March 27, 2012

cerita 151... hari yang 'sakit'

Hari yang 'sakit'... maknanya, hari ni cuaca mendung. Alhamdulilah, cuaca ada panas... ada sejuk. Semoga perjalanan hari ni dipermudahkanNya. Sejak semalam, keje saya dah mula menyusut. Yang urgent dah kasi settle minggu lepas. Memang sebok giler minggu lepas. Macam-macam orang yang mintak. Muka Wanted. Heheheh.

Semalam, bertungkus lumus lagi kejar masa untuk sampai KL lepas ofis. Sampai lebih kurang 6:05pm. Nasib baik kedai belum tutup. Perghhh... berpeluh-peluh berjalan laju turun naik bas, LRT dari Tynton View ke bangunan GM. Mencabar sungguh petang semalam untuk stok batch 003. Oleh kerana terlupa troli, terpaksa la tangan ni menanggung bawak beban 25 helai seluar panjang aladin & palazo. Harus tahan peritnyer. Hahaha. Pagi ni, Laling dah settlekan pos Lahad Datu & Pontian.

Sekarang LRT dah pakai sistem tiket baru. Token. Tiada lagi beli kaunter. Aiyaaaa.... slalu tukar-tukar. Menyirap jap sebab saya nak cepat. Tak de pon di iklankan kat tv atau media lain pertukaran sistem. Patot juga diiklankan sebab ramai yang tak tau. Satu lagi, slalu tukar sistem tiket. Cam rapidkl. Bagi pelanggan yang jarang-jarang guna, merugikan juga dari segi masa & duit. Kejap kena kad sahaja boleh naik bas, kejap leh campur guna duit kertas/ syiling. Tambah lagi dapat driver yang cengil. Tak duit kecik, sepoloh hengget ler kena telan dalam tabung duit. Ni citer pengalaman sendiri. Harap-harap sistem yang ada sekarang terus kekal dalam beberapa tahun.

Status: Serabai. Dalam proses penyolekkan
Malam tadi operasi pindah meja jahit dari bilik puncak ke bilik kecik belakang. Tak sampai sejam, dah siap. Pas ni, insyallah lagi rajin ler nampaknyer jahit menjahit sebab dah makin dekat. Tak de lagi bercinta turun naik tangga untuk menjahit. Tinggal upacara mengemas lagi detail. Mungkin desktop pon jadi roomate meja jahit. Masa je lom ada nak atur semula.

28 Oktober 2023

 Hari ni hari lahir Abang yang ke 51.. semoga roh mu di RahmatiNya. Bercekau & ketawa dah jadi kenangan. Dia lah idola. Abg borek adik r...