October 30, 2013

Mai Penang

Jambatan panjang [Sumber: Google.com]

Apa yang boleh dicerita bila tengok gambar ni sekali imbas? Yaaaa... saya dah sampai Penang ujung minggu lepas tanpa dirancang. Impian saya telah dimakbulkan oleh Maha-Pengasih walaupun sekejap. Insyallah, ada masa nanti boleh jalan-jalan lagi. 

Makan yang sedap [Sumber: Google.com]

Merasa gak dok dalam ni [Sumber: Google.com]
Saya misti mau la! Kacang goreng [Sumber: Google.com]

October 25, 2013

Sayang awak juga!

Seharusnya kita ucap sayang pada pasangan kita setiap hari tanpa jemu walaupun sudah bertahun-tahun kita bernikah. Saya selalu dengar Dato' Fazilah Kamsah mengingatkan saya dan pendengar radio lain supaya memberi ucapan mahupun kata-kata sayang dan memeluk pasangan kita setiap hari terutama setiap kali sebelum keluar bekerja. Alhamdulilah, kami tak lupa lakukan. Kebiasaan, suami saya akan mulakan ucap sayang awak tau!... sayangggg awakkk.. tanpa jemu tak kira bila berada dekat mahupun jauh. Saya akan jawap dalam apa keadaan emosi saya termasuk sedang marah dan merajuk. Marah dan merajuk itu akan hilang tiba-tiba.
Dan kisah dibawah sebagai ikhtibar... Al-Fatiha buat arwah. Jangan kita tidak ambil peduli dengan apa pun kata-kata pasangan kita. Salah satu tanggungjawap terhadap pasangan ialah menjadi pendengar yang baik. Semoga rumahtangga kita bahagia dan ceria sampai bila-bila. Insyallah :)



October 18, 2013

Sayang awak ketat2..

Sayang, bila sekali imbas mengenangkan jika Allah ambil awak dari saya lebih awal, saya rasa bimbang & takut. Tapi, saya harus berfikiran waras yang kita semua milik Allah. Allah berhak mengambil apa saja dari saya. Jadi, jika begitu... perpisahan itu hanya sementara. Kita akan bertemu di alam yang kekal. Saya tak perlu meraung dan merintih di atas perpisahan sementara itu. Saya akan kuat semangat & teruskan perjalanan yang diberkati Yang Maha Esa.

October 15, 2013

Aidil Adha 2013

Selamat menyambut Aidil Adha. 

Tahun ni tak ada rezeki untuk berkorban. Tahun ni juga kami berdua beraya Aidil Adha tanpa Mak. Mak beraya di Melaka. Makanya, saya perlu sediakan juadah untuk para tetamu dan jiran-jiran. Jadi, hari ni dalam sejarah, saya masak juadah raya!. Menu yang jadi pilihan? Dah tentu yang simple-simple memandangkan saya hanya ada pagi raya untuk siapkan.
Malam tadi habis rayau semua kedai berhampiran untuk cari ayam. Ayam abis la Kak. Aduhhh... bagaimana? Daging lagi lah. Mau tak mau, kena masak stok yang ada kat rumah. Ikan sardin! Belasah je la. Jadi, menu utama ialah nasi kuning sabah sambal ikan sardin. Menu kedua, menu orang semenanjung - nasi impit kuah kacang. Saya belum pandai buat rendang :( . Menu ketiga, kek marble. Alhamdulilah, semuanya siap dalam tempoh 5 jam dan boleh makan. Maaf, tiada gambar untuk dipertontonkan sempena hari bersejarah ini ;)

October 2, 2013

Bercuti....

Aktiviti minggu lepas saya...

Kundasang

Saya kembali bercuti di sini, Kundasang untuk kali kedua. Kali pertama tahun lepas, bersama suami. Kali ini saya datang bersama-sama keluarga dan kami jelajah ke separuh Sabah termasuk Kundasang. Kundasang, antara daerah percutian pilihan saya sebab suasana tenang, seluas mata memandang, nyaman, segar dan cuaca sejuk.


28 Oktober 2023

 Hari ni hari lahir Abang yang ke 51.. semoga roh mu di RahmatiNya. Bercekau & ketawa dah jadi kenangan. Dia lah idola. Abg borek adik r...