December 30, 2011

cerita 118... duka jadi ceria


Trust me!... ilang lara d ati. Try karao lagu ni time marah, duka cita, susah ati... sakit ati.. pedih ulu ati.

December 28, 2011



"Wahai saudari jangan terpedaya hasutan syaitan. 
Sesungguhnya kewajipan hijab datangnya dari Tuhan kita Yang Maha Memberi.
Kita telah mendengar kata-kata yang ajaib dari saudari kita
Ungkapan mereka tidak menyenangkan tentang hijab.
Mengatakan diantara pakaian hitam yang gelap bagaikan diikat khemah diatas tengkuk.
Kononya mereka mengajak untuk membebaskan para gadis, lalu ditulis tentangnya didalam buku.
Mereka melakar cara berhias yang kononnya tidak akan merugikan para pemuda.
Wahai saudariku inilah lolongan pembenci umpama serigala.
Maka nerakalah seburuk-buruk tempat pembalasan bagi orang zalim.
Allah akan membentangkan segala kezaliman mereka di hari perhitungan.
Dan syurgalah sebaik-baik tempat kembali"....

citer 117... bila dah glam..


Perghhh.. kombang tokak den. Hodoh rupenyer. Dah tak cara kaedah yang sesuai kot nak bergambo. Cam mana leh tersasar gi kaedah bintang pilem, KFC suai kaedah sukan. Hantam je la labuu.

December 20, 2011

cerita 116... diluar batas


Seorang lelaki rakyat Malaysia yang lengkap berbaju melayu & bertengkolok berkahwin dengan seorang lelaki diluar negara. Apa tujuan dia? Sengaja gadai maruah... conteng arang ke atas orang Melayu, rakyat Malaysia, orang Islam & keluarga. 

Bila duniawi yang sementara ini semakin menguasai diri, umat semakin lalai dan lupa...

  Semoga Allah menyedarkan dan bukakan pintu hati kita untuk bertaubat.. kembali ke pangkal jalan.

December 17, 2011

cerita 115... Durian lagikkk. Tak menahan dia

Bos blanje makan durian... terbaik dari ladang Genting. Hahaha... lalingku jeles semalam sebab aku makan durian yang terbaik dari ladang. Seriusss... terasa panas pas makan. Ingat nak diam-diam kat dia, tapi dia dapat kesan bau durian sebaik aku masuk dalam kereta masa dia amik balik ofis. Hehehe... sengih je la. Alaaa... yang dia & d geng songlap berbiji-biji kat 'kebun diorang' tu.. tak de bawak seulas pon untuk aku.
Malam tadi, dalam perjalanan ke Kg. Baru, lalingku cakap bau durian ada lagi. Aku cakap.. ye laaaaa... bau sendawa laaaa. Hahahaha. Oleh kerana dia tak tahan bau sendawa durian aku, dia sanggup u-turn beli 2 longgok durian. Hehehehhh... tak tahan dia. Tapi bila kopek... kualiti tak seberapa. Lebih kurang separuh je yang sedap di makan. Yang tak baper sedap kat tekak, jadi mangsa dibuat tempoyak. Tak ler membazirr.... bijak... bijakkk.
* Tips yang boleh pakai: Beli time tokey durian mau tutup kedai.... dia akan kasi diskaun ekstra durians
Teh. Ada aku kesah korang makan durian..
Mangsa tempoyakk

December 16, 2011

cerita 114... Salam Jumaat

Alhamdulillah... pagi Jumaat yang ceria.
Hari ni aku nak share ilmu yang berguna untuk kebaikan kita bersama, hasil dari tontonan "Tanyalah Ustaz - Indahnya pengubatan Islam" pagi ni.

Pembacaan ayat ini, dengan izin Allah, menghapuskan sihir yang akan dihantar kepada kita. Sihir menjadi abu-abu yang berterbangan

December 15, 2011

citer 114... to-be job uncang

12:23am
Semalam dapat email & sms uncang. Jadi, pagi tadi aku tungkus lumus siapkan sampel. Insyallah malam ni kitorang jumpa & berbincang. Bila kira-kira balik harga anggaran yang aku kasi dengan jumlah kos, tarak manyak untung. Tapi tak pe... aku anggap promosi andaikata dia jadi order & sebagai tambah skill & pengalaman dalam bisnes uncang.

****
3:12pm
Boss: You're the one & only drawn all the things in the company so many years. Can't remember? Let me sketch laaa. You arrrr... (i'm more older than you)
Mrs Rajali: Heheh (How could i forgot that piece of detail. I'm getting older.... see my grey hairs. Euwwww)

Isk isk iskkkk. Hahahaha ;)

December 13, 2011

citer 113... Cerita kita sudah tamat...

"Awak kekasih pertama saya
Saya memilih awak sebab saya percaya pada awak
Prinsip saya, bukan paras rupa & harta benda... tapi keikhlasan & kejujuran
Hubungan kita tidak direstui... awak lupa, setiap masalah, ada jalan penyelesaian
Awak pergi begitu saja
Dari nun jauh awak putuskan hubungan disaat-saat getir saya menghadapi peperiksaan akhir
Di sudut hati ini... 'sampai hati awak'
Hidup saya perit seketika
Syukur, Allah telah kurnia fikiran yang waras
Saya berusaha untuk pulih
1 tahun... 3 tahun... 10 tahun...
Kini, awak muncul
Tagih saya untuk bertemu awak
Untuk apa?
Rindu...
Kita bukan lagi kekasih
Saya telah dipunyai
Saya tidak akan tunduk dengan kata-kata manis dan pujukan awak 
Saya telah berjanji setia pada diri, hanya pada suami
Saya minta maaf
Kita tidak akan bertemu
Hati saya tertutup untuk awak dan sesiapa yang telah melukakan hati saya
Cukup dengan kenangan yang sangat terkesan awak tinggalkan
Biar saya awak anggap seorang isteri yang hidupnya setia tulus  pada suami disebabkan keengganan saya
Saya bukan seorang isteri yang berfikiran primitif 
Saya punyai suami yang menghormati, menghargai, ikhlas, penyayang,.. seorang lelaki yang baik
Dia sahaja sudah cukup untuk saya
Alhamdulillah..
Hidup saya bahagia, tenang dan ceria
Kehadiran awak hanya sebagai warna hiasan hidup saya
Lupakan kisah kita
Kini, kita sekadar kawan.... "

.... kawan yang bau-bau bacang sahaja ;p

December 12, 2011

cerita 112... Aduhh.. duh.. duh... duhhhhhh. Perotku sakit

Ni laa bala bila dah terlebih makan. Sedapnyer pasal, perotku meragam pagi Isnin ni. Input ujung miggu terhadap perutku yang berganda-ganda. Smuenyer bertemakan durian. Ngan ikan goreng+sambal belacan+tempoyak, gulai tempoyak 'lagi dan lagi'... kenduri durian. Pergghhhhh. Makin tambun la anak menantu Cik Cha ni.
Kenduri lagikkk

Menikmati cinta no.3 dia...

December 9, 2011

Kita dah termiss satu bab..

 

"Perasan tak yang kita tak ada gambar masa sebelum nikah. Masa tunang, pon kita tak ada gambar kenangan juga kan. Hari tunang je".


 




"Ye laaa... kita bukannya minat bergambar"



December 8, 2011

cerita 111... gulai tempoyak

Semalam Cik Cha acak dappp... gulai tempoyak petai pucuk ubi. Pergghhhhh.. Berganda-ganda dok tambah nasik sebagai input. Tengahari ni output nyer.... pergghhhh. Pagi tadi ok gik. Hahaha... upssss. Sib baik hari ni aku sorang je yang guna toilet itu.
Gambar hiasan: Gulai tempoyak
 *****
Ok... aku dah dapat idea untuk kenyataan 'impian' tempoh hari. Insyallah, aku mula gerak andaikata aku dapat bonus bulan depan. Aku akan berpartner ngan Boy. Aku berdoa pada Allah, semoga impian dan rancangan kitaorang terlaksana dan berjaya.

Gambar hiasan: Mini pelamin

December 5, 2011

cerita 110... lelaki jiwa pink...

Isnin kembali. Pagi ni liat nak bangun sebab tido best dari semalam. Cuaca suam-suam... sejuk, memang sengal nak bangun. Hasilnya, lewat masuk ofis, bukan berbaju kurung tapi dengan t-shirt & sluar coklat kegemaranku. Hehh. Semangat keje ok. Pagi ni KE, SY & Krill tak ada sebab diorang gi Vietnam. Bestnyerrr. Kitorang yang kat umah dah terasa bosan. Dah lama tak kemana-mana.. sekian lama abiskan masa cuti ujung minggu kat umah. Tido... makan.. tengok tv. Tadi aku dah buat request ngan lalingku.. gi jalan-jalan ujung minggu nanti. Dia setuju, sebab rasa yang sama.... kepala & badan naik sengal sebab banyak tido. Hahaha. Tapi nak gi mana ekk... tempat yang dekat-dekat. Aku rasa cam nak gi Fraser Hill jek.

*****
 Lelaki jiwa pink... salah sorang yang aku cap ialah Chef Wan. Sejak aku 'like' Chef Wan kat facebook, boleh kata tiap hari aku baca apa yang dia post. Post dia 'celupar' dan berterus terang untuk highlight satu-satu perkara, aku tau yang dia cuba untuk buka mata... sedarkan kita. Aku faham tujuan 'kelantangan' dia di facebook. Ikhlas. Aku suka dia berkongsi cerita pengalaman hidop dan cerita-cerita dia. Sangat berharga bagi 'orang baru nak idop' cam aku.


December 3, 2011

Petang sabtu yang kosong

Agak busan sikit. Aku bangun kul 6 pas terlelap hampir 3 jam. Layan tenet... cuci-cuci mata tengok benda-benda yang menarik. Layan sengal di kala tunggu lalingku pulang.
Macam-macam fesyen tudung keluar.. dan yang ni aku nampak langsir pada badan wanita cantik. Kak, jangan terlalu berhias di khalayak ramai sehingga menarik perhatian bukan muhrim. Pereka-pereka fesyen muslimah sekarang perlu ingat & sedar tentang batas-batas berhias. Batas-batas berhias semakin dilupakan/ dipinggir.
Ok ler... ni je yang sempat aku tepet sebab waktu maghrib dah masuk & petir dah mula menghiasi awan nano. Kita sambung lagi jika keaadaaan mengizinkan ;)

cerita 109... zaman poyer2 dah berlalu

Pasar Seni sebelum tukar wajah
Dah lama tak jejak kaki kat Pasar Seni (Central Market). Mungkin setahun dua kali je sejak 3tahun kebelakangan ni. Sebab: Masa nak bersenggang agak terhad. Tak ada keperluan disana. Terlalu ramai orang dihujung minggu... pening dengan hiruk pikuk ngan warga asing yang bekerja kat KL selain pelancong, orang tempatan & kenderaan-kenderaan. Semalam memang tak ada perancangan nak ke sana tapi sebab terkandas dalam jalan sesak lebih sejam setengah dari Ikea Damansara, kena juga singgah surau yang senang sampai untuk solat asar. Lepas solat asar dan maghrib, kitaorang jalan-jalan kejap dan makan malam kat restoran mamak kat sebelahnya.
Suasana kat lua
Banyak kenangan aku kat sini masa zaman muda remaja. Tak silap, masa umur 16 aku dah mula memandai lepak kat 'CM'. Abis sekolah dan masa zaman blaja kat U, aku turun sendiri jalan-jalan. Aku banyak & senang kluar sorang layan blues. Dulu warga asing yang bekerja kat sini yang dok lepak tak seramai sekarang. Sekarang, aku ada seram sikit nak sorang-sorang kat kawasan 'CM' dan Kotaraya.
Tempat dating pon kat sini bila dah pandai ada pakwe. Orang ada pakwe, aku pon nak ada pakwe gak. Kat sini ler aku jumpe boipren yang pertama & kali pertama berjumpe. Dan beberapa episod dating yang berlangsung kat sini juga. Hehehh. Inilah juga tempat laluan dan persinggahan kebiasaan balik keje... menjamu selera dikala kelaparan sambil keringkan peluh.
Pasar Seni dah berubah wajah. Makin ayu dan makin selesa. Wajah baru dalam versi pelancongan. Masa ni ada pameran batik. 


Dari atas (tangga surau)

Tingkat 1

Tingkat bawah

Cik Cha pon ada :)

December 2, 2011

cerita 108... selamat menyambut hari lahir Laling!

Wajah kesayangan hamba (terbaru) 2 Dis 11
Aku cuti hari ni sempena menyambut hari kelahiran lalingku yang ke-34. Sempena hari yang istimewa ni, aku rancang untuk masak best. Pagi ni aku mulakan masak sarapan nasi lemak & air soya. Alhamdulilah... kenyanggggg suda. Sekarang masa untuk rehat kejap sementara masak untuk makan tengahari. Chauuuuu dulukk ;)
Nasi lemak & air soya panas 

28 Oktober 2023

 Hari ni hari lahir Abang yang ke 51.. semoga roh mu di RahmatiNya. Bercekau & ketawa dah jadi kenangan. Dia lah idola. Abg borek adik r...