June 21, 2011

cerita 54... kehabisan keideaan

Kesudahan kepuasan kedudukan seharian kat ofis ni. Dah berminggu-minggu kemelaratan. Dah naik kemuntahan aku main CityVille. Kebusanan. Ketolongan!. Tapi tengok pic nyiau-nyiau tak kebusanan.

Kaler baju kita sama semalam :)

June 20, 2011

cerita 53... tima kasih Laling

Ujung minggu yang sebok ke sana ke sini. Ngantoknyer. Mau tido tapi lom buleh. Siapkan uncang dulu. 250 pcs. Ahad ni. Nasib baik Lalingku tolong banyak-banyak...banyakkkk.
Tima kasih sayang! :)

Hehehh. Sabtu pas keje, celebrate birthday Qistina. Dah 9 tahun anak sedaraku. Cepatnya masa berlalu. Semoga Qistina berjaya dan jadi anak yang solehah. Lalingku berkorban cuti untuk bawak aku cari barang-barang uncang dan celebrate Qistina. Naik bas tak pe lagi tapi nangis tang menapak dari simpang Baiduri ke Hussein Onn bawak kain 28m dan 30 gulung reben. Kelisaku sakit. Sakit kronik dia sebab orang tu tau guna je. Bila tang rosak jahanam, hantar kat aku. Eiiii... sabor.. sabor. Hmmm....

Buah tangan dari Qistina. Cute!

Ahad... sebok juga. Picnic kat Pulau Indah, Klang. Walaupun dalam kepala ni dok ingat projek uncang, idop ni misti tetap enjoy. Hehehh. Sempat lagi aku ketiduran kemengangtukan ketidakcukupan kemasaan ketidoran kesemalaman. Hahaha sapa suruh tido kul 1:30am. Hambik akuu. Orang bersukaria picnic, aku tido. hahaha.
Pic dr album Kak Tim. Tgk tu.. aku membute kat blakang Mak ;)




Malam tadi aku jahit sampel.. aku dapati kesalahan kepotongan kekainan. Ni la dia buat keje dalam kepenatan kemengantukan. Rugi sikit. Kena la beli kain cover tak cukup nanti. Hambik akuu.

June 14, 2011

cerita 61... perkasakan solat

Tajuk pagi semalam dan hari ni, Tanyalah Ustaz NTV9. Aku tak dapat ikut sangat topik ni sebab time ni aku sambil-sambil siapkan sarapan, kemas umah dan siap untuk kerja. Topik bagi aku kesedaran untuk jaga solat. Aku selalu leka dan lalai walaupun aku selalu lengkap 5 waktu. Di mana keikhlasan aku beribadah pada Allah. Aku selalu minta, Allah beri ikhlas. Tapi aku selalu/ tak/ kurang ikhlas dalam jalankan tanggungjawap aku sebagai hambaNya.
Peringkat solat. Antara peringkat yang tertinggi, seseorang menunaikan solat sebab suka beribadah, khusyuk dan rindunya pada Allah. Boleh ke aku  atau bila agaknya aku boleh sampai tahap tu. Baru aku tahu, bacaan dalam solat dan susunatur solat adalah daripada peristiwa Nabi Muhammad S.A.W berjumpa Allah. Selama ni aku tertanya-tanya macam mana Allah boleh tentukan gerak geri solat, macam mana bacaan sembahyang ditentukan dan lain-lain. Mungkin sebab pertanyaan, musykil dan lain-lain penyebab aku selalu tak ikhlas dalam solat. Cara penyampai Dr. Danial Zainal Abidin bila sampai part ni, aku dapat rasa keikhlasan dan kesungguh ustaz beri kesedaran kat aku. Lepas ni aku akan korek lagi isi penuh ceramah ni.

June 13, 2011

cerita 60... selepas 23 tahun

8:30-9:30am.

Sabtu lepas...
Pi, kita jumpa kembali selepas 23 tahun. Lamanya. Hahahaha. Pertemuan yang dirancang tetiba. Tahun baru 1988, aku pindah ke Kuang. Lepas tu aku dan Pipi tak pernah jumpa. Jejak kasih dalam facebook. Masing-masing dah besar dan kembang. Alhamdulilah. Akhirnya kita jumpa.

Gambar klasik. Ihsan dari Pipi. Pipi berdiri kat tengah, aku yang berdiri belah kanan.


Pipi


*****
Isnin datang lagi. Hari ni aku awal sikit dari biasa sebab seisi sekolah dah mula lepas 2 minggu cuti. Jalan tak baper sesak daripada yang aku jangka. Rasa nak sambung tido. Tak puas cuti. Semalam pagi, rutin biasa, ke pasar. Borong ikan. Singgah Jakel Shah Alam. Sales!. Aku tak beli apa pon. Cuci mata jap sambil cari fabrik yang abang nak. Tak leh cuci mata lama sebab lalingku bising tunggu kat luar. Pon bising gak sebab dah banyak kali tawaf. Sapa suruh tak parking. Baru 15-20 minit. Sepanjang balik umah, kitorang diam. Nyampah. Tak baper nak syukur. Sib baik dapat aku, isteri yang tak kaki shopping. Tak gedik-gedik nak tu, nak ni. Tapi sempat aku cuci mata tengok dan pegang-pegang kain-kain cotton. Eiiii.. geram... geram. Tak pe, next sale. Hehehh. 
Petang, lalingku ada keje skit. So aku dok umah layan tenet. Tapi tak boleh nak connect. Keciwa. Payah kot line maxis ni. (Komen: Sebenarnya setting yang block connection. Alhamdulilah, berjaya settle sendiri. Save the money). Pas semayang Asar, lalingku balik. Kitorang cuci keta sebab air ikan tumpang. Errkkk.. busuk. 
Malam, shopping sayur kat Econsave Balakong dan settle loan Standard Chartered kat Kajang. Kul 11, aku dah lelap dulu. Ngantoknyerrrrrrr aiiiii. Begitu la, ahadku yang biasa-biasa je ;)

3:00pm

Perghhh... bosan giler aku kat ofis nih. Adoi aiii. Napa ari ni tak de rasa nak buat kije. Tk de yang urgent. Dah baper minggu aku cam ni. Makan gaji bute je la ni



June 10, 2011

cerita 59... alhamdulilah

Syukur. Allah dah mudahkan hidup aku hari ni.

Pertama, akhirnya pc kat umah ni dah boleh guna. 2 malam aku try format. Berjaya tanpa bunyi 'nyamuk'. Agaknya aku tak boleh keje bila ada 'nyanuk-nyamuk'. Tima kasih Ah Hoi sebab pinjamkan cd window7. Aku berjaya install autocad 2011. Hehehh. Pas ni aku leh buat keje-keje partime kat umah. Harap-harap pc ni tak meragam lagi.

Kedua, orang yang buat aku merajuk kembali berbaik. Harap-harap dia dah mula faham dengan status dan situasi aku. Aku berjaya 'bawa' dan 'diam' diri. Cara ni baik untuk elak selisih faham dan hal kecil dari tambah parah. Mulanya kita akan rasa perit sebab kita rasa orang sibuk berkata-kata tentang kita. Sabar, jujur dan ikhlas. Orang bagi pahit, kita balas dengan manis.

Ketiga, hingga hari ni aku diberi jalan kehidupan yang bahagia, tenang, cukup dan sederhana.

June 9, 2011

cerita 58... Rotary Cutter & Cutting Board



Hari ni aku 'jalan-jalan' cari cutting board dan fabric cutter. Aku jumpe NeezaNeedleS. Aku tengah tunggu dia reply email, mana dia dapat benda-benda yang aku tengah cari ni.

Ni cutting board yang Neeza guna ;)


(Komen: Neeza reply, dia beli kat Nelson Putrajaya. Ok, ada bajet nanti aku cari. Khamis, 16Jun, aku cuci mata kat Popular, Leisure Mall try cari 2 benda ni dan aku jumpa cutting board besar punyerrr!. rm69.00. Tolak 10% member, jadi rm62.10. Harap-harap ada stok bila aku datang lagi sekali)

June 8, 2011

cerita 57... door gift bag

 Alhamdulilah. Uncang aku ada respon. Dari AzgiftBaskets kemarin. Semalam aku bertungkus lumus siapkan sampel. Senang nanti aku upload uncang yang disiapkan. Pas ni aku cuba cari lagi. Harap-harap ada rezeki ;)
 

Sampel 1: Reben dari AzGiftBaskets.

Sampel 2 & Sampel 3: Reben dari AzGiftBaskets.


Sampel 3: Reben dari AzGiftBaskets.

Sampel 4: Reben dari AzGiftBaskets.

Sampel 2, Sampel 5 & Sampel 3: Reben dari AzGiftBaskets.

June 2, 2011

cerita 56... penat! rehat jap

Dari pagi aku siapkan katalog baju jf fashion. Ngulor :P. Heheh.

*****

Semalam petang aku dapat sms Dalila. On the way nak datang. Waduhh.. awat tak bagitau awal sikit. Mengigil kepala lutut ni. Aku tak de bagitau Mak dan Abang lagi. Ingat tak jadi atau bagitau jadi atau taknya. Isk..isk.. isk. Tak sedia. Aku sekeh kang si ila ni. Hmm..Nasib baik aku tak kelam kabut siapkan bilik dan keperluan diorang 5 orang. Pagi ni aku buat sarapan, nasi goreng. Esok, ermm nasi lemak la kot


June 1, 2011

cerita 55... the wedding is off?

Sahabat,
Untuk sampai satu matlamat yang diimpikan, kita perlu lalui saat-saat getir. Kekadang kita lupa, untuk sampai impian yang indah, kita kena tempuh pahit, kecewa, sedih dan keadaan yang sangat-sangat emosional. Bila tiba masanya, kita terkejut, tak sedia dengan dugaan-dugaan yang perlu kita tempoh. Dengan tahap kesabaran yang amat tinggi, doa dan usaha, barulah kita dapat apa yang diimpikan. Allah janji, akan beri kebahagian dan kegembiraan akhirnya.
Kenangan yang pahit tu jadi pengalaman dan pengajaran. Jiwa, hati dan emosi kita jadi tambah kuat untuk tempoh dugaan-dugaan akan datang. Kalau tak dapat apa yang diimpikan atau matlamat, itulah sebenarnya yang terbaik untuk kita. Allah beri kita banyak sangat peluang dan pilihan lain. Peluang dan pilihan lain tu mungkin lebih baik dan manis. Allah beri yang terbaik untuk hambaNya. Allah tak akan sia-siakan hambaNya.

 ******

Semalam sampai je umah dari balik dari ofis, aku terus ke dapur untuk masak sambal tempe. Mak tak masak sebab aku tengok banyak nasi goreng. Ingat leh cover sampai petang, rupanya dah abis sebelum petang. Banyaknyer Mak makan. Heheh. Nasib baik aku singgah kedai beli tempe. Teringin nak makan sambal tempe lagi. Kali ni aku buat banyak, rasanya untuk 5 orang makan. Rasa kali ni boleh tahan. Pas masak, aku terus makan. Lapar. Mak cakap dia kenyang lagi. Tido awal dia tanpa makan apa-apa. Aku ingat sambal tempe aku tak laku. Abang pon tak balik lagi. Laling sampai umah kul 9. Pas semayang isyak, kitorang pegi bank untuk settle bil. Balik tu Laling aku makan. Abis semua sambal tu dikejakan. Sedaappp cam kat kedai, dia cakap. Tambah comel la dia... 3 kali tambah nasi :P

28 Oktober 2023

 Hari ni hari lahir Abang yang ke 51.. semoga roh mu di RahmatiNya. Bercekau & ketawa dah jadi kenangan. Dia lah idola. Abg borek adik r...