August 30, 2014

Bisa

Pagi ni saya telah mengeluarkan kenyataan yang agak berbisa kat status facebook. Sebolehnya, saya tak suka nak post kan apa-apa tapi kadang-kadang ianya terpaksa demi menjaga pertahan diri dari sekali lagi dipandang serong. Saya selalu elak dari tersentuh hati dan diam itu lebih baik untuk menyelamatkan keadaan. Tapi bila sekali-sekala muncul di status, kata-kata ini cukup berbisa. Kerna terpaksa..... Kadang-kadang, makin didiamkan... makin rancak dan mudah diperkatakan.  Merujuk kepada status pagi ni... ya, satu jahat untuk saya!. Yayyyyyy. Hidup bukan mencari keredaan manusia tapi keredaan Maha Esa.

Hari ni Sabtu kan? Hehehh.. >:)
Hari ni kena lewatkan waktu balik sebab En. Laling kerja luar. Seperti yang diwar warkan kat atas, projek dia kat Subang Bestari. Tunggu dia habis kerja, baru boleh balik. Jadi, rancangan lepas kerja ni ialah jalan-jalan cari idea dan bahan untuk menjahit dan berkraf. Beraya... musim dah habis. Tahun ni pun kami tak buat kunjungan raya ke rumah-rumah penting sebab En. Laling saya banyak projek nak kena siap. Sebagai isteri, tanggungjawap saya untuk faham dan beri sokongan. Kunci syurga saya ada pada beliau. Semoga beliau berjaya dalam kerjaya... menyenangkan dan membahagiakan keluarga terutama Inak dan Emak.

August 27, 2014

Kesayangan Hamba

Dia,

Seorang yang paling rapat dalam dunia ini...
Hadiah dari Maha Penyayang... 
Teman cerita yang  tunggal...
Tahu sebahagian kisah dan perjalanan hidup ini...
Yang tahu tersirat dan tersurat tentang diri ini...
Tak henti-henti memberi semangat bila sedih dan kecewa...
Juga teman senyum tawa...
Dan pengawas...
Umpama payung...
Yang dirindu bila berpisah...

Terima kasih.
Sayang awak selalu.

GAZA



Alhamdulilah...
Semoga saya tergolong dalam kelompok penyumbang pembangunan Gaza.

August 26, 2014

Kerja-ya 5: Saka ZzzZzz

Pagi ni block-out hampir sejam. Apo nak buek nih! Ngantok... cuaca pulak suam-suam. Moh kita potong kertas!. Boleh buat kertas conteng.

Isi masa lapang di kala black-out
Cabaran utama saya waktu kerja ialah mengantuk. Asal buat keje, mengantuk. Asal mengantuk, buat keje!. Waktu abis keje tahu pulak mata ni segar bugar. Setan kan. Setiap halangan pasti ada penyelesaian. Air nescafe... selalu & tiap hari pekena nescafe, tak boleh tahan. Ada kesan pada badan saya lama kelamaan. Sejak kurangkan pengambilan nescafe, kesan tu dah jarang-jarang dan tak ada.
Pilihan lain untuk hilangkan mengantuk ialah dengar lagu atau radio. Tengok movie kalau dah tahap kronik. Boleh aje tengok movie atau kuliah agama sambil buat kerja. Hehehh. Tak leh tengok penuh, dengar pun jadi la. Janji dapat tahu jalan cerita. Lama-lama penyakit gangguan setan ni hilang. Jangan pulak gian ngular tengok. Keje tak jalan. Makan gaji buta. Cukup sekadar nak hilangkan mengantuk.

August 23, 2014

Kerja-ya 4: Cabaran dan Latihan Kesabaran

Hari ni ramai yang cuti tapi saya kerja. Cam mana la boleh kerja. Alang alang separuh hari, kasi je la cuti...  hehh. Rasa bahagia juga. Jalan lenggang dan buat kerja pun tak ikut protokol sangat. Santai santai jer. 


Siper Jepang je. Santai sangat tuuu..

Hari ni saya lewat sampai . Macam biasa. Laling saya malas nak hantar sampai ofis sebab kerja banyak katanyer. Ada sikit merajuk di situ. Hehheh. Hati ni pujuk, kena la faham. Kalau dia tak ada job, saya gak yang bising bising. Alhamdulilah, rezeki.



Suatu perkara yang paling malas dalam buat kerja ni ialah print drawing guna recycle paper. Salah satu Ujian Kesabaran. Macam pagi ni. Leceh sebab kena masukkan kertas recycle dalam plotter satu per satu. Antara cabaran yang biasa ialah gagal loading kertas, kertas tersangkut dalam plotter. Kenalah ulang proses sampai loading berjaya. Nampak ringkas tapi kenyataannya ia adalah rumit. Kalau 10 keping ke bawah kira boleh lagi. Kali ni saya dapat drawing tender. Ianya berpuluh-puluh keping. Nangessss!
Saya aplikasikan task ni dalam kehidupan sebagai ujian dan latihan kesabaran diri sendiri. Kalau saya berjaya plot berpuluh-puluh keping lukisan, bermakna saya berjaya melayan kerenah plotter yang agak sensitif pada kertas dan pengendaliannya. Seterusnya saya lulus ujian kesabaran.

Bila mesin jadi bos!.....

Anda Gagal! Sila cuba lagi

Anda Gagal! Sila cuba lagi

Anda Gagal! Sila cuba lagi

Yayyyyy! 


August 22, 2014

Pagi ni...

..... mereka kembali tanpa nyawa. Semoga pengurusan jenazah berjalan lancar. Saya merasakan saat penyerahan jenazah ke pangkuan keluarga adalah suatu perkara yang sangat menyedihkan. Semoga tabah. Ini adalah perpisahan sementara.

.Al-Fatiha.



Anak ini turut serta solat jenazah arwah bapanya


August 18, 2014

Solat membentuk peribadi


Sejauh mana keikhlasan saya sujud kepada Yang Maha Esa? Risau. Saya pernah ikuti ceramah beberapa ustaz. Saya masih ingat kesimpulan dari kata-kata mereka: Tak ikhlas solat maka individu itu tak berjaya membentuk peribadi yang baik. Sombong, tinggi diri, pemarah, irihati, pendendam, melulu, mengumpat dan sifat-sifat negatif lain. Ini berlaku kepada sesiapa sahaja walaupun individu itu yang dihormati di suatu kawasan kerana ilmu agamanya tapi sikapnya sama seperti atau mengalahkan orang yang tak sempurna solatnya. Solat yang baik ibarat air yang disimbah ke unggun api. Penyejuk jiwa. Solat yang baik sepatutnya membentuk pekerti yang baik, pemaaf, jiwa bersih dan tenang. Saya dimana? Semoga solat saya diterima.

August 15, 2014

Jom mulakan projek!

Ok... dah puas saya berehat. Lemak dah banyak terkumpul. Lemak berkrim... tido banyak!. Untuk diri sendiri, jom mulakan. Kasi bakar itu lemak! 

Ya Tuhanku... saya mohon semoga usaha ini diberkatiMu. Semoga apa yang saya lakukan berlaku dengan baik dan berjaya. Amin... 

Sarung kerusi

Sumber gambar: Saidina Exel Canopy

Sumber gambar: Dreams-Ewa

Sumber gambar: Prestonbailey.com
Sumber gambar: onefinedayevents.com

Sumber gambar: www.hotnick.com

 Sumber gambar: www.kitchentoday.net
Sumber gambar: www.kitchentoday.net 

Bunga kain


Sumber idea: theforgestyle.blogspot.com

florette pillow
Sumber idea: Theshabbycreekcottage


Chiffon Cabbage Roses Table Setting
Sumber idea: Creativejewishmom

Sumber idea: http://www.survivefrance.com/





Perca kain

Alhamdulilah... akhirnya saya berjaya dapatkan perca-perca kain dari kilang jahit. Ingatkan tak ada respon daripada iklan yang saya war-warkan tempoh hari. Pembuka pintu rezeki. Kain-kain yang saya dapat agak cantik dan berkualiti. Suami saya tolong ambil dari kilang petang semalam. Malam tadi saya selesai mengasing perca-perca sebungkus dari tiga bungkus besar perca yang jumlah beratnya lebih kurang 50kg. Saya beli rm0.30/kg.... ok lerrr. Dalam sebungkus je ada jenis lycra, cotton, t-shirt dan chiffon. Macam-macam boleh buat kan. Hmmmm.... idea.. idea ;)


August 12, 2014

Berangan

Hari ni saya nak berangan. Dah lama pendam dalam hati. En. Suami malas nak layan angan-angan saya ni. Buang masa je. Tak apa, semoga harapan dan angan-angan ni jadi kenyataan sebab usaha ke arah itu sudah terlaksana 5% termasuk seisi berangan ni. Jika diperkenanNya, alhamdulilah.
Apa yang saya angankan ialah rumah kediaman kedua di tepi pantai di daerah terpencil. Jauh dari hiruk pikuk kehidupan. Tenang. Damai. Lokasinya ialah DiSini. Saya ingin habiskan sisa kehidupan di DiSini selepas makan gaji. Setiap tahun sejak beberapa tahun lalu, saya akan ke DiSini. Jatuh cinta dengan segala keindahan ciptaanNya. Angin laut... ombak... pantai.. hasil laut.. sunyi malam & corak kehidupan yang tenang.

DiSini... lokasi yang terpilih
Semoga suatu hari nanti hajat saya untuk memilikinya jadi satu kenyataan biarpun berada di kawasan serba kekurangan. Gunakan kemudahan yang tersedia oleh Maha Pencipta dan hidup bersederhana. Jika kita berusaha membina kehidupan yang lebih baik, pasti berjaya.


August 11, 2014

Komuter, Jubah dan Gangguan

Alhamdulilah, pagi Isnin kembali lagi. Semoga hari ni segala-galanya berlaku dengan baik. Semalam, rehat sepenuhnya di rumah. Tak ke mana-mana sebab En. Rajali kerja. Masih lagi mood raya... jalan sesak. Dah reda nanti baru kami keluar beraya.
Tiga hari lepas, gerabak keretapi tergilincir. Perkhidmatan tergendala dari stesen Kepong hingga KL Sentral. Hikmahnya, kemudahan komuter lebih menyenangkan dan selesa untuk berulangalik ke KL berbanding bas. Paling serik, 5 jam baru sampai rumah hari Jumaat lepas.

bersambung kejap lagi...

... selang 3 jam

Baru teringat, saya ada 6 pasang jubah baru untuk raya tahun ni tapi satu pun tak boleh pakai, tak muat walaupun saiz XL! Nafsu beli borong. En. Suami kata, Awak kena kurus kalau ada niat nak pakai. Hmm... bila la tu. Semoga berjaya menyarung dalam tempoh 3 bulan ni.

bersambung kejap lagi...

Suami saya beritahu sekejap tadi yang setan anak saudara kami, Ana, sedang mengganggu dia menyebabkan dia tak sihat sejak seminggu balik cuti. Setan tu marah suami saya bantu Ana (Ini peringat untuk ko Setan:  Tiada yang lebih berkuasa melainkan Allah SWT. Jika Dia berkata YA, maka terjadilah suatu perkara itu). Tiap yang terjadi ada hikmahnya. Sebagai insan yang serba kurang, hanya berusaha semampunya dan berdoa kepada Maha Agung semoga gangguan ini pergi secepat mungkin.


August 9, 2014

Tenang

Status terkini saya. Dah setahun saya cuba mengubah dan mengawal kehidupan saya dari hiruk pikuk ke ketenangan. Lebih terpencil dan memencil. Inilah suasana yang saya perlukan. Hiruk pikuk... hmm kehidupan yang lebih menangkan kehidupan dunia. Sebelum ni saya berada dalam komuniti elit ...katanya. Rumah besar, kereta besar, kerja besar, perangai pon besar dan sangat takut dengan apa orang kata.. anggap. Juga saya berada dalam kelompok ada rupa gaya, kau ku sanjung. Siapalah saya dikalangan mereka. Lebih baik saya fikirkan siapa saya disisi Maha Pencipta. Kini, saya semakin kurang mengganggu dan diganggu. Semakin tenang. Lakukan dan lalui kehidupan dengan ikhlas, sederhana dan mengikut kemampuan. Omputih kata just go with the flow. Alhamdulilah.. semoga kehidupan saya semakin berkualiti.

August 6, 2014

Gerakan boikot

Antaranya..
Mereka wajib diajar. Penyatuan umat Islam dapat menumbangkan mereka. Periksa dulu sebelum membeli. Moh ramai-ramai kita!

August 4, 2014

Kecewa

Kami selamat sampai dari kanpung petang semalam jam 1 selepas kelewatan jadual berlepas selama 25 minit disebabkan faktor cuaca. Saya pengsan sepanjang perjalanan. Kurang tidur sebab gerak dari kampung jam 2 pagi untuk sampai ke airport Sandakan.

Molek kami dulu..

Sampai rumah hampir ke jam 3, seperti yang dijangka keadaan mengecewakan. Amanah tidak dijaga dengan baik. Saya bertungkus lumus membersihkan dan mengatur semula benda-benda rumah yang hingga hampir waktu Maghrib.
Saya diduga dengan rasa kecewa dengan keadaan rumah yang ditinggalkan, ada orang lebih hebat terima dugaan. Petang semalam lebih kurang jam 6 petang, rumah sahabat keluarga kami, Abang Riduan musnah terbakar di Kinarut. Mungkin Allah hilangkan sesuatu untuk menggantikan dengan yang lebih baik. Semoga Abang Riduan sekeluarga tabah dan bersabar dengan dugaan ini. Abang Riduan sekeluarga amat baik dengan kami. Semoga kebaikan mereka dibalas baik olehNya.

Cerita Kiah

Minggu ni agak sibuk dengan rutin harian. Keje ofis.. submit FloraRosa, Ancubic, Tiara Hill. Keje rumah.. nak siapkan rumah untuk tetamu h...