali pertama tak de la gedik2 cam tu. Rileks jek. Kul 7:40pm, tiba kat LCCT. Sementara tunggu abang datang, kitorang sempat solat maghrib. Sampai umah, aku settle Leele. Sian dia, kurang terurus sebab tak mandi. Kul 11:30pm, lelap.

Begitu la cerita rayaku di kampung. Suasana yang meriah. Meriahnya raya dikampung. Kat kampung juga aku sempat urut. Buat alignment. Kedudukan rahim aku dibetulkan. Aku dibekalkan akar-akar kayu. Insyallah esok aku mula rebus. Semoga aku 'sembuh', dengan izinNya. Berada kat kampuang, bagi pengalaman yang berharga. Aku harus bersyukur & jangan cepat mengeluh dengan rezeki yang diterima dariNya. Kehidupan aku disini lebih mudah berbanding dikampung. Kemudahan air yang agak terhad. Tiada bekalan elektrik dikawasan pendalaman. Pengangkutan, jalan dan banyak lagi kemudahan yang agak terhad. Insaf, dengan kepayahan & kesusahan hidup orang-orang kampung. Memberi peringatan untuk cuba hidup sesederhana yang mungkin. Tak membazir. Terutamanya bila tengok cara hidop kelompok pribumi orang-orang bajau laut yang idop dalam perahu.